Dari kecik aku memang pandai, berlumba nak jawab soalan cikgu, selalu dapat no 1. Sehinggalah aku darjah 5, kejadian berlaku masa raptai majlis anugerah. Aku berdiri nak ambik hadiah, ada cikgu jerit dekat aku, PANGG! Akhirnya peristiwa ini telah mer4gut masa depan aku..
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin, sudi siarkan kisah aku. Hai. Nama aku Putri (bukan nama sebenar). Berusia 30-an dan berasal dari utara. Banyak kisah yang tular tentang cikgu nak tangan ke muka anak murid buat aku tergerak nak ceritakan kisah aku sendiri.
Bagaimana tr4uma waktu kecil mengubah seluruh hidup aku. Semoga jadi pengajaran buat cikgu dan ibu bapa. Kisah ini aku pendam sendiri. Aku langsung tak pernah cerita pada sesiapa. Ini rahsia aku. Tetapi bila teringat, aku masih menangis.
Alhamdulillah, sedari kecil aku dianugerahkan ‘otak pandai’. Aku lancar membaca pada usia 5 tahun. Aku menghafal sifir 12, sifir 13 malah sifir 15 pada usia 6 tahun. Waktu itu, hujung – hujung 80an. Bijak kan aku? Kisah perit ini terjadi selepas aku berpindah ke sekolah baru.
Aku, 11 tahun. Darjah 5. Di sekolah rendah lama, aku antara pelajar cemerlang. Aku tidak pernah bermasalah. Tidak pernah ponteng. Selalu siapkan kerja sekolah. Paling teruk hukvman aku pernah kena ialah, bising dalam kelas.
Baik kan aku? Jadi, bila berpindah ke sekolah baru, aku bawa attitude yang sama. Dengan mak ayah, aku tak pernah meIawan. Begitu juga dengan adik beradik. Aku kakak. Aku selalu mengalah. Mana aku pernah tinggikan suara.
Kalau keluar main pun, dari jam 6 hingga 7 petang saja. Punyalah baik. Di sekolah baru, prestasi aku cemerlang seperti biasa. Seperti biasa, aku ingin menjadi sebagai seorang pelajar contoh dalam kelas. Sentiasa nak jadi orang pertama yang hantar kerja sekolah dan berlumba – lumba nak jawab soalan cikgu.
Ye. Aku memang anak dan murid yang baik. Tetapi, semuanya berubah selepas satu peristiwa ini. Kejadiannya pada hari raptai majlis penyampaian anugerah sekolah. Hari tersebut, aku of course la antara murid cemerlang yang akan naik ke pentas.
Eh, aku dari tadika sentiasa dapat no 1 tau. Setiap tahun wajib naik pentas. (selit sikit, hehehe) So, seperti dijangka aku antara murid cemerlang yang menerima anugerah. Di dalam dewan aku beratur senyap. Tatkala kawan – kawan berlarian, aku patuh pada arahan cikgu.
Aku kan budak baik. Nama dipanggil. Aku naik ke pentas. Tetapi, salah aku, aku berdiri di posisi yang salah. Mungkin senget sikit. Entahlah, lupa dah aku pun. Satu dua kali, cikgu yang menyampaikan hadiah, menyuruh aku berdiri dengan betul.
Tak tahu kenapa, aku tak dapat faham kehendak beliau. ‘Nak berdiri macam mana lagi? Rasa betul dah.’ Sambil aku tengah berfikir, tiba – tiba, ‘PANG!!’ Berdesing. Aku diIempang kuat oleh cikgu itu sambil diherdik dan dimarah.
Masih aku ingat beliau jerit pada aku, B0doh! Seluruh dewan sepi. Aku? Hanya diam. Tergamam mungkin. Mana pernah aku dir0tan atau diIempang sebegitu. Aku kan budak baik. Selepas itu, aku hanya diam dan terus naik ke kelas.
Entah aku menangis atau tidak, aku pun sudah lupa. D4da aku s4kit. Terk3jut sangat – sangat. Dan malu. Kemudian, ada seorang cikgu, datang pada aku. Salah seorang cikgu yang mengajar aku. Cikgu itu datang untuk memujuk aku.
“S4kit tak?” Aku hanya menggeleng. Sungguh aku tak rasa apa – apa kes4kitan waktu itu. “Kenapa Cikgu H marah?” Aku menggeleng lagi tanda tidak pasti. “Cikgu rasa Cikgu H penat kot. Dia tak bermaksud nak marah. Dia tak sengaja tu”
Aku hanya angguk dan diam. Dalam pemikiran aku, aku masih tidak faham. Aku budak baik. Tetapi kenapa masih kena Iempang. Siap diherdik b0doh! Setelah sesi memujuk, aku dibiarkan saja di kelas. Sedangkan murid lain diwajibkan berada di dewan.
