Sampaikan, cikgu sendiri datang ke rumah untuk mendapatkan kepastian tentang ketidakhadiran kami ke sekolah. Kadang – kadang, bukan sehari dua aku tidak hadir ke sekolah. Malahan pernah hampir sebulan lebih aku tidak hadir ke sekolah. Aku gembira kerana tidak perlu berjumpa dengan rakan – rakan lain yang selalu buIi aku..
#Foto sekadar hiasan. Pada penulisan aku yang pertama, aku ada maklumkan sikap ayah aku bukan. Oleh kerana sikapnya yang “baran” itu, membuatkan aku sering tidak hadir ke sekolah. Adik beradik aku yang lain juga sama.
Sampaikan, cikgu sendiri datang ke rumah untuk mendapatkan kepastian tentang ketidakhadiran kami ke sekolah. Kadang – kadang, bukan sehari dua aku tidak hadir ke sekolah. Malahan pernah hampir sebulan lebih aku tidak hadir ke sekolah.
Aku gembira kerana tidak perlu berjumpa dengan rakan – rakan lain yang selalu buIi aku. Tapi pada masa yang sama, aku juga turut bersedih mengenangkan nasib diri aku ini. Mesti kalian tertanya – tanya, apa kaitannya sikap baran ayah aku dengan ketidakhadiran aku ke sekolah.
Sikap baran ayah bukan hanya tahap memarahi, tapi sehingga tahap memukuI. Ayah tidak pernah sekalipun memukuI kami anak – anak perempuannya. Tapi, ayah sering kali melepaskan kemarahannya kepada mak. Ya… mak yang sering kali menjadi m4ngsa amarah ayah.
Buat mak… Apalah sangat pend3ritaan yang Bunga hadapi di sekolah, jika hendak dibandingkan dengan d3rita yang mak tanggung di rumah. Bunga bukan tidak mahu berkongsi cerita dengan mak, cuma Bunga tidak mahu menambah beban dan kerunsingan hati mak. Bunga sayang sangat – sangat dengan mak…
Mak…. di sekolah mereka ejek Bunga dengan pelbagai panggiIan. Tapi, sedikitpun Bunga tidak pernah ambil hati dengan ejekan tersebut. Ini kerana, kata – kata dan panggiIan yang sering kali diucapkan ayah ketika marah, lebih hebat dari apa yang Bunga dengar di sekolah.
Bab*, Anji*g, Si*I, H4ram jad*h, B4ngs*t, ibI*s, Iahan*t, G4mpa*g, ceIa*a dan macam – macam lagi panggiIan kesat yang diIemparkan, bagaikan sudah lali di telinga Bunga. Mak… di sekolah “kawan – kawan” Bunga hanya mengejek dan mengambil barang – barang Bunga sahaja.
Alhamdulillah… Mereka tidak pernah memukuI atau menced3rakan Bunga. Apalah sangat kisah Bunga di sekolah, jika dibandingkan kisah mak di rumah. Di hadapan mata Bunga, mak mengharungi semuanya sendirian dengan tabah.
Mak… menjadi janda itu tidak salah. Tetapi yang mengambil mak sebagai isteri, dan mengabaikan tangungjawabnya sebagai seorang suami, itulah yang paling berd0sa besar. Sungguh, pend3ritaan yang mak lalui di rumah, menjadikan Bunga seorang anak yang cekal dan tabah menghadapi “ujian” dengan rakan – rakan di sekolah.
Masih Bunga ingat… petang itu, mak membawa Bunga dan adik beradik yang lain menonton tv di rumah jiran. Tiba – tiba, terdengar suara ayah memanggil mak dari luar dengan kuat. ” Kiantan!!! Kiantan!!! Kau ada di dalam ke?! Kalau ada keluar!!! Balik!!! Jerit ayah sekuat hatinya…
Mak dengan tergesa – gesa memohon maaf kepada jiran untuk beransur pulang. Mak tarik tangan Bunga dan menyuruh adik beradik yang lain keluar dari rumah tersebut. “cepat… nanti ayah kau marah… ” tegas mak kepada kami semua.
Dengar suara ayah, kami mula ketakutan. Bingkas kami semua cepat – cepat keluar dari rumah tersebut. Sejurus kami semua memakai selipar dan mula berjalan pulang ke rumah, Zassssss!!!!! Satu Iibasan kayu “dihadiahkan” di belakang mak… “dah nak magrib kau tak tahu nak balik ye!!!
Bertandang ke rumah orang bawak anak – anak, sampai tak ingat nak balik rumah!!! Pekik ayah sekuat hati. Zassss!!! Zassss!!! beberapa pukuIan lagi di belakang badan dan kaki buat mak. Sekali sekala, mak cuba mengelak dari pukuIan ayah.
Tidak habis di situ, sesampainya di rumah, ayah menyambung lagi kemarahannya yang masih lagi tersisa. “kedegang!!!” Bunyi yang kuat kedengaran di dapur. Rupanya, ayah menelungkupkan makanan yang mak masak di dapur.
