Aku tak pernah bagitahu tentang hal buIi dekat sekolah kepada ibu ayah sebab takut kena marah dengan ayah yang baran. Tapi lepas kejadian beg aku dir4mpas, aku bagitahu semua dekat ibu. Tak sangka ayah dengar. Esoknya lepas hantar aku ke sekolah, ayah tak balik terus. Dada aku berdegup kencang..
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Bunga Putih, berasal dari sebuah kampung yang terletak di selatan tanah air. Lahir pada tahun 80-an. Terima kasih admin jika cerita aku ini disiarkan. Aku tak pandai mengarang tapi aku cuba untuk luahkan apa yang aku pendam dan menjadi tr4uma sepanjang hidup aku sehingga hari ini.
Sedikit pengenalan tentang keluarga aku. Ayah aku seorang “buruh kampung” yang mana kadang – kadang ada kerja, kadang – kadang tiada kerja, terkadang memang sengaja malas untuk pergi ke kerja dan tidur di rumah sepanjang hari.
Merupakan seorang ayah yang “Baran dan berangin”. Ibu aku pula seorang suri rumah yang berusaha mencari nafkah dengan melakukan pelbagai kerja demi memastikan nasib kami terbela, cukup makan, dan bersekolah.
Bagi aku, ibu seorang bid4dari yang “sangat cekal dan tabah”. Kami 5 beradik seibu sebapa dan 2 beradik seibu. Asalnya ibu aku seorang ibu tunggal yang kem4tian suami. Punyai 2 orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.
Anak lelakinya sejak lahir sudah diambil orang dan dijadikan sebagai anak angkat dan seorang lagi ibu jaga sendiri sehinggalah dia bertemu dan berkahwin dengan bapa aku. Maaf terlalu panjang pengenalan aku supaya pembaca faham dengan lebih mendalam isi penceritaann aku nanti.
Alhamdulillah, sungguhpun kami miskin, ibu dan ayah masih mampu untuk menyekolahkan kami semua. Aku tidak dimasukkan ke sekolah tadika, namun begitu seawal usia aku 6 tahun aku sudah mampu menguasai ilmu 3M (membaca, menulis dan mengira).
Aku belajar melalui pemerhatian aku daripada abang dan kakak aku yang telah bersekolah. Aku kira sekolah itu sesuatu yang menyeronokkan, tak sabar rasanya nak mulakan alam persekolahan. Temui rakan baru dan belajar ilmu baru.
Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Rupanya inilah titik permulaan “h1nanya aku sebagai pelajar miskin”. Masuk sahaja sekolah ditahun 1, aku bayangkan aku akan punyai ramai kawan tetapi maIangnya tiada seorang pun rakan yang sudi berkawan dengan aku.
Aku rasa mungkin kerana faktor pakaian aku yang lusuh, baju lama yang disedekahkan orang membuatkan mereka “jijik” berkawan dengan aku. Cikgu juga meletakkan aku di tempat duduk yang paling belakang kerana aku sudah menguasai 3M.
Tempat duduk hadapan pula untuk pelajar – pelajar yang belum menguasai 3M. Loceng rehat berbunyi, aku sekali lagi cuba mencari rakan untuk rehat bersama, namun tiada siapa yang sudi. Aku berjalan seorang diri diiringi guru kelas di hadapan.
Untuk pelajar tahun 1 kami diberikan makanan percuma, Rangkaian Makanan Tambahan ( RMT ), jadi kami diarahkan guru untuk makan makanan yang telah disediakan dimeja kantin. Setiap murid mengambil makanan seorang satu dan duduk.
Mereka berborak antara satu sama lain, sementara aku perlahan – lahan menghabiskan makanan yang diberikan seorang diri. Aku cuba untuk berbual dengan rakan – rakan lain tetapi tidak diendahkan. Hari – hari yang berikutnya amat menyedihkan bagi aku, setiap hari aku tetap berusaha mencari “kawan” tetapi masih tiada yang sudi.
Setahun telah berlalu… aku hidup “sendiri” di sekolah. Aku tetap pergi sekolah seperti biasa, tak pernah merungut walau tiada seorangpun yang sudi berkawan dengan aku. Darjah 2 kelas aku telah ditukarkan ke bangunan usang yang lama.
