Aku intai bilik anak aku, adik aku langsung tak tidur. Dia duduk atas lantai sambil tenung katil anak aku

Aku marah adik aku dan dia terus masuk dalam kereta. Dalam kereta aku tengok dia resah semacam sampai berpeluh. Malam tu aku sengaja siasat guna CCTV dalam bilik anak aku. Aku nampak adik bangun malam..

#Foto sekadar hiasan. Mesti korang pernah sekali atau beberapa kali terdengar perkataan OCD atau nama panjangnya Obs3ssive-compulsive dis0rder kan? Dulu aku tak begitu ambil tahu pun tentang OCD ni walaupun sering disebut – sebut oleh rakan sekeliling, tapi bila dah terjadi dalam ahli keluarga sendiri aku jadi marah kalau orang lain sesuka hati je nak diagnos diri dia ada OCD.

“Aku ni kalau lap dapur mesti kena lap sekali celah – celah ni, sebab aku ni OCD sikit.”

“Aku tak boleh lah kalau tengok orang ik4t tali kasut, tak pun pijak kasut dekat belakang, rasa geram je sebab aku ni OCD.”

“Aku sebelum tidur mesti pastikan cadar aku tegang and tak boleh ada kedut – kedut sebab aku ada OCD.”

Pernah tak korang dengar ayat ni dari kawan – kawan atau orang yang terdekat? Aku selalu terutamanya rakan – rakan. Bila dah tau, sebenarnya itu hanyalah teliti dan perfectionist, bukan OCD. Bila fikir balik, aku pun bila lap dapur mesti lap semua sekali, tak buat separuh – separuh.

Sama jugak dengan cadar, benda tu rutin kan betulkan tempat tidur sebelum dengan selepas tidur? Cuma adalah segelintir yang tak jadikan benda tu sebagai rutin, mungkin malas atau mungkin nak cepat kan? Kita bukan tau.

Berbalik pada OCD, ianya terjadi pada adik bongsu aku yang berumur 13 tahun dan dia tua setahun dari anak sulung aku. Selama ni tak ada siapa pun yang tahu dan sedar akan tabiat dia yang sebenarnya tak normal sampailah dia tinggal dengan aku masa cuti sekolah tempoh hari.

Dia duduk sebilik dengan anak aku sebab mereka memang rapat cuma jarang berjumpa sebab PKP dan kesibukan aku untuk pulang ke kampung. Pertama kali aku sedar ketika kami sama – sama makan malam di rumah. Dia yang aku panggil Ria berulang kali pergi ke dapur tanpa membawa apa – apa makanan atau barang.

Bila dah terlalu kerap, aku tanya dia nak apa pergi dapur? “Ria rasa Kak Ngah tak tutup api dapur tadi. Bah4ya tau.” Ini jawapan dia. Masa tu aku tak sedar lagi, aku cakap check sekali dah lah. Yang kamu berulang kali nak pergi check tu kenapa?

Kali kedua masa kami nak pergi ke mall, aku pesan tutup semua lampu dengan pintu bilik jangan biar ternganga. Masa semua orang dah dekat luar nak masuk dalam kereta, dia berulang kali masuk dalam sebab nak check pintu dah tutup ke belum.

Berulang kali sampai aku rasa nak naik angin. Aku marah, dia terus masuk dalam kereta. Dalam kereta aku tengok dia resah semacam sampai berpeluh. Suami kata macam ada yang tak kena dengan adik aku, tapi masa tu aku cuba nak nafikan walaupun aku tau adik aku memang ada masalah.

Malam tu aku call mak aku, mak aku kata adik aku memang macam tu. Mereka dekat kampung malas dah nak layan per4ngai dia. Kali terakhir yang buat aku terus rujuk dia ke pakar bila anak aku mengadu adik aku tak tidur malam.

Malam tu aku mengintai dan ya dia duduk je dekat lantai. Aku tanya kenapa tak tidur, dia kata cadar anak aku senget dan tak berkedudukan tepat. Belah kanan dan kiri tak sama. Aku kata benda tu tak jadi masalah, tidur jelah tapi dia tetap tak nak.

