Cawan itu cawan kegemaran saya tetapi sudah kotor terkena sisa sampah, saya jadi geli nak guna semula. Saya sudah cuba bersabar sehabis boleh. Saya berlari menyorok dalam stor dan kunci pintu supaya isteri saya reda. Tetapi dia buka kunci pintu dan sambung memarahi saya, akhirnya sekali lagi saya hilang sabar..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, saya dan isteri berumahtangga selama 4 tahun lebih, sepanjang perkahwinan kami, apa je tak pecah barang, terbalik rumah, dilanda badai ribut taufan pasal benda kecil je.
Sehingga saya jadi ralit dengan ‘zikir – zikir’ cerai isteri saya. Asal g4duh je isteri akan sebut nak bercerai! Saya kerja bagus bawak jentera kren, gaji lumayan dan selalu bawak isteri makan kat luar, tapi bila balik je keluar confirm g4duh macam orang tak cukup makan.
Pernah suatu ketika, saya bawa isteri saya beli perabot rumah terkenal dan berhabis ribuan ringgit. Segala perabot akan dihantar ke rumah dalam masa seminggu waktu bekerja. Saya dapat rasakan saya suami yang hebat dan syukur dapat belanja isteri.
Kemah keming berseri muka isteri saya dapat bershopping. Keesokan harinya saya bekerja, saya kerja hingga malam kerana OT. Setelah habis bekerja, saya berehat dengan kawan – kawan saya (melepak), dan sejam kemudian baru saya pulang ke rumah.
Isteri saya menanti kepulangan saya dengan penuh amarah dan leteran. Saya dimarah habis – habisan kerana lewat sejam. Saya sangat penat waktu itu, saya belum sempat duduk untuk berehat, saya hilang sabar dan pukuI isteri saya semahunya.
Saya m4ki dia habis – habis, saya pecahkan barang – barang rumah sebab saya sangat str3ss dan tertekan. Saya terkilan pada isteri saya padahal saya dah bawa shopping, makan sedap – sedap pada hari sebelumnya. Tapi dia marah saya macam tiada hari esok.
Keesokan hari mak bapak mertua saya sampai rumah saya, sebab isteri saya call kerana takut dengan saya. Terus ambil segala keperluan dan keluar rumah ikut mak bapak dia. Saya tak halang sebab saya tahu saya dah buat kesalahan besar kerana memukuI isteri saya.
Isteri saya ced3ra, dia benci saya ketika itu. Saya sangat menyesal, terkilan dan sedih. Saya tahu salah saya pukuI isteri saya, tetapi kenapa dia marah saya padahal saya baru pulang kerja, saya melepak dengan kawan – kawan saya lewat sejam sebab saya terlalu penat tugasan pada hari tersebut,
Dan melepak pun dengan kawan – kawan kerja dan bercerita pasal masalah kerja pada hari itu. Saya melepak sebab nak ambil mood untuk pulang ke rumah yang agak jauh dari tempat kerja. Di sini saya ingin berpesan pada para isteri di luar sana, tolong tolong tolong jangan marah pada suami yang baru pulang dari kerja, kerana kami sangat penat dan mentaI tak stabil, kami sedaya upaya tak nak masalah tempat kerja bawa balik rumah.
Kami para suami ada hati dan perasaan, cita – cita kami sentiasa ingin memberi kemewahan pada isteri dan anak yang tersayang, biar kami tak makan yang penting anak bini kami kenyang. Sejak kejadian itu, saya dan isteri kembali berbaik tetapi hubungan kami sering dibayangi episod hitam saya pukuI isteri saya itu.
Sekiranya berg4duh, isteri saya akan mengungkit saya pernah pukuI dia, suruh ceraikan dia. Saya sangat benci perkataan cerai! Sehingga kini, apa yang isteri saya lafazkan, perkara ini terjadi, kami dalam proses bercerai kerana isteri memfailkan cerai di mahkamah kerana saya meng4muk lagi.
Saya meng4muk kerana isteri bila memarahi saya, dia memarahi saya sepenuh hati. Seolah – olah saya buat silap yang teruk sangat padahal saya lupa basuh cawan lepas guna. Kebetulan ada panggiIan telefon waktu itu jadi saya lupa nak basuh cawan.
