Mak aku baik orang, cantik tapi aku pelik kenapa mak selalu maIang, ada je benda buruk jadi dekat dia. Satu hari aku tergerak nak balik kampung nenek dan atok, tapi mak tak bagi. Aku pergi jugak. Masa aku sampai, aku terk3jut dengar dan tengok nenek sedang melutut menangis depan atok. Barulah aku tahu apa yang jadi..
Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Admin ada hak nak siarkan confession ni atau tak. Kalau admin siarkan, terima kasih banyak – banyak. Aku tengah tunggu bas dalam keadaan berat hati. Berat rasa nak tinggalkan nenek, atok yang cuma sempat aku jaga tak sampai seminggu.
Untuk pengetahuan pembaca, mak dan ayah aku dah bercerai. Ayah dah selamat berumahtangga dengan wanita lain. Penceraian mereka tiada kena mengena dengan mak tiri aku sekarang dan mak pulak masih menjanda.
Masa masing – masing masih baru bercerai, aku duduk dengan mak dan adik duduk dengan ayah. Tapi disebabkan tempat belajar aku sekarang ni dekat dengan rumah ayah (JB), kerap la aku balik rumah ayah berbanding mak (KL).
Mak aku cantik, bijak, lurus orangnya. Kalau aku berjalan dengan mak, banyak mata yang pandang dia. Sekali sekala aku bangga juga. Ya lah, dia mak aku. Masuk sebulan dah aku duduk KL ni. Tak lama lagi sampai lah bas untuk ke Johor.
Alhamdulillah, tercapai jua hajat seorang anak sulung tunaikan tanggungjawab terhadap emaknya. Mak aku duduk sorang – sorang je kat KL ni. Sepanjang aku tak ada dengan dia masa belajar dekat JB, banyak benda menimpa mak aku.
Kena pecah rumah, kena r4gut, air kena catu, line telefon kena p0tong, sampai boleh katakan hampir tiap – tiap malam aku dengar dia menangis dalam telefon mintak aku balik. Jadi bila aku cuti ni, tanpa lengah aku balik la jumpa mak tolong apa yang patut.
Mak aku kerja, satu la tabiat mak aku. Dia bijak kat tempat kerja. Tapi bila tiba masa di luar kerja seolah – olah bijaknya hilang. Bila ada masalah menimpa, mak aku jadi blur, tak tau nak buat apa sedangkan kalau dekat tempat kerja dia, dia yang selesaikan masalah orang.
Aku cuba apa yang aku mampu. Mak aku hilang duit dir0mpak orang (pecah masuk), kerugian 3k. Emas pun kena kebas. Macam – macam sampai mak ik4t perut nak tunggu gaji masuk. Aku tolong dia invest, tolong dia mula niaga.
Aku ada basic akaun jadi selama aku duduk dengan mak ni aku lah tukang ajarkan, tukang catat akaun. Masak apa yang patut, kemas – kemas rumah. Kadang – kadang aku tertanya – tanya kenapa hidup mak aku macam ni punya sengsara.
Sampailah aku terpanggil nak jumpa nenek dan atok beIah mak yang jugak kt KL. Minggu ketiga kat rumah mak, aku beritahu hajat aku nak ke rumah nenek. Masa tu, berubah terus reaksi wajah mak. Dia nampak tak suka betul aku pergi sana.
Macam – macam dia berdalih supaya aku tak pergi. Sampai berhari – hari aku pujuk. Akhirnya, mungkin sebab mak tak tahan aku sebut benda yang sama, dia izinkan juga. Aku pergi naik teksi. Masa aku datang ketuk bagi salam, tak ada siapa menyahut.
Last – last aku tolak pintu terkuak dia terbukak sendiri. Dari situ aku terdengar sayup – sayup tangis orang tua. Aku cari suara tu sampai lah ke bilik atok. Apa yg aku nampak memang buat aku tergamam. Nenek aku tengah melutut menangis.
Dan atok, bergelumang dengan naj1s kat atas katil. Aku lekas pegang tangan nenek dan masa dia dongak tengok aku, m4kin teresak – esak dia menangis. “Ya Allah Ros… mak rindu kamu nakkk…” Dia peIuk aku erat – erat tak nak lepas.
Dan atok aku dari tadi baring terus tegak duduk tengok aku. “Eh. Ros, hehe, ros, ros dah balik?” Dan Ros bukanlah nama aku. Ros adalah nama mak aku (bukan nama sebenar). “Ros.. kenapa tinggalkan mak sini dah 2 tahun kamu tak balik..? Mak rindu kamu…. Bapak kamu dah nyanyuk ni Ros, dia tak sadar lagi apa dia buat… tolong mak nak…”
Badan nenek panas sangat. Tangan dia menggigil. Tiba – tiba naj1s atok tercampak ke lengan aku, sambil atok ketawa kuis – kuis naj1s dia sendiri. Bergegaslah aku ambik kain, sebaldi air dan sabun buat apa yang patut.