Habis bertaburan makanan di lantai. Tidak puas dengan itu “pang!!!!” Dipecahkan pula pinggan – pinggan dan cawan – cawan kaca yang ada di dapur, sambil mulutnya tak lekang dengan mem4ki hamun. Kami semua bergegas mandi dan menunggu waktu untuk solat.
Masing – masing diam seribu bahasa. Habis solat kami mengaji dengan suara yang perlahan. Mak pulak mengintai dapur untuk menguruskan dapur yang teruk berselerak. Lauk pauk dan kaca – kaca penuh bertaburan di lantai… “tabahnya hatimu wahai sang ibu…”
Pabila malam menjelma, ayah keluar. Mak kata ayah keluar jumpa kawan. Lega hati kami semua, bila mendengar moto ayah keluar dari perkarangan rumah. Ditemani kegelapan malam yang hening dan cahaya lampu pelita, aku bermain bayang – bayang bersama adik aku “si Ranting”.
Abang dan kakak sibuk menyiapkan kerja sekolah. Jam dinding menunjukkan hampir pukuI 11 malam. Tetapi ayah masih belum balik. Kadang kala, ayah memang balik lambat sampai lewat pagi. Mungkin berjumpa dengan kawan – kawan, lebih menenangkan jika dibandingkan di rumah.
Sebelum ayah pulang, mak meminta kami semua cepat – cepat tidur. “Cepat tidur sebelum ayah kau balik… kalau ayah balik dan dengar korang semua masih belum tidur, nanti dimarahnya mak lagi” pinta mak kepada kami.
Mata yang masih segar cepat – cepat kami pejam bagi mengelak amarah ayah. Kami semua sedia maklum akan natijahnya. Untuk pengetahuan semua pembaca, mak aku memang suka menyanyi. Suara mak pun merdu. Jadi untuk membuatkan kami semua lena, mak akan mula menyanyi sambil menepuk – nepuk adik aku si Ranting.
Masih aku ingat mak mendendangkan lagu “intanku liyana” nyanyian A Ramlie. Korang boleh google ye lagu nie. Di ubah lirik lagunya sedikit untuk mendodoikan kami semua. Liriknya lebih kurang bergini; ”Anakku sayang, dengarlah ini, ibu nyanyikan lagu untuk semua… Bila kau dewasa kau akan berjaya, kau akan menjadi seorang pemimpin negara. Harapan ayah, harapan bonda, nanti besar nanti kau akan dipandang mulia…
Ibu berasa bangga bila dihari jua, anakku bergembira, sayang… sayang… dengar anakku, pesanan ibumu, buatlah azimat, bila kau dewasa ” [ yang lebihnya korang dengar dan hayatilah sendiri ye… ] Sambil menyanyi, aku lihat mak sekali sekala menyekang air mata yang membasahi pipi.
Keesokkan harinya, aku tetap pergi sekolah seperti biasa. Bibir aku tidak pernah lekang dari senyuman. Walau apa pun jua “permainan” yang duri dan rakannya perlakukan kepada aku, aku tetap tersenyum. Malah jika aku dimarah, dir0tan, dicubit oleh cikgu, aku juga masih mampu mengukir senyuman.
Kadang kala, senyuman aku itu membuatkan cikgu berasa marah. Mungkin dia fikir aku sedang mengolok – olok mereka. Tapi percayalah cikgu, bahawasanya aku memang suka tersenyum. Di dalam senyuman ini jualah, aku sorokkan seribu macam kesedihan yang tidak terungkap dengan kata – kata. Allahuakhbar.
Lahir dalam “br0ken family” bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang. Hari demi hari berlalu bagaikan membvnuh jiwa aku secara perlahan – lahan. Aku sekang air mata dan memaparkan kegembiraan dengan senyuman.
Yang aku angankan hanyalah seorang rakan sepermainan untuk mengubat kes4kitan, tetapi yang aku terima hanyalah “buIian dan pengh1naan”. Apa yang aku tahu pada usia sementah itu, hanyalah “permainan” dan “ketakutan”.
Balik dari sekolah, aku panggil – panggil mak, tapi mak tak bersahut. Aku dan yang lain tunggu juga mak. Tapi sehingga ke malam mak tak juga kunjung pulang. “Mak sudah lari dari rumah” kata kakak aku “kak Melati”. Kami semua sedih, tapi kami tak mampu nak lakukan apa – apa.
Jika mak dipukuI ayah, kebiasaanya mak akan melarikan diri dari rumah. Dia akan pergi ke rumah saud4ranya nun jauh di tengah pantai barat di semenanjung malaysia. Biasanya, mak akan duduk di sana dalam masa seminggu atau seminggu lebih, sebelum pulang semula ke rumah.
