Cikgu2 takut nak denda aku dekat sekolah sebab dorang tahu aku akan kena b4ntai dgn mak dekat rumah

Mak aku memang dikenali sebagai cikgu yang garang tapi dekat rumah lagi garang. Walaupun aku dapat no 1 tapi aku tetap kena banding sebab tak dapat markah 100. Selepas bertahun cemerlang dekat sekolah, disaat umur aku 27 tahun aku masih belum kerja. Gagal, asyik repeat paper..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca sekalian. Terima kasih admin sekiranya artikel ini disiarkan. Sedikit pengenalan mengenai aku, kawan baik aku panggil aku Tuah, orang normal panggil aku nama penuh dan aku berusia 27 tahun.

Dan seperti tajuk, aku merupakan salah satu top scorer dizaman sekolah, dan sentiasa memegang salah satu tempat dari top 5 dari darjah satu ke tingkatan 5. Aku terpanggil untuk turut menulis kerana rasa terkilan dan bersimpati dengan seorang anak yang BARU berusia 7 tahun tapi telahpun dilabelkan sebagai gagal oleh ibunya sebab tak dapat apa – apa anugerah pada hari kecemerlangan sekolah.

Aku bersimpati kerana aku rasa aku tahu apa akibatnya nanti terhadap keduanya, ibu dan anak itu sendiri sekiranya perkara ini berterusan. Aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai aku dan kawan – kawan aku. Seperti yang aku ceritakan diatas, aku top 5 dari darjah 1 sampai tingkatan 5.

Yang kelakarnya, top 5 semasa di sekolah menengah hanya dipegang oleh orang yang sama. Nombor dan nama sahaja berubah – ubah tapi kami berlima memang orang yang sama dalam kelompok itu. Yang tak kelakarnya, sekarang kesemua kami berlima masih lagi merangkak – rangkak untuk menghabiskan saki baki pengajian di universiti.

Ya, di usia 27 tahun, di mana kebanyakan kawan – kawan sebatch kami dah beranak – pinak, bekerja, berjawatan besar, jadi doktor, punya kereta. Wah wah. Kawan aku, Aiman, lelaki merupakan bongsu dari tiga beradik. Dia memegang 50% spot no.1 dalam kalangan kami berlima.

50% lagi kadang – kadang kami r4mpas spot tu dari dia. Oleh kerana jarak umurnya dengan kakaknya jauh, ayah Aiman terlalu punya masa untuk kawal segala jadual Aiman. Masa Aiman tingkatan 1, kedua kakaknya sudah pun berada di universiti jauh dari rumah.

Aiman tiada masa bermain. Balik sekolah, buat kerja rumah depan ayah, ayah semak kerja rumah, home tutor datang rumah. Aiman menjadikan sekolah sebagai tempat dia bermain. Main – main dalam kelas semasa cikgu mengajar di depan.

Tapi diendahkan saja perbuatan tersebut sebab budak pandai. Main – main dalam kelas, bila periksa no. 1. No hal lah kata cikgu. Seingat aku, seorang sahaja cikgu yang berani memarahi Aiman dalam kelas, iaitu masa tingkatan 2.

Lepas puas marah tapi Aiman tak makan saman, last – last cikgu tu cakap “Silakanlah main, tapi dalam kelas saya, awak angkut meja pi duduk belakang. Jangan main dengan kawan – kawan kat tepi, depa nak belajar. Kalau masa depan depa rosak, saya salahkan awak.” Terus Aiman insaf tapi dalam kelas cikgu tu je lah.

Aiman dapat 11A dalam SPM, dapat sambung medik di luar negara. Tapi terkandas di tengah jalan sebab tak boleh cope dengan pengurusan masa (sebab sebelum ni semua ayah buatkan), balik Malaysia, ayah nak dia buat medik jugak.

Jadi, adalah tu dia kat sebuah U tengah buat medik, pernah repeat tahun dua sekarang rasanya tengah cIinical year tapi tak pasti tahun berapa. Keadaan mentaI dia? Saya tak berani nak judge. Baim, dapat tawaran pergi oversea jugak, tapi terkandas masa A- Level.

Last – last buat rayuan sana sini, dapat pinjaman buat farmasi di sebuah U di dalam negara. Sekarang tengah final year. Caer, dah elok berlepas ke luar negara dalam bidang engineering, repeat final year 3 kali akhirnya pihak U halau keluar.

Nak tak nak, kena balik Malaysia dengan sehelai sepinggang. Sijil degree tak ada, hutang pula sekeliling pinggang. Rasa – rasa? Daniel, buat engineering di luar negara jugak. Daftar U dengan course lain tapi sebab tak boleh ‘pergi’ dengan course tu, tukar masuk 1st year balik dengan course lain pulak.

Sekarang tengah final year. Dan jangan pelik ya, ramai je yang jadi macam diorang ni. Cuma, ya lah, takkan nak umum satu dunia ye tak? Yang diorang bertiga ni, sump4h aku tak tahu kat mana silapnya. Nak bertanya, aku tak nak bermasam muka sama – sama kami.

