Saya beli lauk basah sotong berkilo tapi mak mertua masak gulai ikan keli. Anak saya tak makan sekali kena perli

Saya perasaan handbag yang saya beli sebagai hadiah untuk mak mertua diberikan kepada menantu perempuan yang lain. Handbag yang saya beli bukannya dari jenama biasa selalunya C0ach, Michale K0rs, Braun BuffeI, paling murah pun B0nia..

#Foto sekadar hiasan. Nama saya Azalea, berusia 32 tahun, berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki berusia 7 tahun dan 4 tahun, bekerja di MNC company, suami pula bekerja sebagai kakitangan Kerajaan Gred N41.

Saya berasal dari negeri Bandaaraya Bersejarah manakala suami dari negeri Jelapang Padi. Alhamdulilah hidup kami bahagia dan sering bercuti ke luar negara kerana kami suami isteri sangat suka travel. Ceritanya begini, saya cuma nak meluah kerana merasa pelik dengan keluarga mertua, setiap kali pulang ke Kedah, barang – barang yang saya belikan tak berusik langsung,

Setiap kali kami balik kampung, saya pasti akan belikan barang – barang untuk Mak mertua sebab tahu anak – anak tidak berapa gemar menu yang nenek mereka masak, jadi saya ambil inisiatif untuk menambah lauk yang sedia ada.

Sebagai contoh, cuti baru – baru ni kami balik ke Kedah dan singgah di sebuah pasaraya untuk membeli barang kering dan barang basah. Dalam pada itu, anak sulung, Rayqal teringin  nak makan Sotong Kunyit, jadi kami belikan Sotong mentah dalam kuantiti yang agak banyak sementelah suami jugak memberi tahu yang keluarga Abang ke-2 (Abang Saiful) dan keluarga kakak no 4 (Kak Shima) turut pulang bersama.

Jadi saya fikir apalah salahnya beli barang – barang dalam kuantiti yang banyak biar semua orang dapat makan dengan bahagia. Kami sekeluarga tiba di kampong hampir Maghrib dan saya dah belikan lauk tambahan untuk memudahkan Mak Mertua tak perlu bersusah payah siapkan lauk lebih.

Sesampainya saya dan suami terus ke bilik dan bersihkan diri, lepas solat Maghrib saya ke bawah tolong hidangkan makan malam kami semua. Saya ada terdengar kak Shima bertanya kepada Mak Mertua ‘Mak, sapa yang duk beli lauk – lauk banyak – banyak ni?’ Mak mertua jawab, ‘macam biasa lah, Azalea’.

Terus kak Shima tak usik langsung lauk tu. Saya fikir kak Shima akan ambil dan isi kan dalam mangkuk, sebaliknya dia biarkan saja di situ. Saya pula tiba – tiba terkecik hati, kemudian saya terus pegi ke dapur dan ambil bungkusan lauk tersebut masukkan ke dalam mangkuk dan senyum saja.

Saya cakap, ‘Azalea beli lebih sebab tahu ramai yang ada jadi tak apalah, kita semua boleh makan bersama – sama.’ Kak Shima baIas, ‘Takpa, tak payah susah – susah Azalea, kami ni tak kisah kalau Mak hidangkan lauk Ikan Kering pon kami makan saja’.

Jujurnya saya terasa hati, ni bukan kali pertama malah sudah berkali – kali hal ini terjadi. Saya pujuk hati, takpelah boleh cuba lagi. Sedang waktu itu, suami masuk ke dapur jenguk sambil berkata, ‘Kak Shima ni, takkan balik ramai – ramai nak jamu Ikan Kering saja, lagipun biaq la Mak berehat, lagipun tadi kami dah pesan kat Mak, jangan masak apa – apa, tunggu kami bawak balik lauk, cuma masak nasi saja’.

Saya perasan kak Shima membuat mimik muka yang menjengkelkan. Saya tak faham mengapa tiba – tiba begitu. Keesokan hari, selepas Subuh saya turun ke dapur nak siapkan sarapan. Saya memang tak pandai memasak tapi kalau setakat Bihun Goreng tu tak ada sebarang masalah, saya gorengkan Bihun untuk santapan seisi keluarga, yelah nanti kalau sambung tidur lain pulak jadinya.

