PukuI 3 pagi mak menjerit cakap pencuri masuk. Bila saud4ra, jiran dtg, dia tuduh aku bawa jantan, fitnah aku dah tak suci

Tiba – tiba dalam pukuI 3 pagi aku dengar emak menjerit kuat. Rupanya rumah kami dimasuki pencuri. Aku bangun, terpinga – pinga tapi pencuri itu sudah pun keluar ikut tingkap. Mak fitnah aku bawa masuk lelaki sedangkan aku baru 12 tahun. Sejak dari tu, emak bagitahu semua orang aku takde d4ra, bawa masuk laki..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Laila (bukan nama sebenar). Kebanyakan orang yang mengenali aku ramai cakap aku seorang yang bertuah. Bergaji hampir lima angka dan berjawatan agak tinggi di salah satu syarik4t perisian komputer.

Mampu membeli rumah dan kereta sendiri, dan pendek kata boleh membeli apa sahaja yang aku inginkan dengan duit sendiri. Namun di sebalik imej kehidupan bertuah dan sempurna yang aku sering paparkan di media sosiaI, tersimpan rahsia yang sangat pedih.

Rahsia perjalanan hidup yang sangat perit membuatkan aku terjaga di tengah malam dan menangis. Anxiety itu datang lagi dan sejak akhir – akhir ini, sem4kin perit. Baru – baru ini aku dilamar rakan aku sendiri. Dan ini adalah kali ke empat dia masih tidak berputvs asa mencuba nasib memik4t aku.

Dan jawapan aku masih sama, aku belum bersedia. Sejujurnya, aku tiada perasaan terhadapnya malah aku tiada perasaan terhadap sesiapapun. Tapi jangan risau aku seorang perempuan yang straight i can guarantee that.

Apa yang pasti, aku tak boleh settle down. Tr4uma zaman kanak – kanak aku sangat kuat membelenggu and for sure, ia akan menyusahkan sesiapa sahaja yang bakal menjadi pasangan hidup aku. Larat ke bila malam pukuI 3 pagi kau terjaga dengar aku menangis sambil sesak nafas?

Sekali dua mungkin lah boleh concern lagi, tapi kalau hampir setiap malam tak ke letih? Aku anak tunggal. Ramai rakan – rakan aku salah ertikan aku seorang anak manja bila aku perkenalkan diri sebagai anak tunggal. Haha tolonglah, anak manja? Jauh sekali!

Emak bercerai dan membawa aku pulang ke kampung halaman. Ayah? lost contact sampai lah kami dapat berita dia meninggaI dunia setahun kemudian, itu sahaja kenangan yang aku ingat tentang ayah. Emak pulang ke rumah nenek yang juga merupakan janda.

Bermula lah kehidupan aku di kampung yang aku fikir seronok, rupanya ner4ka. Sem4kin hari emak sem4kin panas baran dan perengus. Dia mula gunakan kata – kata kesat terhadap aku, anaknya sendiri yang baru berusia 5 tahun masa tu.

Suatu hari aku lapar dan ambil nasi dan lauk gulai telur yang nenek masak. Telurnya cuma ada satu tapi masa tu dah petang jadi aku ingat semua orang dah makan. Tiba – tiba aku dengar emak marah marah di dapur, “b4bi mana lah makan tak tinggal langsung lauk kat aku ni?”

Aku hampir tercekik sebab terk3jut. Tiba – tiba aku tengok emak berjalan laju ke arah aku dan menghempuk kepala aku dari belakang, sampai terkeluar nasi dari mulut aku. “kau melantak tak ingat aku kan? anak ceIaka!”

Menangis beb aku masa tu, nenek pulak takde mungkin ke rumah jiran. Makan lah aku nasik tu dengan air mata sekali. Nenek aku ni dia mengajar mengaji. Jadi budak – budak kampung selalu datang mengaji lepas maghrib dengan nenek.

