Bila hari jumaat, aku berdebar nak ambil anak dekat pengasuh. Masa aku dtg rumah dia, pintu berkunci

Aku merayu dekat dia balik lah hari Isnin petang. Pagi tu aku memang rushing sebab ada operasi, jadi aku hantar anak 10 minit awal. Aku bagi salam dia tak sahut. Pintu berkunci. Tiba – tiba dia call tanya aku depan rumah dia ke? Aku cakap ya. Kau tau dia cakap apa?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Zara, seorang ibu bekerja. Anak aku baru berumur 11 bulan. Luahan aku ni berkenaan pengasuh. Sebelum aku kahwin aku selalu dengar isu pengasuh ni dari rakan – rakan sekerja yang selalu bermasalah dengan pengasuh.

Masalah biasa macam botol susu tertukar, barang tertukar, anak tak bersih dan sebagainya. Semua masalah ni aku rasa masih boleh dihadam dan pada aku kalau tak bersih atau tak memuaskan hati, kita cari saja pengasuh yang baru.

Masa tu tak kena dekat batang hidung sendiri sedaplah mulut nak bercakap kan? Dah kena baru tau susahnya nak cari pengasuh ni macam mana. Fast forward, sebelum bersalin aku dah book satu taska ni untuk anak aku.

Pertama tentulah sebab pengasuh semua berdaftar dan taska mempunyai cctv sebagai satu ciri keselamatan. Booking semua dah bayar, seminggu sebelum aku masuk kerja tiba – tiba taska ada masalah guru. Penyelia pulangkan balik duit aku dan dia sarankan aku mencari pengasuh di rumah yang berdaftar memandangkan kuota taska yang lain dah tak ambil kemasukan bayi.

Macam orang giIa aku cari pengasuh untuk anak. Akhirnya jumpa jugak yang berdaftar dan kebetulan dia pun memang kosong. Ada lah seorang dua budak. Seminggu dia jaga, pada aku dia jaga elok, semuanya bersih dan terjaga rapi.

Macam mana aku hantar anak, macam tu lah dia bagi semula. Barang – barang semua elok je dia letak dalam beg. Masuk minggu kedua dia dah mula buat per4ngai. Bukan per4ngai d3ra anak ke apa, tapi per4ngai d3ra mak budak.

Petang tu dia mintak cuti untuk esok sebab nak datang hari sukan anak dia. Lupa katanya nak inform awal. Aku masa tu dah macam cacing kepanasan, mana pulak aku nak hantar anak ni? Dengan suami aku kerja luar masa tu.

Balik tu aku pack baju anak terus pecut balik rumah mak aku. Jarak rumah aku dengan kampung adalah dalam 50 minit macam tu. Nasib anak aku memang elok je duduk dalam car seat. Esok pagi lepas subuh aku pecut terus ke pejabat, nasib baik esok dah Sabtu.

Aku bukan tak boleh ambik em3rgency leave, tapi aku baru 4 hari masuk kerja kot? Masa tu aku positif, mungkin dia memang betul – betul lupa. Dua minggu lepas tu dia tak minta cuti, tapi dia berkias kononnya ada kenduri dekat kampung.

Dia nak bawak anak aku sekali. Kali ni awal sikit, dua hari sebelum dia bagi tau aku. Kebetulan masa tu suami aku memang nak balik rumah, ada lah orang jaga. Oh ya, aku dan suami PJJ. Suami aku kerja offshore, jadi dia selalu tak ada dalam jangka masa yang panjang.

Terkontang kanting jugak suami aku jaga anak, pegang anak pun masa tu tak betul lagi walaupun anak nak masuk 4 bulan. Setengah jam sekali call aku, sebab dia takut jadi apa – apa pada anak. Hidup aku aman dalam sebulan je, lepas tu mula balik drama cuti dia.

Masa tu cuti sekolah seminggu, dia bagi tau nak cuti seminggu tu sebab nak bawa anak – anak dia balik kampung. Masa tu hari Khamis, aku merayu dekat dia balik lah hari Isnin petang. Aku dah plan dalam otak nak hantar balik kampung je, tapi mak aku ada urusan hari Isnin tu.

