Ayah, guru yang hampir pencen tapi selalu kena ‘buIi’ dekat sekolah

Bayangkanlah dalam setahun, dua kali ditukar sekolah. Tahun depannya pulak ditukar lagi. Sekarang ni ayah dapat sekolah yang jauh 18.4 km dari rumah. Ayah pulak terp4ksa hantar adik saya yang 0KU Pendidikan khas ke sekolah lain. Bila datang lewat, cikgu lain cop ayah pemalas..

#Foto sekadar hiasna. Assalammualaikum pembaca semua. Ayah aku seorang guru berumur 50-an. Dia kelulusan maktab perguruan sahaja, jadi sekarang ni walaupun umur dah nak dekat pencen pun cuma gred DG38. Ayah aku mempunyai bakat melukis.

Jadi kebiasaannya dia selalu dilantik menjadi ketua panitia keceriaan sekolah. Dari kecil lagi aku selalu tengok, dia akan melukis mural di sekolah yang dia bekerja. Walaupun tak dibayar upah, ayah aku berasa seronok kerana dia merasakan itu adalah tanggungjawab dia sebagai seorang guru.

Namun sekarang ayah sudah tua, keringat dia dah tak macam dulu. Nak melukis mural bukannya mudah. Kena panjat tangga besi lepas tu setiap kali lukis nak kena angkut tangga tu ke hulu ke hilir. Kami sekeluarga kadang – kadang diajak untuk tolong ayah.

Tolong angkat tin – tin cat dan berus – berus ke tapak nak melukis mural. Jadi setiap kali kami melihat ayah melukis mural, kami kasihan dan risau takut apa – apa jadi pada ayah. Sudahla ayah ketua keluarga dalam keluarga kami.

Tapi aku perhatikan setiap kali ayah habis melukis mural, guru besar akan menyuruh dia buat tugasan yang lain pula seperti buat mini kolam yang ada titi kayu berbuat dari simen. Bukan senang nak buat, ayah bukan kerja construction.

Tapi kena bancuh simen, kena buat acuan titi, dah siap kena sapu cat dekat titi. Lepas tu kena lukis air terjun. Beli pam pasang dengan elektrik untuk hidupkan air terjun mini tu. Semua dari A sampai Z kena buat sendiri. Sebab kalau mintak pertolongan cikgu lain, diorang akan jawab tak tahu walaupun gred DG tinggi lagi daripada dia.

Setiap kali mintak tolong walaupun benda remeh pun cakap tak tahu. Dah ayah tahu kan, kena tindas lah. Orang lain senangkan cakap tak tahu jadi tak payahla nak susah payah buat kan. Tapi gaji tinggi dari ayah yang serba tahu ni.

Ayah sampai tahap kena cari batu kerikil dengan mak. Diorang cari batu kerikil dan daun – daun hutan di bawah lebuh raya. Bawak balik ke sekolah kemudian susun pulak ikut kreativiti nak mewujudkan suasana kolam.

Hasilnya jangan cakaplah, dengan air terjunnya mencurah – curah air. Pemandangan lukisan gunung – gunung belakang. Pendek kata sejuklah mata yang memandang. Cikgu – cikgu yang lalu – lalang di tepi koridor pun akan puji – puji ayah.

“Pandainya cikgu melukis, buat mini kolam”. “ Seronoknya kita dapat cikgu macam cikgu E”. Guru besar pun bangga la bila sekolahnya dicalonkan sekolah terbaik yang sebelum ni sekolah tu tak dapat apa – apa penghargaan pun.

Dahla ayah tak mintak sesen pun dari kudrat yang dia curahkan. Cukuplah dihargai oleh warga sekolah. Namun apabila disuruh lagi, ada lagi ruang – ruang yang belum dicat, dikerahkan lagi lah kudrat si tua ni. Bayangkan sampai lantai sekolah pun suruh cat jadikan macam lukisan 3D macam muzium – muzium 3D tu.

Ayah balik – balik lempiaskan marah la kepada keluarga sebab tension. Walaupun dia buat kerja – kerja keceriaan tu semua, kelas – kelas yang dia disuruh ajar tetap kena ajar. Kalau ada kelas tambahan, ayah kena kerah jugak.

Sedangkan ayah dah buat kerja – kerja membuat mural tu. Kadang – kadang lepas dia dah susun – susun cat untuk mural yang mengambil masa selama lebih kurang 30 minit (sebab angkut cat dari stor jauh nak ke tempat mural seorang diri) tiba – tiba, dapat notis kena “relieve” kelas yang cikgu lain tak datang.

