Oleh sebab perkahwinan aku dan suami tak direstui, setiap hari keluarga aku hasut dan burukkan suami. Aku nekad sambung belajar untuk naikkan taraf hidup kami suami isteri. Ketika itulah keluarga aku rancang sesuatu. Setiap kali aku balik cuti, mereka fitnah suami aku ada perempuan lain..
#Foto sekadar hiasan. Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Kali ini dipaparkan kisah benar seorang ibu tunggal yang menyesal tak sudah dengan perbuatan menduakan suaminya.
Lebih membuatkan dia berasa tertekan kerana dia tidak akan dapat kembali lagi ke pangkuan bekas suami yang masih disayangi kerana taIak sudah tiga kali dilafazkan. Ini kisah sedih hidup aku. Kesilapan yang terjadi adalah atas kesalahan sendiri, sedikit pun aku tak salahkan orang lain tambah lagi suami yang aku sayang.
Aku berusia 26 tahun, masih muda namun sudah bergelar ibu tunggal. Aku pernah berkahwin pada usia 19 tahun di sempadan Thai kerana keluarga tidak merestui cinta kami. Suami hanya orang biasa, tiada pekerjaan tetap.
Selepas berkahwin, kami hidup merantau dan hidup bahagia tetapi apabila ayah s4kit, kami terpanggil untuk pulang ke kampung malah suami yang begitu beria – ia mengajak saya pulang. Di kampung, kami menumpang rumah keluarga.
Walau tidak kaya dan hidup senang tapi hati kami bahagia. Sehingga pernah terlintas di hati aku, biarlah aku yang pergi dulu berbanding suami yang baik hatinya. Agungnya cinta aku pada suami namun kerana kami kahwin tanpa restu keluarga, semuanya berjalan tidak lancar.
Suami ditohmah malah keluarga sendiri yang menjaja kisah kami. Luluh hati saya mendengarnya, tiada sokongan, dih1na kerana susah, tiada keluarga, sebatang kara, tiada harta, tidak tahu asal usul. Namun, sebagai seorang isteri yang baik, aku masih pert4hankan rumahtangga walau pun kadang kala bosan untuk mempert4hankannya.
Keluarga kata, aku dah dib0mohkan suami. Malah mereka beranggapan aku sepatutnya boleh dapat lelaki yang lebih kaya, lebih baik dari sekarang. 8 tahun kami kahwin, hanya suku baik suami di mata keluarga selebihnya buruk dan jahatnya sahaja yang dijaja.
Dua tahun lalu, saya menyambung pengajian untuk mengubah masa depan. Bersama linangan air mata, aku tinggalkan suami kerana tidak pernah berpisah dengan dia. Semasa belajar, dialah yang bersusah payah mencari wang perbelanjaan aku, untuk bayar segala yuran.
Aku cukup terharu dengan suami tapi bila pulang bercuti, ada saja berita yang kurang enak. Misalnya, suami ada perempuan lain, suami aku suka berjalan, suami tidak balik waktu Maghrib, tak beri belanja dapur, suami baik depan aku sahaja dan bermacam cerita.
Tetapi aku masih tetap kuat. Aku tahu keluarga memang mahu meruntvhkan cinta kami. Mereka masih dengan kepercayaan kolot, suami b0mohkan aku. Entahlah, aku pun tak faham. Orang kampung juga suka menghasut.
Pendek kata, hubungan kami tidak disenangi semua orang. Suatu malam, aku diuji Allah. Dalam perjalanan pulang bekerja, aku disapa seorang lelaki, agak berumur, pegawai kerajaan dan kami mula berkenalan. Kami menukar nombor telefon.
Kali pertama jumpa, saya nampak dia matang, baik dan beriman. Kami berhubungan bila berjauhan dari suami. Kami keluar bersama – sama dan aku mula melupakan suami. Aku benar – benar bahagia dengannya. Benarlah, kalau sudah 8 tahun setiap hari diratib tentang keburukan suami, akhirnya aku gagal kawan em0si dan juga iman aku.
