Aku tak pernah skip bagi RM500 dekat bapa aku untuk belanja diri dia.. Dah la bil rumah mak bapa aku, aku bayar. Awal tu suami aku okey. Satu hari suami suruh aku jangan bagi duit RM500 dekat bapa. Kemudian aku perasan, bapa datang rumah muka masam je..
Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca di page ni. Terima kasih admin kerana sudi post coretan aku pada kali ini. Cukup aku kenalkan diri sebagai Rania yang mempunyai suami yang sangat – sangat memahami dan dua orang putera yang sangat comel.
Kisah aku bukan berkaitan dengan rumahtangga aku tetapi lebih kepada keluarga aku. Aku anak ketiga daripada empat beradik. Untuk makluman semua, suami aku merupakan seorang Director di syarik4tnya sendiri dan anak orang berada.
Ceritanya bermula sejak aku berkahwin. Kalau diikutkan memang sebelum aku kahwin, aku akan hulur duit hasil titik peluh aku kepada mak ayah aku. Tak banyak, sikit pun jadi lah sedangkan masa tu gaji pun tak seberapa.
Tapi bila fikir penat lelah mak ayah aku jaga aku dari kecik sampai ke besar, apa lah sangat jika nak dibandingkan dengan kudrat diorang dengan duit yang aku bagi. Tapi bila aku selalu bagi, benda ni macam kewajipan tau. Tak kisah la masa tu aku ada duit ke tak.
Apa yang buat aku terkilan, bapa aku pernah cakap dekat aku, “duit gaji kau sepuluh sen pun bapa tak merasa”. Sebabnya masa tu aku belum stabil lagi. Dah la kerja dekat Selatan sana. Rumah sewa lagi. Minyak kereta, makan minum, padahal sebelum – sebelum tu aku ada je bagi.
Lepas tu aku balik kerja area rumah aku sebab aku tengok ada kerja kosong. Aku baru mula kerja masa tu. Gaji pertama pun tak dapat lagi. Aku guna duit baki simpanan aku masa kerja dekat selatan dulu. Tup tup bapa aku dah tanya gaji dah dapat ke.
Untuk pengetahuan korang, aku tak pasti sama ada mak bapa aku ni jenis berjimat ke apa. Sebab kalau ingat balik, dulu – dulu baju raya beli setahun sekali je. Bila dah besar sikit, sah – sah la nak melawa kan. Tapi ayat bapa aku, “Bapa mana ada duit”. Sedih kan.
Ikut mak bapa aku pegi beli barang, teringin peanut butter jem, ambil la satu letak dalam troli. Mak aku suruh letak balik. Tak bagi ambil. Tapi bila tengok masa nak bayar dekar cashier, total semua 400 lebih. Aku nak makan peanut butter tu je pun.
Masuk belajar, bulan – bulan nak minta duit belanja, takut. Sebab nanti aku sedih dengar bapa aku cakap dia tak ada duit. Nak tak nak, aku tunggu duit pinjaman belajar. Dapat pinjaman belajar, bayar yuran, asrama semua.
Ada la baki aku untuk buat makan. Tapi bila hujung – hujung, mestilah tinggal berapa je. Call la minta dekat bapa sebab dah tak tahu nak cari duit dekat mana. Dia bising cakap aku boros guna duit pinjaman. Huwaaaa.. dah tu, mana aku nak cekau duit beli buku semua.
Konsep mak bapa aku, habis je SPM, dah ada duit sendiri. Sebab tu habis SPM, aku kerja. Kerani dekat area rumah. Dapat la RM800. Tu pun aku dah start bagi dekat mak bapa aku sikit. Sampai lah aku kahwin. Bila dah kahwin, aku kerja dengan syarik4t suami aku.
Tapi aku kerja sebagai staff biasa juga tau. Tak adanya nak naik tocang jadi bossy atau diva walaupun suami aku Director situ. Apa staff lain buat, aku buat. Duit gaji bulan – bulan alhamdulillah. Ditambah nafkah dari suami aku. Suami aku memang tak berkira.
