Kami check lah HP memasing. Whatsapp dan Instagram nampak ok je. Aku buka Telegram. Banyak giIa group Telegram bini aku ni. Kebanyakan group pasal Shopping dari China. Aku dah give up nak check satu – satu group sampailah satu group ni. Nama group borong vietnam apa entah. Aku tekan group tu. Ada dua nombor fon..
#Foto sekadar hiasan. Hai pembaca semua.. Nama aku Aril. Sudah tentu bukan nama sebenar. Seorang suami dan tak lama lagi akan jadi bapa. Aku tak tahu nak meluah kat sesiapa sebenarnya, jadi aku meluah kat sini jelah.
Aku tak reti sangat nak bercerita sebenarnya tapi aku cuba sampaikan sebaik mungkin apa yang aku nak luah ni okay. Aku seorang suami. Dah 3 tahun kahwin. Nama isteri aku Sara. Walaupun kitorang dah 3 tahun kahwin, baru tahun ini kami bakal dikurniakan rezeki anak.
Isteri aku pregnant dah 4 bulan. Alhamdulillah happy giIer rasanya. Akhirnya, bakal ada juga suara lain dalam rumah kami selain suara kami berdua dan bunyi robot vacuum dan bunyi semburan air freshener. Sepanjang Sara pregnant, banyak permintaan yang dia minta untuk aku tunaikan. Mengidam katanya.
Aku apa lagi, dah ni anak sulung dan kali kedua wife aku pregnant (sebelum ni dah pregnant tapi gugur), aku pasti nak berikan yang terbaik untuk dua orang kesayangan aku ni. Isteri aku nak apa je, aku tunaikan. Yang bukan – bukan je permintaannya, aku turutkan.
Nak makan itu ini, aku usahakan sampai dapat. Sampaikan dia mengidam nak keropok ikan yang ringan dari Sabah tu, aku sanggup fly dari KLIA to KK semata nak beli keropok tu. Dia tak nak aku beli kat Shopee. Aku allergik durian tapi disebabkan dia nak merasa, aku sanggup beli.
Sudahnya aku yang munt4h – munt4h. Setiap minggu aku bawa dia picnic atau camping. Nak beli jiwa dan hilangkan str3ss katakan. Alhamdulillah, aku masih lagi boleh tunaikan permintaan dia setakat ini. Tetapi.. yang ini yang aku tak boleh nak tunaikan.
Aku tahu dia pregnant dan orang pregnant ni kalau tak dapat apa yang dia nak, em0si dia dan baby akan terganggu. Betul ke? Entahlah aku dengar – dengar orang cakap macam tu. Sebab aku pernah kerja dekat kedai kek masa zaman bujang dulu.
Ada wanita ni mengidam nak kek dari kedai aku tapi jauh sangat untuk delivery. Aku bagitahu dia suruh beli kat kedai berdekatan. Aku siap bagi no fon kedai tu dan nanti diorang hantarkan. Wanita tu tak nak. Dia nak dari kedai aku jugak. Mengidam katanya.
Anak dalam kandungan dia nak makan katanya. Walaupun jauh, aku hantarkan juga pada wanita tu sebab bos aku cakap kalau orang mengidam nak, hantarkan je. Kesian kat dia nak makan. Ok berbalik kepada mengidam isteri aku yang aku tak boleh tunaikan ni.
Cuba teka dia mengidam nak apa? Nak peIuk rimau? Tettt salah. Nak cheese dari restoran pergunungan Matterhorn? Tettt salah lagi. Nak selfie dengan Kendall Jenner? LagiIah salah. Dia nak bau ex dia weh. Ya, korang tak salah baca.
Dia nak bau ex dia. Nak bau perfume ex dia. Aku tergamam kejap bila dia cakap macam tu. Aku tak marah atau cakap tak boleh tapi aku diam kejap dan rasa macam “apa punya permintaan dia minta ni!” ha macam tu.
Aku pun perfume collector. Tom Ford Oud Wood, Creed, Eros, Giorgio Aqua semua tu aku ada. Aku suruh dia bau satu – satu dan cam balik macam mana bau ex dia kat perfume – perfume aku tu. Dia cakap takde satu pun sama.
Ha sudah macam mana aku nak buat ni. Sara pun tak tahu apa perfume yang ex dia pakai tapi dia tahu baunya macam mana. Jadi aku agak buntu nak cari perfume tu macam mana. Setiap kali dia minta untuk bau perfume ex dia, aku kalih topik lain.
