Aku miskin, bila adik beradik bawa anak aku berjalan, mereka komplen baju anak ‘buruk’ terus belikan yg baru

Takdir aku kahwin dengan lelaki kampung, tak macam semua adik beradik yang lain gaji sampai berbelas ribu. Setiap kali berkumpul mereka suruh kutip duit makan yang mahal – mahal. Selalunya mereka ‘p4ksa’ anak – anak aku ikut tapi mereka akan belikan baju baru sebab baju anak aku baju pasar malam..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hide profile aku ya sebab adik beradik aku ramai dalam ni. Kisah yang aku nak kongsikan ini bukanlah berkenaan masalah suami isteri tetapi masalah aku dengan adik beradik.

Aku merupakan anak nombor 3 dari 8 orang adik beradik. Boleh dik4takan 7 orang adik beradik aku semua bekerjaya hebat, bergaji tinggi. Malah ada yang sampai berbelas – belas ribu gajinya setiap bulan. Namun lain plak dengan nasib aku, ditakdirkan kahwin dengan suami, orang kampung dan kerja pun ikut cara kampung.

Suami aku ni takde kelulusan apa pun, belajar pun sampai darjah 6 je, jadi itu jela kerja yang layak bagi dia. Tapi walau macamanapun aku dengan suami ok je. Cuma yang jadi masalah dekat sini adalah, adik beradik aku ni suka berkumpul ramai – ramai, jalan – jalan, ajak pergi makan dan mesti akan ajak aku dan anak – anak untuk join sekali.

Tapi aku ni tak berduit, aku hanya kerja bantu suami buat berniaga kecil – kecilan dapatnya cukuplah nak tampung sikit – sikit. Adik beradik aku ni kalau dah kumpul, diwajibkan kumpul duit bile berkumpul dan makanan yang mereka beli bukanlah yang biasa – biasa.

Kebanyakan makanan yang mahal – mahal, yang viral. Aku ni kalau takat RM50 ke bawah tu, boleh jugak digagahkan lagi tapi tak boleh la selalu. Lagi satu, kalau aku tak mahu ikut sebab kurang duit, mereka akan bawa anak – anak aku.

Pakaian anak – anak aku biasa – biasa ja, baju seluar beli pasar malam saja. Kadang – kadang ada juga mereka belikan seluar baju kasut untuk anak – anak aku sebab mereka sendiri cakap, pakaian anak aku tu tak sesuai untuk dipakai buat berjalan, pakaian yang tak berapa elok. Kadang – kadang aku malu.

Bab kain baju aku ok lagi sebab aku tak pernah pun minta belikan, tapi bab kutip duit untuk makan tu aku rasa lain sikit sebab mereka akan beli makanan ikut selera mereka. Aku ni kan orang kampung, hidup cara kampung, dengan pendapatan bawah 2k kami makan apa adanya.

Kadang – kadang kalau hari musim hujan, nak dapat 1k pun teruk benar. Dengan anak yang sekolah menengah 2 orang, sorang sekolah rendah, memang agak perit. Aku tak paham, adik beradik aku ni tak fikir ke waktu minta kumpul duit?

Ya, aku akui, anak – anak aku makan je segala makanan yang mereka beli, dah makanan viral yang jarang jumpa, lagi sukalah anak – anak aku yang tak pernah rasa makanan sedap – sedap ni. Aku sebenarnya tak mintak banyak pun, aku tak pernah meminta dekat adik beradik walaupun aku tahu je gaji mereka beribu – ribu, cuma aku nak mereka fahamlah situasi aku.

Takkan mereka tak nampak kehidupan aku yang serba susah ni? Banyak tempat dah yang mereka berkumpul, jalan – jalan yang aku tak join tapi bila berkumpul di rumah mak, aku jarang menolak sebab mak akan pujuk aku supaya balik juga kumpul ramai – ramai.

Sama juga situasi bila hari raya, bila berkumpul wajib kumpul duit. Adik beradik aku memang jenis makan mewah, walaupun kami dulu susah kais pagi makan pagi. Bila dah jadi macam ni, akan ada banyak makanan terbuang, membazir.

Aku tak suka situasi begitu sebab aku orang susah. Kadang – kadang ada rasa pilu, ada rasa sedih di hati, bila aku tak semewah mereka untuk berbelanja. Tapi sebenarnya kehidupan kami Alhamdulillah serba cukup seadanya, tanpa perlu berhutang.

Maafkan saya terluah panjang sebab baru tadi dalam group wasap abang aku dah ingatkan supaya kami kumpul duit. Kami adik beradik akan berkumpul di rumah mak 2, 3 hari lagi sempena cuti sekolah.

Komen Warganet :

Siti Noraliza Mohd Aris : Bersyukurlah dik. Adik beradik tak pinggirkan kamu malah sayang dan tak berkira dengan anak – anak kamu. Tak perlulah nak sensitif sangat kadang – kadang mereka mungkin terlupa kekurangan kamu (sebab mereka tak pernah anggap kamu berbeza) sebab seronok bila bersama semua. Pastinya mereka tak bermaksud seperti yang kamu sangkakan. Hidup ini pilihan kita so jangan bersedih.

Siti Aishah Hj Ishak : Alhamdulillah.. adik beradik tak pinggirkan dan memandang rendah saudari sekeluarga walaupun mereka berada pada kedudukan yang lebih mewah. Apa yang perlu saudari buat ialah bawa bincang dengan mereka tentang kedudukan ekonomi keluarga sendiri yang terbatas.

Saudari sendiri tak perlu rasa rendah diri, memandangkan penerimaan adik beradik lain adalah baik. In Syaa Allah silatulrahim kekal kukuh antara adik beradik hingga ke Jannah.

Wan Zailatul Akmal : Ramai yang cakap suruh adik beradik tolong tt ni. Korang faham tak perasaan malu? Mungkin adik beradik tt ni taknak tt rasa kecil dan rasa malu bila berkumpul ramai – ramai, tapi dia langsung tak hulur duit.

Mungkin adik beradik tt nak jaga perasaan tt. Kalau sikit je perkataan tolong keluar dari mulut tt ni, mesti adek beradik dia pakat – pakat tolong. Tapi sebab tt ada maru4h, dia berusaha laki bini untuk keluarga dorang walaupun dorang tak kaya macam adik beradik yang lain.

Aku boleh rasa perasaan tt ni. Sebab aku pun bukan jenis yang meminta – minta dengan adik beradik. Selagi boleh tanggung masalah sorang – sorang, aku buat diam. Bukan canang merata. Dah bagus dah adik beradik tt ni sebab ambil cakna hal – hal anak buah. Bukan buat b0doh je, atau pulaukan anak – anak buah. Semoga rezeki tt sekeluarga sentiasa meIimpah ruah bak air mengalir. Aamiin..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.