Keadaan kelas sudah bertukar, dari berlantaikan simen, sekarang berlantaikan kayu lama. Apa yang boleh aku gambarkan keadaan kelas ini seperti “rumah atas tradisional yang lama”. Kelas tersebut agak panjang, tak silap aku ada 3 kelas di situ.
Aku difahamkan itu bangunan sekolah dari zaman jepun lagi. Betul atau tidak wallahualam.. Tukar kelas baru, aku happy sangat – sangat. Dapat tempat duduk baru, tapi masih lagi di kedudukan paling belakang bersama – sama pelajar lelaki yang “agak nakal”.
Keadaan kelas baru itu agak usang. Susunan lantai kayu juga tidak rapat, jadi aku boleh nampak pemukaan tanah yang ada di bawah. Tiba – tiba aku terpandang ada “kilauan silver” yang bersinar di sebalik permukaan tanah.
Loceng rehat berbunyi… aku cepat – cepat keluar pergi makan di kantin. Habis makan masa masih panjang, jadi aku berlari semula ke bahagian bawah kelas mencari “kilauan silver” yang aku nampak semasa di kelas tadi.
Terbongkok – bongkok aku sendirian mencari “kilauan silver” tersebut seorang diri. Tiada seorang murid pun yang berada di kawasan kelas tersebut. Barangkali semuanya sedang makan atau sedang seronok bermain bersama rakan – rakan, kecuali aku yang masih “sendiri”.
Akhirnya aku jumpa “kilauan silver” itu. “Ini duit 10 sen” getus hati aku. Aku senyum kegirangan. Duit 10 sen itu agak buruk dan sebahagian besar permukaannya sudah diseliputi tanah. Mungkin sudah berada lama di bawah dan tiada budak yang berani untuk mengambilnya.
Mungkin juga kerana mereka takut terserempak dengan “hantu jepun”. Hehehe… Sekarang aku dah ada aktiviti baru! Sekurang – kurangnya aku tidak lagi perlu duduk seorang diri di dalam kelas sementara tunggu loceng “tamat rehat” berbunyi.
Sejak hari itu, bermula lah aktiviti baru aku mencari duit di bawah kelas. Ada pelbagai jenis duit yang aku jumpa, duit 1 sen lama empat segi yang kaler coklat tu pon aku jumpa. Paling besar aku pernah jumpa duit 50 sen.
Kadang – kadang ada hari yang aku malas nak mencari duit, aku hanya akan akan duduk memerhati kawan – kawan lain yang seronok bermain dari jauh. Terhibur hati aku melihat rakan – rakan yang ketawa kegirangan. Tak dapat main bersama, dapat tengok mereka bermain dari jauh pun dah cukup seronok pada aku.
Tahun berganti tahun, tak ada apa yang menyeronokkam di sekolah, kecuali dapat makan free dan aktiviti mencari duit hehehe.. Di negeri kami, sekolah agama adalah wajib, jadi selepas sekolah harian, petangnya aku akan dihantar ke sekolah agama oleh ayah aku dengan menaiki motor honda bulat lama peninggalan arw4h atuk.
Kadang kala balik dari sekolah harian terp4ksa berjalan kaki sebab ayah lupa ambil. Dalam seminggu kadang – kadang sampai 2@3kali aku balik sekolah berjalan kaki sebab ayah lupa ambil. Jarak rumah aku ke sekolah lebih kurang 500 meter.
Aku ada sepupu satu sekolah dengan aku yang ayahnya mengambilnya menaiki kereta atau motor tapi jarang sekali nak menumpangkan aku. Dia abang kepada ayah aku yang tinggal sekampung dengan aku. Mereka berdua memang bermusvhan. Alfatehah buat pakcikku.
Korang nak tau duit yang aku jumpa di bawah kelas aku buat apa?! Aku beli guli… Balik dari sekolah agama, aku main guli dengan budak – budak lelaki kat kampung aku. Ada juga bermain bersama sepupu – sepupu perempuan aku yang lingkungan umurnya lebih kurang sebaya dengan aku.