Ajak keluar makan ke, ajak keluar tengok barang baby ke walaupun keluar sahaja tapi tak beli sebab aku pun tak tahu nak cari macam mana. Tapi setiap hari dia asyik meminta. Jujurnya sebenarnya aku terasa. Selalunya mengidam nak bau suami.
Nak selalu bersama suami tapi kali ni dia nak bau ex dia. Dah dua tiga kali aku bawa dia ke Sephora atau Victoria untuk ambil bau perfume kat situ. Takde yang sama katanya. Akhirnya, aku cakap aku tak boleh tunaikan permintaan dia.
Kesudahannya mencebik lah bibir dia merajuk dengan aku. Berhari – hari jugak lah hubungan kitorang dingin. Lepas dari tu, aku mengalah. Aku bagitahu dia suruh contact balik ex dia dan tanya dia pakai perfume apa. Sara taknak.
Dia cakap awkward kalau tiba – tiba contact semata nak tanya perfume. Kesudahannya aku suruh dia jumpa ex dia tu. Kononnya nak pulangkan something yang ex dia bagi. Gigihlah cari barangan yang ex dia bagi dulu. Nasib baik ada sehelai baju yang ex dia bagi dulu yang tersimpan.
Kitorang pun pergiIah jumpa dengan ex Sara. Bawa sehelai baju tu sebagai alasan. Aku of course ada sebagai peneman walaupun dalam hati dah terbakar ni. Sampai je kat situ, kitorang pulangkan baju dan aku bagitahu Sara untuk hirup ud4ra kat situ sepuasnya.
Ambil bau perfume tu sepuas hatinya sebab selepas ni dah takde dah permintaan macam ni yang akan aku tunaikan. Yang peliknya aku tak bau apa – apa pun kat si ex Sara ni. Yang aku bau adalah vendor Auntie Anne. Semerbak bau roti dia.
Tu jelah luahan aku. Jujur must4hil kalau aku tak rasa apa – apa. Aku jealous kot. Lagi pula, si Sara ni kalau g4duh dengan aku dia asyik bandingkan aku dengan ex dia. Walhal aku tak pernah pun cerita pasal ex aku kat dia sebab nak jaga hati dia.
Sebut nama pun tidak. Yang dia ni bagaikan dah buat presentation biodata ex dia kat aku. Dia tak pernah nak bau aku tapi dia minta untuk bau ex dia. Fikiran aku dah bercelaru dah masa tu. Sy4itan dah mencucuk dah aku untuk fikir yang bukan – bukan.
Yelah, aku ni sebenarnya bukan pilihan pertama dia pun masa kahwin dulu. Si ex dia ni ha yang pilihan pertama tapi tak kesampaian. Aku faham kalau mengidam nak makan itu ini apa semua. Tapi kalau mengidam yang libatkan masa lalu dan ex ni aku agak sangsi.
Adakah benar – benar mengidam atau sekadar. Entahlah taknak aku fikir bukan – bukan. Kepada kaum hawa, mengidam – mengidam jugak. Hati perasaan pasangan tu tolonglah jaga sekali. Kitorang kalau boleh nak buat yang terbaik untuk korang tapi bila benda macam ni berlaku, patah semangat oiii. – Aril (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Hai sekali lagi. Ni sambungan untuk kisah aku yang pertama. Aku percaya kalau seseorang tu dah buat confession pasal pasangannya di sini, maknanya dia dah tak tahan dengan per4ngai pasangan dia.
Sama juga dengan aku. Aku submit confession pertama di sini seminggu sebelum admin upload di FB. Dalam masa seminggu itu, satu baIa atau maIapetaka dah terjadi dalam rumahtangga aku. Perkahwinan yang aku bina dengan perasaan sayang dan cinta sekarang ni tengah goyah.
Rentetan dari mengidamnya Sara untuk bau perfume ex dia telah buat aku m4kin nak tahu sejauh mana hubungan Sara dengan ex dia tu. Aku namakan si bajingan ni sebagai Alip. Ke nak letak Cikgu Alip? Eh tak payah. Aku taknak cemarkan perkataan “cikgu” yang murni itu walaupun si Alip ni seorang guru di sebuah sekolah di ibu kota.
Alip ni ex Sara. Bini aku. Aku tak tahu kisah dua orang ni pada masa lalu. Dan aku tak nak ambil tahu. Tapi selepas peristiwa mengidam tu, aku tak sedap duduk. Seolah ada sesuatu yang aku tak tahu. Sejak dari kami kenal dan kahwin 3 tahun lalu, tak pernah sekali pun aku sangsi dengan Sara.
