Lepas kahwin mama bagi lagi adik 20k untuk teruskan hidup sebab adik dengan bini dia tak kerja. Bayangkan 20k pun boleh habis dalam masa tak sampai 2 bulan. Lepas tu siap tanya tentang kereta baru mama sampai mama meng4muk. Paling tak tahan, adik ipar sembunyikan tentang peny4kit berjangkit yang dia ada..
#Foto sekadar hiasan. Hi, aku orang baru dekat sini, aku perIukan satu tempat untuk minta pendapat, dan aku rasa macam malu nak tanya dekat rakan – rakan yang terdekat. Jadi aku nak minta pendapat dekat sini sebagai orang yang tak dikenali.
Benda ni berkaitan dengan adik lelaki aku dan isteri dia, dorang baru je berkahwin beberapa bulan yang lepas. Akhir tahun lepas, adik aku yang baru je grad, tiba – tiba dia cakap nak kahwin, tergesa – gesa. Semestinya tak ada orang yang akan setuju sebab tak ada perancangan, tiba – tiba je nak bernikah.
Sampai mama aku g4duh dengan dia sampai tak mengaku anak tapi adik lelaki aku tetap berkeras. Sebenarnya silap mama aku jugak, mulut tak mengaku anak tapi tangan tetap menghulur, mana tak budak tu naik h4ntu. Jadi mama aku pon pergiIah meminang budak perempuan tu, tengah – tengah malam tau, meminang koboi.
Masa tu janji nak nikah dengan mas kahwin RM6000 je dan hantaran chocolate dengan buah je. Kedengaran bagus la kan. Mama aku bagi adik aku 10k untuk hantaran. Dia belinya gelang tangan harga 6000, terperanjat la kitorang, hari tu janji mas kahwin RM6000, ini gelang je dah RM6000.
Sebelum tu mama aku ada bagi adik aku 15k + 6k+10k. Keluarga perempuan pandai sangat ambil kesempatan dalam masa yang kejap dan singkat, dari 6000 tiba – tiba jadi 6 angka. Korang bayangkan, janji nak RM6000, kenapa tiba – tiba jadi 6 angka.
Hantaran yang kononnya RM6000 tu dah jadi 13000, dan macam – macam barang hantaran lain macam Handphone, jam, dan banyak lagiIah. Lepas tu banyak lagi yang dua ekor ni kikis sampai mama kena habiskan duit sebanyak 6 angka.
Untuk pengetahuan, adik aku dengan perempuan tu tak kerja pun lagi, duit 6 angka tu duit mama aku, duit kwsp dia. Adik member0ntak sangat nak kahwin. Dari konon nak kahwin simple dan biasa – biasa je, tiba – tiba jadi melebih – lebih.
Aku macam terk3jut tau, aku suruh dia buat majlis kahwin biasa macam orang lain sebab aku kesian dekat mama aku takkan anak nak kahwin koboi. Antara masa dia cakap nak kahwin sampai ke tarikh majlis lebih kurang sebulan je.
Jadi semua persiapan last minute, tapi macam – macamlah ragamnya sampai terp4ksa keluar duit yang banyak. Aku suruh dia spend dalam 10k je. Tapi aku tak tahu la apa yang bini dia hasut, sampai jadi banyak, aku suruh buat majlis tapi aku tak suruh buat majlis mewah, beza kot proper dengan mewah.
Aku tak berapa suka dengan adik ipar aku, salah satunya waktu akad nikah, mas kahwin yang kami bagi tu tak sampai pon 13k, tapi dia boleh tipu sebab nak up status dia, dekat imam. Tak ke melompong mama dan aku dengar.
Yelah, kita takut nikah tak sah kan? Aku rasa duit ada dalam 10k je tak silap. Aku da pelik, sebab ini nikah kot, apa salahnya kalau ko sebut RM100 pon, asalkan nikah, tapi nak juga up sampai 13k. Lepas je wedding, adik aku borak dengan aku kat luar, dia kata kesian la dekat keluarga mertua dia, sampai tak tidur rebus telur sebab mama nak telur rebus.
Sebenarnya majlis tu kan tergesa – gesa, jadi rebus telur tak ada dalam plan. Biasalah majlis kahwin, mesti ada yang tak tidur kan sibuk nak kenduri. Aku macam dah pelik, yang dia nampak mertua dia dengan bini je yang betul, mama aku yang keluar 6 angka ni dia buat tak nampak je.
