Sejak maklang aku kurus, pakaian dia m4kin ketat, tudung bawal transform jadi turban nampak leher dan telinga

Mak lang aku memang cun macam anak d4ra walaupun umur dah nak masuk 50 tahun tetap rajin bermakeup dan bergaya. Tapi maaf mak lang, saya tak nak tambah d0sa – d0sa kering saya.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku nak kongsi jugak dekat sini tapi bukan masalah rumahtangga ke apa. Santai – santai je. Hari ni cukup 5 orang friendlist FB aku unfollow setelah sekian lama aku cuba berfikiran positif.

Tak sanggup lagi aku nak hadap newsfeed mereka yang boleh membuatkan hari – hari aku murung. Buat semua pembaca yang ada FB, ambil iktibar. Calon pertama yang aku unfollow ialah mak lang aku sendiri. Pagi – pagi aku akan kemurungan sebab setiap pagi mak lang akan share dua gambar, selfie dan OOTD kat office.

Yang aku perhatikan, baju – baju kerja mak lang dalam sebulan memang tak kan berulang. Tak dinafikan, mak lang aku memang cun macam anak d4ra walaupun umur dah nak masuk 50 tahun tetap rajin bermakeup dan bergaya.

Lama jugak aku jadi follower “see first” mak lang sebab aku suka tengok confident level mak lang. Aku mula rasa tak seronok follow bila mak lang start misi kurus dia. Sejak kurus, baju – baju mak lang m4kin ketat, seluar legging, jeans sempit dan tudung transform daripada bawal ke turban yang nampak leher dan telinga.

Kalau ada apa – apa majlis, memang seronok tengok mak lang bergaya ikut tema. Tapi maaf mak lang, saya tak nak tambah d0sa – d0sa kering saya. Calon kedua ialah kawan baik aku sendiri masa sekolah rendah. Shasha memang seorang yang comel, kecil molek dan berlesung pipit.

Selalu jugak aku like gambar dia dengan laki dan anak bujang dia sebab dia kahwin muda lepas SPM. Tapi sejak dia dah resign jadi housewife dan start bekerja office, m4kin rajin pulak dia post gambar selfie muka comel tayang lesung pipit mulut itik.

Siap banyak buat video tiktok kenyit – kenyit mata mulut muah – muah sebab member – member dia akan komen puji comel la awet muda la geram tengok lesung pipit la. Aku bukan jeles tapi aku rasa tak selesa dengan aksi – aksi kurang matang dari seorang wanita berusia 30 tahun.

Calon ketiga ialah sepupu lelaki aku sendiri. Bujang bekerja umur 20-an yang sangat suka share video p0nd4n lepas tu tag sorang member dia. Ada satu masa tu, member dia yang kene tag tu macam str3ss asyik kene tag dan komen balik “kau apesal asyik tag aku ni?”.

Ingatkan dia dah tak tag dan share lagi lepas kene sound public macam tu. Tak insaf jugak sepupu aku ni. Memang la video tu lawak. P0nd4n tak ada gigi makan McD la, p0nd4n terpelecok pakai heels la. Aku rimas kenapa aku terp4ksa tertengok terautoplay video macam tu.

Calon keempat ialah kawan baik aku masa sekolah menengah. Tahap buddy, group reunion dan group whatsapp. Dia ni sejak bercinta sampai la anak 3 sangat suka share update hidup dia kat FB. Rata – rata post dia tu tak sampai 10 likes pun.

Yang aku pernah perasan untuk “terkira”, satu hari dekat 5 kali post dia update. Benda remeh je pun nak bagitahu. Contohnya nak mengadu tangan lenguh dan kuku rosak lepas angkat barang – barang berat time pindah. Tu belum lagi dia share post – post throwback yang FB bagi reminder.

Sorry sahabat, aku terp4ksa unfollow. Sampaikan masa reunion dia pernah marah aku “ Weh, tak kan kau tak tahu kot? Kan aku ada share kat FB”. Dengan yakin aku jawab aku tak aktif FB. Calon terakhir ialah member tak rapat satu UMS dulu.