Aku lah paling gembira sebab ada kawan – kawan. Tapi emak selalu menjegilkan mata bila aku nak berkawan dengan diorang. Jadi aku pun duduk diam je tunggu giliran. Giliran aku pulak paling last, kiranya orang lain dah sarung selipar nak balik baru turn aku mengaji.

Satu hari tu, aku tamat muqaddam jadi nenek tanya nak try baca Al-Quran besar tak? Kalau tak kita try esok. Kami panggil Quran besar (al-Quran) dan Quran kecik (muqaddam). Aku pun excited, yela pencapaian besar ni lepas ni dah mengaji Quran tebal.

Nenek pun ajar aku juz pertama tapi biasalah aku agak banyak salah. Ibu aku dengar aku mengaji tak lancar terus dia ambil r0tan. Piaaappp! kena belakang badan aku. Menggeliat beb s4kit. Tak cukup secara fizikaI, verbally pun dia bagi. “baca elok – elok lah b4bi. kau tak reti mengaji ke?” aku terus menangis.

Pada waktu tu aku menangis lebih kepada sedih daripada s4kit. Malam tu aku berjaya dapat pencapaian baru kut, sepatutnya dia bangga. Dalam ramai – ramai murid mengaji nenek, aku yang pertama habis muqaddam. Bila aku start menangis dan berhenti mengaji, emak m4kin galak mer0tan aku sambil mem4ki “cepatlah mengaji ceIaka!”

Nenek cepat – cepat tahan r0tan tu dari hinggap badan aku walaupun nenek sendiri tak larat dah tua. Last sekali nenek sound emak, “kau tu tak payah la kacau dia macam mana dia nak mengaji. Kau pun tak pandai mengaji lagi nak marahkan anak kau!”

Emak terus mencuka sambil tengok aku. Malam tu aku mengaji sambil menggigil menahan tangis dan hingus. Sebak rasanya sampai nenek pun menangis sama. Sungguh aku takut dengan emak, setiap kali dia pandang aku mukanya penuh kebencian. Mencebik dan membuat bunyi ‘hmmphh!’ sepertinya aku terlalu hiina untuknya.

Emak, kalau emak tak nak saya kenapa lahirkan saya mak? Saya pun tak nak jadi anak emak. Saya nak jadi anak nenek. Aku bukanlah budak yang nakal, aku senang dijaga. Kadang – kadang aku teman nenek pergi berkebun dan menyiram sayur – sayuran yang ditanam.

Ramai juga orang orang kampung yang membeli sayur nenek memuji aku budak yang rajin dan baik. Tapi bila emak mendengar dia terus mencelah “baik apa nya depan orang je padahal per4ngai macam anak b4bi”. Terus beristighfar dia dengar emak aku punya percakapan.

Nenek pun tunduk sebab malu. Aku? Hati aku pecah seribu, aku budak lagi masa tu. Emak seolah – olah seronok dapat mem4ki dan berkata kesat kepada aku. Seolah – olah memberinya kepuasan hidup. Pelik kan? Tapi itu lah mak aku.

Mujur ada nenek. Nenek membaIas tenang “kalau Laila anak b4bi, kau la mak b4bi ya?”. Emak meng4muk. Mesti korang ingat emak aku hormat nenekkan? Jawapannya tak pun. Nenek juga menjadi m4ngsa m4ki hamun dan kata – kata kesat emak.

Setiap hari ada sahaja ayat untuk dia s4kitkan hati nenek seperti “orang tua b0doh” “ceIaka” “binatang” dan semuanya yang tak sedap didengar. Pernah sekali anak saud4ra nenek datang menziarah dan terdengar emak mem4ki hamun aku dan nenek.

Terus dia masuk dan memarahi emak. Katanya emak sudah jatuh anak derh4ka kerana bercakap begitu dengan nenek. Tapi emak ambil pinggan dan baling kepadanya, mujur tak kena. Nenek hanya ajar aku untuk bersabar.