Mereka juga bersekolah sama dengan aku. Cuma di sekolah kami tidak berkawan, mereka ada kawan mereka sendiri, aku pun tidak mahu menggangu. Kami hanya berkawan bila di kampung selepas balik dari sekolah agama, ataupun waktu cuti sekolah sabtu dan ahad.
Wahhh!!! Dah panjang sangat aku menulis kalau ada yang sudi nak baca nanti aku sambung lagi macam mana aku dibuIi oleh pelajar – pelajar lelaki di sekolah rendah. Apa yang aku lalui nie buatkan aku tr4uma sangat.
Pantang aku dengar atau membaca tentang pelajar miskin atau anak – anak saud4ra aku yang bercerita tentang pelajar miskin di sekolah. Hati aku akan berdegup kencang, pelbagai rasa ada, marah, simpati, member0ntak semua bercampur aduk.
Malam – malam kadang aku menangis sendirian, tak taulah kenapa padahal benda dah lama berlaku. Aku pon dah berdamai dengan takdir yang tertulis. Tapi tetap masih lagi ada sisa – sisa air mata yang tertinggal. Mungkin mereka tak mahu pergi atau aku yang “sukar” melepaskan mereka.
Akhir sekali, aku doakan semoga semua pelajar – pelajar di sekolah dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh guru – guru, walau dari apa sekalipon latar belakang mereka. Terapkan nilai empati dalam diri kanak – kanak.
Pupuk nilai kasih sayang dan saling mengasihi antara satu sama lain. Kerana mereka masih kecil dan masih mudah dibentuk. Semoga tiada lagi m4ngsa buIi rakan – rakan dan dunia dipenuhi dengan kasih sayang yang banyak.
Semoga tiada kanak – kanak yang melalui zaman “suram” dan semoga mereka semua dapat hidup dengan kegembiraan yang “unlimited” tanpa perlu rasa takut dan sedih. Sekian wasalam… Aku Yang berdamai dengan takdir.
Sambungan.. Hari – hari yang aku lalui tanpa “kawan” di sekolah bermula dari darjah 1 sehingga tamat persekolahan darjah 6. Sungguh waktu terlalu pantas berlalu, namun peristiwa “sendirian” itu masih lagi berbekas di hati.
Ada betulnya juga komen yang mengatakan kawan tak nak berkawan dengan kita bukan pasal kemiskinan tapi kerana personaliti. Ya aku akui, personaliti aku juga mempengaruhi mengapa mereka tidak mahu berkawan dengan aku.
Baju sekolah hanya sepasang aku gunakan dari hari isnin hingga hari jumaat untuk sekolah agama dan untuk sekolah harian. Baju itu tidak bergosok, dicuci seminggu sekali menggunakan air telaga tadahan hujan yang di ambil di belakang rumah.
Takut jika dibasuh setiap hari tidak sempat kering ataupun baru cepat rosak. Air inilah yang kami sekeluarga gunakan untuk memasak dan minum, untuk mencuci pakaian dan untuk membersihkan diri kami. Baju itu juga hanya akan berganti bila ada yang sudi memberi baju terpakai yang disedekahkan.
Aku boleh bayangkan bertapa tidak selesanya kawan – kawan aku bila aku hadir ke sekolah dengan penampilan yang seperti itu. Apetah lagi yang duduk berdekatan dengan aku. Mungkin ada bau yang kurang menyenangkan dan membuatkan mereka “tidak lalu” untuk berkawan dengan aku.
Sumpah tak pernah terfikir aku sebelum ini. Terima kasih kepada yang memberi komen. Untuk makluman pembaca sekalian, keluarga aku adalah penerima program perumahan rakyat termiskin [PPRT]. Waktu aku darjah 4 baru kami diberikan kemudahan “Air kolah” yang mana sumber air yang diperolehi daripada takungan air hujan.
Rumah aku juga tidak punya bekalan “electric”. Hanya “pelita” yang menerangi kami pabila malam menjelma. Mungkin betul juga ada pembaca yang mengatakan, budak – budak darjah 1 dan 2 tidak pandai menyisihkan kawan – kawan kerana kemiskinan.