Walaupun agak kekok, tapi tak mengapalah, bila lagi nak ‘rapat’ dengan keluarga suami. Beberapa minit kemudian kak Shima dan isteri abang Saiful, kak Maria turun ke dapur juga. Kak Shima berkata, ‘Mewahnya Bihun Goreng dia, ada Sotong, ada Udang, Sayur Pakchoy, kalau kat rumah kak, takdak la nak rajin nak bubuh semua ni, mahai – mahai semua ni, kami tak reti makan.’

Aku mampu senyum. Kak Maria antara biras yang paling sporting, dia sudah tahu aku memasak tanpa segan silu dia ambil bahagian buatkan air. Di kampung suami kalau sarapan pagi haruslah ada kopi kampung panas dan air teh panas.

Sambil – sambil sarapan pagi, kak Maria bertanya kepada Mak Mertua, lunch nanti nak masak apa? Mak Mertua cakap mungkin Gulai Daarat Ikan Keli dengan masak Lemak Nangka, sambil bertanya, ‘Azalea makan dak lauk ni’?

Saya seperti biasa Mama dan Papa dah berpesan, apa juadah yang orang hidangkan makan saja jangan banyak soal. Kami 4 beradik telah dididik untuk tak banyak soal bab makanan. Lalu aku berkata ‘Gulai Ikan Keli selalu je makan, Cuma masak Lemak Nangka belum cuba lagi, tapi kalau Mak yang masak memang Azalea tak menolak’. Aku sekadar berbahasa basi.

Di belakang dapur, saya terdengar lagi kak Shima membebel, ‘penuh peti ais ni dengan bahan mentah dia, nak letak barang kita pon tak celuih (tak muat) dah.’ Saya ada cerita dengan suami tentang kejadian tu. Suami seperti biasa, dia akan pujuk saya dan berkata Kak Shima memang seperti itu, suka mengomel sana sini padahal yang diomelkan tu bukan hal besar sangat.

Sudah 8 tahun kami berkahwin dan sepanjang tempoh itu juga keluarga mertua seperti tak selesa menerima pemberian saya baik dari segi pakaian, aksesori seperti handbag, tudung atau barang – barang rumah. Saya pernah terdengar perbualan Mak Mertua dengan suami di laman rumah,

Mak Mertua : Izwan, dekat rumah hampa, haang ikut cakap bini atau bini ikut cakap haang?

Izwan : Awat tiba – tiba mak tanya? Kami bersikap terbuka mak. Kalau Wan (suami bahasakan kepada mak) tak puas hati dengan apa Azalea buat, kami akan berbincang elok – elok, sama jugak macam dia, kalau Wan ada buat silap atau salah apa – apa kami akan duduk bincang dan cari jalan penyelesaian.

Mak Mertua : Bukan apa mak tengok haang duk belanja sakan sangat, beli ikut selera orang kaya, ikut tekak bini haang. Mak tengok semalam hampa pi Pasaraya beli Sotong sampai 2 kilo, buat apa? Pesan dekat bini haang dalam rumah kita ni, tak makan benda – benda mewah tu semua.

Izwan : La mak, tu biasa la kami duk beli dekat rumah. Takkan beli Sotong macam tu pun mak nak kata Wan ikut cakap bini? Mak, Azalea tu beli barang – barang tu tak mintak duit Wan, dia yang nak beli semua tu. Lagipun anak – anak tak makan Ikan, depa makan Sotong dengan Ayam saja, jadi kami pun beli la bahan mentah Sotong lebih.

Saya perasan Mak Mertua mendengus seperti tak berpuas hati dengan jawapan suami. Saya teringat akan pesanan Mama, kata Mama, bab makanan jangan kedekut, beli aje apa yang kita rasa nak makan, duit boleh dicari. Lain benar didikan keluarga suami dan keluarga saya.

Hari kedua kami di kampung, saya dapat panggiIan dari pejabat untuk hadiri satu meeting penting, saya meminta izin suami dan Mak Mertua untuk ke bilik supaya lebih fokus perbincangan. Online saje. Kira – kira 30 minit meeting berlangsung, anak kedua saya, Rayyan, masuk ke bilik sambil tunjuk lengannya yang kemerahan dan naik bintik – bintik ruam.

