Saya tengah susukan anak, tiba2 pengasuh masuk. Mata anak terus bulat dgn badan mengejang. Fikiran jahat saya datang

Bayangkanlah sejak saya mula bekerja, ketika usia anak baru 45 hari, pengasuh la yang menggantikan saya setiap pagi menguruskan dia. PukuI 5.30 pagi lagi pengasuh dah datang rumah. Tapi kejadian semalam buat saya sedih, sedih sangat..

#Foto sekadar hiasan. Saya seorang ibu, dengan anak kecil usia setahun. Bermacam dugaan dan usaha sebelum si kecil ini lahir, Alhamdulillah ada rezeki untuk saya dan suami. Sebelum terlupa, saya PJJ dengan suami, dan saya tinggal bersama keluarga.

Baru sahaja dapat keputvsan pindah keluar saya gagal. Tidak mengapa. Saya masih mampu untuk positif. Permohonan selepas ini, cuba lagi. Anak saya mempunyai pengasuh. Atas sebab yang tak dapat saya ceritakan di sini, saya hanya lulus cuti bersalin selama 44 hari.

Habis sahaja tempoh pantang, saya kembali mula bekerja. Oh ya, saya seorang guru. Alhamdulillah bekerja setengah hari, dan kembali semula ke rumah melaksanakan tugas sebagai ibu. Punch in sebelum 6.30 pagi, dan punch out selepas 12.20 tengahari.

6 jam bekerja saya, tidak strict. Hanya jika ada jadual kelas, saya masuk ke kelas. Sekiranya tiada kelas, saya mendapat kebenaran dari pentadbir untuk pulang ke rumah menyusukan anak kerana anak menyusu badan sepenuhnya.

Ada sediakan susu yang dipam, untuk situasi – situasi tertentu seperti jadual kelas berderet selama 3 jam, atau ada meeting di sekolah, atau ada program – program sekolah dan PPD yang melibatkan guru – guru sebagai AJK.

Susu saya sangat sendu. Alhamdulillah cukup untuk anak sayatapi kalau pam, satu sesi 1oz pun belom tentu. Selalunya, 3-4 kali pam baru cukup 2oz untuk saya campurkan dalam botol. Ibu – ibu boleh bayangkan struggIe saya.

Sebab itu pentadbir berikan kebenaran untuk saya pulang ke rumah untuk direct bf. Setiap pagi, pengasuh akan datang pukuI 5.30am selepas subuh. Mengambil tugas menjaga anak saya sementara saya bersiap untuk pergi kerja.

Dalam seminggu, mungkin hanya 2-3 kali anak terbangun ketika ibunya ini masih di rumah. Sempatlah saya memeIuknya sebelum gerak ke tempat kerja. Kalau tidak, memang dia bangun peIuk pengasuh sahajaIah. Selepas itu, dalam sehari (6 jam) bekerja, lebih kurang dua kali saya balik ke rumah untuk menyusu.

Kemudian pukuI 12.30 tengahari saya akan balik rumah, dan mengambil tugas untuk mengurus anak kecil saya semula. Ya hanya pada limit masa itulah, anak saya berada dalam jagaan pengasuh sepenuhnya. Yang lain, ketika saya solat, mandi, atau makan, saya akan minta pengasuh tengokkan dia sebentar.

Selesai sahaja solat, mandi atau makan, saya akan terus mengambilnya dari pengasuh. Buat aktiviti – aktiviti antara ibu dan anak. Bermain. Membaca buku. Menonton nursery rhymes. Menyusu. Makan. Tidur. Sampai ke malam, itulah aktiviti kami berdua.

Tuan tuan dan puan puan kiralah sendiri jumlah masa yang saya luangkan pada anak berbanding masa yang mana saya terp4ksa serahkan dia dalam jagaan pengasuh. Tapi semalam. Saya sedih. Sedih sangat – sangat sehingga fikiran jahat rasa ingin merajuk pada anak kecil berusia setahun itu.

Jika saya perlu bertugas malam di sekolah, pengasuh saya akan tidur d rumah saya untuk menjaga anak saya sementara saya menyelesaikan tugas saya di sekolah. Susu macam biasa, saya akan pam terlebih dahulu. Ketika saya di sekolah, anak terbangun dan menangis mencari saya (BACA : Mencari susu).

Dia tolak susu botol. Dia akan menangis dan tak mahu sambung tidur. Jadi penyelesaiannya adalah, bangunkan dia dan bawa dia bermain. Saya telah dihubungi untuk pulang 15 minit kemudian, ketika saya sampai di rumah, anak saya tengah bermain walaupun masih ada sisa air mata di muka.

Saya mengambilnya, memberikan susu, sehingga dia hampir tertidur. Kebetulan ketika dia hampir sahaja lena, pengasuh masuk ke bilik. Bulat biji mata anak saya minta diambil (didukung) oleh pengasuh. Dicabutnya susu di mulut asalkan dapat didukung pengasuh.

Saya mengambilnya semula dan memujuknya untuk terus menyusu dan sambung tidur. Tetapi gerakan badannya yang asyik terpusing – pusing dan mengejang sebab ingin bersama pengasuh membuatkan saya jadi geram.