Kemudian adik aku pernah cakap dekat aku, dia kata mama aku la yang kena ambil hati bini dia sebab kita nak ambil anak orang. aku macam terperanjat, patut ko dah tahu mama ko tak terima bini kau, bini kau tu lah yang ambil hati.
Adik ipar tu adalah buat percubaan ambil hati mama aku dengan bagi mama aku pinggan yang hodoh giIa, dan beli perfume. Tapi point dia, adik aku suruh mama yang ambil hati menantu. Lepas je kahwin, mama aku bagi lagi dekat adik RM20,000 konon untuk mulakan hidup baru.
Berapa minggu je habis! Aku terk3jut la, wedding punya lah habis banyak, ini 20k ko habis dalam masa 2 bulan je. 20k ni duit untuk lepas kahwin. Aku pelik sangat sebab kenapa nak bermewah macam ni, korang ni tak ada kerja, yang keluarkan duit mama aku, sebab adik aku janji nak kerja betul – betul.
Tapi sekarang dah sampai setengah tahun pon tak kerja, asyik mintak duit kat mama aku. Sekarang aku nak bagitahu sikit la tentang latar belakang adik aku. Adik aku ni budak baik, pandai, dari kecik tak pernah buat masalah, ada cita – cita tinggi sebab tu sampai belajar dekat oversea.
Belajar pun dekat top uni dekat luar negara. Jadi aku nampak dia budak cerdik, sampai semuanya jadi terbalik sejak dia jumpa perempuan ni. Adik aku ada je awek lain sebelum ni tapi bila dengan perempuan ni dia jadi b0doh.
Macam mana aku kata pelik, dia belajar tinggi – tinggi, bila dengan awek sebelum ni, dia ok je. Tapi bermula kenal dengan perempuan ni tiba – tiba dia kata nak kerja biasa pon takpe. Kerja biasa – biasa aku maksudkan bukan kerja exec ye, kerja biasa – biasa tu dia kata macam cashier ke, McD ke. Padahal ada kelulusan yang bagus.
Aku nak highlightkan sangat, dia kata yang penting dia boleh pergi kerja naik kereta sama – sama dengan bini. Aku rasa macam nak pitam bila dengar, dia nak kerja dengan bini dia sebab tu dah lebih setengah tahun tak dapat kerja, sebab nak duduk berkepit dengan bini.
Aku rasa macam tak logik tau, budak pandai kot. Ok, ni yang pertama la. Yang kedua, adik aku kan tak kerja, sewa rumah mahal, rumah bawah ye, fully furnish, aku pelik la, kenapa tak sewa je rumah biasa – biasakan. Dua – dua bukan kerja pon.
Sebulan sewa mahal sangat, aku nak sebut pon bunyi tak logic, 5k sebulan! Adik aku tak kerja, tapi nak berkira – kira beli kereta baru la, apa lah. Pointnya sekarang, dia gunakan duit kwsp mama aku, duit kerja keras mama aku untuk mewahkan bini dia.
Aku pelik sebab ko dah lah baru kahwin, ko kerja pon takde, sebok nak beli kereta, sebok sewa rumah mahal – mahal dan sebok mewahkan bini. Dia boleh kata apa kat aku, kahwin dia habis 20k je. Aku pelik la, duit lepas kahwin yang mama bagi 20k pon boleh habis dalam 2 bulan, ko nak kata habis majlis ko 20k je, hantaran ko pon dah berapa.
Sebelum ni ni aku tak bising tau, kahwin habis 6 angka, aku diam lagi, tapi 20k ko habis 2 bulan, ko sedar tak duit tu banyak yang ko habiskan dalam masa yang sangat singkat, sedangkan sebelum kahwin sampai habis kahwin, sampai lepas kahwin beratus ribu dah habis.
Jadi aku dah mula meng4muk kat dia, dengan mama aku, “apa ni, dah bagi 20k nak mintak lagi berapa ribu, ko tu baru kahwin,” Untuk pengetahuan korang, adik aku ni anak kesayangan, dan satu – satunya anak lelaki, jadi dia memang manja.
Tambah lagi dia kan budak baik dari kecik, mana kitorang boleh expect sebab perempuan dia boleh jadi b0doh sangat. Jadi tahun ni, waktu raya, mama aku termenung je, baju raya tak ada, makanan raya pon simple sangat sebab tak berapa sambut, adalah duit banyak dah habis.