Dekat dapur, aku rasa berminggu punya pinggan mangkuk tak berbasuh. Lauk pauk pun dalam kuali ada kat tepi singki, berulat makan minggu dah rasanya. Bila malam, rumah nenek yang dulunya terang dengan banyak lampu kalimantang langsung gelap dah tak berfungsi. Nak terang kena pasang tv. Allahuakbar.
Aku faham, nenek dan atok nak pegang jug air pun rasa menggeletar, apatah lagi nak angkat tangga dan panjat. Aku yang masih ada kesihatan ni cuba apa yang terdaya. Nasib baik pernah betulkan lampu kt rumah ayah jadi boleh lah tau mana yang kena betulkan.
Dan sejak aku duduk situ jugak nenek tak mau lekang dengan aku. Bila aku panjat tangga betulkan suis ke apa, nenek duduk bersila tengok je apa aku buat. Kadang – kadang ada masanya nenek sedar aku bukan ‘Ros’, dia menangis.
Tapi kebanyakannya dia nampak aku sebagai mak aku. Dan aku tak kisah. Aku faham. Masa dia tengah sedar aku cucu dia, dia duduk berbual dengan aku panjang.. “Yong.. mak kamu dah lama tak jumpa aku. Sejak dia bernikah dengan omputih tu tak ada lagi dia jumpa nek ni yong.. Apa salah nek?
Hantaran sikit pun nek tak mintak. Tempat dia kahwin pun nek tak tau. Tak pernah dia bawak omputih tu ke sini untuk restu nek. Tapi bila nek izinkan, macam ni dia buang nek dengan atok ye cu…?” Nenek aku 90% ditarik nikmat pendengaran.
Aku tak bercakap, aku biarkan dia bercerita pada aku. Setiap bait bicaranya aku baIas dengan pandangan mata yang tak berkerdip serta usap – usap di tangan. Dia perIukan perhatian. Atok, langsung tak mahu dengar pasal mak.
Setiap kali nenek aku sebut nama mak, dia bangun ambik tongkat dia, jalan masuk bilik hempas pintu. Atok aku separuh nyanyuk. Badan pun uzur.. Kaki sebeIah patah kena Ianggar lori kelapa sawit. Lagi sebeIah lemah. Susah atok aku nak bangun ke mana – mana melainkan nenek aku asyik merungut pasal mak, dia bingkas bangun pergi tempat lain.
Kadang – kadang bila atok perasan macam aku ni mak aku, terus dia keluar dari rumah tak nak masuk, jijik dengan kewujudan aku.. Sebenarnya, sepertimana nenek aku rungutkan, sejak tahun lepas mak tak balik kampung.
Tiga tahu lepas lepas mak ayah aku bercerai, ayah jumpa orang baru. Dan mak kecewa betul. Masa tu aku duduk rumah mak sementara tunggu tawaran belajar. Mer0yannya dia hanya Allah yang tahu. Aku kerja, tiap – tiap pagi masuk kerja mata sembab dek tak cukup tidur, menenangkan mak yang setiap malam menangis campak – campak barang.
Kadang – kadang dia berang, kadang – kadang melenting. Sampai ke subuh macam tu hampir 6 bulan benda ni berlarutan. Aku tak dapat pergi majlis akad nikah ayah sebab mak tak izinkan. Aku akur. Kirim salam lah yang mampu.
Selepas 6 bulan yang perit, mak aku start menggatal cari pasangan kat social media. Tinder, tagged, facebook semua dia cari. Tu yang dia dapat kenalan mat salleh bernama “Jake”. Sebulan kenal dah bercakap soal kahwin, dan start diorang rapat tu aku dah masuk belajar dekat kolej jadi aku taktau apa jadi.
Aku ada ziarah atok dan nenek sekali sekala, kadang – kadang dengan ayah, mak tiri dan adik, kadang – kadang sorang diri. Tapi masa tu nenek dan atok masih siuman dan kuat tubuh badan. Bila kali ni atok dan nenek macam ni, uzur seuzur arw4h moyang di saat saat akhir hidupnya, sebak ni tak mampu dah aku tahan.