Mostly post – post dia semua berbaur prasangka termasuk la terhadap suami sendiri. Contoh: gambar anak tunggal tengah mewarna tepi laptop dia. Caption: Pika la harta mommy dunia akhir4t. Tak apa mommy susah – susah cari duit incase apa – apa jadi pada kita (tag suami dia)”.

Yang aku tak boleh brain, aku komen kat satu gambar dia tengah angkat stok baru. Aku puji la “Waa…. Iron lady la sis ni”. Terus aku kene baIas “Thanks sis. Jangan tengok saya macam perempuan lembik ye. Maaf saya bukan surirumah yang jenis harapkan duit laki tak menjana ekonomi negara. (emotikon smiley)”.

Ok fine. Minah ni aku unfriend terus. Adios! Minah mentaI ni aku follow sebab aku terinspirasi dengan bisnes personal shopper IKEA dia tapi bila dah sampai tahap ri4k, sorry. Tiada kompromi. Aku sebagai seorang surirumah berpelajaran, ibu kepada 3 orang anak, ada bisnes harian kecil – kecilan sangat suka kalau friendlist share pasal update bisnes.

Lagi – lagi kalau yang rajin bagi tips ke resepi percuma ke memang aku rajin belanja like. Aku juga suka komen kat post – post motivasi (bukan kata – kata motivasi) yang boleh bagi inspirasi seperti journey kurus ke pengalaman seorang guru ke c4baran seorang doctor bujang ke atau jatuh bangun seorang ibu tunggal.

Yang paling aku suka like ialah post pasangan yang belum ada rezeki dikurniakan anak atau kawan – kawan yang belum ada rezeki dapat jodoh. Post – post diorang bahagia pergi melancong, dating berdua atau jalan – jalan cari makan konfirm aku like tanda sokongan mereka sangat positif dalam hidup.

Akhir sekali, post – post berbaur politik, isu semasa, isu sensitive dan perkauman memang aku perhati je tanpa like atau komen sebab aku boleh tahu tahap pemikiran tukang post, tukang komen. Ya FB ni hak masing – masing, sebab tu aku tak ada la nak personal tegur.

P/S: Anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda post. Anda membawa bersama maru4h anda, suami dan keluarga. Ambil yang jernih, buang yang keruh daripada confession ini. – Makcik Sarapan

Komen Warganet :

Har Mi : Colleague aku seorang lelaki yang tiap malam akan post gambar pakaian apa yang dia akan pakai esoknya ke office termasuk seluar dalam sekali. Tiap hari memang bertema. Kalau baju merah, seluar dalam warna merah.

Kalau baju hijau, seluar dalam warna hijau. Kalau hari Jumaat, memang satu set dengan baju melayu, bersampin, bersongkok dan semestinya seluar dalam sama warna dengan warna baju melayu. Dan apabila sampai office akan berselfie pula dengan pakaian yang dipakai. Walaupun hak dia tapi selalu menjadi buah mulut makcik – makcik dan pakcik – pakcik kat office.

Norizan Mamat : Salam, Adakah ini anak sed4ra makcik ? Hahahaha… Apa pun, kalau rasa nak unfollow maklang, maklang ok jer. Tak ramai pun like post maklang. Post plak merepek, sebiji macam yang confessor tulis tu.. hahaha…

Tapi tak apa, kita bahagia apa yang kita rasa kita bahagia kita buat. Apa yang kita rasa membuat kita str3ss dan tak mendatangkan mood ceria kita, kita boleh left. Bebaru ni pun, ada sorang isteri pertikai pasal suami dia asik like post makcik dan itu ini.

Last – last bukan setakat unfollow, suami dia dengan dia dia makcik block… senang skit… kan ? Hidup kita ni mudah jer, jangan susah susahkan hati dengan perkara remeh temeh. Pernah juga anak sed4ra makcik tegur makcik suka komen kat page ni, dengan dia dia makcik block… hahahaha… amik kau ! (Note : Maaf la abang, maklang block… hahaha)

Kalau rasa rimas dengan post atau aktiviti makcik, tapi tak reti nak unfollow, biar makcik jer block. Tapi inform la… baru la makcik tau. Kalau tak inform, staalk gitu jer, mana la makcik tau yang korang tak suka makcik…
Kan? p/s : Confessor ni bukan anak sed4ra makcik… walaupun semua anak sed4ra makcik panggil makcik “maklang”.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.