Dia janji kan nak kahwin supaya dia boleh kerja, ni habuk tak ada sampai sekarang. Memang kami expectation tinggi dekat dia, belajar top uni dekat luar negara, kalau sebut kat Malaysia ni semua orang tau, memang universiti famous, anak harapan, faham tak tiba – tiba jadi seorang yang hilang akal semata – mata kerana perempuan.
Mananya tak hilang akal, ko dah grad dari universiti ternama, ko nak kerja kuIi je asal berkepit dengan bini. Ko habis duit mama macam air tanpa rasa bersalah sikit pon, dan ko buat macam ko tak buat apa – apa salah. Jadi, akhir – akhir ni mama aku m4kin tak ada duit.
Yelah, korang boleh bayangkan, anak kesayangan mewah dengan status menganggurnya, tiba – tiba adik ipar aku cakap nak sambung belajar. Keluarga perempuan ni orang susah, adik aku tak kerja, duit mama dah habis, siapa nak tanggung?
Jadi mama macam meng4muk la, janji dulu nak kerja la apa lah, ingatkan mama ni cop duit. Adik siap boleh tanya kereta mama aku, mama aku ada 2 kereta, 1 kereta baru, dan 1 kereta lama. Mama aku meng4muk, dah lah habis duit ko kerjakan, ini nak rembat pulak kereta mama aku.
Jadi dorang pon macam tak berbaiklah. Kemudian adik aku pon hantar message berkajang – kajang cakap yang dia tak nak pon duit, harta mama aku. Habis yang selama ni ko guna duit mama aku macam air untuk mewahkan bini boleh pulak?
Banyak la penipuan dalam message tu, dah perempuan tu confess dekat mama aku yang dia tak boleh kerja sebab dia ada peny4kit TB. Aik, ko dah tahu ko ada peny4kit TB selama ni, patutlah selalu nampak s4kit, dan ko takde bagitahu kami apa – apa?
Kalau kami ni kena jangkit pon ko tak kisah? Kalau korang nak tahu peny4kit TB ni senang sangat nak berjangkit. Kalau duit, kami boleh cari, InsyaAllah, tapi ko ni boleh pulak ada TB lepas tu kahwin tak bagitahu keluarga mertua.
Dia dah memang lama ada TB, lepas tu keluar bermesra – mesra dengan kami? Aku sampai mengeletar, apa ni. Dengan ko s4kit, ko kahwin, sah – sah la nanti adik aku pon jangkit, aku pon rasa mungkin peny4kit TB ni da jangkit dekat otak dia sebab tu cognitive function dia macam orang tak ada akal.
Jadi, aku dengan mama aku rasa tertipu sangat. Adik aku ugvt dekat mama nak kahwin dengan perempuan yang tak ada apa yang baik pon. Nak kata cantik, biasa je la. Nak kata kaya pon tak, nak kata kan pandai, adik aku m4kin b0doh sejak kawan dengan dia.
Mungkin yelah jugak pandai, sebab tu pandai mengikis harta mertua, sikit – sikit. Sampai sekarang adik aku still pert4hankan bini dia, tak nampak apa salah dia, tak rasa dia gunakan harta mama aku pon, dari message dia.
Padahal semua ditaburkan, padahal orang tua dah bergolok bergadai, apa pon tak nampak, yang dia nampak bini dia jugak baik, padahal penipu. Aku dengan mama memang cop adik ipar dengan family dia menipu, bayangkan macamana dari 6000 tiba – tiba jadi 6 angka, pandai sangat dorang ni, dan perempuan jenis apa menipu tok imam?
Sikit – sikit dorang kikis, minta tu yang sampai banyak mama habis duit. Adik aku tak sedar, sampai sekarang yang perempuan tu ani4ya kami, bukan je duit, yang tiba – tiba ada TB baru bagitahu. Ke ko nak bagi mertua ko m4ti cepat?
Jadi aku nak kenalkan serba sikit pasal dia, dia pakai tudung labuh, cakap lembut je, tapi kalau akad nikah pon ko nak bangga – bangga diri, apa benda ko ni? Lepas tu aku perasan tau, family dia dengan dia tak boleh tengok orang lebih.