Jadi, bil api rumah mak bapa aku, bil Coway, Astro, Unifi, bil Air, segala bil aku yang bayar sebab fikir bapa aku dah tak kerja. Mak aku okay. Dia lepas aku kahwin, layan aku baik. Dulu sebelum kahwin, mak selalu marah aku walaupun aku tak buat salah.
Adik beradik lain tak kena. Aku je. Sampai kadang – kadaang aku rasa mak tak suka aku. Tapi lepas kahwin, mak layan aku baik. Cuma kadang – kadaang tu aku perasan mak selalu lebihkan kakak aku. Sebab yang buat aku terasa, aku mengandung.
Teringin kuih lapis mak buat. Sampai sudah mak aku tak buat. Tapi kakak aku mengandung, dia share nak makan kuih cek mek molek. Share dekat status je tau. Mak aku tengok, terus mak aku call kakak aku datang rumah mak.
Mak kata dia dah siap buatkan. Aku rasa nak nangis pun ada. Tapi tak apa lah. Selagi mak layan aku baik, aku seronok. Sebab dulu selalu cakap dalam hati kenapa mak selalu marah aku. Aku tak tahu kenapa mak bapa aku suka ambil tahu hal hidup aku.
Hidup kakak aku tak pula. Sebabnya, suami aku sangat rajin. Jadi, anak – anak memang dia tengokkan kalau aku nak masak ke apa. Sampai satu masa tu mak bapa aku datang rumah. Mak bapa aku selalu datang rumah aku sebab dekat.
Diorang cakap kat aku, “dah tahu laki tu rajin, jangan la merap sangat. Ni tak sikit – sikit panggil laki tengok anak”. Padahal laki aku okay je. Laki aku pula pert4hankan aku. Aku? Dalam hati, aku nak masak untuk anak makan.
Suami pun nak makan lagipun suami cuti. Aku diam je. Tak cakap banyak. Lepas tu, bila anak aku yang sulung meng4muk, laki aku pesan video call dia. Sebab anak aku yang sulung, memang rapat dengan suami. Aku cakap takpe sebab tak nak ganggu dia kerja.
Dia cakap dia kerja sendiri. Jadi, bila – bila dia boleh balik. Nak jadi cerita, satu hari tu anak aku yang sulung ni meng4muk macam tak ada hari esok. Dah 2 jam dia meng4muk, aku pun nak call suami aku. Kebetulan bapa aku ada.
Aku baru nak call, bapa aku cakap sikit – sikit call laki. Jangan la kacau dia. Aku diam. Tu belum bila ke rumah mak aku, aku tengah mandikan anak, suami aku nak makan. Mak aku bising suruh aku layan suami aku. Aku cakap kejap sebab anak ber4k.
Laki aku pula cakap tak apa. Kesian isteri saya sebab tengah basuh ber4k anak. Jadi laki aku nak ambil makanan sendiri. Mak aku bunyi lagi, buat la air dekat laki tu. Yang kakak aku tengah tengok Tv, laki dia siap buka periuk ambil lauk sendiri, mak aku tak bising pula.
Bila laki aku kendong anak lama sikit, terus mak bapa aku cakap tu ha, ambil anak tu. Kesian laki kau kendong anak dari tadi. Padahal aku baru nak duduk. Selama 3 tahun aku tahun aku tak pernah skip bagi RM500 dekat bapa aku untuk belanja diri dia.
Dah la bil rumah mak bapa aku, aku bayar. Awal tu laki aku okey. Tiba – tiba dia ada tanya aku bayar apa. Jenis aku, apa yang aku bayar. Aku catat. Laki aku kata, cuba you stop kejap bagi duit RM500 ni dekat bapa. You bayar bil rumah je.