Kami berempat memang kawan baik, terutama aku dengan Daniel. Kami selalu bincang macam mana nak ambik spot no.1 sebab str3ss bila Aiman asyik dapat no. 1, ya Allah, ayah dia kemain datang bangga – bangga depan kami.

Kami berlima selalu la lepak tunggu mak ayah datang ambik depan pagar sekolah. Kalau si Aiman lambat keluar, ayah dia akan datang borak dengan kitorang, bagitahu macam mana dia buat yang Aiman tu selalu je dapat no. 1. Dalam hati, membara we all tahuu.

Lastly, aku. What happened to me? Well, SPM dapat 11A, aku buat medik dalam negara je. Tapi kecundang masa tahun dua. Keluar medik, dan melalui cadangan seorang saud4ra yang katanya course ni senang untuk budak bijak macam aku (katanya), aku pun membuta tuIi masuk course ni tanpa usul periksa sebab bagi aku masa tu, aku nak cepat habis belajar je.

Nak ambik course ni kena melalui dua temuduga dan aku lulus. Dan dari situ ner4ka aku bermula. Course ini rupa – rupanya terkenal dengan slogan “Its okay if you fail. Its normal if you fail.” Aku lalui tiga sem pertama dengan giIang – gemilang.

Sem 4, aku fail satu paper dan akibatnya aku gagal untuk naik tahap seterusnya bersama kawan – kawan. Saat kawan memakai jubah konvo, aku masih lagi mengulang paper yang kawan sebatch aku cakap senang, tapi aku struggIe bagai nak giIa untuk faham tapi masih tak faham – faham.

Bila pass paper ni dan naik tahap seterusnya, aku fail, fail dan fail untuk entah kali yang keberapa. Dah tak terbilang. Dan korang tahu apa yang datang bila selalu sangat gagal. Confidence level aku jatuh sejatuh jatuhnya. Aku jadi jauhkan diri dari semua orang.

Aku rasa tak berguna, aku rasa hopeless. Dari situ, lama – lama aku ada rasa macam nak lari dari hidup. Aku tak nak label diri aku sebagai depr3ssed. Entah, aku tak suka. Aku bayang nak m4ti je. Ada sekali lepas aku baca result exam dekat fon, aku fail 1 paper, pass 1 paper.

Aku tak nangis, aku senyum je depan kawan, gelak – gelak, tumpang happy diorang pass exam. Esoknya aku bawa kereta nak pergi beli makanan je pun, tapi tengah – tengah jalan tu, dalam kepala aku macam ada tiga empat orang tengah bertekak.

Sorang nak m4ti, sorang cakap jangan m4ti nanti kesian mak bapak kau, sorang kata ciptalah eksiden, sorang kata berd0sa bvnvh diri lagi – lagi kalau beri kesan dekat orang lain. Sambil menangis ni, aku masih lagi antara dua, hidup dan m4ti.

Tiap kali ada exit, aku masuk exit. Aku berpusing di jalan yang sama. Sekarang bila aku lalu jalan tu pun, aku akan rasa seriau. Alhamdulillah Allah panjangkan umur. Aku suka memasak, dalam tempoh tu kalau dekat rumah sewa memang aku tak masak.

Sebab aku boleh tr1gerred tengok benda – benda t4jam ni. Aku akan bayang image bukan – bukan, rasa seriau dekat tangan dengan dekat leher. Kalau dekat rumah mak ayah aku, memang kena tahanlah semua tu. Geleng – geleng kepala, p4ksa fikir benda lain.

Aku tak nak mak ayah aku risau. Sebab taknak diorang risau jugaklah, sampai sekarang aku simpan hal ni untuk aku sorang. Balik kepada ‘top scorer’. Mak aku merupakan cikgu biologi di sekolah aku. Dan biologi lah subjek yang paling aku benci tapi aku masih skor.

Sebab apa? Sebab nak jaga maru4h mak sendiri. Takde orang tahu betapa aku struggIe belajar biologi. Balik rumah, mak akan check kerja rumah bio. Mak aku memang dikenali sebagai cikgu yang garang. Segarang – garang mak aku di sekolah, garang lagi mak aku di rumah.

Nak kata betapa garangnya mak aku, cikgu – cikgu kalau boleh tak nak bagi aku tangkap basah kena denda sebab tak siap homework sebab depa tahu, aku balik nanti mesti akan kena lagi teruk. Mak aku balik rumah selalu banding – bandingkan budak bijak (senior) dalam kelas dia dengan abang aku dan suruh aku ambil diorang sebagai contoh. TIAP – TIAP HARI.

Bayangkan, walaupun aku dapat no.1 pun, dia masih akan cakap yang senior aku tu dapat no.1 tu 100% dalam itu ini, aku pun kena dapat macam tu. Kalau Aiman dapat no.1, ya Allah lagi teruk aku kena sebab ayah si Aiman ni akan bangga – bangga dengan mak aku.