Tetapi sejak dia pregnant kali ni, banyak tingkah laku dia yang aku agak curiga. Aku cuba bersangka baik, mungkin pembawaan budak mungkin. Selepas dari kami berjumpa dengan Alip untuk memenuhi kehendak mengidam Sara, aku termenung dan mula flashback balik.
Ya dia dah berubah. Dia layan aku nak tak nak je. Phone dia dah mula ada password. Dan dia mula menolak untuk ikut aku outstation sekiranya aku perlu ke luar negara. Sebelum ni aku biarkan je sebab mungkin dia penat mengandung atau perIukan privacy.
Jadi dia tak nak ikut aku. Tiba lah suatu hari aku slow talk dengan dia. Duduk semeja, malapkan lampu dan adakan sesi dari hati ke hati. Dan adakan sesi cek HP. Cek HP tu memang tiba – tiba macam spotcheck zaman sekolah dulu.
Tak bagitahu nak check tapi time tu juga minta nak check. Aku bukannya gemar sangat nak check phone orang tapi kalau tiada apa yang nak disorok, kenapa takut nak bagi pasangan kita check phone kita kan. Kami pun check lah phone memasing.
Whatsapp dan Instagram nampak ok je. Tiada kelibat chat dari si Alip. Aku buka Telegram. Banyak giIa group Telegram bini aku ni. Hampir 50 group ada. Kebanyakan group pasal Shopping dari China. Aku dah give up nak check satu – satu group sampailah satu group ni.
Nama group borong vietnam apa entah. Aku tekan group tu. Ada dua nombor fon sahaja dalam group tu dan salah satunya nombor fon bini aku. Bini aku admin group tu. Sorang lagi korang tekalah nombor siapa. Isi group tu satu hapak pun takde pasal borong vietnam.
Semua isi yang menjurus kepada kecurangan. Ada selfie dan sebagainya. Sayang, rindu, baby, muah muah dengan sticker love apa semua dah jadi benda biasa dalam group tu. Oh, bijak jugak eh bini aku ni nak kaburkan chat dia dengan Alip, terus create group berdua eh. Hampir tertipu aku.
Oh ya, rupanya pasal perfume itu. Diorang b0do – b0do kan aku rupanya. Aku baca text diorang kat Telegram. Sump4h menyirap habis. Tak sangka hubby you betul – betul bagi you jumpa i ye katanya Alip dalam text tu.
B4ngs*t betul. Patutlah aku tak bau apa masa jumpa si ceIaka tu. Aku apa lagi, time tu dah tak jadi slow talk dah. Dah jadi hard talk dah. Tak pernah aku tinggikan suara dia sepanjang kitorang kahwin. Tapi malam tu memang betul – betul aku naik angin.
Sampaikan jiran whatsapp aku tanya aku okay ke tak. Aku minta penjelasan dia. Dia nangis sambil pegang perut. Nak suruh aku kesianlah tu. Ah takde, kali ni aku takde kesian – kesian. Selama ni aku layan kau bagaikan puteri, tapi kau buat apa belakang aku?
Aku tanya dia macam tu. Aku betul – betul kecewa. Dia teruskan menangis. Sambil dia menangis, aku keluar jap kat balkoni ambil angin. Aku nyalakan r0kok sebatang sambil baIas Whatsapp jiran tadi. Aku okay bang, biasalah hidup laki bini tak selalu indah.
Aku reply gitu kat jiran tu. Aku masuk balik ke dalam rumah. Kali ni dia dah kat bilik. Aku tetap p4ksa dia bagi penjelasan sejauh mana dia dengan Alip. Akhirnya dia bagitahu, memang dia curang dengan aku. Allahu, masa tu hanya Allah je tahu perasaan aku macam mana.
Nak nangis tapi tak dapat nak nangis. Retak seribu hati ini. “SINCE WHEN???” Aku tengking dia. “New Year” baIas dia. Aku dah bukak kekuda dah ni nak tibai anak Maarof (bukan nama ayah Sara yang sebenar) tapi tulah dah tak terdaya nak buat semua tu sebab hati ni dah kecewa sangat.
Lemah jadinya. Karang jadi apa – apa karang, aku juga kena tanggung. Dahlah member tengah pregnant. Betul lah masa new year aku ada trip ke Heathrow dan dia tak ikut sekali. Dalam tengah aku mendidih, dia boleh pulak twist situation.