Esoknya aku suruh anak aku tidur dengan adik dia sebab aku nak perhatikan gerak geri adik aku sendiri dan kebetulan dekat bilik anak aku memang ada cctv yang aku boleh pantau terus dari handphone. Jangan cakap aku ceroboh privacy anak ya sebab dia ada ruang untuk dia tukar baju sendiri dan tak kelihatan dari cctv.

Aku beli dulu pun sebab nak pantau dia masa pkp sebab dia ada kes tak siap homework sampai cikgu sendiri mengadu pada aku. Cctv tu pun 360 boleh pusing kiri kanan dan boleh ada komunikasi dua hala. Malam tu aku tengok, dia baring dan bangun semula betulkan cadar berulang – ulang kali sampai aku sendiri pun dah tak larat layan mata.

Berulang – ulang kali buat benda yang sama, pening aku tengok. Esoknya aku dan suami tanya dia, bila je dia tidur? Dia kata bila dah ngantuk sangat. Pagi tu jugak aku bawa dia kIinik dan dapat rujukan terus ke pakar.

Kenapalah aku tak perasan mata dia selalu sembap? Doktor diagn0se dia ada OCD dan sekarang masih dalam rawatan. Aku buat keputvsan untuk bekerja dari rumah dan masuk office bila perlu sahaja untuk pantau dia sendiri.

Walaupun gaji berkurangan tapi aku percaya ada rezeki untuk aku nanti. Sekarang dia duduk rumah aku dan bawa berjumpa dengan pakar psiki4tri di hospitaI berhampiran rumah aku. Mak pulak berhari – hari menangis sebab dia rasa dia gagal dan masih tak boleh terima adik aku berpeny4kit.

Aku tak salahkan mak sebab dia pun dah tua, mesti dia tak perasan kan? Pada sesiapa yang suka cakap diri dia ada OCD, tolonglah hentikan kecuali kalau memang dah betul – betul disahkan oleh doktor. Tengok adik sendiri sengs4ra sangat mer0bek hati aku.

Nak tidur pun susah dan sekarang dia tidur dengan bantuan ubat tidur. Mohon doa dari pembaca semoga segalanya dipermudahkan untuk adik kesayangan saya. – Zety (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nussrah Abd Jabbar : Bila pakar psy bagi ubat.. bagi adik makan tanpa skip. Alhamdulillah anak saya juga salah seorang penghidap OCD, dulu – dulu saya ingat anak saya giIa rupa – rupanya dia was – was. Bila dapat ubat dari doktor dan doktor pakar rujuk juga pada Rehab.

Anak saya banyak perubahan. Banyak was – was yang dia alami dan tindakan refleks yang dia buat berkurangan dan hampir hilang. Anak saya muda lagi baru berumur 15 tahun.

Nur Liyana Mohd Rasid : Nak nangis baca, terharu sebab awak berjaya jadi kakak yang sangat prihatin dan bertanggungjawab pada adik awak. Moga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah asbab awak sanggup wfh dengan gaji kurang sebab nak fokus pada perubatan adik awak. Moga adik Rea sembuh sepenuhnya dan dapat baIas jasa baik kakak dia. Moga mak Rea dapat redha dengan ujian ni.. Aamin aamin ya mujib

Kaslia Ar : Setuju dengan penulis. Kalau nak tau betapa seriusnya peny4kit OCD ni try duduk dengan mereka yang ada OCD. Saya pernah berhadapan dengan pes4kit ini bertahun, boleh duduk berjam – jam dalam bilik air sebab rasa mandi tak bersih.

Kulit sampai jadi kecut, sampai cramp. Memang kena rujuk dengan psy dan Alhamdulillah ada rawatan untuk s4kit ini. Kepada yang ada ahli keluarga seperti ini, teruskan bagi sokongan fizikaI dan mentaI. Memang sedikit menc4bar tapi yakinlah setiap kesulitan itu akan ada kemudahan di akhirnya. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat adik tt.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.