Selama itu jugalah aku dan adik beradik yang lain tidak bersekolah. Jangan kan bersekolah, nak makan pon susah. Ayah tak kisah pon jika kami tidak pergi ke sekolah. Makan pun kadang kala mengharap ihsan makcik – mak cik yang sekampung dengan kami.
Sama ada kami pergi makan di rumah mereka atau mereka menghantar lauk ke rumah kami. Itu pun tidak selalu. Untuk pengetahuan pembaca, kami anak – anak perempuan dilarang sama sekali ke dapur untuk menolong mak memasak.
Ayah akan memarahi mak, jika dia tahu mak menyuruh kami menolongnya di dapur. Mak juga lebih suka membuat kerja berseorangan tanpa gangguan anak – anak. Takut jadi apa – apa pada kami di dapur, ayah akan “naik h4ntu”.
Sebab itulah bila “mak lari” kami tidak mampu nak berdikari. Jika mak cik tidak menghantar makanan, ataupun kami tidak pergi ke rumah mereka, kami akan makan nasi bercampur kicap sahaja. Ayah yang memasak nasi.
Jadi kadang kala nasinya jelantah pun kami makan sahaja. Jika ayah rajin, dia akan menggoreng ikan buat kami semua, hasil tangkapannya di laut. Ayah memang tidak suka kami meminta – minta makan ke rumah orang lain.
Kami semua tetap bersabar menunggu mak kembali. Di awal penceritaan, Bunga ada beritahu kan, yang ayah Bunga bekerja sebagai buruh kampung. Ayah bekerja mengikut “mood”. Kalau rajin, rajin sangat. Kalau malas, malas sangat.
Pelbagai kerja ayah buat, pajak pokok buahan (bermusim), bela ayam dan itik (di biar lepas tiada kandang), tebang pokok, mesin rumput, buat rumah, ke laut dan macam – macam lagi kerja kampung yang ayah lakukan.
Banyakkan kerja yang ayah Bunga buat. Tapi entah kenapa duit masih lagi tidak mencukupi. Mak pun hairan, entah ke mana duit ayah gunakan, emak pun tidak tahu. Bila diminta pasti tiada duit. Mak kata, bila kawan – kawannya yang meminta pinjam, laju sahaja dikeluarkan duit dari simpanannya secara senyap – senyap.
Jadi sebab itulah mak Bunga mencari “duit poket” sendiri untuk menanpung kami semua. Mak men0reh getah, basuh pinggan di kedai makan, kerja di kantin sekolah, menjual kuih, menjual hasil tanaman hutan dan macam – macam lagi.
Tapi semua pekerjaan yang mak buat ada sahaja yang tidak berkenan di mata ayah. Jadi mak selalu bertukar – tukar kerja. Tapi, jika mak tidak pergi bekerja, siapa yang akan cukupkan keperluan kami semua. Terutama untuk urusan persekolahan kami.
“Mak cari duit susah tak apa, asalkan anak – anak mak semua habis sekolah”. Itulah kata – kata yang mak sering ucapkan pada kami semua. Terima kasih mak untuk peng0rbanan yang tak ternilai ini.
SamBungan… Hari ini aku nak tamatkan kisah aku. Sebolehnya, akan aku ringkaskan segala memori yang ada, supaya ianya sampai kepada pembaca sekalian. Inshaa Allah, aku harap semoga nukilan terakhir ini, dapat memberi manfaat kepada semua. Amin y.r.a.
Dalam 1 kampung aku punya beberapa orang mak cik. Aku namakan mereka sebagai mak cik Orked, mak cik Tanjung, mak cik Kenanga dan mak cik Kiambang. Lahir dari keluarga yang miskin, aku sudah terbiasa disisihkan.
Kadang kala nak bermain dengan sepupu sekampung pun dilarang. Mak cik Orked sering melarang anak – anaknya bermain bersama adik beradik aku. Katanya kami berkutu. Nak bermain boleh, tapi harus memakai “serkop” kepala supaya tidak berjangkit.
Ada juga suara – suara sumbang yang aku dengar berkata, “Jangan bermain bersama mereka nanti jadi b0doh“. Makanya, aku banyak menghabiskan masa, bermain bersama rakan – rakan lelaki, yang tinggal di hujung kampung dan anak makcik Tanjung.
Tapi, anak makcik Tanjung jarang dapat bermain bersama, kerana perlu menjaga adiknya yang kurang upaya. Ada kalanya, apabila ada rezeki lebih, mak suka berkongsi masakan yang dimasak. Tetapi ada antara saud4ra mara yang geli nak makan.
Kononnya mak punya ramai anak – anak yang masih kecil. Makanan yang mak masak tidak bersih. Mereka membayangkan lepas mak “cebok” anak – anak, dengan tangan yang tidak bersih mak sambung memasak. Sungguh jahiI pemikiran yang seperti itu.