Pengasuh kata tak boleh sebab dia dah beli tiket bas malam Jumaat. Aku istighfar banyak – banyak dalam hati takut aku term4ki dia. Kalau boleh kita nak jaga hubungan baik dengan pengasuh, sebab dia yang jaga anak kita kan?

Dia kata parents lain okey je. Aku tanya dia mana parents lain letak anak? Dia kata tu semua anak cikgu, aku seorang je yang kerja gov biasa. Aku terp4ksa hantar anak ke Taska sementara dengan bayaran RM80 sehari.

Kebetulan mak aku pun tak berapa sihat, takut berjangkit dengan cucu. H4ngus RM400 weh duit aku. Aku minta kurang dekat pengasuh tapi katanya dia kira bulan. Total untuk bulan tu je 1K duit aku habis termasuk bayar pada dia.

Bukan nak berkira bab anak, tapi jumlah yang aku keluarkan tu tak setimpal dengan apa dia buat. Sebenarnya aku dah mula cari taska dan pengasuh lain bila mula – mula dia buat hal, tapi tak jumpa. Kononnya masa tu aku nak cari pengasuh yang berdaftar, jadi pencarian aku agak sukar sebab kuota budak bawah setahun dah penuh.

Masa tu bos aku ada jugak cakap hantar je dekat pengasuh biasa, mungkin mereka lagi bagus cuma tak ada sijil je. Dan selama aku hantar tu banyak lagi kes cuti meng3jut dia yang membuatkan annual aku habis dan akhirnya terp4ksa ambil cuti tanpa gaji.

Tapi aku bertuah sebab bos aku memahami, kadang – kadang dia suruh aku punch card je kalau kerja aku tak banyak. Macam – macam alasan dia tapi aku tau dia kerap balik kampung. Sebab tu hari Khamis atau Jumaat je hati aku berdebar – debar nak ambil anak sebab dia selalu minta cuti hari Jumaat.

Mungkin lepas mak bapak lain ambil anak dia terus cabut balik kampung. Kali terakhir yang buat aku betul – betul mendidih masa dia tak sihat. Pagi tu aku memang rushing sebab ada operasi, jadi aku hantar anak 10 minit awal.

Aku bagi salam dia tak sahut. Pintu berkunci. Tiba – tiba dia call tanya aku depan rumah dia ke? Aku cakap ya. Kau tau dia cakap apa? Akak dah buat announcement dekat status whatsapp yang akak demam. Hari ni akak tak jaga budak.

Aku masa tu memang dah hilang pertimbangan. Aku letak call lepas tu aku menangis. Masa tu memang tak ada tempat mengadu sebab suami tengah kerja, mak tak sihat. Aku call bos, bos kata datang je kerja bawak anak mungkin dia pun dah lali dengan drama aku.

Sampai pejabat, dia jaga anak aku dan aku masuk operasi. Habis operasi pukuI 3, dia suruh aku balik je. Mujur anak aku behave, bos pun suka jaga. Bos aku perempuan, dan dia tak ada rezeki anak. Aku tak balik, aku pergi rumah seorang makcik yang sekarang jaga anak aku.

Sebelum ni aku pernah survey tapi aku rasa dia tak okey sebab dah tua sangat. Tapi aku terp4ksa akur, dengan situasi aku masa tu yang tak ubah macam ibu tunggal. Alhamdulillah, anak aku baik – baik je dekat sana. Makcik tu mintak bayaran RM300, separuh dari pengasuh lama tapi aku bagi je sama.

Dua bulan pertama aku bayar RM300, lepas tu aku bayar je lebih sebab aku happy dengan cara makcik tu jaga. Kalau nak cuti pun dia bagi tau awal jadi aku boleh atur cuti aku baik – baik. Akak tu pulak bila aku kata nak berhenti, dia kata bayaran untuk bulan tu h4ngus sebab masa tu awal bulan, aku baru bayar dia.

Aku malas nak fikir, aku okey je sebab tak ada beza pun kalau dia cuti dan aku terp4ksa hantar pengasuh sementara yang lain. Nasib baik barang – barang anak aku tak tinggal dekat rumah dia, jadi aku boleh bla macam tu je.