Mungkin juga aku yang tidak pandai bergaul dan merasa rendah diri. Tapi sump4h aku katakan, aku terlalu gembira ingin mencari kawan sewaktu pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Terimbau kembali saat aku ditahun 4, aku ingin meminjam “pemadam” kepada rakan perempuan sebeIah, tetapi baru sahaja dia ingin menghulurkan pemadamnya kepada aku, kawan perempuan di sebeIahnya menghalang.
“Awak jangan bagi pinjam pemadam awak pada dia, mak dia seorang pencuri. Mak dia pernah datang ke kedai kita mencuri gula – gula. Mak kita yang beritahu”. Pemadam yang ingin dihulurkan itu disimpan kembali. Jadi terp4ksalah aku menggunakan ibu telunjuk mengesek – gesek kertas buku di hadapan aku untuk membetulkan tulisan yang salah.
Hitam jadinya tulisan tersebut. Allahuakhbar. Kata – kata ini tidak pernah aku lupakan seumur hidup aku. Walaupun waktu itu umur aku masih tidak matang, namun entah mengapa sehingga kini, ungkapan ini sering kali terngiang – ngiang dibenak fikiran aku.
Malah bila pensel kontot aku patah, aku tidak lagi berani membuka suara untuk meminjam barang rakan di sebeIah. Korang nak tau apa aku buat?! Aku kutip cebisan mata pensel yang patah itu, aku gunakan untuk menulis.
Aku sangat takut cikgu nampak perbuatan aku. Tapi syukur cikgu jarang sampai ke tempat duduk di barisan belakang. Ya!! Tahun demi tahun berlalu aku masih bersekolah di situ bersama rakan – rakan yang sama dari tahun 1 hingga tahun 6, sekolah kampung tidak banyak kelas.
Budak – budak lelaki yang “agak nakal” itu juga sem4kin hari sem4kin berani membuIi aku. Waktu sedang belajar mereka tarik tudung aku dari arah belakang. Tidak mengapa, mungkin itu perkara biasa. Namun bila tiada guru di dalam kelas, ditariknya lagi tudung aku sampai tercabut anak tudung aku yang di dalam.
Terserlahlah rambut aku yang kusut masai macam mak lampir !!!! Bila aku cuba pakai kembali, ditariknya lagi berulang – ulang kali. Mereka terlalu seronok memperlakukan aku seolah – olah aku tiada perasaan. Sehinggalah mereka nampak guru berjalan ke kelas aku, baru mereka berhenti.
Aku seperti biasa, diam dan duduk kembali ke tempat aku sambil mebetulkan tudung aku yang senget benget itu. Tidak berhenti di situ, kasut sekolah aku yang longgar juga sering menjadi m4ngsa mereka. Al maklumlah kasut “sedekah” kadang kala tak ngam dengan saiz kaki aku.
Mudah sangat tercabut sewaktu aku sedang khusyuk belajar. Tanpa aku sedari kasut sekolah aku menjadi tarikan budak – budak lelaki yang agak nakal ini. Tanpa aku sedari, mereka menyembunyikan kasut sekolah aku yang sebeIah.
Ada kalanya mereka menyembunyikan kasut aku sebelum rehat. Jadi jika aku tidak dapat menjumpai kasut aku, aku tidak akan sempat rehat pada hari tersebut, dek kerana terp4ksa mencari kasut aku yang mereka sembunyikan.
Ada kalanya mereka sembunyikan kasut ku sebelum waktu loceng tamat persekolahan berbunyi. Jika aku menjumpai kasut aku awal, dapatlah aku pulang tepat waktunya. Tapi ada masanya aku jumpa kasut aku agak lambat.
Jadi bila aku jumpa kasut yang disembunyikan itu lambat, aku akan menangis dan berdoa pada tuhan supaya cepat dijumpakan kasut aku itu. Alhamdulillah bila aku menangis dan berdoa pada tuhan pasti tak lama kemudian, aku menjumpai kasut yang disembunyikan itu.
Mungkin doa dari anak yang naif ketika itu mudah dikabulkan Hurm…. Aku kira mereka hanya berani menyembunyikan kasut aku dalam diam, namun lama kelamaan mereka juga dah berani mengambil kasut aku dan tunjukkan kepada aku.
Bila aku cuba mengambil dari salah seorang dari mereka yang memegang kasut aku, mereka akan lempar kasut aku kepada rakan yang lain. Jadi aku akan terpinga – pinga berebut kasut aku dari seorang demi seorang lagi rakan lelaki yang lain pada waktu itu.