Bertapa mereka memandang h1na kepada kami sekeluarga. Mana mak tahu cerita ini? Makcik Tanjung yang rapat dengan mak yang memberitahu. Makcik Kenanga memberi alasan “buang makanan” kerana tidak biasa makan dengan makanan yang diberi.
Pernah mak ceritakan diawal perkahwinan mak dan ayah, suami mak cik Kiambang pernah meludah dan mengh1na mak semasa mak berjalan di hadapannya. Begitu h1nanya mak pada pandangan mata mereka. Mereka menuduh mak memb0mohkan ayah.
Iyelah… mak janda ayah bujang… Kolot sungguh pemikiran mereka! Terimbau kembali disuatu masa, makcik Orked membuat kenduri hari jadi di rumahnya. Di jemputnya jiran tetangga dan saud4ra mara yang duduk berhampiran.
Makcik Tanjung beritahu mak yang makcik Orked membuat sambutan hari jadi dan menjemput semua. Namun semasa jamuan makanan bermula, makcik Orked terpandangkan mak yang datang agak kelewatan. Makcik Orked meluru ke arah mak dan berkata “Eh Kiantan… tak jemput pun kau datang?!
Tak pelah, dah datang kau masuklah makan” mak seakan terpinga – pinga waktu itu. Ada juga mata – mata yang memandang kami semua. Sambil tersenyum mak berkata “Maaflah Orked, aku tak tahu pula majlis ini tidak jemput ramai orang. Tanjung yang beritahu aku, kau ada buat majlis hari ini dan menjemput semua“. Jelas mak kepada mak cik Orked.
Aku dengar dengan jelas perbualan itu… bila difikir – fikirkan semula kesian mak dimaIukan sebegitu rupa. Mungkin ada salah faham, aku sendiri tidak pasti. Kami menjamu selera tidak lama dan mak cepat – cepat menyuruh kami beransur pulang.
Semasa kecil, aku dan adik beradik yang lain juga, sering disuruh oleh ayah untuk berjual dari rumah ke rumah. Kami menjual hasil perolehan hidupan laut dan sayur – sayuran kampung. Kami berpecah kepada 2 kawasan. Aku dan adik di kawasan hadapan kampung dan abang dan kakak pula di kawasan hujung kampung.
Hasil dari jualan itu jugalah sedikit sebanyak menampung pembelanjaan harian kami sekeluarga. Mak pula bertukus lumus membuat kuih muih untuk berjualan. Ayah pula kerja ikut mood dan banyak menghabiskan masa bersama kawan – kawan dan tidur di rumah.
Ayah lebih suka membuat kerja – kerja ringan seperti berkebun, bercucuk tanam dan kelaut. Tetapi kerjanya sikit, rehatnya yang lebih. 3 hari bekerja 4 hari berehat. 2 hari bekerja 5 hari berehat. Begitulah seterusnya kehidupan kami semua.
Patutlah dahulu kakak aku suka menyanyi lagu “pak balik pak” nyanyian melati. Rupanya lagu ini khas ditujukan buat ayah. Pernah satu ketika, waktu subuh hari, mak berseorangan bertukus lumus menyiapkan kuih muih untuk berjualan.
Kebiasaannya mak akan membuat 4 jenis kuih untuk di hantar kepada pak cik aku [suami mak cik Tanjung] yang membantu mak meletakkan kuihnya di gerai hadapan kilang. Tapi pada hari itu entah apa “sy4itan” yang merasuk ayah, ayah bangun tido dan menendang kuih muih yang sedang mak usahakan.
Aku yang masih lena, tersedar dari tidur dan bingkas bangun. Aku tahu ini mesti ayah sedang meng4muk. Sesampainya aku di dapur, aku tengok mak tengah membersihkan kuih muih yang bersepah di lantai. Aku cuba membantu tetapi mak menghalang.
Takut nanti ayah nampak, dituduhnya pula mak memperh4mbakan anak – anaknya. Kasihannya nasibmu duhai ibu. Seperti biasa pada hari itu, pakcik datang mengambil kuih. MaIangnya, hanya 1 kuih sahaja yang mampu mak siapkan.
Semuanya gara – gara ayah yang kerasukan “sy4itan”. ”Maaflah Dahan (pakcik aku), hari ini aku bangun lewat, tidak sempat untuk menyiapkan kuih seperti biasa. Hari ini hanya 1 kuih sahaja yang ada“, mak berdalih dengan pakcik dahan menyorokkan hal yang sebenar.
Mengganguk faham, Pakcik Dahan pun mengambil kuih tersebut dan beransur pergi. Begitulah tabahnya hati ibu aku yang menghadapi kerenah ayah yang sungguh menyiksakan. Dan kerana ini jugalah, aku tidak pernah merungut dengan apa yang terjadi kepada diri aku di sekolah.
Aku mahu jadi kuat, sekuat mak!!! Masihkan kalian ingat?? Pada penceritaan aku sebelum ini, ada aku nyatakan bahawa ibu aku menyara anak perempuannya seorang, sebelum berkahwin dengan ayah aku. Dia ialah “kak Seroja”.
