Pihak hospitaI bagi tempoh sampai pagi esok atau mak diserahkan pada pihak imigresen. Aku duduk dekat pondok guard sementara ayah nak cari duit. Lama aku menangis, ayah datang dalam hujan lebat dengan duit entah dia dapat dari mana. Aku tengok tangan dia masih menggeletar kira duit depan aku. Masih tak cukup..
#Foto sekadar hiasan. Hi, aku Lee. Aku berumur 18 tahun. Lepasan SPM. Aku ingat nak cari kerja tapi susah nak cari kerja waktu ni. Aku faham struggIe orang nak cari kerja macam mana, lagi – lagi kau takde apa – apa kelulusan tinggi.
Keluarga aku orang tak berapa berduit sangat macaam orang lain. Syukur makan minum masih terjaga. Soal pakaian, aku tak berani nak merungut cuma kadang – kadang teringin jugak nak bergaya macam orang seusia aku.
Aku anak sulung, kena usaha lebih sikit memandangkan adik aku masih lagi kecil. Nak dijadikan cerita tahun lepas mak aku disahkan mengandung, setelah sekian lama, 16 tahun aku memegang status anak tunggal. Siapa je tak happy bila nak sambut orang baru dalam keluarga kau.
Ayah, dah lama nak anak lelaki, memandangkan ayah baru dapat anak lagi pada usia emas, 60 tahun. Jadi semua orang terk3jut. Tapi mak sangat risau soal duit. Aku ambil keputvsan untuk bekerja dengan kakak kawan aku tapi ayah tak bagi, risau aku bawak motor tanpa lesen.
Bulan berganti bulan, mak m4kin sarat lagipun mak ada d4rah tinggi, itu yang merungsingkan aku. Mak kena pergi hospitaI dan mak kena tahan dan diarahkan untuk bersalin p4ksa tapi mak tak nak sebab d4rah mak masih ditahap okay.
Masih lagi ditahan untuk tinjauan tapi mak aku berkeras nak keluar. Jadi, aku dengan ayah gigih pergi kaunter untuk bil, sekali kena bayaran tinggi sebab mak rakyat asing dan hampir mencecah RM3k. Aku pandang wajah tua ayah, tangan ayah terketar, duit sikit pun tak ada masa tu.
Pihak hospitaI bagi tempoh sampai pagi esok untuk bayar atau mak aku diserahkan pada pihak imigresen. Aku menangis kat depan kaunter tu. Mana ayah nak cari duit sebanyak tu sedangkan gaji dia sebagai buruh binaan berapalah sangat untuk kami anak beranak.
Aku duduk kat hospitaI sementara ayah cari duit. Ya, RM3k memang tak banyak bagi orang bergaji besar. Itu belum bersalin lagi. Aku menangis dekat pondok berhampiran dewan bersalin. Aku tak tahu nak luahkan dekat siapa masa tu. Aku buntu sangat.
Nampaknya, kena hantar mak bersalin di Thailand. Aku rasa nak peIuk semua orang yang lalu kat situ. Jiwa aku berkecai sangat. Lama aku menangis, ayah datang dalam hujan lebat dengan duit entah dia dapat dari mana, mungkin dari kawan – kawan dia.
Aku termenung tengok tangan dia masih menggeletar kira duit kat depan aku, ayah terus ajak balik petang tu. Duit tak cukup lagi. Fikiran aku jadi kosong. Lepas ayah cari sampai cukup RM3k, esok pagi ayah bayar. Ayah menangis lepas keluar dari kaunter tu.
Aku cuba berlagak biasa, aku tak nak ayah nampak aku menangis. Air mata jatuh jugak. Aku jemput mak aku dekat wad. Masa aku naik tangga aku nampak mak aku tengah tunggu. Terus mak tanya berapa, aku senyap. Aku tak nak mak fikir lebih – lebih, aku sorok bil hospitaI tu kat belakang.