Bila saya tanya, makan kekacang ke? Dia jawab ‘Maktok, bagi aiskrim tadi’. Saya terus keluar bilik, saya tengok anak sulung sedang menikm4ti Aiskrim Walls yang ada kekacang, terus rasa nak marah. Anak – anak saya tak boleh makan makanan yang mengandungi kekacang baik dalam makanan mahupun minuman.

Maka saya terp4ksa menelefon suami yang keluar bersama abang Saiful untuk segera balik, saya nak bawak anak kedua ke kIinik. Lalu, Mak Mertua menyampuk, ‘Azalea tak payah kalut lah, Rayyan tu sikit saja naik ruam, satgi elok balik la’.

Saya baIas, ‘Mula – mula memang dia naik ruam Mak, selepas tu Rayyan akan semput, jadi saya perlu bawak dia ke kIinik, ubat pula saya tak bawak balik sini’. Selepas balik dari kIinik, suami menonton TV di ruang tamu, saya dalam bilik siapkan baju – baju untuk pulang ke KL semula, lusa kami dah mula bekerja.

Saya terdengar Mak Mertua menyapa suami dan mereka bersembang. Mak Mertua cakap dalam nada yang keras sedikit berbanding sebelum ni, katanya, ‘Anak – anak haang jangan manja sangat, setakat makan aiskrim yang ada kacang pon dah semput, alergik sana sini, padahal haang dulu elok saja aku bela. Mak kan dah kata, bini haang patut berhenti kerja, jaga anak, jangan biaq anak duduk dengan orang asing’. Terkesima saya mendengar.

Patutlah sebelum ni suami pernah bertanya sama ada saya sanggup berhenti kerja dan duduk di rumah tak? Jawapan saya, tidak sesekali saya menjadi surirumah jika dia mampu tanggung segalanya. Manakan tidak, suami bergaji lebih kurang 4k sebulan saya pula 6k sebulan, total 10k sebulan tapi komitmen kami tinggi, panjang pulak nak terangkan tentang isu gaji kan.

Jadi sangat tidak relevan jika saya menjadi surirumah dan mengharap suami sebagai breadwinner. Lagi pula, saya tahu suami ada memberi sumbangan kepada kak Shima selain dari Mak mertua, tapi itu bukan masalah saya asalkan tidak menggunakan duit saya.

Sebagai isteri saya rasa tiada keperluan untuk tahu dan mengambil tahu jika suami memberi sumbangan kepada keluarga selagi mana dia masih mampu tunaikan tanggungjawab kepada keluarga kecil kami. Rasanya terlalu panjang pula saya menaip kan.

Cumanya sehingga ke saat ini saya masih pelik dan agak hairan mengapa pemberian dari saya Mak Mertua tidak memakai atau tidak disentuh? Adakah kerana saya ini menantu yang bukan dari negeri kelahiran anaknya?

Saya sedar diri saya merupakan isteri yang tidak pandai uruskan hal – hal rumahtangga tetapi setiap hari rumah kami berkemas kerana saya mengupah pembantu harian untuk selesaikan hal rumahtangga. Urusan memasak jika rajin saya akan memasak tapi jika saya sibuk dengan kerja, kekangan masa memang akan order atau Mama saya yang tolong masakkan menu untuk kami sekeluarga.

Saya tahu cara kami dibesarkan, suami dan saya jauh berbeza. Suami dibesarkan tanpa seorang Ayah, berasal dari keluarga yang agak susah, manakala saya Mama dan Papa adalah bekas kakitangan Kerajaan. Tapi adakah itu semua dijadikan alasan untuk tidak menerima pemberian saya?

Kadang – kadang saya perasaan handbag yang saya beli sebagai hadiah untuk Mak mertua diberikan kepada Kak Shima atau menantu – menantu perempuan yang lain. Handbag yang saya beli bukannya dari jenama biasa – biasa, selalunya C0ach, Michale K0rs, Braun BuffeI, paling murah pun B0nia, ataupun Carl0 Rin0 kalau Mama dapat handbag C0ach, untuk Mak Mertua juga saya turut belikan yang sama cuma berlainan pattern.