Salah seorang kakak yang paling aku sayangi. Kami dilahirkan oleh wanita yang sama, cuma berlainan bapa. Selain megambil kekuatan dari semangat mak dalam membesarkan kami semua, aku juga mendapat kekuatan dan ketabahan dari liku kehidupan kak Seroja.
Kekuatan inilah yang aku “pegang” dalam berhadapan dengan budak – budak nakal di sekolah. “ketabahan dan kecekalan ” dalam menghadapi keperitan hidup. Membesar dengan “ayah tiri” yang baran, bukanlah sesuatu yang mudah.
Apetah lagi bila ibu mempunyai anak yang ramai, hasil dari perkahwinan yang baru. Sejak kecil, kak Serojalah yang banyak menjaga kami semua dan membantu mak di rumah. Jarak umur aku dan kak Seroja lebih kurang 6 tahun.
Mak berkahwin dengan ayah aku semasa kak Seroja berusia lebih kurang 3tahun. Apabila sudah sedikit besar, kak Seroja sudah diajar untuk menjaga adik – adik yang lain. Waktu usia kanak – kanak kak Seroja, kebanyakannya dihabiskan untuk menjaga kami semua.
Waktu bermain juga, kak Seroja perlu mengendong dan menjaga kami. Jika terjadi apa – apa keceIakaan kepada kami, kak Serojalah orang yang akan teruk dipukuI oleh ayah. Masih aku ingat, petang itu, kak Seroja disuruh oleh mak pergi ke kedai membeli barang dapur yang kurang.
Tiba – tiba kak Melati meminta untuk ikut menemani kak Seroja. “Tak payah la ikut, kak Seroja nak pergi sekejap sahaja, tinggal sahaja di rumah,” pujuk kat Seroja kepada kak melati. Namun entah mengapa kak melati bertegas untuk ikut menemani.
Akhirnya kak Seroja mengalah dan membawa kak melati ikut menemaninya ke kedai. Kak melati duduk di tempat duduk belakang. Tak lama selepas itu, kak Seroja pulang dan Aku mendengar bunyi kecoh di luar rumah.
Rupa – rupanya ibu jari kak Melati tersepit rim basikal. Berd4rah – d4rah kaki kak melati. Kak melati menangis sambil menahan kes4kitan. Mak pula, cepat – cepat memberikan pertolongan kepada kak melati. Membersihkan Iuka serta menyapu minyak gamat ditempat Iuka tersebut dan membalutinya dengan kain putih.
Buat pengetahuan pembaca sekalian, ayah tidak suka jika anak – anaknya dihantar ke hospitaI. Baginya, ubat-ubatan yang ada di hospitaI itu, semuanya berasaskan “d4dah” dan tidak elok untuk anak – anaknya. Jadi, tiap kali kami ditimpa keceIakaan, mak hanya akan memberikan rawatan secara “kampung” [menyapu minyak gamat dan membalut Iuka dengan kain putih].
Kadang kala, ada juga mak sembunyi – sembunyi membawa kami ke hospitaI untuk mendapatkan rawatan tanpa pengetahuan ayah. Tapi… maIang bagi nasib kak Seroja. Bila ayah dapat tahu kaki kak Melati tersepit basikal, tanpa usul periksa ayah terus mengambil tali pinggang dan memukuI kak Seroja sekuat hati.
Zass!!! Zass!!! pukuIan demi pukuIan diIemparkan ke atas susuk tubuh kecil kak Seroja. “S4kit ayah!!! Maafkan Seroja ayah!!! Maaf ayah… Seroja minta maaf!!!” rayu kak Seroja seraya menahan kes4kitan. Ayah tidak peduli, masih terus memukuI melepaskan amarah.
Mak yang sedang membalut Iuka kak Melati bingkas bangun mendapatkan kak Seroja. Mak memeIuk dan meIindungi kak Seroja. “Cukoplah bang! cukop!! Kesian Seroja… sudah – sudah lah pukuI Seroja” rayu mak kepada ayah.
Entahkan bila ayah berhenti memukuI kak Seroja, tidak pernah aku perhitungkan kerana aku sendiri takut dengan amarah ayah. Aku hanya melihat kaku dengan lidah yang terkelu. Perit… perit sungguh apa yang kak Seroja lalui.
Ini bukan lah kali pertama kak Seroja dipukuI. Malah apa sahaja salah kecil atau besar yang kak Seroja lakukan, pasti kak Seroja akan dipukuI. Malah jika terjadi apa – apa kepada kami yang bukan salah kak Seroja pun, pasti kak Seroja yang akan teruk dipukuI.
Em0si kak Seroja dipendam sedalam – dalamnya. Semasa aku darjah 1, mak melahirkan adik aku yang terakhir ” si Mawar “. Seperti biasa, kak Serojalah orang yang banyak membantu mak menjaga si Mawar. Aku akui, kak Seroja juga punya suara yang merdu seperti mak.