Mak aku tak balik kampung disebabkan hanya satu perkara yang sangat selfish bagi aku. “Mak dah kena tipu. Jake tipu mak. Dia kebas duit mak 9,000. Dia tak sayang mak, yong. Masa mak nak pegi nikah dengan dia, dia tak muncul – muncul. Dia tinggalkan mak.
Mak tak sanggup balik kampung lagi. Mak malu orang kata – kata pasal mak, mak malu tak dapat kahwin dengan mat salleh, mak malu kalau orang tahu mak kena tipu. Lagipun nenek tak pernah sehaluan dengan mak, sokong mak. Mak tak boleh dengan nenek.” Inilah alasan yang mak selalu bagi.
Bukanlah aku tak pujuk langsung mak aku ziarah nenek dan atok yang dah uzur ni. Puas dah, sampai pernah satu hari mak tak nak bercakap dengan aku disebabkan dia tak suka aku sebut – sebut pasal orang tuanya. Nenek aku kena demam gatal – gatal, sanggup mak aku tak ambik tahu semata – mata tak mahu tanggung malu yang pada hakik4tnya perkara kecil yang perlu diketepikan.
Sanggup dia hidup sorang – sorang di sebuah rumah yang tak terurus, biarlah sunyi asalkan tiada orang yang tahu dia tak jadi berkahwin, malah ditinggalkan mat salleh tu. Aku tersepit tengah – tengah. Kadang – kadang aku balik KL singgah beli barang mana – mana, saud4ra mara nampak aku, diorang tanya mana mak.
Diorang tau mak aku lama tak datang jumpa nenek. Ikutkan hati, nak je jujur. Tapi aku dah janji dengan mak jangan bongkarkan mana mak duduk.. Terp4ksa lah berdalih. Aku cakap aku taktau, aku ada program akademik, aku cakap aku datang dengan ayah.
Entah lah. Kadang – kadang aku tengok diri aku. Aku ada sikit karakter macam mak yang degil. Eg0. Tapi aku doa banyak – banyak pada Tuhan agar jauhi aku dari perbuatan seperti mak. Mak aku tak tenteram hidupnya sebab tiada keberkatan mak bapak.
Sampai mak bapak risau, s4kit – s4kit dibuatnya. Aku takut kalau aku jadi macam tu akan datang. Moga dijauhkan lah. Dan mak sampai sekarang mencari orang lain pulak untuk dijadikan pengganti hatinya yang lara ditinggalkan Jake.
Nasihat aku tak pernah dipeduli. Entah sampai bila mak aku rela memurahkan diri macam ni. Aku sayang mak aku. Ayah, mak tiri, adik, Atok dan nenek aku. Aku sayang. Tapi aku tersepit. Kadang – kadang aku mentaI disebabkan benda ni berlaku masa aku belajar dekat kolej.
Aku cuma insan yang terlalu muda untuk selesaikan semua perkara. Aku mampu doa, doa dan doa. Kalau ada sesiapa yang boleh kaunseling aku yang separuh mentaI kadang – kadangnya, dan mungkin boleh bantu mak aku sekali, tinggalkan lah nombor. Inshaa Allah aku tampil menyambut bantuan. Okay lah, Bas pun dah sampai. Terima kasih sudi baca. Doakan kami, doakan mak aku. Kr/O, out..
Komen Warganet :
Amelia Zainuddin : Apa perasaan mak awak bila awak jauh dari mata dan dia kesusahan? Itu la yang atuk dengan nenek awak rasa. Sama.. cuma atuk dengan nenek tak lagi berdaya. Pujuk dan desak la dia sampai dia tau silap dia. Dan lagi satu… Mak awak takde adik beradik ke?
Siti Aminah Kamal : Sedih bila dengar kisah awak.. Hm.. dalam hal ni.. tanggungjawab awak sangat besar dan awak perlu bantu mnyelesaikan masalah ni.. Kesian opah atok awak.. sementara dorang masih ada. Perbetulkan kesilapan yang mak awak lakukan. Untuk awak selesaikan sorang – sorang rasanya tak mampu. Cuba awak berbincang dengan ayah awak. Mintak kerjasama dengan dia. Mak awak malu dan eg0, tapi dia masih sayang mak ayah dia. Cuma dia tak tahu macam mana nak perbetulkan kesilapan dia buat tu. Awak bantulah dia. Doa banyak – banyak moga lembut hati mak awak. Semoga urusan awak dipermudahkan.. kuat ok!
Fina Zahari : So sekarang siapa jaga nenek dengan atuk awak? Kesiannya ya Allah. Saya harap terbuka pintu hati mak awak pergi balik mintak ampun pada orang tuanya. Jangan putvs asa memujuk. Banyak bersabar ye.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.