Anak murid aku menangis sebab dia kena ejek anak pungut, anak luar nikah. Sekali aku ‘tipu’ dia

Bila balik sekolah, aku selalu nampak Azam jalan kaki dengan nenek dia. Terfikir jugak aku, mana mak dan ayah dia? Kenapa nenek dia je yang selalu ambil dia. Sehinggalah satu hari, Azam tunduk menangis dan aku nampak buku berselerak atas meja dia. Aku panggil dia ke meja guru…

#Foto sekadar hiasan. Hari ni jatuh air mata aku. Sebelum tu, aku nak perkenalkan diri dulu, seorang cikgu muda di sebuah sekolah negeri Melaka. Baru dipostingkan dan tahun ni la jugak tahun yang bermakna dan sedih bagi aku. Kenapa?

Sebab dalam kelas aku ada seorang murid lelaki yang istimewa. Seorang anak syurga. Yang dijaga dan ditatang penuh kasih sayang oleh seorang nenek yang agak berusia dan uzur. Biarlah aku gelarkan murid ni Azam. Dia murid tahun 3 yang baik.

Mendengar kata dan jaga tingkah laku dalam kelas. Dialah juga murid yang paling aku sayang sebab dia paling manja dengan aku. Sampaikan dia panggil aku ayah. Aku pon dah anggap dia macam anak atau adik aku sendiri.

Dulu, waktu aku mula – mula posting kat sini dan ditugaskan ajar kelas dia, aku dah perasan. Azam ni mulanya sangat pendiam dan selalunya tak bergaul dengan budak – budak lain. Sebab apa pon aku tak pasti. Kalau waktu rehat, dia tak pergi rehat.

Hanya makan nasi yang dibekalkan nenek dia. Bila balik sekolah, aku selalu nampak dia jalan kaki dengan nenek dia sebab rumah Azam ni tak jauh dari sekolah. Terfikir jugak aku, mana mak dan ayah dia? Kenapa nenek dia je yang selalu ambil dia.

Tapi waktu tu aku tak kisah sangat hinggalah satu kejadian berlaku waktu aku nak masuk mengajar kelas dia. Si azam tunduk menangis dan aku nampak buku berselerak atas meja dia. Murid – murid lain macam duduk jauh dari dia.

Bila aku tanya semua orang diam. Aku pon panggil si Azam ke meja guru. Aku tanya la apa yang berlaku. Kenapa dia nangis dan buku berselerak atas meja dia. Korang semua tahu apa ayat yang keluar dari mulut dia?

“Cikgu, saya anak h4ram ke?” Tersentap giIa aku. Aku pon tanya kenapa dia kata macam tu?

“Kawan – kawan saya ejek saya, diorang kata saya takde mak. Takde ayah. Mak ayah tak sayang saya. Anak pungut. Saya ni jahat ke? Saya anak h4ram ke cikgu?” . Sump4h air mata aku jatuh. Aku peIuk dia dan cakap,

“tak awak anak syurga Azam. Mak ayah awak ada. Nanti diorang balik”.

Seharian tu aku tak mengajar kelas dia. Aku hanya membebel, beri nasihat dan denda murid – murid yang ejek Azam. Sebelum keluar kelas, aku dah bagi amaran siap – siap, siapa yang ejek lagi Azam, cikgu akan bagitahu guru besar.

Rupanya kata guru kelas Azam, dia memang anak luar nikah. Si ibu dan ayah melarikan diri sebab malu dengan keluarga dan orang kampung. Lalu dia dijaga oleh neneknya. Katanya lagi, dulu Azam ni selalu diejek dan dih1na orang.

Masa ada majlis bersama ibu bapa, neneknya yang akan datang. Ibu bapa yang ada situ pandang semacam je kat dia. Kesian dia. Aku speechless. Allah begitu hebat dugaan untuk anak sekecil dia. Sejak dari kejadian tu, aku berazam nak didik si Azam ni bersungguh – sungguh.