Lepas discharge, mak aku tak habis lagi soal benda yang sama dari tadi, mak rampas bil tu dari tangan aku. Terus mak menangis. Ya aku tahu, mak risau tentang duit untuk kami teruskan hidup lepas tu. Duit betul – betul kosong, dengan mak berapa hari lagi nak bersalin. Aku lagi tambah buntu.
Akhirnya, ayah buat keputvsan nak jual motor yang selalu mudahkan aku ke sekolah. Aku biarkan ayah aku jual. Hasil dari jual motor, kami hantar mak balik ke Thailand dan bersalin kat sana. Sepanjang itu, pelajaran aku agak terganggu.
Aku hari – hari menangis. Tak ada siapa tahu. Dan alhamdulilah 3 bulan lepas mak aku selamat bersalin anak lelaki di Thailand tapi adik aku sah sebagai warganegara Thailand. Jurang itu yang memisahkan kami dua beradik.
Aku masih tak berhenti menangis, ujian psik0metrik di sekolah dua kali aku hadap, dua kali tu jugak yang menunjukkan aku ada masalah tekanan perasaan yang teruk. Banyak kali kaunselor panggil, aku masih sama. Tak membawa apa – apa manfaat segala nasihatnya dan sikitpun aku tak luahkan masalah aku padanya sebab aku tahu, kaunselor kebanyakan akan sebarkan kat cikgu lain.
Aku mula tawar hati dengan kehidupan ni. Aku tak setabah mana, kalau korang nasihat, “Carilah Allah kalau susah.”, aku cuma perIukan seseorang yang memahami aku dan aku masih perIukan sokongan dari manusia. Sejak dari tu aku kerap berahsia walaupun dengan rakan baik aku.
Aku pura – pura nampak okay, aku gigih gelak ketawa macam orang lain sedangkan dalam hati aku rapuh macam kayu dihurung anai – anai. Lagi menambah tekanan aku lagi, elektrik kat rumah kena p0tong sebab tak mampu nak bayar.
Kami bergelap sampai aku habis SPM. Dalam tempoh tu aku pernah buat keputvsan nak berhenti sekolah sebab aku rasa aku tak mampu nak teruskan lagi. Dalam tahun tu, macam – macam bayaran yang cikgu mintak, aku tak mampu nak tunaikan.
Setiap kali cikgu bersuara soal duit, aku mampu duduk diam. Aku pun ada masalah dengan persekitaran aku, aku tak lah pandai sangat dalam pelajaran, aku selalu kena a1m dengan cikgu untuk cakap ‘sedap – sedap’, benak, b0doh, b4ngang.
Semua aku telan padahal aku memang dah putvs asa dengan sekolah. Orang suka pandang serong pasal aku, aku tak tahu apa salah aku padahal aku yang paling senyap dalam kelas. Ada satu hari, kawan aku ajak aku tidur kat rumah dia.
Mula – mula aku tolak baik – baik. Dia beria, jadi aku akur. Sampai kat rumah dia, sembang – sembang dengan family dia. Sekali adik dia bersuara, “Dah duduk kat rumah ni, jangan buat barang kat rumah ni macam hak sendiri.”
Sebab masa tu aku terpegang remote tv dia. Aku agak sentap dan sump4h malam tu aku rasa nak balik. Kawan aku pun marah adik dia jadi aku tenangkan aku kata “aku okay” , “aku dah biasa” kat dia. Tak nak tengok dua beradik tu bertekak.
Lepas lama seronok bersembang lagi, adik dia mencelah lagi, “Kesian, motor dia kena jual.”, kawan aku pandang aku, aku buat – buat pandang tv. Aku rasa nak menangis. Lepas tu, malam tu jugak aku balik, bagi alasan ayah aku mesej suruh balik kampung.
Dia offer nak hantarkan tapi aku tak nak memandangkan adik dia dah nampak macam tak suka dengan aku. Aku jalan kaki walauapun jauh, dalam perjalanan tu aku menangis. Aku rasa terhi1na sangat. Sangat – sangat. Ayah aku pelik bila aku balik, aku tak cakap apa – apa, aku kata aku segan dengan family dia.