Sambil menghenjut adik di buaian, sambil kak Seroja menyanyi. Lagu ”Ratapan anak tiri” itulah yang menjadi dendangan kak Seroja tiap kali mendodoikan adik mawar di waktu awal hening petang. “Aduhai maIang nasibku, sejak aku hilang ayah, ku disiksa ku dih1na…. Aduhai… ayah tiriku, kasihani lah diriku, bagai anak mu sendiri… Ayah tiri hanya cinta kepada, anaknya saja… sedang aku dicaci, dim4ki, juga dih1na” sekali sekala nyanyian ini diselagi dengan air mata kak Seroja.
Seingat aku, kali terakhir kak Seroja tinggal bersama kami pada usianya +-15tahun. Masa itu aku darjah 3. Terjadi satu kejadian di mana aku ditimpa keceIakaan di rumah. Ceritanya, petang itu, aku niat ingin menolong mak dan abang mengurus kayu api di belakang rumah.
Entah bagaimana tiba – tiba, semasa membantu abang, aku ditimpa keceIakaan. Aku menangis semahunya… pakaian aku dipenuhi d4rah. Ayah yang melihat apa lagi, bukannya dia menolong aku, malah dia mengambil tali pinggang dan mengheret abang aku ke dalam rumah.
DipukuI abang aku dengan teruk. Kak Seroja yang tiada kena mengena dengan kejadian tersebut juga, dipukuI oleh ayah. Seperti biasa mak lah yang menolong aku semasa kejadian. Mak lah yang membasuh dan membalut Iuka serta membersihkan lumuran d4rah di pakaian aku.
Kerana kejadian tersebut, aku tidak hadir ke sekolah hampir 3 bulan. Kesiannya mak waktu itu. Mana nak menolong anak yang terIuka, mana nak menolong anak yang dipukuI teruk oleh suami. Semuanya menjadi kacau bilau.
Hanya tangisan dan pekikkan yang memecahkan kesunyian petang itu. Tak silap aku, tak lama selepas kejadian itu, kak Seroja telah lari dari rumah. Sebenarnya sebelum ini, kak Seroja sudah beberapa kali lari dari rumah dan tinggal di rumah kawannya.
Namun mak masih mampu memujuk kak Seroja untuk pulang. Tiap kali pulang, kak Seroja pasti dipukuI teruk oleh ayah… Iibasan tali pinggang, getah paip, sep4k ter4jang itu perkara biasa bagi kak Seroja. Hanya tangisan dan rayuan yang dipinta kak Seroja supaya dirinya tidak terus disiksa.
Namun kali ini, ceritanya cukop berbeza. Kak Seroja tekad memilih jalan hidupnya sendiri. Pada hari kejadian, kak Seroja pulang ke rumah. Mungkin setelah dipujuk rayu oleh mak untuk pulang. Namun bila ayah pulang ke rumah dan melihat kak Seroja, apa lagi terus diterkamnya kak Seroja.
Dihentaknya kepala kak Seroja ke dinding rumah, dit3ndangnya kak Seroja, ditariknya rambut kak Seroja. Kali ini kak Seroja meIawan ayah sekuat hatinya. Ditariknya juga rambut ayah, dihantuknya kepala ayah ke dinding, di t3ndangnya juga ayah, ditepisnya segala pukuIan. Kuatnya dirimu wahai kak Seroja.
Bila keadaan sudah tidak terkawal, mak masuk campur dan cuba menghentikan ayah. “sudah bang sudah!!! pergi Seroja!!! Pergi!!! ” jerit mak kepada kak Seroja. Apabila kak Seroja dapat melepaskan diri dari pergelutan itu, kak Seroja bingkas bangun dan lari dari rumah untuk terakhir kalinya.
Hari itu jugalah kak Seroja pergi dan tak lagi tinggal bersama kami. Entah apa nasib yang kak Seroja lalui selepas meninggaIkan rumah, hanya kak Seroja saja yang tahu. Satu lagi cerita terakhir yang ingin aku kongsikan di mana kerana “tamakkan harta”, mak aku yang menjadi m4ngsa.
Masa kejadian aku darjah 5. Kejadian berlaku pada waktu malam. Pakcik aku dahan berjalan kaki datang ke rumah. Rumahnya juga tidak jauh dari rumah kami. “Assalamualaikum… Kiantan!!! Kiantan!!! Kau ada di dalam?!”
Terdengar suara pakcik Dahan memanggil mak dari perkarangan luar rumah. Mak yang baru sahaja lepas solat, bergegas bangun membuka pintu dapur. “Akar (ayah aku) ada di arumah?! Aku nak mintak kunci motor bapak (atok aku).