Kadang – kadang selepas penat mengejar dan diperlakukan seperti itu, aku tak dapat nak menumpukan perhatian sepenuhnya sewaktu sedang belajar. Perbuatan ini bermula dari aku darjah 4 sehingga darjah 6. Masih segar dalam ingatan tetang satu lagi kejadian di mana “colour pensel aku ” dibuang tanpa perasaan.
Seminggu sebelumnya cikgu sudah mengingatkan semua pelajar untuk membawa pensel warna ke sekolah. Waktu balik aku bagitahu mak yang minggu hadapan aku perlu membawa pensel warna ke sekolah. Aku lihat wajah mak berat namun dia tetap usahakan.
Hasil duit jualan kuih yang tidak seberapa dia gunakan untuk membeli pensel warna di kedai runcit yang berdekatan. Namun apa yang menyedihkan bagi aku, waktu aku ke tandas aku letakkan pensel warna itu di bawah ruang meja aku yang kosong.
Pada aku pensel warna aku selamat di situ kerana aku tidak ke tandas lama. Tetapi apabila waktu hendak menggunakan pensel warna tersebut, aku cari pensel warna tersebut sudah hilang. Ahhhh…. mana pensel aku getus hati aku.
Allahuakhbar… sedihnya hati aku tuhan sahaja yang tahu. Sudahlah mak belikan bersusah payah, aku pula hilangkan. Aku cari serata tempat duduk, sampai ke tong sampah aku cari tapi tak jumpa. Akhirnya aku mengalah.
Sampai waktu untuk menggunakan pensel warna tersebut, aku tiada apa untuk diguna. Aku perhatikan rakan – rakan lain sibuk mewarna sedangkan aku hanya melihat sayu.Korang nak tau pensel warna yang hilang itu aku jumpa di mana?!
Ada seorang budak lelaki yang memberitahu aku, pensel warna itu telah dicuri oleh adiknya. Ibunya menjumpai pensel warna itu di dalam beg sekolah budak tersebut. Lalu ibunya menyuruh budak itu memulangkan semula pensel warna itu kepada aku.
Tapi apabila sampai di sekolah, yang terjadi adalah sebaliknya. Sepatutnya pensel warna itu dipulangkan kembali pada aku. Tetapi budak itu telah mengeluarkan kesemua pensel warna tersebut dan membalingnya satu persatu ke dinding belakang, yang berdekatan dengan tong sampah.
Bertaburanlah pensel warna aku di penjuru kelas. Ada yang dah dipatahkan, ada yang matanya sudah rosak, dan ada juga yang masih elok. Kotaknya dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah. Sedih… sungguh sedih dan terh1na.
Jiwa aku sangat tersiksa, tapi lidah aku tidak mampu berkata apa. Mataku hanya melihat, jasad aku hanya menerima. Itu yang aku dapat gambarkan pada kalian apabila melihat apa yang mereka perlakukan pada aku. “GiIa, Selekeh, Terencat, Miskin, Busuk, C4c4t, Pelik, Sewel dan macam – macam lagi ejekan dan panggiIan yang diberikan kepada aku”
Tapi entah kenapa sedikit pun aku tidak tersinggung dengan kata – kata tersebut. Kata – kata ini ku anggap, bagaikan angin lalu yang menyapa telingaku sahaja. Budak lelaki yang “agak nakal” itu saban hari terus membuIi aku.
Aku rasa mungkin cara ini mereka ingin “bermain” bersama aku. Permainan yang membuatkan mereka amat gembira dan bergelak besar. Sedangkan aku hanyalah rakan sepermainan di dalam kelas yang “tidak dianggap”.
Permainan demi permainan mereka “bermain” bersama aku. Termasuklah permainan memijak kasut dan menarik kerusi. “Memijak kasut” tidaklah membuatkan aku sedih dan marah, kerana sememangnya kasut aku sudah kotor dan koyak.