Jadi dua bulan aku tak bagi dekat bapa aku. Selalu bapa aku datang rumah, muka senyum elok. Tapi lately aku perasan muka bapa aku kelat. Tengok aku pun macam tak puas hati. Lepas tu bapa aku bunyi, duit dekat bapa ni dah berapa lama tak bagi.
Aku dalam hati patut lah macam marah dekat aku. Aku cakap aku minta maaf sebab nak pakai duit. Padahal tak pun sebab aku dah ada anak 2 orang. Takkan nak harap laki walaupun laki aku mampu. Aku kadang – kadang malu dengan laki aku.
Aku selalu cakap yang aku minta maaf kalau keluarga aku susahkan dia. Tapi dia selalu cakap keluarga aku, keluarga dia. Tapi dia pesan, jangan jadi lilin makan diri. Cukup lah puaskan hati orang lain sedangkan hati sendiri menangis.
Dia ada. Anak – anak pun ada yang selalu sayang aku. Menangis aku dengar suami aku cakap macam tu. Sebab mungkin selama ni aku selalu tagih perhatian dan kasih mak aku. Aku rapat dengan adik aku. Adik aku baru habis belajar, duit pun belum ada.
Dia cakap dia minta 5 ringgit dekat bapa aku, bapa aku cakap tak ada duit. Terus dia tak pernah dah minta duit dari bapa aku. Suami aku yang selalu bagi duit belanja dekat adik aku. Tapi aku selalu perasan, mak bapa aku selalu lebihkan kakak dan abang sulung aku.
Kakak aku tak ada duit pun, mak aku pinjamkan. Abang aku tak bagi duit dekat mak bapa aku, mak bapa aku tak pernah bising. Diorang cakap kesian abang kerja penat untuk cari duit. Padahal abang aku tu orang nombor dua bank terkenal dekat Malaysia ni ya.
Sebab tu aku nak pesan dekat semua, sayang la diri sendiri dulu. Baik kita sendiri bahagia dari nak mudahkan orang lain dan nak bahagiakan orang lain, diri sendiri terbeban. Maaf la kalau panjang sangat kisah aku ni. Sebab aku tak tahu nak luah dekat siapa. Terima kasih semua sudi baca. – R (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Faezatul : Mak ayah yang jenis menjaga sangat hati anak yang tertentu ni biase, diorang tak berani sangat dengan anak tu. Rasa insecure. Risau anak tu tak pedulikan dia kalau buat anak tu terasa. Sebab tu beria menjaga.
Yang awak ni plak dorang tau dah memang baik dan buat macam mana pon awak takkan tinggalkn diorang. Sabar je lah sis. Jadikan ni gedung pahala awak asbab bersabar dengan kerenah orang tua. U have the best partner yang Allah dah anugerahkan. Be happy. Nah bunga.
Dee Ya : Sebenarnya.. jangan bayar bil. Bil rumah, astro ke wifi ke tak payah bayar sebab duit tu tak nampak kena bagi segenggam kat tangan baru mereka nampak. Itu salah awak, senangkan mereka keterlaluan. Kalau nak bagi, bagi je duit.
Jangan bayar apa – apa bil. Baru nampak macam awak bagi duit. Hal bil – bil rumah tu patut orang dalam rumah tu urus. Awak sekarang tumpu je kat suami dan anak – anak. Rumah mak ayah tu tak payah balik sebab mereka selalu datang rumah awakkan. Kalau awak balik sana, lagi banyak belanja awak dan suami kena keluarkan. Memang ibu bapa awak amik kesempatan atas kebaikan awak.
Mel Mello : Betul lah tu suami kau cakap macam tu. Baik boleh tapi jangan jadi b0doh. Pasal bapa kau tu pun aku sokong laki kamu cakap stop bagi duit. Ibu bapa ni ada sesetengah jenis memang tanam dalam otak yang “anak aku kalau dah besar kena bagi aku duit tiap bulan sebab aku penat jaga dari kecik bagi duit belanja and blablabla”.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.