Isteri saya melempar ke dalam tong sampah. Cawan itu cawan kegemaran saya tetapi sudah kotor terkena sisa sampah, saya jadi geli nak gunakannya semula. Saya hilang sabar dengan isteri saya dan naik tangan pada isteri saya lagi.
Saya sangat geram dengan isteri kenapa perkara kecil dia besar – besarkan dan menc4bar kesabaran saya. Saya sudah cuba bersabar sehabis boleh, saya pernah melutut merayu pada isteri saya ketika dia marah. Saya peIuk dia tetapi dia meronta – ronta macam orang kena rasuk.
Dia marah tak ingat dunia. Dia ungkit segala kesalahan saya yang lepas. Saya berlari menyorok dalam stor dan kunci pintu supaya isteri saya reda. Tetapi dia buka kunci pintu dan sambung memarahi saya, akhirnya sekali lagi saya hilang sabar dan pukuI isteri saya lagi.
Saya rasakan saya gagal jadi suami, saya seorang penyabar tetapi apabila diberi tekanan yang sangat berat, saya akan hilang sabar. Saya terkilan kenapa saya sudah beri apa yang terbaik, isteri saya sayang saya, tetapi jika tersilap, isteri saya akan mendengus dan memarahi saya semahu – mahunya.
Isteri saya paling kuat marah bila dia baru pulang kerja, pantang ada silap pasti akan dimarah teruk – teruk. Isteri saya sudah failkan penceraian beserta rekod – rekod dia kena pukuI dengan saya. Kemungkinan saya boleh dipenjarakan.
Saya mohon pada para isteri, kawallah kemarahan awak semua. Tolonglah sayang pada suami, jangan mengharapkan suami sentiasa faham anda. Suami pun manusia biasa ada perasaan dan perlu difahami juga. Jangan dic4bar kesabaran suami, tak ada kebaikan langsung malah m4kin memburuk.
Akhir kata kami para suami jaga akan dipersalahkan contohnya saya. Nasi sudah jadi bubur, isteri saya dah benci pada saya. Kalau saya sudah jadi duda, saya tak nak berkahwin lagi sebab saya pernah buat silap paling teruk.
Para suami tolong jangan sesekali naik tangan pada isteri, jangan jadi macam saya manusia tak berguna dan tak pernah berguna bak kata isteri saya. – Jembulo (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Ct Lily : Aduh, tak boleh brain yang masih boleh backup wife dia. It takes two to tango. Both are wrong. Suami memang salah, tapi dia dah try remove diri dia dari perg4duhan sampai kuncikan diri dalam bilik stor kot, sebab takut terlepas baran dia.
Tu pun isteri dia masih kejar sebab nak lepaskan marah dia tu. MentaI abuuse is wrong. PhysicaI abuuse is wrong. Both are wrong! Suami dia dah try kot peIuk isteri masa marah. Still isteri dia meronta – ronta. Aduh – aduh, kalau saya pun, taknak dekat orang macam ni. Str3sss..
Anis Mohamed : Cari pasangan yang sesuai. Kalau duda, boleh kahwin dengan janda. Masing – masing dah lalui episod tertentu. Apapun, semuanya nasib. Nasib awak jumpa isteri yang tak berapa cerdik dan baran. Nasib isteri awak jumpa laki sweet tapi tak tahan tekanan. When u meet the right person, all will be good. God bless ur upcoming future.
Mohd Shainol Azmar Kassim : Bila dah pukuI tu bro tu dah kira meIampau. TaIakkan je la isteri tu. Bimbang nanti hubungan akan jadi sem4kin t0ksik. Kesian dekat anak – anak nanti membesar dalam keadaan ibu bapa saling g4duh, bertengkar pukuI memukuI.
Hari ni mungkin belum patah riuk esok lusa belum pasti. Isteri tt akan sentiasa mudah marah. Dan tt pula pantang dic4bar. Nauzubillah.. Cari perempuan lain bro.. mungkin nanti akan jumpa yang lebih baik, bersikap lemah lembut dan penyabar, kurang marah – marah. Saya rasa tak sesuai tt kawen dengan yang sama – sama baran.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.