Jadi bila mereka mula memijak – mijak kasut aku, aku hanya menunduk pasrah. Tiada beza sebelum kasut dipijak dan selepas kasut dipijak. Berbeza hanyalah kaki aku yang merasa sedikit s4kit. Yang membuatkan aku marah, bila mereka menarik kerusi aku saat aku mahu duduk dan membuatkan aku terduduk di lantai menahan kes4kitan.
Korang ada tak pengalaman yang mana bila korang nak duduk atas kerusi, tiba – tiba kerusi itu ditarik dari belakang. Yang pernah di “dajaI” seperti itu, rasanya s4kitkan tuIang punggvng dan belakang. Tapi mampukah aku marah mereka?!
Hak mempunyai kawan pun aku tak mampu miliki, inikan pula hak untuk “marah”. Aku hanya mampu memendam rasa yang perlahan – lahan menyiksa jiwa ini. Itulah yang mereka acap kali buat pada tubuh aku yang kecil ini.
Oh ya korang… Aku tak tahulah, pada zaman persekolahan rendah awal tahun 90-an dulu, ada tak korang alami kekurangan bangku dan meja sekolah?! Kat sekolah aku dulu, masalah bangku dan meja sekolah ni memang kerap sangat terjadi.
Terutama pada budak – budak yang duduk di barisan belakang. Initiatif aku untuk dapatkan bangku dan meja “yang elok”, dengan datang awal ke sekolah. Oh ya! Lupa nak bagitahu. Masa aku darjah 5 tu aku dah pergi sekolah sendiri naik basikal.
Basikal lama “second hand” yang diberi orang kampung. Gembira bukan kepalang dapat pergi sekolah naik basikal. Tapi tak lama… basikal aku juga hilang dicuri. Mungkin, mereka yang mencuri itu lebih “memerIukan” basikal itu berbanding aku.
Berbalik kepada cerita bangku dan meja sekolah tersebut. Ya… aku dapat bangku dan meja yang elok untuk aku belajar pada hari itu. Tapi kegembiraan itu tidak kekal lama. Bangku dan meja yang aku dapatkan itu, seringkali akan ditukar dengan meja dan kerusi lain oleh budak – budak lelaki yang “agak nakal” itu.
Kebiasaannya kerusi dan meja itu akan ditukar sewaktu aku rehat. kerusi dan meja yang ditukar itu sangatlah uzur. Ada kalanya nak duduk pun kerusinya bergoyang – goyang. Ditambah pula dengan keadaan meja yang lebih kurang sama “tidak stabil “.
Sangat – sangatlah tidak selesa. Sedangkan mereka pula seronok menggunakan kerusi dan meja elok yang mereka tukar dari aku. Maka duduk lah aku dalam keadaan yang sangat tidak selesa semasa belajar. Yang lagi sadis, kadangkala mereka ambil terus kerusi aku dan tidak menggantikannya dengan kerusi yang lain.
Beg aku diletakkan atas meja yang lain pula. Terpinga – pinga lah aku keluar mencari kerusi lain untuk diduduki. Cikgu pula tanpa usul periksa memarahi aku kerana baru terhegeh – hegah hendak mencari kerusi, sedangkan sesi pembelajaran sudahpun dimulakan.
Dia tidak tahu yang aku juga punya kerusi sebelum itu, mereka telah mengambilnya dari aku. Tapi apakan daya…. aku tak mampu untuk “bersuara” hanya mampu tertunduk kesedihan. Aku tahu, budak – budak lelaki yang di belakang itu terus menerus menertawakan aku.
“Kawan”…. sungguh hati aku terIuka dengan pelbagai “permainan” yang kamu ciptakan ini. Pernah satu ketika, sewaktu waktu rehat di kantin, aku cuba nak duduk bersebeIahan dengan rakan perempuan sekelas dengan aku.
Rakan sekelas aku itu merupakan anak “Orang asli” di daerah kami. Anggapan aku mungkin tidak apa jika aku duduk di sebeIah mereka. Tapi apa yang menyedihkan, mereka mengherdik aku dan melemparkan kata – kata yang memaIukan aku di khalayak ramai.