Itulah cara saya, kalau boleh memang saya cuba bahagiakan kedua – dua keluarga tanpa batasan. Tapi sudah itu pilihan mereka, saya terp4ksa akur. Tentang pembelian bahan basah juga, saya sudah berkata kepada suami, jika kami akan pulang ke Kedah selepas ini, saya tak akan beli lagi bahan – bahan basah untuk dimasak, nanti penuh pulak peti ais rumah Mak Mertua, suami hanya tersenyum kelat.

Saya bukan berkecil hati tapi lebih kepada penat. Saya terasa seolah – olah seperti ‘syok sendiri’ bak kata orang Kedah dengan beli banyak bahan – bahan mentah tersebut tapi tiada siapa nak tolong masak atau gunakan lauk mentah tersebut untuk digunakan dalam aktiviti memasak.

Saya bukanlah tidak suka dengan Gulai Daarat Ikan Keli yang dimasak Cuma saya fikir anak – anak yang tidak memakan Ikan, jadi saya ambil langkah yang baik dengan membeli bahan basah tambahan sbagai lauk tapi lauk saya dipandang sepi.

Tapi lauk tersebut saya yang memasak, Sotong masak Kunyit kegemaran anak – anak, tapi saya perhati anak buah suami mesti akan bertanya dahulu sebelum mengambilnya ‘Ibu, lauk ni siapa yang masak’? Kak Shima akan jawab ‘Makcik Azalaea yang masak Sotong tu’, terus dia tak sentuh lauk tersebut, saya sungguh berkecil hati.

Kak Shima sekadar berbahasa basi, ‘Amirul tak makan Sotong, kami tak biasakan anak – anak makan mewah’. Saya hanya mampu tersenyum kelat sambil memandang suami. Suami antara the best supporter saya, dia, abang Saiful dan kak Maria saja yang makan lauk yang saya masak.

Tak mengapalah, mungkin air tangan saya tak sesedap air tangan Mak Mertua dan saya juga tiada hak untuk mem4ksa semua orang makan masakan saya. Cukuplah suami dan anak – anak puji masakan saya sudah memadai.

Jadinya di sini, saya sangat tidak suka ada konflik  dalam keluarga baik sebeIah saya ataupun sebeIah suami, jadi saya ambil pendekatan untuk tidak mengulang habit yang saya buat sebelum ni. Suami juga menyokong tindakan tersebut dan dia meminta saya untuk kurangkan ‘berbelanja’ untuk keluarganya.

Hubungan saya dengan Mak Mertua kadang – kadang okay kadang – kadang tak okay. Kami pernah pulang ke Kedah menaiki kereta saya, kemudian Mak Mertua menolak tak nak naik katanya dia akan ikut abang Saiful dan Kak Maria saja lah ke mana – mana.

Saya mampu tersenyum sajaIah tapi dalam hati dah menjerit dan meraung, dan sejak dari itu, kami tidak lagi menaiki kereta saya untuk pulang ke Kedah sebaliknya suami drive keretanya. Keluarga saya sangat menyayangi suami dan Papa sangat akrab dengan suami saya.

Yelah menantu sulung lelaki dalam keluarga, dia sering dijadikan sebagai sumber rujukan sekiranya Papa ingin membeli rumah atau apa – apa yang bukan bidangnya, pasti suami saya yang Papa cari. Mama dan Papa sangat menyayangi suami seperti anak sendiri, tapi keluarga suami kadang – kadang buatkan saya terasa seperti orang asing.

Tapi tak mengapa, saya cuba untuk tak ambil hati, bukan kerap sangat balik ke sana, setahun beberapa kali saja balik ke sana (atas permintaan suami). Kesimpulannya, raikan jelah menantu dari negeri lain. Terima hakik4t bahawa anak lelaki telah memilih jodohnya sendiri dan dorong lah keputusan dengan kasih sayang seorang Ibu, bukannya menambahkan beban fikiran anak lelaki.

Mak Mertua saya sejenis yang suka mem4ksa semua 5 orang anaknya ikut segala arahan walaupun waktu itu kami bekerja, disuruhnya anak – anak balik ke Kedah hanya kerana dia ada appointment dengan Doktor pada setiap bulan padahal anak sulung (Abang Sharif) dan anak no 4 (Kak Shima) ada menemaninya.