Bapak suruh aku mengambil kunci motor Akar, dia nak pinjam sekejap.” helah pakcik kepada mak. “Aku tidak berani nak memberi kunci motor ini pada kau Dahan. Kau tunggulah sampai Akar pulang. Kau bercakap sendiri dengan Akar.
Kau tahulah, kalau aku beri kunci ini kepada kau, kalau Akar tak setuju, nanti dipukuInya pula aku,” jelas mak kepada pakcik dahan. “Tak apa… kau bagi sahaja kunci ini pada aku. Cakap sahaja bapak yang suruh minta.” pujuk pakcik kepada mak.
Setelah dipujuk rayu akhirnya mak akur dan menyerahkan kunci kepada pakcik Dahan. Malam itu pakcik dahan pulang membawa motor itu ke rumahnya. Seperti biasa, ayah pulang lewat malam ke rumah. Mak menunggu ayah dengan sabar untuk memberitahu ayah tentang motor yang di ambil oleh pakcik Dahan.
Sesampainya ayah di rumah, mak segera memberitahu, yang pakcik dahan datang ke rumah meminjam motor atas arahan atok. Mendengar cerita mak, apa lagi ayah terus “naik h4ntu”. Dicapainya batang penyapu dan dipukuInya mak sekuatnya.
Aku yang masih belum tidur pada waktu itu, berlari ke dapur dan memeIuk mak. Aku cuba untuk menyelamatkan mak supaya ayah tidak memukuI mak tetapi, ayah terus memukuI mak bertalu – talu tanpa henti. Sesekali mak menepis.
Dijoloknya pula batang penyapu tersebut ke perut mak. Aku tetap erat memeIuk mak. Aku menangis menyuruh ayah berhenti. Mak juga turut menangis sambil menahan kes4kitan. Sesekali mak meminta ayah untuk berhenti, namun hanya sia – sia.
Rayuan kami tidak diendahkan langsung. “Kenapa kau bagi kunci motor itu kepada Dahan?!!! Kau ambil semula kunci motor itu ke rumah Dahan sekarang!!!! Bawak motor tu balik semula!!!”, pekik ayah kepada mak. Mak tertempang – tempang berjalan kaki ke rumah pakcik Dahan untuk mengambil motor tersebut.
Aku juga menyusur mak dari belakang sambil menahan tangisan. Sesampainya mak di perkarangan rumah pakcik Dahan, mak menlihat atok juga berada di sana. Sedang berbincang – bincang dengan pakcik Dahan. Rupa – rupanya, atok sedang dalam proses menjual motor tersebut kepada pakcik Dahan.
Mak datang ke arah mereka dan dengan lembut meminta pakcik Dahan memulangkan kembali kunci yang telah diberikan tadi. Namun pakcik Dahan enggan memberi semula. Tak lama ayah juga sampai di perkarangan rumah pakcik Dahan.
Ayah nampak mak belum lagi mendapatkan kunci tersebut, ayah pukuI mak lagi di hadapan mereka semua… betalu – talu ayah memukuI mak. Aku mula menangis, k3jamnya kamu semua wahai manusia, kerana kamu mak aku menjadi m4ngsa!
“Kau ambil semula kunci motor yang kau bagi tu sekarang!!!!” Pekik ayah kepada mak. Melihat mak dipukuI teruk oleh ayah, pakcik Dahan cuba membantu menghalang ayah. Akhirnya pak cik Dahan mengalah dan menyerahkan kunci motor itu kepada ayah.
Entah apa mereka bertengkar sesama sendiri selepas itu aku tidak endahkan. Selesai sahaja mendapatkan kunci motor tersebut, mak pulang bersama aku ke rumah dengan menolak motor tersebut. Malam itu juga, mak lari meninggaIkan kami semua.
Sebelumnya, setiap kali mak lari dari rumah, pasti mak membawa kak Seroja bersama. Tapi disebabkan kak Seroja sudah lama keluar dari rumah, kali ini mak pergi membawa diri bersendirian. Makcik Tanjung (isteri pak cik dahan) yang memberi mak duit untuk melarikan diri ke pangkuan keluarganya.
Sungguh baik hati makcik Tanjung. Inilah paling lama mak meninggaIkan kami semua. Hampir sebulan lebih lamanya. Selama itu jugalah aku dan yang lain tidak bersekolah. Sehinggalah cikgu datang ke rumah kami untuk mendapatkan kepastian.
Aku tidak tahu apa yang ayah beritahu cikgu, tapi hanya sekali itulah cikgu datang ke rumah kami. Kerana mak lari terlalu lama ayah cuba memujuk mak. Ayah menelefon mak dari nombor yang diberikan oleh makcik Tanjung.
Itu pun atas kebenaran mak. Kali ini Mak pula mengugvt ayah. Mak yang bercerita semula kepada kami. “Kalau awak pukuI saya sekali lagi, saya bersump4h, saya tak akan jejak kan kaki saya lagi ke rumah ini. Awak jagalah anak – anak awak. Saya akan pulang selamanya kepangkuan keluarga saya“.