Kata nenek “Laila jangan benci emak ya,” namun semua dah terlambat nenek, Laila dah benci emak. Segala persiapan masuk ke tadika hanya nenek yang uruskan. Aku masih ingat lagi, aku dan nenek sama – sama berjalan kaki pergi mendaftar di tabika kemas.

Nenek suruh emak menghantar aku dengan motor tapi emak enggan. Kata emak, “tak payah la beria suruh dia sekolah bukan pandai pun nanti”. Aku tak sedih pun bila tengok mak ayah orang lain jemput anak – anak diorang dengan motor dan kereta, janji bila aku keluar pintu tabika aku nampak nenek sedang menunggu.

Kadang – kadang nenek bawa satu plastik kuih yang kami makan sambil berjalan pulang. Itu sudah membuat hidup aku gembira, aku tak perIukan ibu bapa mahupun adik beradik. Namun kegembiraan aku tidak lama. Nenek meninggaI dunia ketika aku baru mendaftar masuk sekolah rendah.

Segala kelengkapan sekolah aku yang nenek beria beli dalam kuantiti yang banyak sebenarnya satu petanda yang nenek akan pergi meninggaIkan aku. Seolah – olah, ‘ini je nenek tinggal ya. Laila jaga diri’. Emak pula berlakon sedih di depan semua orang yang hadir masa nenek meninggaI.

Dia bagitahu semua orang yang dia dan nenek dah lama berbaik dan nenek redha dengannya. Padahal aku tahu segalanya, masa nenek tengah s4kit terlantar pun dia masih berkata kesat kepada nenek. “orang tua menyusahkan aku” “mamp0s lah cepat”.

Bila dia bersihkan najiis nenek pun dalam keadaan kasar sambil meny4kitkan hati nenek. Aku lihat nenek mengalirkan air mata, apa yang redhanya? Seronok dia mengira duit pemberian orang malam tu. Manakala aku pula duduk dalam bilik nenek sambil menangis.

Emak segera mengarah aku untuk mengemas bilik nenek untuk dijadikan biliknya. Dia suruh aku buang sahaja baju – baju dan barang lama nenek yang tak perlu namun aku senyap – senyap pindahkan ke bilik aku. Malam – malam aku peIuk baju nenek sambil tidur.

Hidup aku berubah menjadi seperti Cinderella. Hahaha cuma bezanya yang mend3ra aku adalah emak kandung, bukannya mak tiri. Emak aku tak suka dan jarang memasak. Dulu pun dia hanya makan apa yang nenek masak sahaja sehinggalah nenek s4kit, aku mengambil alih tugas di dapur pada umur 8 tahun.

Setiap kali aku sedang mengulangkaji pelajaran, emak mesti menyuruh aku membuat pelbagai kerja rumah seperti mencuci pakaian menggunakan tangan, menyapu dan mengemop lantai, menyiang dan menggoreng ikan dan memasak nasi.

Kadang – kadang aku hanya sempat menyentuh buku bila hari sudah petang menginjak ke malam. Emak juga sering mengejek aku, “Belajar lah sangat bukan cerdik pun. B0do je aku tengok!”. “Aku doakan kau tak lulus semua subjek”.

“Aku doakan masa periksa jawapan matem4tik kau semua salah.” Minta maaf ye emak. Doa emak supaya saya jadi b0doh Allah tak makbulkan. Saya dapat semua A setiap kali peperiksaan emak. Markah bahasa inggeris saya 98/100 mak, paling tinggi dalam seluruh darjah 6.

Teacher English saya sayang sangat dekat saya mak sampai essay – essay saya dia buat contoh untuk semua. Bila duduk di rumah dengan emak hati aku rasa nak pecah, resah, takut, gelisah. Perasaan yang sangat tak sihat untuk budak yang sedang bersekolah, lebih – lebih lagi tahun itu aku akan UPSR.