Ada masa aku belanja dia waktu rehat. Ada masa aku bermain dengan dia. Alhamdulillah hari demi hari, akhirnya aku rapat dengan dia. Sampaikan ada masa dia terpanggil aku ayah. Aku happy tengok dia senyum. Tapi, aku silap.

Aku pernah cakap kat dia, “Mak Ayah awak ada. nanti diorang balik.” Korang tau tak hari ni si Azam buat ape? Waktu dalam kelas tadi sengaja la aku suruh la budak – budak melukis suasana kampung waktu hari raya.

Kemudian aku suruh diorang hantar lukisan tu nanti. Selepas waktu rehat tadi. Aku tengok balik lukisan murid – murid aku. Semua kelakar. Helaian demi helaian aku belek. Sampailah mata aku tertarik dgn satu lukisan ni.

Gambar orang lidi. Ada 4 orang lidi. 3 dewasa dan 1 kecil. Di atas orang lidi tu tulis “mak” , “ayah” sambil pegang tangan si lidi kecil, “Azam”. Dan yang last tu adalah aku. Aku pandang lama – lama gambar tu. Air mata aku jatuh.

Hati kecil aku berdoa semoga “Anak syurga ini bahagia suatu hari nanti.” Dan sebelum balik tu, Azam datang ke bilik guru, jumpa aku. Dia ajak aku pergi rumah dia. Dan akhir sekali tu, dia mintak aku post kan gambar dia lukis tadi pada mak ayah dia.

Katanya tahun depan nak beraya dengan mak dan ayah. Wajahnya sangat innocent. Allahu. Aku peIuk dia dan terus cakap, “insyaAllah.” Aku rasa sangat bersalah sebab kata – kata aku dulu seolah beri harapan yang sangat besar pada dia.

Aku tak nak dia kecewa kalau tahun akan datang dia masih beraya tanpa mak dan ayah. Harap korang dapat bantu aku. Aku buntu nak cakap macam mana dekat Azam. – Diari seorang Cikgu

Komen Warganet :

Fatimah Ishak : Lupakan sajaIah kisah silam dia. Buat perkara yang happy yang boleh melupakan tentang perkara tesebut. Jangan sebut lagi pasal keluarga. Topik keluarga pun kadang – kadang jadi masalah nak ajar di sekolah.

Sebab sekolah saya pun dah pernah jadi kes gini. Budak tahun 4, nenek yang jaga. Kejap datang, kejap tak datang ke sekolah. Bila selidik, backgroud famili, memang ada sesuatu. Kaunseling cuma boleh buat, tarik minat dia untuk hadir ke sekolah, macam sekarang, belikan baju raya, supaya dia happy datang sekolah.

Berdoalah cikgu, insyaAlllah. Moga anak murid cikgu kuat dan terus bersemangat utk meneruskan hidup. Dan kepada cikgu, moga tak pernah putvs asa. Dampingi dan sayangiIah azam. Moga urusan dipermudahkan selalu.

Nadzri Seman : Saya selalu nasihatkan. Bila kita bekerja, walau apapun tujuan atau apapun suasana jangan jadikan sesuatu hubungan itu peribadi (kecuali kita boleh membuatkan hubungan itu menjadi hubungan peribadi yang sah).

Berbuat baik adalah perbuatan mulia tetapi menjadikannya peribadi adalah sesuatu yang berbeza. Dalam perkara ini cuba lihat kesan awalnya pada azam. Pada cikgu dan pada anak murid yang lain. Malah kepada pentadbiran sekolah.. Sem0ga menjadi iktibar. Saya doakan cikgu berjaya selesaikan masalah ini dengan cara yang terbaik.

Murni Sari Ahmad Mashri : Jangan salahkan dia kerana berjanji. Dia masih muda dan masih belum bersedia berhadapan masalah anak – anak yang datang secara tiba – tiba. Dia terlalu marah dengan sikap anak murid lain, sebab tu terkeluar janji itu.

Jangan menghukvm benda yang dah jadi dan tidak boleh lagi diperbaiki. Sama – sama kita beri sokongan untuk cikgu muda ini membantu Azam dalam mencari kebahagiaan dalam hidupnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.