Selama ni aku pejam mata je bila pelajar ‘anak putera raja’ ni tak buat kerja rumah. Budak ni langsung tak boleh disentuh tapi kali ni aku meIetup. 2 minggu aku bagi dorang kerja sekolah, hanya sorang murid je buat. Seperti di duga, ibubapa murid tu datang meng4muk nak viralkan. Aku nangis depan suami nak berhenti..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau approve confession ni. Confession ni hanyalah sekadar luahan hati untuk legakan kepala. Aku minta maaf awal – awal sebab confession ni panjang. Nama aku Haryana (bukan nama sebenar).
Aku seorang guru sekolah rendah yang baru mengajar 10 tahun. Sejujurnya jadi guru ni bukan passion aku. Tapi sebab menghorm4ti cita – cita dan kehendak arw4h ayah yang nak sangat aku jadi cikgu, siap bernazar, dia yang isikan borang ke IPG, semua dia uruskan A – Z.
Aku turutkan walaupun aku dapat tawaran ke bidang yang aku minta berserta biasiswa JPA. Sebab ni bukan passion aku, jadi aku rasa sangat struggIe nak habiskan tahun – tahun aku terutama bila melibatkan praktikal.
Menangis tak payah cakaplah. Dah masuk, dah sign, dah tak boleh patah balik. Masuk posting, aku mengajar di sekolah yang ada nama juga. Jadi double str3ss. Semua orang kerja sempurna. Mengajar sempurna. Jadi aku struggIe lagi sekali.
Masuk tahun ke-2 aku dah rasa macam boleh terima dan pasrah. Walaupun str3ss tapi aku masih rasa okay. Aku akui aku seorang yang garang. Masuk kelas aku direct terus mengajar. Sebab pengalaman aku, murid aku kalau aku senyum dia akan mula ambil kesempatan. Jadi aku buat macam biasa je.
Semuanya bermula 3 tahun lepas. Bila virus ibubapa yang jenis suka salahkan cikgu ni masuk ke dunia pendidikan termasuk masuk ke sekolah aku. Aku dah mula jadi str3ss dan benci kerjaya aku sendiri yang selama ni memang aku p4ksa diri aku bekerja hari – hari.
Tak boleh silap sikit habis lah ibubapa datang meng4muk, viralkan di media sosiaI, report polis dan sebagainya. Aku pernah kena. Dan rakan – rakan guru sekolah aku pun pernah kena. Lama – lama semua cikgu dah tak nak ajar sama macam dulu.
Tak bawak buku? Lantak. Tak nak menulis? Lantak. Taknak buat kerja? Lantak. Taknak dengar? Lantak. Taknak bawak barang aktiviti? Lantak. Tapi dalam sabar – sabar cikgu – cikgu ni pun, ada yang meIetup jugak. Dan setiap kali ada cikgu yang meIetup, setiap kali tu jugak akan ada kes parents datang.
Katanya cikgu – cikgu tak ada hak. Sambil parents meng4muk, sambil anaknya menyampuk menyimbah minyak. Berulang lah begitu. Agaknya kena malaik4t yang mengajar baru parents puas hati. Dan dalam tempoh 3 tahun tu, dalam tak sedar aku kena depr3ssion dan anx1ety.
Dan ianya bermula dengan depr3ssion. Mula – mula aku tak sedar. Tak perasan pun. Aku rasa benda tu biasa. Mood aku naik turun. Aku rasa biasa. Aku hanya sedar bila aku kena panic att4ck. Masa kena tu aku ingat aku dah nak m4ti.
Aku terasa macam ni ke orang bila kena ser4ngan jantung. Aku taknak ke hospitaI. Sebab aku takut. Suami aku datang ambil aku dan aku minta untuk balik rehat. Petang bila aku rasa dah ok, aku ke polikIinik yang ada rawatan ECG.
Semua normal. Check lain semua normal. Doktor bagi aku mc untuk rehat. Esok hari tu aku kena lagi sekali panic att4ck. Doktor nasihatkan aku ke hospitaI. Dia kata maybe aku str3ss. Jadi dia pesan aku ke psiki4tris. Aku ke kIinik psiki4tris swasta.
Dan betul. Aku ada depr3ssion. Aku menangis takut sebab aku taknak sampai kena admit wad. Tapi doktor tu cuma pesan beberapa perkara. Tak memerIukan sampai ke situ. Beberapa bulan lepas tu aku rasa diri aku lain macam susah tidur.
Aku rasa kalau aku tidur aku tak akan bangun. Aku rasa bila ada apa – apa berlaku, itu sebab d0sa aku jadi Tuhan tak sayang. Aku rasa gelisah, takut. Suka menyendiri. Ada masa aku tak boleh dengar suara anak – anak aku, aku rasa benci.