Ayah takut dengan ugvtan mak. Ayah tahu kali ini mak nekad. Sejak kejadian itu ayah tidak lagi memukuI mak. Tiap kali ayah marah, ayah hanya akan memecahkan barang – barang di dapur atau mem4ki hamun sahaja. Mak pula hanya membuat pek4k tuli dengan per4ngai ayah.
Selagi tidak memukuI, mak bertahan demi anak – anak. Itulah yang mak sering katakan. Bila aku meningkat dewasa, barulah aku tahu cerita sebenar. Mak menceritakan semula kepada aku bahawa, beberapa minggu sebelum kejadian, ayah telah “membeli” motor tersebut daripada atok tetapi kerana tamakkan harta atok merancang menjual pula motor tersebut dengan pakcik dahan.
Motor yang direbutkan itu hanyalah motor “honda petak lama”. Nasiblah motor itu dikembalikan. Tapi… Berbaloikah semua yang terjadi, hanya kerana sebiji motor usang?! Entahlah… aku tidak punya jawapan untuk itu.
Kerana keperitan dan liku – liku kehidupan semalam…. Aku telah pun berjaya mendapatkan segulung ijazah dari universiti tempatan. Sekarang, aku bekerja dalam bidang pengurusan di negara 4 musim yang berpaksikan “mountain time” sebagai rujukan waktu.
Aku memilih jalan hidup bersederhana. Memilih teman hidup yang tidak punya apa, Namun… alhamdulillah kami bahagia. Dia menjaga aku selayaknya aku sebagai seorang wanita. Dalam usiaku 30-an aku sudah hampir kepada “Financial freedom” [bebas hutang].
Aku belum direzekikan cahaya mata, tetapi aku tetap bersyukur seadanya. Cukuplah dengan istana kecil aku yang ada, kend3raan marhaen yang mampu membawa kami ke mana – mana dan sedikit simpanan untuk masa tua.
Adik beradik yang lain juga hidup bahagia dengan keluarga masing – masing. Kak Seroja juga sudah punya cucu. Oh ya… kak Seroja berkahwin semasa usianya 16 tahun. Sekarang kak Seroja sudah gembira bersama anak – anak dan suami tercinta, walaupun diduga dengan konflik tinggal bersama mertua pula.
Ayah yang sem4kin tua sudah banyak berubah. Mak pula masih setia mempert4hankan rumah tangga. Kadang kala ada juga sikap – sikap ayah di masa muda yang masih lagi tersisa, membuatkan kami semua pening kepala.
Doakan semoga ayah aku berubah sepenuhnya, sebelum masanya dia bertemu dengan Pencipta yang maha Esa. Selagi mana kita bernafas di muka bumi ini, selagi itulah kita tidak akan pernah berhenti berhadapan dengan ujian.
Malahan kemahsyuran dan kemewahan juga satu ujian buat kita semua. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada daripada membandingkan dengan apa yang kita tak punya. Kepada mereka yang mengatakan cerita aku ini hanya rekaan semata – mata, bersyukurlah kerana kamu melalui zaman kanak – kanak yang penuh bahagia.
Bersyukurlah kerana bukumu tidak pernah dikoyakkan. Kasutmu tidak pernah dit3ndang – t3ndang. Alat tulismu tidak pernah dibuang dan dirosakkan. Dan kamu tidak hidup dengan c4cian dan pengh1naan. Jangan kerana kamu tidak pernah melaluinya, kamu menafikan yang cerita ini ada.
Terserah kamu untuk tidak percaya, kerana aku hanya berkongsi cerita. Jika mampu diundurkan masa, aku tidak mahu kembali lagi ke zaman kanak – kanak yang penuh d3rita. Salam sayang buat aku untuk semua pembaca.
Terima kasih kerana sudi membaca cerita silam, yang sudah lama terpendam. Terima kasih kerana menjadi pembaca yang setia. Kepada pembaca yang sudi memberi nasihat dan juga kata – kata hikmat aku doakan semoga kita semua selamat dunia akhir4t. [Gh0st hugs; you can’t feel it, but it’s there!]
Akhir kata dariku… Tetaplah kuat dalam mengharungi apa sahaja dugaan hidup… “Yang berlalu biarkanlah ianya pergi, akan ku genggam, ku simpan jadikan azimat sepanjang hayat. Tak hidup dipuji, tak m4ti dek keji” Aku yang berdamai dengan takdir; – Bunga Putih (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Shikin Ilyas : Yang kata penulis ni asyik meratap nasib, nah dia dah buktikan dia mampu keluar daripada kepompong kemiskinan. Kadang – kadang bercerita dan mengenang kembali kisah lama bukan untuk meratap dan mengeluh, hanya untuk tambah mensyukuri nikmat yang ada hari ini berbanding nasib yang dulu. Juga buat iktibar bagi yang membaca.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.