Seribu alasan aku cuba bagi supaya ayah aku tak syak aku menangis. Aku masuk dalam bilik aku menangis lagi. Macam – macam aku fikir sampai aku pernah nak bvnvh diri. Aku pernah minum clorox tapi Tuhan masih beri aku nyawa.
Liat betul nyawa aku. Akhirnya, aku munt4h, masuk hospitaI. Ayah terk3jut bila tahu aku minum clorox, dia marah aku. Aku rasa bersalah sangat, dia dah tua. Aku tahu dia dah cuba sehabis baik untuk senangkan aku tapi aku tahu dia tak mampu macam ibubapa yang lain.
Aku hargai apa yang dia dah k0rbankan untuk aku sampai diri dia tinggal tuIang tak berisi. Hitam legam sebab duduk kat terik panas matahari sebab nak suap mulut aku. Lepas SPM aku buat keputvsan untuk balik kampung.
Aku nak jauhkan diri aku dari orang yang aku kenal dan kerja kat sana. Tapi rezeki masih tak menyebeIahi aku, aku cuba. Aku tak nak menyusahkan ayah lagi. Aku betul – betul tertekan. Yang paling bagi impak besar dalam tekanan aku ni orang sekeliling aku.
Aku tak faham, h1na sangat ke orang susah macam aku ni? Kalau korang ada nasihat berguna sharelah. Kalau ada komen negatif mohon elakkan. InshaAllah aku baca. – Lee
Komen Warganet :
Nur Farhana : Adik, saya pun pernah rasa situasi susah, h1na macam ni. Jadi saya nak kongsikan sikit apa yang saya buat. Yang pertama sekali, adik kena bekerja, cari duit. Tidak kisah melalui cara apa pun asalkan halal.
Keberkatan tu penting. Selagi saya ada masa terluang, saya bekerja part time mengikut kesesuaian umur. Semasa kecil ayah (kini sudah meninggaI, sedekahkan al fatihah, terima kasih) tidak benarkan saya bekerja dikedai makan memandangkan saya perempuan dan bertubuh kecil.
Jadi apa yang saya buat, saya ambil kuih di kedai makan dan jual kepada cikgu dan kawan – kawan di sekolah rendah, dan saya dapat upah daripada jualan. Di sekolah menengah, saya tidak sempat bekerja tetapi saya mencari (melalui cikgu) sebarang bantuan kewangan untuk pelajar miskin.
Selepas sahaja spm, saya bekerja part time di kedai makan, kedai barang, dan dengan duit terkumpul saya buat kraftangan di rumah, yang mudah – mudah sahaja tengok internet dan jual kepada kenalan. Sehingga kini, bila cuti semester, saya akan bekerja sambilan untuk duit tambahan.
Boleh cari pekerjaan yang menyediakan asrama, maka tidak perlu fikir soal sewa rumah. Saya memohon ptptn sebab saya bukan pelajar cemerlang, tetapi alhamdulillah cukup untuk menampung perbelanjaan di universiti (juga memohon bantuan zakat).
Saya juga menyertai sebarang pertandingan yang hadiahnya berupa duit atau pekerjaan sambilan di festival universiti untuk mendapatkan duit. Tips kedua, gunakan kecanggihan teknologi. Jika tiada smartphone, boleh pinjam komputer di sekolah terdekat untuk cari maklumat bantuan kewangan.
Di setiap negeri, ada tersedia bantuan – bantuan kewangan untuk pelajar miskin. Yayasan, zakat tetapi memerIukan sedikit usaha untuk turun naik pejabat sebab nak ambil atau hantar borang. Tetapi sebenarnya sekarang boleh download borang dari internet dan post.
Pastikan call no telefon yang berkaitan jika tidak faham satu – satu perkara. Jika ada masalah kewangan untuk menguruskan hal ini, telefon no telefon yang berkenaan dan, BAGITAHU, kita ada masalah kewangan. Maaf agak panjang komen saya. Ingat orang susah tidak selamanya susah, kita mampu mengubahnya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.