Lagi benci bila pergi kerja dengar suara budak – budak sekolah rendah. Kalau aku terlupa baca doa makan pun aku akan risau yang teramat, aku akan rasa lepas ni mesti ada benda tak elok jadi sebab aku lupa baca doa, lepas ni mesti itu lepas ni mesti ini.
Dan aku akan rasa tak secure, Tuhan tak sayang, macam – macam malapetaka akan datang dan sebagainya. Kebetulan follow up dengan doktor. Aku ni susah nak bercerita. Jadi susah juga doktor nak korek cerita aku. Tapi dengar sikit je doktor dah tau aku mula kena anx1ety.
Setiap kali ke kIinik, aku datang sorang. Suami tak pernah tau. Sebab aku tak rasa suami aku akan terima dan support aku. Dengan bantuan doktor, bantuan ubat, bantuan diri aku sendiri, aku berjaya control anx1ety aku walaupun Allah lah tahu macam mana aku struggIe untuk semua ni.
Dan kisah aku baru bermula di sini. Bulan lepas aku meIetup di sekolah. Kesabaran aku hilang bila satu kelas tak buat kerja yang aku tinggalkan selama 3 minggu. Aku kursus 3 minggu. Aku cuma minta murid sambung kerja yang dah dibincang dalam kelas, siapkan bila aku habis kursus.
MaIangnya seorang aje yang siapkan. Yang lain mungkin selama ini mereka melihat dan observe, “cikgu si polan tu tak buat kerja pun,” aku hanya jawab, “yang penting awak buat, yang belajar yang awak. Yang rugi dia,” dan akhirnya semua tak buat kerja aku.
Aku meIetup. Tapi aku suruh buat siapkan dalam kelas aku. Dua hari. Campur weekend dua hari. Dan akhirnya tak siap jugak. Selama ni aku memang ada ‘pejam mata’ terhadap beberapa orang murid. Sebab mereka dalam list kami gelar anak putera raja. Jangan di usik.
Jadi dah lama aku buat tak kisah. Tapi bila kali ni aku meletus, semua lah kena amuukan aku. Termasuk lah anak – anak putera raja tu. Dan seperti diduga, parents seorang murid datang meng4muk dan buat report. Ugvt nak viralkan.
Aku akui aku ada kutis anak dia. Tapi tak adalah sampai Iebam. Tapi ada kesan merah. Bila aku jelaskan tak cukup sabar dan bertolak ansur ke aku selama ni yang anaknya tak pernah buat kerja aku. Jawabnya macam biasa, itu bukan hak cikgu, pandailah dia untuk ajar anak dia.
Dan diburuk – burukkan aku pada ibubapa lain. Dan d3ndam aku terhadap dunia pendidikan bermula semula. Anx1ety aku mula teruk semula. Depr3ssion aku mula menyapa. Kebencian aku setiap kali pandang anak – anak murid aku memuncak.
Lagi benci bila terbaca komen – komen netizen terhadap guru; itu salah ini salah itu tak kena ini tak kena. Lagi bertambah teruk anx1ety aku. Aku mula kurung diri. Di sekolah aku macam biasa. Tapi balik kerja aku kurung diri aku.
Aku tak keluar. Aku rasa tak secure. Aku tak makan. Aku hanya minum air jika aku rasa perlu. Aku tidur sepanjang hari. Berat badan aku jatuh mend4dak. Aku tak pedulikan anak – anak aku. Aku mula rasa benci tengok anak – anak aku bermain.
Aku benci apa sahaja yang buat aku terasa suasana sekolah. Aku pergi sekolah dah tak mengajar seperti dulu. Aku buat hal aku. Aku dah tak pedulikan murid aku. Aku mula menyump4h – nyump4h anak murid aku dalam hati setiap kali aku masuk kelas.
Selama ni walaupun aku p4ksa diri aku jadi seorang guru, aku buat tugas guru dengan sebenar – benarnya. Sebab ibu aku selalu pesan, gaji yang aku dapat tu pastikan berkat sebab aku akan guna gaji tu untuk makan minum aku dan keluarga.
Tapi kali ni aku dah benci nak fikir hal tu. Mesti ramai yang akan mencemuh aku. Dah tau tak suka jadi cikgu, kenapa tak berhenti je? Ramai lagi nak jadi cikgu. Aku dah lama nak berhenti. Aku menangis depan suami nak berhenti.
Tapi komitmen kami, anak – anak dan loan rumah buat aku fikir banyak kali. Loan rumah aku buat guna loan kerajaan. Agreement untuk berkhidmat aku kena akur. Selama ni aku elak diri aku untuk fikir kebencian aku terhadap kerjaya aku.
Sebab aku taknak secara tak langsung aku heret sama arw4h ayah aku menanggung perkara ni. Dia dah tiada. Biarlah dia kekal sebagai ayah yang baik di ingatan aku. Tapi sebulan ni aku dah tak boleh elak kan lagi fikir hal tu.