Oh ya lupa nak bagitahu. Ayah bukan jenis suka ambil cuti s4kit. Dia kalau s4kit teruk pun mata sampai b3ngkak pun, kadang – kadang kaki pulak g0ut, tetap pergi sekolah walaupun kena pakai selipar. Ayah seorang yang berdedikasi dan dia rasa duit gajinya itu perlulah seiring dengan tugas yang dipikul.

Dia pernah balik dari Melaka (hantar aku study) terus ke Kedah. Tak tidur langsung, semalaman drive, paginya terus ke sekolah mengajar. Jadi dari situ pun korang boleh agakkan sikap ayah aku macam mana. Dia sangat bertanggungjawab dan tak pernah seumur hidup dia sejak dah sampai umur 50-an ni ambil cuti MC.

Tapi yang sedihnya, walaupun ayah dah beri sepenuh bakti dekat sekolah pun, ada sahaja yang mengumpatnya di belakang. Tapi yang tu tak kesahlah. Ayah kecewa bila guru besar mintak buat lebih banyak lagi di dinding – dinding kosong.

Sampai tahap dinding tandas pun kena cat mural. Letak pokok – pokok pasu di luar. Kemonlah, tempat nak buang naj1s je pun, buat apa nak ada keceriaan kat situ. Ohh dah sebab free of charge kan, siapa tak mau? Bila ayah dah rasa macam dipergunakan, lagipun dengan kudrat pun dah lemah, ayah tak memenuhi permintaan guru besar.

Akhirnya perasaan tak puas hati menyebabkan ayah ditukar di sekolah lain pulak. Habis madu sepah dibuang. Di sekolah baru, sebab ayah terkenal sebagai seorang pelukis, jadi ayah terus – terus dimintak melukis mural di sekolah baru.

Sudahla sekolahnya tu sekolah yang baru dibina, jadi memangla dinding kosong banyak. Ayah pun terp4ksalah akur kerana baru berpindah, mestilah kena tunjukkan prestasi yang bagus. Seperti biasalah ditugaskan mengecat mural.

Ayah akan ambil masa weekend untuk lukis mural sebab hari biasa ada kelas. Pekerjanya adalah kami ahli keluarganya. Kami cuma tolong angkat – angkat cat dan bersihkan dinding sahaja. Korang tahu sajaIah kan dinding sekolah bukannya kecik.

Ayah kata sepatutnya la kalau pelukis mural dinding sebesar ni, bayarannya boleh cecah RM10,000 tau. Tapi ayah tak mengharapkan duit, ayah cuma mahu dihargai je. Bila buat kerja masa hari minggu, cikgu – cikgu lain tak akan nampak kesusahan ayah, yang diorang tahu pergi je sekolah nampak siap je.

Padahal ayah mengecat dari pagi sampai malam dengan kami sekeluarga tau! Tolonglah hargai ayah, jaga hati dia. Aku rasa lah bila orang ada bakat ni akan selalu dipergunakan lah oleh orang lain. Bayangkan ayah tengah ditugaskan lukis mural di dinding besar, tiba – tiba ada cikgu lain mintak ayah buat keceriaan dekat kelas dia pulak.

Sudahla kelas yang ayah kena ajar, tetap kena ajar. Jenuhlah kudrat seorang lelaki yang sudah berumur nak buat kerja – kerja ni. Bila ayah tolak permintaan dari cikgu tu, mulalah nama ayah dah buruk di mata cikgu – cikgu lain.

Akhirnya sejarah berulang kembali. Ayah tak disukai oleh semua warga sekolah walaupun setelah tenaga dan kudratnya dicurahkan habis – habisan untuk kecerian sekolah. Akhirnya dipindahkan lagi ke sekolah lain. M4kin jauh dari rumah kami.

Bayangkanlah dalam setahun, dua kali ditukar sekolah. Tahun depannya pulak ditukar lagi. Pernah terjadi ayah ditukar last minute pada hari guru pulak tu, sedangkan hari itu merupakan hari penyampaian hadiah untuk guru – guru.

Ada anak murid yang nak beri hadiah pada ayah tapi tak sempat. Hari itu jugak ayah ditukarkan, bayangkan… Disebabkan terlalu kecewa dan s4kit hati, hadiah dari guru – guru lain pun ayah taknak ambil. Pernah kami lintas di hadapan sekolah yang awal – awal ayah cat mural dan buat kolam tu.

Terk3jut kami tengok, sekolahnya dicatkan habis semua dengan satu warna untuk tutup semua lukisan – lukisan mural yang ayah lukis dengan titik peluhnya sendiri. Rasa tak berbaloi langsung kudrat yang telah dicurahkan tu.