Saya serahkan dia kepada pengasuh. Lepas itu saya baring tutup muka dengan selimut. Terasa hati anak lebihkan pengasuh berbanding ibunya. Tapi hanya tidak sampai seminit, dan saya berjaya menepis perasaan itu. Saya bangun dan memujuknya kembali untuk sambung menyusu dan tidur.

Dua kali keadaan tersebut berulang. Pilihan terakhir, saya meminta pengasuh agar keluar dari bilik saya dan jangan masuk sehingga anak saya tidur . Barulah si kecil itu dapat ditidurkan itu pun selepas meraung apabila saya mengambilnya dari tangan pengasuh dan melihat pengasuhnya keluar dari bilik.

Saya sedih bila anak saya seoalah memilih lebih bersama pengasuh berbanding saya sedangkan saya ibunya, saya meluangkan masa bersamanya lebihhh berganda berbanding pengasuhnya. Jika ingin dik4takan masa yang diluahkan bersama itu bukan quality time, jadi apakah semuanya.

Kami main bersama. Ketawa bersama. Terkekek ketawa ketika bermain. Ketika dia menonton nursery rhymes pun, saya dan anak siap menggayakan action song itu bersama. Bila penat, dia menyusu, kemudian sambung bermain.

Baca buku bersama. Belum habis satu buku, buku kedua pula dibuka. Sampailah semua buku dibaca. Penat lagi, sambung lagi menyusu. Tapi kejadian semalam sangat membuka mata saya. Sedikitnya masa diluangkan bersama pengasuh pun, dia boleh memilih pengasuh lebih berbanding saya ibunya.

Saya tahu pengasuhnya baik dan saya percaya pengasuhnya melayan dia baik. Saya bersyukur untuk itu. Keluarga saya pun akui itu semua bila keluarga saya melihat hubungan anak saya dengan pengasuhnya. Bayangkanlah sejak saya mula bekerja, ketika usianya 45 hari, pengasuh la yang menggantikan saya setiap pagi menguruskan dia.

Itupun hanya waktu pagi.. Manakala, masakkan bubur, mandi dan cebok anak, atas faktor keselamatan, itu semua saya yang buat. Luahan ini hanya sekadar luahan sedih semalam. Jika ada yang sudi berkongsi bagaimana untuk meredakan perasaan cemburu ini, saya terima dengan hati terbuka.

Saya ulang sekali lagi, saya bersyukur dapat pengasuh yang baik ini. Nanti ada cakap saya tak bersyukur pulak. Hehe cuma yalah. Hati mak – mak ni cemburu bila anak lebihkan orang lain. Terima kasih admin kerana menyiarkan. Terima kasih semuanya kerana membaca, semoga kita semua dipermudahkan urusan oleh-Nya. – Ibu Hanna (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Salam, Makcik pernah kena. Waktu tu anak masih kecil. Ada maid. Oleh kerana selalu sangat sibuk dengan kerja, anak mula tunjuk per4ngai. “Maaaa…” … dia baru boleh bercakap… dan dia pergi pada maid.

TerIuka? Hahaha… sangat – sangat. Tapi, cerita itu lama dah. Tak ingat pula macam mana boleh reda. Rasanya mungkin selepas tu lebihkan masa dengan dia dan dia juga dapat adik, dan maid lebihkan adik dari dia bla bla bla…

Panjang la citer nya. Apapun, lama – lama, nanti anak akan perIukan kita lebih dari maid. Walaupun dia suka bermain dengan maid dan rindu maid. Maid / Pengasuh ni orang yang dia happy bersama. Tapi ibu ni orang yang dia rindu bila berjauhan.

Ok tips… bila balik dari outstation, belikan sesuatu untuk baby supaya dia tertunggu tunggu kita balik, walaupun hanya makanan dalam handbag (biasa anak akan selongkar handbag) Semoga kembali senyum..

Sharatul Shakilla Zulkipli : Itu tandanya pengasuh sangat ikhlas menjaga anak puan seperti anak sendiri. Puan sepatutnya gembira dan bersyukur Allah temukan puan dengan pengasuh yang baik. Anak – anak saya juga diasuh oleh pengasuh yang sangat baik sehingga ketika waktu pulang sangat struggIe nak pujuk mereka untuk pulang ke rumah.

Kadang – kadang saya terasa jugak.. adakah saya ibu yang teruk? Tapi cepat – cepat saya pujuk hati saya anak – anak lebih banyak luangkan masa dengan pengasuh mereka. At the end of the day, hanya saya akan bersama mereka. Kenapa perlu terasa? Jadi saya sangat bersyukur dapat pengasuh yang baik untuk anak – anak saya.

Immah Ieym : Dear confessor, saya ibu yang sangat kerap tinggalkan anak – anak disebabkan kerja luar kawasan. Saya sangat bangga dan seronok sekiranya anak lagi suka bersama pengasuh, sebab di situ saya tau pengasuh jaga anak sepenuh hati dan ikhlas.

Zaman sekarang susah nak cari pengasuh yang baik. Tenang rasa bekerja dan tinggalkan anak pada orang yang ikhlas jaga anak kita. Pikir 1 ja, baik mana anak dengan pengasuh, kita tetap IBUnya. Nanti anak dah besar dia akan cenderung ke arah ibunya pulak, insyaallah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.