Walaupun aku pelajar cemerlang aku menjadi down dan tak percaya diri. Last – last aku cuba aktifkan diri dalam bidang sukan seperti olahraga dan bola jaring. Alhamdulillah mungkin disebabkan fizikaI aku yang kurus dan tinggi aku mudah untuk dilatih.

Jadi selepas itu kebanyakan masa aku dihabiskan di sekolah dan aku sangat gembira. Namun emak semestinya tidak gembira. Hidupnya mana lengkap tanpa sehari dapat mem4ki atau memanggil aku b4bi. Akhirnya dia memanggil aku perempuan sundaI dan gatal dengan lelaki walaupun aku langsung tiada kawan lelaki.

Pernah sekali aku tengah mengulangkaji pelajaran dan pencil mekanikal favourite aku jatuh ke tanah. Rumah kami rumah papan yang tinggi. Aku pun bergegas turun untuk ambil di bawah rumah. Tiba – tiba aku dapat dengar emak berlari dari atas rumah untuk turun ke bawah melihat aku. “kau buat apa tu sundaI? kau jumpa jantan mana kat bawah tu hah?”

Mungkin aku sudah immune, jadi aku tidak menangis. Namun hati aku h4ncur seh4ncurnya. Perasaan aku juga sudah rosak teruk. Aku hanya berjalan naik ke rumah namun emak menggiIa dan mer0tan aku sepuas hati sambil memanggil aku dengan gelaran yang hiina.

PukuIlah mak. PukuIlah puas – puas biar hilang nyawa pun takpe. Ada tu masa aku tengah iron baju sekolah, mak duduk di satu sudut sambil tengok aku dengan penuh kebencian. Aku pun kadang – kadang ada juga terpandang dia sekilas tapi tiada angin tiada ribut dia marah aku “kau ingat muka kau tu cantik sangat ke? Mai sini aku bagi dengan iron panas tu biar berparut, biar hodoh padan muka kau!”

Klimaks kisah hidup aku adalah hal yang aku sangat tak dapat lupakan sampai bila – bila. Kerana ini merupakan titik terakhir yang aku noktahkan dalam hidup aku, yang aku sangat bencikan emak. Tiada sayang mahupun kasih untuk emak walaupun sedikit.

Rumah kampung atap zink bila malam memang berbahang. Ruang tamu pula lebih rendah dan berlantai mozek jadi aku putvskan untuk mengulangkaji di ruang tamu. Malam sem4kin lewat sehingga aku tertidur. Tiba – tiba dalam pukuI 3 pagi aku mendengar emak menjerit kuat.

Rupanya rumah kami dimasuki pencuri. Aku bangun dan terpinga – pinga namun pencuri itu sudah pun keluar ikut tingkap. Baru sahaja aku mahu tanya emak apa yang berlaku, emak terus menampar aku dengan kuat. “kau yang ajak jantan tu masuk dalam rumah kan?! Dasar perempuan murahan, perempuan sundaI!”

Aku tak terkata. Emak betul – betul perlakukan aku dengan sepenuh hati. Tak cukup dengan kaki dan tangan, batang penyapu juga dia gunakan hingga patah dua. Aku hanya mampu menangis. Bibir aku berd4rah. Rambut aku kusut masai ditarik emak.

Emak kemudiannya keluar rumah memanggil pakcik makcik dan jiran – jiran. Belum sempat mereka tanya apa yang terjadi? Nampak tak siapa pencurinya? Emak aku terus memberitahu mereka aku yang bawa jantan masuk ke dalam rumah.

Aku perempuan sundaI dan dah tak ada d4ra. Tercengang mereka dengar. Bukan ke pencuri yang masuk rumah kau? Kenapa anak kau pulak tiba – tiba tak ada d4ra ni? Aku hanya menangis di sudut sambil mereka menenangkan emak dan berbincang sesuatu.