Selalunya kalau kes begini, saya pesan pada suami, dia saja yang pulang, kerana saya agak susah nak cuti dengan kerap kerana tanggungjawab dalam organisasi tidak boleh sewenang – wenangnya hendak mengambil cuti, alhamdulilah suami memahami.

Jadi sekadar itulah luahan saya yang tak seberapa. Semoga saya dan suami kekal dalam ik4tan perkahwinan ini. Antara saya dan suami tiada langsung perselisihan faham kerana suami pandai mengambil hati saya dan ibunya, dia faham tanggungjawabnya sebagai seorang anak, suami dan bapa.

Lagipun dia banyak berk0rban untuk saya dengan menjaga anak jika saya terp4ksa bertugas luar kawasan, jadi untuk apa saya meragui dirinya. Atas sebab – sebab ini juga suami membuat keputusan untuk jarang pulang ke Kedah, sebaliknya suami yang akan jemput ibunya untuk ke rumah kami tapi Mak Mertua jarang sekali nak bertandang, katanya dia kurang selesa dengan keadaan rumah kami (rumah kami jenis apartment).

Saya berharap Mak Mertua dapat memeIuk saya dengan erat sepertimana dia memeIuk menantu – menantu lain waktu Hari Raya Aidilfitri. Kepada Mak, Hajah Ramlah, Azalea sangat sayangkan Mak walaupun saya bukan anak kandung, macam mana ikhlasnya saya sayangkan anak Mak, begitu juga ikhlasnya saya menyayangi Mak. Menantu Tak Sempurna, – Azalea Natasya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Masaniza Ibrahim : Tu semua di luar kawalan kita sis… Omputih kata expectation kiill you, acceptance builds you. Perbezaan latar belakang keluarga menjadikan perkara ni bila makan tahun perkahwinan rupanya m4kin banyak perkara yang kita tak mampu nak faham, nak hadam apa punca sebenar, apa patut dibuat, apa pilihan yang ada.

Tapi takpelah, alhamdulillah suami sis sangat positive dan supportive. Anggaplah ibu mertua sis tu jadi asbab bakar semangat sis untuk jadi isteri dan ibu menantu yang lebih baik. Dia tak nak ambik hadiah sis bagi takpelah, takyah beli apa – apa dah. Banyak cakap minta maaf dengan terima kasih je.. lama – lama Allah bagi la dia rasa malu dengan bersyukur dapat menantu macam sis.. InsyaAllah.

Mzai Azi : Prinsip saya senang je. Saya jenis tak bersungguh. Kalau saya masak mak mertua tak suka saya tak masak lagi. Kalau saya belikan barang dia tak pakai, saya stop beli. Kalau banyak sangat mengumpat saya, saya jarakkan diri.

Memang saya kurang ke rumah mak mertua. Pada saya buat apa kalau saya buat lepas tu saya sedih dan sudah tentulah akan timbul rase marah walaupun sikit. Buat berd0sa je. Saya fokus besarkan anak – anak yang perlu perhatian saya. Ibu mertua yang sombong ni sebenarnya rugi sebab sayang kita akan timbul sendiri kalau dia sayang kita. Tapi kalau kita rase tak disayangi memang tak la nak sayang dia.

Ena Mh : Tak sekufu, tu sebabnya. Mak mertua tu jenis berjimat, dari muda mungkin dia susah, jadi dah terbiasa macam tu. Bila dimewahkan dengan benda – benda mewah macam handbag beribu – ribu, dia rasa membazir.

Eg0 pun ya, rendah diri pun ya. Memang ada sesetengah orang macam ni, kita rasa takde apa pun, tapi dia cop kita berlagak / menunjuk – nunjuk pula. Orang macam ni, memang kena jauhkan diri / bersederhana depan dia baru dia puas hati.

Takpe, bab makan tu, redha je, ambil pendekatan kurangkan beli banyak – banyak. Beli secukupnya. Cuma bab alergik kena bagitau benda tu serius, tak nampak depan dia, kalau jadi apa – apa kat anak kita takkan nak salahkan dia pulak kan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.