Kasih sayang aku goyah. Setiap apa hasutan sering bermain difikiran. Aku layak dapat yang lebih baik. Habis pengajian, aku jadi sasau, rindu d3ndam kepada lelaki itu dan kami selalu bermesej. Dia begitu mengambil berat soal aku hingga aku melupakan suami malah terfikir untuk berpisah dengan dia.
Suatu hari kami membuat temu janji. Pada suami, aku katakan ada hal kolej tetapi kami tidur di hotel. Hinggalah kami terIanjur. Suami tiba – tiba menelefon dan menguji aku sambil berkata, akan jatuh taIak satu jika saya curang kepadanya.
Sekali lagi dengan linangan air mata, aku mengakui hal ini dan aku meminta maaf dari suami. Kami rujuk kembali namun kekasih masih terus menggoda hingga aku tidak mampu menahannya. Ketika itu, aku benci akan suami dan mahu berpisah dengannya.
Kekasih berjanji bermacam – macam. Hilang kasih agung pada suami. Aku ceritakan pada keluarga dan mereka menyokong aku memilih kekasih baru dan melupakan suami. Suatu hari, suami tinggalkan saya, saat itu aku mula insaf tetapi aku masih merujuk masalah pada kekasih.
Keluarga pula masih buruk – burukkan suami, saat itu aku jadi benci, s4kit hati dan terus hubunginya meminta cerai. Aku p4ksa dia lafazkan cerai. Akibat rasa terc4bar, suami lepaskan taIak dua dan bila mendengar kata – katanya, aku terus meraung.
Aku jalani perasaan ini dengan penyesalan. Aku mahu rujuk ke mahkamah tetapi perkahwinan kami tidak didaftarkan di Malaysia. Kami sudah merujuk mana – mana pihak dan semuanya mengatakan taIak kami sudah tiga dan tidak boleh rujuk lagi.
Hati masih sayang dan kami sama – sama giIa taIak. Aku sepi hidup tanpanya dan kekasih aku masih beri harapan. Bagi menghilangkan rasa hati, aku teruskan hubungan dengan kekasih. Namun bahagia tidak ke mana, bila minta bantuan kewangan darinya, dia mengelak dengan berbagai alasan.
Bila bersama keluarga, kekasih bagaikan malaik4t tetapi bila kami bersama, dia bagaikan sy4itan. Kini baru aku sedar, dia bukan lelaki yang baik. Orang yang aku jangka akan dapat bahagiakan rupanya hanya mahukan tubuh saja.
Kini dia sudah lama menghilang. Rumah tangga aku berjaya diruntvhkan dan kini dia berdiam diri. Ketika ini aku menjalani kehidupan dengan seribu penyesalan, tidak terampun d0sa pada suami dan sering merinduinya tetapi kami tidak boleh rujuk lagi. Kini saya benar – benar menyesal. Nauzubillah Min Zalik
Komen Warganet :
Mia Lavina : Tiada guna dikesalkan lagi. Semuanya telah terjadi. Menangis air mata d4rah sekali pun tidak dapat mengulangi yang sudah terlepas. Jadi yang lebih baik pandang ke depan teruskan kehidupan perjalanan ini dengan bertaubat kerana di dunia ini hanyalah satu tempat persinggahan sambil mengembara dengan segala macam cobaan.
Dengan semua cobaan ini kita ambil sebagai iktibar mana yang baik diteruskan dan mana yang buruk ditinggalkan. Sekarang mulakan satu jihad perjalanan bagi menuju ke destinasi yang abadi iaitu kem4tian dan di akhir4t dan di syurga.
Itu pun kalau perjalanan seterusnya kita memilih jalan yang diredhai ALLAH dan bersyukur ALLAH masih menyanyangi anda berdua kerana memberi hidayah kesed4ran kerana hidayah itu milik ALLAH. Inn shaa ALLAH.
Elly Mahmod : Ini lah yang akan berlaku jika tiada iman di d4da. Bertaubatlah. Mungkin suatu hari nanti awak akan dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.
Muhammad Saifullah : Jadi terimahlah suami tu senang ke atau susah. Jangan ingat kekayaan boleh 100% boleh rasa bahagia. Menyesal tak sudah. Kalau aku di tempat laki tu. Walaupun taIak 1. Aku takkan terima perempuan camtu buat selamanya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.