Anak saud4ra nenek bertanya aku apa terjadi sebenarnya. Bila aku cerita hal sebenar, emak meng4muk cakap aku pembohong. Emak menuduh aku yang bawa jantan masuk ke dalam rumah dan buat perkara tak elok. Sejak hari itu, emak asyik panggil aku perempuan tiada d4ra.

“tengok tu cara berjalan macam tu biasanya orang takde d4ra je berjalan macam tu” “tengok tu siku warna gelap macam tu kau takde d4ra kan mengaku jelah”. Sampaikan bila aku ke kedai runcit aku dapat rasa orang pandang aku semacam.

Ada yang pandang kasihan, ada yang pandang sinis. Waktu itu aku ada beberapa bulan lagi untuk UPSR. MentaI aku betul – betul tak stabil tapi aku cuba kuatkan diri sendiri. Ianya tersangatlah tidak mudah untuk aku.

Seorang anak perempuan yang tiada figura seorang ayah untuk berlindung, emak yang sangat tak berfungsi, abuusive dan manipulative. Dan satu – satunya kasih dan cinta hati aku, nenek sudah tiada. Aku di antara dua.

Kuatkan semangat untuk terus hidup? atau pergi sahaja? Akhirnya aku pilih untuk tarik nyawa aku sendiri. Aku telan sepapan panadol yang aku beli di kedai dan terus tidur, berharap agar tak bangun terus. Aku menangis sepuas hati sambil panadol sem4kin memberi kesan mengantuk.

Samar – samar aku dengar emak mem4ki hamun aku suruh bangun. Namun kepala dan badan aku rasa seperti Iumpuh. Macam ni rupanya rasa telan panadol sepapan ya, mata pun aku tak boleh buka. Aku dapat rasa emak menyimbah sebaldi air ke muka aku tapi masih, aku tak berdaya bangun.

Akhirnya aku tak sedarkan diri dan bangun di dalam em3rgency room hospitaI. Seingat aku itu pertama kali aku dicucuk jarum untuk masuk air. Doktor cakap pada emak aku mungkin ambil masa dua jam kemudian boleh balik.

Namun bila doktor beredar emak seperti biasa menghambur kata kesat, “kau ni menyusahkan aku eh? kau telan panadol eh, aku jumpa kat katil kau. Lain kali telan dua papan baru senang nak jalan terus” Aku hanya memandang perempuan itu tanpa perasaan.

UPSR sem4kin hampir, sekolah aku ada buat kem selama 2 hari. Hari terakhir ialah pada petang hari di mana ibu bapa perlu hadir untuk menjemput anak masing – masing. Pada masa itu juga adalah slot terakhir di mana para pelajar perlu duduk beramai – ramai di court badminton sambil di kelilingi oleh para ibu bapa yang hadir, kira slot ni macam melibatkan ibubapa la.

Kami perlu duduk mendengar ceramah facilitator dan dilarang untuk membuka mata. Facilitator pun mulakan ceramah sedih dengan, “adik – adik bayangkan nanti adik dah besar, adik balik kampung nampak ramai orang di perkarangan rumah..” ala yang pasal mak ayah m4ti diiringi lagu di pondok kecil tu.

Jadi seorang demi seorang la rakan rakan aku kedengaran menahan tangis. Mula – mula tangis kecil, lama – lama ada yang menjerit emak. Korang boleh imagine tak, situasi ni mak ayah boleh saksikan dari tepi court tu. Mana yang tengok anak – anak mereka menangis pasti terharu bukan?

Dan ofcourse sebagai facilitator bertugas pun KPI kau adalah untuk buat semua budak menangis. Dalam keriuhan semua orang menangis, akhirnya facilitator suruh kami membuka mata, aku lihat semua rakan – rakan aku menangis sampai meleleh hingus, merah mata.

Tak kira la yang paling s4mseng, yang pendiam tak pernah bercakap, yang gediks, yang selama ni nampak tough pendek kata semua menangis. Kecuali aku seorang. Ya, aku langsung tidak menangis. Tidak mengalirkan walau setitis pun air mata.