Mereka cakap dengan kuat seolah aku berbuat salah besar dengan mereka. “Awak… Awak kawan ke dengan Si bunga ni?! Tanya rakan perempuan sekelas aku, kepada rakan yang duduk di sebeIahnya. ” Eh! Tak lah… kita tak kawan pun dengan dia, kenapa dia duduk di sebeIah kita?! Jomlah kita tukar tempat duduk yang lain ”
Mereka yang seramai 3 orang itu pun menggangkat tray makanan [ RMT ], dan duduk makan ditempat yang lain. Pelajar lain yang mendengar melihat aku dengan pandangan yang pelbagai. Aku hanya tertunduk malu. Tak mampu aku nak menggangkat muka dan melihat mereka semua.
Sedihnya!!! Hati aku bagai disi4t – si4t… h1nanya lah aku ini. Makan bersebeIahan pun aku “tak layak” dengan mereka, getus hati aku. Lalu, aku pun makan berseorangan di hujung meja kantin, hanya bertemankan kesedihan sambil menghabiskan makanan percuma yang disediakan.
Kebiasaanya, waktu pendidikan jasmani akan diletakkan pada akhir waktu sesi pembelajaran di sekolah rendah. Maka setiap murid akan disuruh untuk menukar pakaian sukan dan diarahkan untuk terus ke padang sekolah. Aku paling tak suka waktu pendidikan jasmani. Nak tahu kenapa?!
1. Kerana aku tak punya kasut sukan. Kasut sekolah aku, aku gunakan untuk bersukan. Kalau musim hujan, padang akan kotor dan basah selepas hujan. Habis kasut aku juga akan basah. Esoknya aku terp4ksa ke sekolah dengan kasut yang basah.
2. Aku malu nak bukak kasut, sebab tapak kasut aku haus dan stokin aku juga sangat longgar. Aku terp4ksa guna “getah tempe” supaya stokin sekolah aku tidak tertanggal. Maka berbekaslah pegelangan kaki aku yang aku ik4t ketat dengan getah tempe itu tadi.
3. Seluar sukan aku koyak di bahagian atas lutut dan bertampal dengan kain perca. Ada juga bahagian koyak kecil yang tidak bertampal. Hanya koyak besar yang ditampal ibu aku.
Dengan penampilan aku seperti ini, aku bagaikan umpan yang menarik perhatian para ikan yang lahap. Aku bayangkan kalau mereka boleh bvnvh aku dan makan aku, dan lama mereka buat perkara tersebut. Suatu hari ketika semua pelajar berkumpul di padang, semua murid lelaki dan perempuan bermain bersama – sama.
Aku seperti biasa akan duduk di tepi longkang kecil bersendirian sambil menunggu kedatangan guru pendidikan jasmani. Ketika itu guru belum sampai ke padang. Jadi budak lelaki yang “agak nakal” itu mengambil kesempatan itu dengan merampas beg sekolah aku.
Aku bingkas bangun dan cuba untuk mengambil kembali beg sekolah yang mereka r4mpas dari aku, tetapi tidak berhasil. Mereka membuat bulatan sambil tergelak – gelak ketawa menc4mpak beg aku dari seorang rakan ke seorang rakan yang lain.
Aku merayu untuk dipulangkan semula beg tersebut secara baik, tetapi mereka semua tidak endahkan. Mungkin mereka terlalu seronok dengan “permainan” ini. Aku tak putvs asa cuba menangkap beg yang dibaling itu. Tapi beg sekolah itu hanya dipulangkan selepas loceng tamat persekolahan berbunyi.
Rupanya cikgu pendidikan jasmani tidak hadir pada hari tersebut. Padanlah mereka sakan mencipta permainan yang boleh menghiburkan hati mereka. T4rgetnya tak lain tak bukan adalah aku. Untuk makluman pembaca sekalian, aku tak pernah sekalipun menceritakan kisah aku di sekolah kepada kedua orang tua aku.
Hal ini kerana aku sangat takut jika aku bercerita aku akan dimarahi oleh ayah. Entah di mana aku dapat kekuatan, lepas kejadian beg aku dir4mpas, aku menceritakan kejadian tersebut kepada ibu. Aku tidak perasan yang ayah memasang telinga.
Esoknya sewaktu dia menghantar aku ke sekolah, dia tidak terus balik malah menghantar aku ke tapak perhimpunan. Aku merasa sangat pelik, “Eh! Tak pernah – pernah ayah menghantar aku ke tapak perhimpunan, kenapa hari ini dia menghantar aku pula”.