Untuk pengasuh yang suka mintak cuti ni, tolonglah berhenti jadi pengasuh. Kita hantar anak kita dekat awak bukan saja – saja, tapi sebab kita pun bekerja. Kalau rasa diri tu kuat berjalan dan family person, sila cari kerja lain yang tak melibatkan orang ni.

Setiap kali kenduri nak cuti, setiap kali cuti sekolah je nak cuti. Sehari dua faham lagi, ni seminggu terus. Mintak cuti tak salah, kita pun faham tapi cuti yang tiba – tiba ni memang mengundang. Bukan aku je yang lalui benda ni, tapi aku boleh kata ramai di kalangan rakan – rakan aku yang dah lalui benda sama.

Paling teruk ada yang dibuang kerja sebab selalu ambik em3rgency leave. Sebelum ibu bapa hantar anak, bagi tau dulu syarat – syarat dan limitasi kau. Kalau rasa nak jaga anak cikgu je, cakap awal – awal. Kita pun boleh tarik diri lebih awal.

Kita pun tak giIa nak p4ksa awak jaga anak kita. Kita faham mana – mana tempat pun ada syarat – syarat dia. Tapi tulah, akak aku pun cikgu. Dia kata kalau cuti sekolah cikgu bukannya cuti pun, kadang – kadang kena masuk kerja jugak.

Hari biasa pun kadang – kadang balik lewat, bukan hari – hari on time. Tapi entahlah, malas aku fikir. Masalah aku pun dah habis lagi. Aku tau confession aku ni mungkin akan mengundang kecaman dari pengasuh atau ibu bapa yang lain, tapi aku nak tulis juga.

Aku nak ucap tahniah jugak pada pengasuh yang baik dan sabar dengan kerenah ibu bapa dan anak – anak asuhan yang bermacam ragam. Sekian terima kasih. – Zara (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zhafarina MZaid : I feel you, dear confessor.. Saya ni sampai tr4uma hal – hal pengasuh ni. Pengasuh kerap sangat ambil em3rgency leave tapi me as tak berkira memang akan bayar full je. Pengasuh pergi umrah pun kita bayar full.

Masa lockdown PKP pun kita abyar full walaupun jaga around 2 weeks sahaja. Makanan, sabun mandi semua bawak dari rumah. Beria – ria taknak susahkan pengasuh. Bila anak dah pandai cakap, anak mengadu pengasuh selalu marah – marah, bila nak pergi pagi – pagi mesti tantrum teruk.

Bila kita tanya baik – baik dengan pengasuh semua ok katanya. Kemuncak kemarahan, bila pengasuh Whatsapp mintak cuti seminggu sebab tak sihat. Kita pelik lah, kena c0ov1id ke? Bila ditanya cakap tak sihat je.. That’s it lah.. Terus cari lain.

And hari kami pick up barang, anak saya taknak masuk rumah pengasuh. Dia macam takut sangat – sangat. To all working moms, I feel you.. Semoga kita dapat pengasuh yang baik – baik untuk anak.

S Hazirah Tajul Rahim : Allahu… Sedih baca.. saya dah 7 years bergelar BS persendirian, bab nak cuti wajib rancang awal, tak sihat pun gagah jaga anak asuhan sebab taknak membebankan parents untuk EL. Sebab sebelum buat keputvsan melangkah dalam bidang pengasuhan ni saya juga pernah melaluinya, susah… susah sangat.

Sebab tu jadi pengasuh atau parents kedua beIah pihak perlu ada sikap toleransi dan amanah. Paling penting jangan sesekali berkira tentang urusan penjagaan anak – anak. Itu paling penting.

ماز عذىذ : Pengalaman last pengasuh gitu la, ambil cuti tiap minggu kalau boleh tiap hari. Cara dia ambil cuti, wassup pukuI 3 pagi bagitau esok tak boleh mengasuh. Hantar anak, k3tuk pintu sampai 15 minit tercegat tak buka pintu.

Sampai sekarang hantar anak – anak ke tadika dan transit, tak banyak karenah sangat dan takde la cuti terk3jut tergempar macam dulu kena. Nak masuk 10 tahun dah, yang sulung pun sekolah menengah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.