Aku siap mententeramkan kawan aku yang menangis di sebeIah, “weh relaks la jangan nangis kuat sangat nanti s4kit kepala”. Aku nampak facilitator tengok aku. Yelah dalam ramai – ramai aku je muka paling bersih. Mata tak basah dan langsung tak menangis.

Lama faci tu pandang aku, aku hanya senyum. Para pelajar pun terus bersurai ke ibubapa masing – masing sebab itu adalah majlis penamat. Kami dah boleh balik ke rumah. Aku tengok rakan – rakan aku semua berpeIukan dengan ibubapa masing – masing sambil menangis minta maaf.

Manakala aku hanya pergi ambil bag aku untuk digalas dan menuju ke emak. Aku lihat emak merenung aku sambil mencebik muka, “huh! keras sangat hati kau ya?” Aku hanya meletak semua barang aku ke dalam bonet kereta.

Sungguh, walaupun baru berusia 12 tahun pada waktu itu, aku dapat rasakan seluruh jiwa dan raga aku sudah hilang. Perasaan? Aku rasa aku dah tiada perasaan lagi. Yang aku tahu, aku nak straight A UPSR, masuk boarding school, straight A PMR dan SPM dan terus melanjutkan pelajaran jauh dari rumah. Cari duit sendiri dan aku tak ingin kembali lagi.

Dan Alhamdulillah, semua impian aku semasa kecil sekarang sudah tercapai. Untuk emak, bersyukur lah saya masih bertanggungjawab transfer RM500 setiap bulan dan extra RM2000 setiap kali saya dapat bonus. Cukup lah tu kan, jangan demand saya untuk jadi anak yang baik lebih – lebih. Saya geli.

Saya dah upah orang kemas rumah sebulan sekali. Nanti kalau emak start s4kit – s4kit saya upah  nurse peribadi pula ya. Itu sahaja yang saya mampu lakukan. Lagipun emak masih panggil saya anak ceIaka. Saya masih tak mampu nak sayang mak.

Hari tu mak panggil saya anak derh4ka, walaupun saya sekalipun tak pernah tinggi suara dengan mak. Mak cakap tempat saya di ner4ka sebab banyak berd0sa dengan mak. Saya? Berd0sa dengan mak? Habis tu macam mana dengan d0sa mak? Sincerely, – Laila (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Anis Mohamed : First time baca confession sampai menitik air mata. You are so strong. Derh4ka atau tidak, biar Tuhan yang menentukannya. Dalam islam, ibu bapa pun boleh derh4ka kepada anaknya. Don’t forget that, you deserve to be happy. May God bless your upcoming future.

UmiSarah AbdulRashid : Nangis akak membaca kisah awak Laila, terasa s4kitnya tu di d4da menahan tangis di mata tapi tak berdaya. Semoga Laila terus kuat ya. Untuk lelaki tu maybe Laila boleh bagitau ada sebab kenapa Laila tak boleh nak terima dia.

Lihat apa reaksi dia. Kalau benar dia nak berkahwin kerana Allah, for sure dia boleh terima diri Laila seadanya. Akak doakan Laila berjodohan dengan orang yang baik – baik ya. Consult lah dengan pakar, berubatlah semoga dipermudahkan urusan Laila. Hugs.

Alan Mat Noor : Orang hanya boleh cakap, tetapi yang melaluinya kita. Apa sahaja yang seorang ibu buat terhadap kamu itu urusan dia dengan Allah. Kamu anak yang baik teruskan bersabar dan doa mintak dekat Allah semoga ibu kamu dilembutkan hati.

Mungkin ada d3ndam yang tidak habis atau pengalaman masa lalu yang menyebabkan emak kamu jadi begitu. Insha Allah doa seorang anak yang solehah tidak akan pernah salah dan makbul. Semoga kamu akan mendapat kehidupan dan jumpa suami yang terbaik. Allah menguji h4mba-Nya yang terhebat. Tahniah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.