Masa majlis tu dorang sewa homestay, semalam je tahan, lepas tu malam seterusnya sewa service apartment. Tak silap untuk seminggu rasanya. Duit siapakan? Lepas tu bukan nak cakap apa, dia perhati beg aku, barang – barang aku, dia kata dia tak pakai barang branded pon, pastu adik aku punya la bangga isteri dia tu jenis tak pakai barang branded.
Jadi sekarang aku dengan mama aku cadang nak boikot adik aku sampai dorang sihat, sampai dorang berubah, patut tak tindakan kami ni? K3jam ke? Tapi yang dia k3jam dengan mama aku, dia pura – pura tak nampak?
Tolonglah bagitahu apa yang aku terlepas pandang sampai adik aku macam orang tak betul. Mama aku masih cakap elok – elok dengan dia walaupun tak nak jumpa dia dah. Aku pun dah m4ki dia berbulan – bulan sejak dia kahwin.
Untuk pengetahuan, perempuan tu tak ada kawan sangat pon, berkepit dengan adik aku je, dorang sama – sama belajar dekat luar negara, tapi perempuan tu pemikiran kampung. Jadi bila pemikiran kampung ni, dia boleh hasut adik aku tak perlu improve diri, kerja kuIi je, kenapa aku cakap dia yang cucuk, sebab adik aku tak macam ni.
Adik aku sorang je kata perempuan ni baik. Aku tak nampak mana baiknya, mana eloknya, kecuali part dia pandai baca Quran, pandai bab agama, tapi sikap dia, serious aku tak faham. I nak mintak pendapat sangat, apa aku patut buat, aku tak nak adik aku berterusan menderh4ka macam ni.
Sanggup biar mama tu tak makan semata – mata nak mewahkan bini, habiskan duit orang tua tu, lepas tu claim tak nak harta mama la, yelah, dah abes ko kerjakan. Sampai orang tua tu plan nak berniaga pulak. Dia indenial, sampai sekarang dia kata dia tak habiskan duit mama aku.
Aku rasa salah satu punca, budak – budak muda zaman sekarang kan sebok nak mewahkan bini, inilah salah satu contoh relationship goal yang bergadai tok bini, aku tak kisah tau adik aku nak bergolok bergadai tok bini, but cari duit sendiri!!! Ini duit mama ko, ko ambik ko salur kat bini.
Komen Warganet :
Farihin Nunha : Mintak duit takkan berhenti selagi mama awak sendiri tak berhenti jadi bank. Kalau betul mama awak dah menyampah, suruh je mama awak block dua – dua tu dari contact beliau dan adik beradik. Bagi last word jangan sesekali datang or contact korang lagi then block.
Adik tu dah kahwin pun. Bukan tanggungjawap mama awak nak kena bela bagi duit kat anak menantu h4ntu. Biar je dorang susah. Biar dorang rasa dan belajar hidup sendiri. Awak kena persuade mama awak supaya stop jadi banker.
Remind mama awak supaya simpan duit untuk diri sendiri. Jadik dah s4kit dah tak larat, patutnya duit kwsp tu la digunakan untuk tampung hidup. Now kwsp dah habis, mana nak korek duit? Awak dan adik awak nak bagi?
Nak bela mama yang s4kit tu nanti? Remind dan keep reminding your mom pasal hari tua nanti. Sekarang ni rm50 tu macam takde harga tau. Melainkan mama awak kerja sampai bongkok tiga, then dia tak yah risau pasal duit.
NurAzwa : Belajar pandai tu tang teori je dik. Common sense ni bukan semua orang pandai pun. Nak – nak yang tengah cinta giIa orang lain semua pun salah, dia je lah yang betul. Anyway ko banyak sangat sebut 6 angka, 13000 tu 5 angka je. Pening lak aku membaca.
Your mom tu jadi sumber per4ngai adik ko tu menjadi – jadi. Cakap mulut kena sama dengan tindakan. Baru budak tu paham. Ni mulut marah – marah, lepas tu hulur jugak. Jadi bagi dia biarlah mama marah macam mana pun yang penting sumber duit tak putvs.
Sekarang terpulangla ko dan mama ko tu nak buat apa. Dah jelas bersuluh lagi takkan tak tahu nak buat apa kan. Kalau akak dalam situasi mama ko ni, akak buat tak tahu je.. Kalau nak ajar dia tentang hidup, kena la ajar dia surv1val skill bukannya feed him with golden spoon. Biar dia usaha sendiri, banyak pengalaman dia dapat jadi. Part ni universiti terkemuka dunia pun tak boleh nak ajar.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.