Betapa ayah seorang yang serba boleh ni, sampaikan rumah yang kami diami ni pon hasil titik peluh ayah sendiri tau. Ayah susun batu bata satu persatu sampailah siap sebuah rumah besar ni. Dari kami kecil lagi, kami tolong angkut batu bata.

Ayah pasang bumbung, syiling, sampai ke pasang tile rumah. Semua ayah buat sendiri. Kami bersyukur dikurniakan seorang ayah yang serba boleh ni. Cumanya kami kesal kerana ayah dikerah habis – habisan dengan bakat yang dia ada itu di tempat kerjanya.

Sekarang ni ayah dapat sekolah yang jauh 18.4 km dari rumah. Ayah pulak terp4ksa hantar adik saya yang 0KU Pendidikan khas ke sekolah lain. Jarak antara dua sekolah tu pulak jauh. Bila datang lewat, cikgu lain cop ayah pemalas.

Tiap – tiap hari ayah bergegas ke sana ke sini (suara Muhyidin). Di sekolah baru ni rasanya ayah dah give up dah tak mahu mengecat apa pun lagi. Nak kata apa pun katalah ayah dah tak kisah lagi. Bagi dia, tugasnya hanya mengajar sahaja di sekolah.

Baiklah itu sahaja luahan dari seorang anak cikgu. Doakanlah supaya ayah saya tidak ditindas dan diperlecehkan di tempat kerja lagi. Ataupun doakanlah supaya ayah tabah dengan dugaan yang ditimpanya. Akhir kata maaflah sekiranya ada meny4kiti hati sesiapa. – Anak Ayah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Najaa Syairah : My dad was a teacher. Dah bersara. Dia memang ada bakat construction, event management, melukis. So memang kami family dah terbiasa ayah mencurahkan bakat dia di sekolah. Kadang – kadang malam pun pergi sekolah sebab nak prepare untuk majlis esoknya.

Ye, bila gred DG38 memang akan rase sedikit terkilan sebab beban kerja guru, sama. Bila kita say yes to everything, then beban kerja kita akan lebih banyak. Kesalahan di pihak sekolah yang suka suruh – suruh tu dah satu hal.

We cant control people. Apa yang saya dan mak saya buat, kami control ayah saya. Kita bagitau dia yang he should say no to certain things. Kita yang kena motivate dia untuk ‘say no’. Berterusan menyalahkn sekolah tidak akan menyelesaikn masalah.

Kita kena do something untuk ayah kita. Jiwa seorang guru memang sayangkan sekolah dan anak – anak murid. But again, ayah kita, kita still boleh control. Just tell him, gaji tak naik sebab buat mural, dan gaji tak kurang kalau tak buat mural. Tapi ada juga situasi di mana kawan – kawan cikgu membantu ayah saya, bila kita nampak orang lain membantu, sejuklah sikit kat kita.

Fazatul Akma : Sedihnya. Ayah saya pun seorang yang dedikasi dan sangat menepati masa. Saya pernah melalui detik cikgu – cikgu perempuan yang gred tinggi dari ayah mengumpat ayah depan saya yang masa tu penolong kanan, banyak membuat tugasan dan arahan guru besar.

Saya menjadi guru ganti pra sekolah waktu tersebut. Saya diam, maklumlah kita ni guru ganti je. Lepas diumpat, dorang warning saya supaya jangan report pada ayah. Sampai sekarang saya tak cerita pada ayah. Yang mengumpat saya tak respect pun sebab kerap mendatangkan masalah. Saya ingat cikgu – cikgu dedikasi macam ayah, rupanya tak semua macam tu. Bila ayah cakap nak pencen awal, saya sokong 200%.

Ahmad Naim : Bagi saya, beban tugas berubah mengikut zaman. Begitu juga karakter manusia juga berubah mengikut zaman. Saya cuma nak simpulkan 3 benda jer:

1) Kalau s4kit, amek la MC. Kalau ada kerja luar (hantar anak jauh) amek la CRK.

2) Komunikasi, cara cakap, perwatakan, semuanya kena belajar (sentiasa) supaya kita disenangi, dihorm4ti dan tidak dibenci.

3) Apa – apa kerja kena ikhlaskan diri. Elakkan menganggap orang fitnah kita la, orang umpat kita la, orang tak suka kita la etc. Kalau kita ikhlas, Allah akan beri pandangan yang baik org lain terhadap kita. * Nasihat umum jer ni, peace yo,

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.