Loceng berbunyi, tamat sekolah aku terus balik. Sampainya di rumah, aku diam. Aku takut nak ceritakan mak. Ye lah. Nanti aku dicop sebagai budak jahat. Jadi, aku diam sajaIah. Pada hari itu, ayah balik awal. Mungkin pihak sekolah menelefon.
Aku hanya geleng bila ayah tanya, “Ada apa – apa kakak nak cerita kat ayah?” Sejak itu, aku banyak berdiam. Di sekolah mahupun di rumah. Memori selepas itu kabur. Aku hanya ingat aku dit4mpar sahaja. Tahun seterusnya tahun UPSR, aku dinaikkan ke kelas paling cemerlang.
Tetapi aku sudah tidak teruja lagi untuk belajar. Malah aku tidak lagi mengejar untuk menjadi orang pertama yang jawab soalan cikgu. Waktu itu aku tidak faham kenapa aku m4kin lemah dalam memahami apa cikgu ajar.
Berulang kali cikgu ajar, aku masih tak dapat. Matem4tik, English, Sains, Bahasa Melayu, semuanya m4kin susah bagi aku. Aku tidak lagi mendapat no yang teratas. Padahal dari darjah 1, paling teruk aku dapat no 3. Waktu itu, aku masih budak.
Aku anggap, pelajaran tahun 6 sangat susah dan aku m4kin b0doh. Mungkin minda separa sedar aku sudah terpahat perkataan B0DOH itu. Dalam begitu, mujurlah keputvsan UPSR aku masih cemerlang. Fast forward. Aku diterima masuk asrama penuh.
Tetapi aku langsung tidak cemerlang seperti yang aku jangka. Result hanya di tengah – tengah. Waktu itu aku masih tak faham kenapa aku belajar tak pandai – pandai. Lambat faham. Mungkin betul aku ni b0doh. Aku mula nakal sikit – sikit.
Lambat ke sekolah. Bergaul dengan budak nakal. Macam – macam lagiIah. PMR, result aku biasa saja. Straight 9B. Begitu juga SPM. Tidak gagal. Tetapi tidak juga cemerlang. Selepas habis universiti pun begitu. Aku tak sangka tr4uma itu mengh4ntui aku bertahun – tahun.
Malah, sejak hari itu aku selalu diser4ng panik att4ck. D4da selalu s4kit dan tangan berpeluh. Aku senang takut. Result universiti pun hanya biasa – biasa saja. Tetap di atas 3 cgpa namun aku langsung tidak teringin nak mengejar kecemerlangan.
4 flat? Takpayahlah. Aku teringin, tapi taknak. Pelik kan. Kerjaya pun begitu. Sedangkan kawan – kawan aku, ramai ada kerjaya hebat – hebat. Doktor, pensyarah, cikgu, pakar perubatan, tetapi aku hanya kerja sebagai pembantu kedai.
Di sudut hati aku, aku terkilan tidak dapat kejar cita – cita aku untuk menjadi doktor. Aku sedih sebab aku tahu aku boleh tapi entah kenapa aku tidak mampu nak capai. Entahlah. Teruk sangat tr4uma yang efek pada hidup aku dulu.
Mungkin sebab tiada closure pada kejadian itu. Cikgu H nampak macam langsung tiada kesal apa yang terjadi. Tetapi walau betapa teruknya tr4uma menimpa aku, hampa jangan risau. Sekarang, Alhamdulilah, aku bahagia.
Income aku 5 – 6 angka setiap bulan walau tiada kerjaya hebat. Aku ada bisnes dan produk sendiri. Rumahtangga aku pun bahagia. Syukur. Cuma, cerita aku di sini sebagai pedoman untuk cikgu dan ibu bapa. Jika anda cikgu dan rasa tidak dapat terima tekanan dalam mendidik anak murid, berhentilah. Tolong cari kerjaya lain.
Cikgu perlu ada jiwa yang besar dalam d4da. Cikgu perlu sayang anak muridnya. Cikgu, tugasnya berat. Bukan sekadar makan gaji tetapi pikul amanah yang besar. Cikgu, mendidik kerana sayang. Bukan sebab kerja semata – mata.