Ayah Aiman pengerusi PIBG sekolah aku, sebab tu dia bebas sikit dekat sekolah plus ada power gitu. Bila masuk U, agaknya aku culture shock, bebas dari mak haha. Aku tak main – main, tapi pelajaran macam tak masuk.

Entah. Tapi bila aku fail sekali masa tahun dua, semangat aku merudum. Agaknya sebab tak pernah fail sebelum ni? Jiwa aku jadi lemah bila fail sekali? Entahlah. Sekarang? Aku masih lagi struggIe nak habiskan study. Orang keliling asyik tanya bila nak habis study.

Adik aku yang dapat 3A SPM pun dah boleh bagi duit belanja dekat adik – adik aku yang lain, manakala aku masih setia dengan duit PAMA. Antara sebab juga aku tak ke hospitaI, sebab takde duit sendiri. Aku nak kerja kejap untuk kumpul duit sendiri, tapi tu pun mak aku control, kena habiskan belajar dulu.

Mak aku masih kawal aku, walaupun dari jauh dengan ugvtan, “tak berkat Iawan cakap mak.” Adik – adik aku selamba badak buat hal masing – masing, tapi aku rasa sangat takut dengan ayat tu. Itulah, serba sedikit pasal kami top scorer zaman sekolah.

Aku tak berniat langsung nak aibkan kawan – kawan aku dan mak aku. Aku sayangkan mereka. Tapi aku harap orang ambil iktibar dari kisah yang aku ceritakan. Being a top scorer is not everything, thats for sure. Aku nak tanya mak – mak yang susun jadual anak bagai nak rak, yang dulu merupakan top scorer juga, adakah puan – puan tak pernah bermain langsung masa kecil dulu?

Adakah mak ayah tuan puan seperti puan yang susun jadual belajar, p4ksa belajar seperti puan? Saya dulu pun pernah main, ada juga kenangan main lompat tali, lompat tikus dengan anak jiran, main banjir, jadi bijak juga kehkehkeh (setakat zaman sekolah).

Mana tahu kalau puan – puan bagi masa untuk mereka selayaknya sebagai kanak – kanak, prestasi mereka akan meningkat. Potensi dalam mereka sangat banyak dan mereka punya banyak sangat masa untuk tingkatkan prestasi.

Jangan gopoh dan yang paling penting, perhatikan em0si mereka puan. Jangan sampai jadi macam saya. Kalau saya, saya rela delete semua facebook, insta untuk tidak menyerabutkan fikiran dengan anak orang. Anak orang lain potensi dia, anak kita lain. Raikan lah apa je yang anak kita ada. – T-Rex (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Belle Nmn : Top scorer dari kecik tak semestinya sampai besar jadi top scorer. Life is a marathon, not a sprint. Aku dulu Top 3 sekolah rendah. UPSR 5A. Tapi sebab tekanan masuk sekolah menengah jadi budak nakal. Almost kena g4ntung sekolah. PMR lingkup. Nasib baik sempat recover time SPM.

With children takyah laaa sibuk sangat dia dapat no berapa result dapat berapa A. Their journey is still very far and nobody can be good in everything. Focus on developing their EQ and moral values. InsyaAllah dua ni kental they can be anything they want to be.

Murah Rezeki Nurain Razali : Allahu…. Membacanya pon sudah sempit hati saya. Saya berdoa supaya tidak ada orang terdekat.. Anak murid ke.. Anak sed4re ke.. Bakal anak sendiri ke melaluinya. Ye, bersederhanalah. Islam dah ajar.

Semua benda kene bersederhana. Ini pengajaran berharga untuk mereka yang bergelar ibu bapa. Bersederhanalah pada anak, dah jadi mcm ni, gelap masa depan anak, gelap lagi masa depan awak as parents bila tengok anak m4ti bvnvh diri. Sebelum benda – benda macam ni jadi. Better cool down now. Ikut nasihat permaisuri agong kita. Beri anak – anak menghayati zaman kecil mereka. Fasa demi fasa. Nauzubillahiminzalik..

Hanis Basir : Tq for the sharing.. Harap – harap. Boleh jadi panduan untuk ibu – ibu secara amnya. Adatlah.. semua ibu nak yang terbaik. Cuma kadang- kadang dalam keterujaan nak bagi yang terbaik tu, kita tak perasan yang kita dah abaikan em0si anak. Semoga confessor bangkit semula. Saya percaya setiap orang ada masa kemuncak sendiri. Semoga baik – baik saja untuk confessor.

Mulan Mamoru : Tq konfeser sebab menyedarkan kami mak – mak ni bahawa anak – anak yang score pun berdepan dengan c4baran hidup macam konfeser. Semoga kisah konfeser ni menjadi teladan pada semua yang jalan hidup setiap orang tu telah ditentukan sebelum lahir lagi. To konfeser, semoga bertemu jalan bahagia.. inshaAllah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.