Aku memang menyalahkan keluarga aku. Kenapa nak sangat aku buat kerja yang aku tak suka? Kenapa aku dapat bidang yang aku suka dulu tak izinkan aku teruskan? Sedangkan aku dapat tawaran biasiswa JPA. Kenapa itu kenapa ini.
Semua dalam kepala sarat dengan kebencian dan d3ndam. Tiap – tiap pagi bangun tanya diri aku kenapa aku hidup lagi. Kenapa aku tak m4ti. Rasa nak bvnvh diri. Suami aku hanya biarkan ruang untuk aku sebab dia cuma anggap aku tengah down.
Aku tak ceritakan apa yang berlaku. Aku hanya simpan sendiri. Aku rasa marah bila aku yang komited dengan tanggungjawab kerjaya aku, kena tindakan sebegini. Sedangkan rakan – rakan guru yang lain yang mula buat tak peduli, ada yang masuk dah mula tak mengajar, ada yang masuk hanya suruh murid menyalin, ada yang sambil lewa tapi langsung tak pernah kena apa – apa tindakan.
Semua dah mula ambil jalan selamat. Adakah aku pun perlu tukar diri aku jadi guru yang macam tu, biarlah murid pijak aku, jual cerita aku asalkan aku selamat? Macam tu ke? Ibubapa hanya tahu salahkan guru. Tak ada hak itu tak ada hak ini.
Tapi, langsung taknak salahkan diri sendiri. Separuh daripada kesalahan anak kita, adalah datang daripada kita sebagai ibubapa. Guru pun ada em0si. Ada had kesabaran. Ada had toleransi. Ada kesilapan. Ada terlebih ada terkurang.
Aku boleh bertolak ansur dengan guru anak aku, balik ada kesan r0tan sebab berlari dalam kelas, buku tertinggal pun aku jawab kesalahan tetap kesalahan. Biar cikgu alert awak daripada cikgu abaikan awak dalam kelas. Tapi itu hanya aku.
Aku berterima kasih pada pentadbir dan rakan – rakan guru yang menyebeIahi aku. Tapi aku tetap tak mampu nak buang benci aku. Aku jadi benci diri aku. Benci kenapa aku jadi guru. Benci datang ke sekolah. Benci dengar suara kanak – kanak.
Redha aku setiap kali mengajar dah tak ada. Lagi s4kit bila lihat senyuman sinis anak didik yang seolah – olah “apa yang ko boleh buat”. Sekarang ni aku tengah pasrah tunggu surat tindakan daripada report yang dibuat atas aku.
Ibarat hukuman g4ntung. Dan hari – hari aku rasa nak m4ti. Walaupun aku kena macam ni, aku tetapkan doakan jangan aku buat guru anak aku macam ni. Sampai hilang keberkatan hidup anak aku disebabkan sikap aku sebagai ibubapa yang pentingkan diri dan eg0.
Tiap – tiap hari aku semak buku anak supaya cikgu tak rasa menyampah tengok muka anak aku dalam kelas sebagaimana aku menyampah dengan apa yang berlaku. Tolong doakan aku semua. – Haryana (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Anis Malik : Cikgu, uruskan untuk keluar dari sekolah tu secepat mungkin. Jangan bertangguh. Cikgu kena sayang diri sendiri. Jangan biarkan masalah – masalah tu terus – terus membelenggu diri cikgu. Saya doakan urusan cikgu dipermudahkan. Saya percaya ramai yang turut berdoa di sini untuk cikgu. Semoga ada doa dari kami yang diangkat menjadi doa yang Allah makbulkan. Aameen.
CT Nureha : Puncanya sebab sekolah tu famous sangat jadi mak ayah ngada – ngada terlebih sangat. Marah sikit pun tak boleh. MeIetup sikit pun tak boleh. Ingat cikgu robot agaknye takde feeling. Minta tukarla sis. Hope dipmudahkn urusan bertukar ke less famous school yang mak ayah tak kerek sangat.
Kesannye sekarang ni.. bila mak ayah byk songeh camni cikgu anak awak tu memang takde hati pun nak ngajar anak awak tau. Sapa yang rugi.. anak awakla. Saya pun ngajar more less 10 years. Prinsip saya janganla bawak balik keje ke rumah.
Kat rumah untuk rest. Dan buat apa yang terdaya jangan p4ksa diri. And i know the h4tred feeling if kena deal dengan anak murid yang mak ayah dia penah cari pasal dengan kita. So please parents… kekalkn hubungan baik dengan semua guru anak – anak anda.
Amir Zaki : Sedih bace cerita ni. Padan lah banyak berlaku budak rempit. Adakah dari hal kecik seperti daripada parents yang ber’king’ kan anak, atau budak – budak nakal tak nak ikut arahan cikgu. Hummmm.. Sedih. Ape akan jadi pada 6 – 7 tahun akan datang?
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.