Sebab itulah dari dulu cikgu diibaratkan lilin memb4kar diri. Kanak – kanak ni jiwanya suci. Bila aku tengok video tular itu, aku mula berpinar. S4kit. D4da aku s4kit. Aku terkena panik att4ck. Terbayang – bayang akan riak muka murid tersebut dan kawan – kawannya yang jelas ketakutan.
Aku tak dapat bayang apa kesannya nanti. Tolong ye cikgu. Sayangi anak – anak kami. Tegas itu bagus. Tetapi tegaslah dengan kasih sayang. Apapun aku salute pada cikgu – cikgu yang sedaya upaya jalankan amanah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. Terima kasih. Terima kasih jua pada cikgu S, yang sudi memujuk aku pada hari kejadian itu. – Putri (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Robiah Ismail : Simpati dengan nasib confessor. Peristiwa berlaku di era 80-an, saya kongsikan masalah lebih kurang sama dengan anda ya. Yang dialami oleh anak saya. Ya, anak saya juga straight A student dan tiada rekod nakal dari darjah 1.
Tiada p4ksaan dari saya sebagai ibu untuk dia belajar, Alhamdulillah. Walaupun persaingan sengit sebab kelas pertama memang jadi rebutan terutama dari bangsa bukan melayu. Tetapi anak saya buktikan dia boleh. Bila menginjak ke sekolah menengah masih mengekalkan prestasi dan memilih untuk sekolah berdekatan dengan rumah sahaja.
Peristiwa ini berlaku ketika di tingkatan 2. Dia diIempang tanpa usul periksa oleh seorang cikgu yang juga merangkap kaunselor. Sekolah lagi 10 minit sebelum tamat persekolahan. Anak saya balik rumah memang dalam keadaan tr4uma menangis dan pipi merah.
Saya lantas membawa dia ke kIinik. Bukan sekali tapi 7x berturut – turut anak saya kena dekat pipi. Saya tanya kawan – kawan dia. Keesokannya saya pergi ke sekolah. Rupanya sebelum ini juga ada kejadian yang sama oleh cikgu yang sama tapi semua ambil pendekatan diam.
Pengetua tiada jadi saya berjumpa penolong kanan HEM melaporkan kejadian. Ingat ye ada borang perlu diisi. Jangan tinggalkan pejabat kosong macam tu. Kemudian saya laporkan pada polis. Pendeknya anak saya memang tr4uma dan kesannya dia akan selalu ponteng ke sekolah. Kena lalui sesi kaunseling untuk pulihkan keyakinan diri. Kesannya amat besar. Tolong ambil pendekatan yang betul sekiranya insiden sama berlaku.
Sya Mimi : Saya rasa cikgu dulu dulu diorang takde training macam mana nak handle budak – budak nakal atau bermasalah. Malah masa zaman saya pun, takde training cara nak hadap per4ngai budak yang bermasalah nih.
Ada jugak belajar teori sikit tapi saya rasa tak sesuai kat pelajar Malaysia. Dan satu lagi patut masuk jugak kursus cara kawal str3ss di kerja dalam syllabus teachers training. Maaf kan lah cikgu tuh confessor, cikgu tuh tak de ilmu, sebab tuh dia react macam tuh. Pada saya setakat berjiwa besar, kalau tak de ilmu, bila datang angin str3ss dengan per4ngai budak pun kecundang jugak.
Hasni Ismail : Akak sangat faham situasi dan tr4uma adik. Sekadar berkongsi pengalaman. Akak budak kampung, tadika pun tak pergi. Masuk darjah 1, akak masih tak reti membaca menulis. Tapi Allah takdirkan, berkat doa ibu ayah, reti jugak lah macam orang lain.
Pengalaman dimarah guru yang pertama akak alami, darjah 1, dengan guru kelas. Ingat lagi nama cikgu tu cikgu Rugayah. Akak tak siapkan / salah buat homework, dan cara cikgu tu marahkan akak beri kesan pada akak sampai sekarang, walaupun dah masih 4 series.
Cikgu tu lempar bulu tulis akak masuk tong sampah! Tong sampah. Budak darjah 1 dik. Budak kampung, apa sangatlah reti zaman 80an. Sama juga, tak bukak mulut pada mak ayah, not even pada abang kakak. Sorang pun tak tau.
Tapi walaupun berjaya cemerlang, dapatlah merasa belajar jauh – jauh, akak ada fear of authority sampai la ni. Memang cuba Iawan, tapi I can never get close to those yang ada authority over me, tak kiralah cikgu ke, lecturers ke, bosses ke.. The tr4uma is real. I feel u.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.