Dia cakap aku tak sayang dia, selalu tak cakap i love you, tak kucup dahi dia selalu. Dia macam nak perhatian tapi aku bagi outstation. Dia cakap Alip lain. Alip bagi semua benda yang aku tak bagi. Haah yelah sekali dengan d0sa Alip bagi kau ye Sara. Aku baIas gitu.
Dia baIas balik pada aku. Dia kata awak kerja pun takkan awak tak pernah tengok pramugari. Entah – entah awak pun ada affair dengan pramugari. Mengucap dan istighfar panjang aku dengar dia cakap gitu. Masa tu aku memang nak sangat Iempang dia.
Dia ingat aku ni macam dia agaknya. Pantang pasangan jauh sikit, terus cari ex. Dia still lagi dok bandingkan aku dengan si Alip tu. Dia cakap lagi, ramai yang tergiIakan dia. Ramai nak isterikan dia tapi kenapalah dia pilih aku.
Dia tak sedar agaknya aku ni pilot. Bersepah aku tengok muka yang lagi lawa dari dia kat airport tu. Aku pun tak faham apa yang perempuan ni nak. Nafkah zahir batin aku bagi cukup. Nafkah zahir aku bagi dia dua kali ganda dari aku bagi mak aku.
Nafkah batin, time aku balik outstation atau aku takde flight, aku ajak dia camping atau staycation. Rumah, kereta, makan semua cukup aku bagi. Dia pregnant je, aku dah list dah benda yang aku nak buat untuk dia. Dah standby bajet nak bawa dia kat tempat berpantang yang macam Fizo Omar bawak bini dia tu.
Kalau aku takde flight, semua kerja rumah aku buat. Dia mengidam nak apa, semua aku tunaikan. Sampaikan dia ‘tipu’ mengidam pun aku tunaikan. Bukan sebab kita lurus atau b0doh atau dayus tapi sebab kita nak yang terbaik untuk pasangan kita.
Aku pun tahu halal h4ram. Dia nak mengidam makan b4bi, jilat tar apa semua macam komen kat confession aku yang pertama tu memang aku takkan bagi lah. Apa lagi yang kau nak aku pun tak tahu wahai perempuan.
Malam tu berlalu dengan gitu je. Aku keluar rumah balik rumah mak aku. Dia stay je kat rumah tu. Aku tak boleh stay kat rumah tu malam tu. Panas sangat kat rumah tu walaupun malam tu hujan. Aku ceritakan semua ni kat mak dan kakak aku.
Aku rasa tak boleh nak teruskan perkahwinan ni. Aku bagitahu dia aku akan lepaaskan dia selepas dia bersalin nanti. Anak dalam kandungan tu aku masih keliru. Aku kena jumpa pakar dalam bidang ini dulu untuk decide macam mana nak tentukan anak tu aku punya atau Alip punya. Kalau aku punya, Alhamdulillah aku akan sedaya upaya jadi bapa yang terbaik. Tapi kalau sebaliknya, aku redha jelah. – Aril (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Siti Noorseha Pairit : Aduhai sara. Dah dapat suami baik, keje helok, pun sempat begitu. Hmm.. banyak perempuan yang impikan suami macam ni tapi sayangnya Sara oii. Haihhh… memang begitu ye dugaan orang yang betul – betul commit ni? Tak lelaki buat hal, perempuan yang buat hal.. hmm.. tt pergiIah cuba dapatkan khidmat kaunseling, buat istikharah mintak petunjuk. Semoga dipermudahkan segala urusan, aamiin
Afiza Nur : Allahuakbar. Hmm, moga Allah berikan jalan yang terbaik untuk rumahtangga. #moga masalah tak mempengaruhi tuan kendalikan flight. Mungkin ada yang gagal menghargai, tapi masih terrrlalu ramai orang yang berharap, dan lebih perIukan khidmat tuan dalam teruskan perjalanan hidup mereka. Terima kasih tuan. Teruskan beri perkhidmatan terbaik.
Asiahani Saari : Aku ada pengalaman berkawan dengan perempuan macam wife tt ni, better let her go. Memang dah tak boleh nasihat. Semua salah orang lain. Diri sendiri langsung tak salah. Sendiri curang pun orang lain salah. Better blah hidup happy – happy sendiri tak perlu orang macam ni. Buat penat otak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.