Sampainya di tapak perhimpunan ayah aku bersuara, “Mana budak yang amek beg sekolah bunga semalam?! Main c4mpak – c4mpak beg sekolah?! Tunjuk pada ayah?!” D4da aku berdegup kencang… ketakutan aku pada kawan dah terpadam dek kerana aku lebih takut dengan ayah aku.
Aku menunjukkan ayah mereka – mereka yang mengambil dan menc4mpak beg sekolah aku. “Awak ke yang ambil beg sekolah bunga dan c4mpak – c4mpak beg sekolah dia?!” Tanya ayah aku kepada mereka. Masing – masing tidak mengaku.
Dia tuduh dia, manakala dia menuduh rakan yang lain. Masing – masing menuduh satu sama lain. “Pak cik ni dah biasa tau keluar masuk penjara!!! Korang ni semua jangan suka – suka nak kenakan anak pakcik lagi!!!
Lagi sekali pakcik dengar korang buat apa – apa kat anak pakcik, pakcik heret sorang – sorang masuk dalam penjara!!! Masa tu korang tau la azab masuk penjara tu macam mana. Korang merayu la pada pakcik!!!” Tegas ayahku.
Itulah titik pengakhiran aku tidak lagi dibuIi di sekolah. Rupanya aku hanya perIukan ayah aku untuk “mengertak” mereka. Menghentikan perbuatan mereka selama ini terhadap aku. Mereka hanyalah berlagak seperti “harimau” dengan mereka yang lebih lemah.
Tapi mereka seolah – olah seperti “semut” apabila berhadapan dengan orang yang lebih “gah”! Dari mereka. Akhir kata dari aku, jika ada yang ingin aku sambung lagi cerita tentang kehidupan aku, akan aku sambung pula tentang guru sekolah aku dan kehidupan t0xic aku di rumah.
Macam mana “sikap baran” ayah aku yang “membvnvh” aku dari dalam dan bertapa sukarnya menjadi “Si Miskin ” di sekolah dan “Si Miskin ” di rumah. Jika tiada sambutan ini adalah penceritaan yang terakhir dari aku.
Salam sayang dari aku untuk semua pembaca yang mengikuti cerita aku ini. Juga terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua komen – komen kalian. Maaf juga kerana lewat menulis dan mereka pelbagai “chapter”.
Aku sangat gembira membacanya komen – komen semua pembaca, seolah – olah kamu adalah “rakan mayaku” yang terindah. Maaf jika ada perkataan yang “typo”. “Virtual hugs “… really tight and comfortable… Aku yang berdamai dengan takdir; – Bunga Putih (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Shikin Ilyas : Tulislah lagi.. tulisan ni banyak mengajar saya erti bersyukur. Saya pun pernah rasa pakai getah tempe gulung dalam stokin. Digelakkan bila cikgu umum saya antara pelajar yang tak mampu nak bayar yuran kelas yang hanya seposen seminggu. Cuma saya tak dibuIi dan masih ada kawan. Dapat bayangkan sukarnya menghadapi zaman sekolah sorang – sorang di saat orang lain gembira gelak ketawa dengan kawan – kawan.
Sye Ra : Terasa kerdil diri ni bila baca coretan akak. Saya takda pengalaman macam akak bunga tapi sungguh hati kecik saya sedih dan sebak bila baca tulisan akak. Cerita akak buatkan saya rasa saya orang yang paling tak bersyukur di dunia walau saya lengkap dengan segalanya. Teruskan lah menulis. Saya doakan semoga akak bunga diberikan ketenangan dan sentiasa dilimpahkan rezeki oleh Allah.
Alina Said : Kadang – kadang menyimpan kenangan pahit itu amat memeritkan, lalu luahan itu juga dapat mengurangi bebanan. Ada sisi kepahitan itu perlu diteIanjangi untuk tatapan pada yang sudi dan memahami malah membuka mata mereka yang di luar sana betapa s4kitnya kehidupan. Apa – apa pun, hidup ini tidak mudah. Bagi yg hanya memandang, pasti tidak mengerti betapa parah dan jerihnya bahu yang memikul.. Allah jua Yang Maha Mngetahui.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.