Aku tak berani nak tidur sekatil dengan suami, tapi ada beberapa hari dia ajak aku ‘tidur’ sekali. Aku tolak. Dia baIas d3ndam, kemas semua baju anak, dia lari dengan kereta. Aku sujud menggigil minta Allah selamatkan anak aku. Tiba – tiba aku dengar bunyi kereta..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua.. Aku dah lama nak kongsi pengalaman yang 2 minggu paling menyedihkan bagi aku dan juga 2 minggu paling seronok dalam hidup aku. Pada awal tahun ni aku baru dapat tahu yang suami aku (kini bekas) dia ambil barang terlarang.
Macam mana aku tahu? Ikut kata hati dan Google. Kenapa aku cakap macam ni sebab sebenarnya pen4gih ni bukan sebijik macam yang kita belajar di sekolah atau tengok dalam iklan tu. Kebanyakan dari pen4gih, boleh berfungsi dengan baik dan kita jarang dapat trace penggunaannya pun macam jarum atau serbuk.
Macam aku, aku hanya kenal pasti melalui simptom dan tingkah laku sahaja. Kisahnya bermula dari tahun lepas di mana nampak berat badan dia turun mend4dak, kuat tidur, badan gatal – gatal. Nak cerita pasal kuatnya tidur, pernah raya haji tahun lepas kami balik ke rumah mentua selama 5 hari dan dia tidur selama 4 hari berturut tanpa bangun.
Sedihnya bukan kepalang sampai aku call mak aku sampai nangis – nangis kata aku tak sanggup dah nak hidup macam ni. Adik beradik malah mak ayah dia pun tak boleh nak cakap apa dah. Balik ke rumah kami, puas dia menangis untuk pujuk aku semula.
Selepas 2 – 3 minggu, dia bawa balik ubat batuk satu kotak. Bila ditanya, dia jawab yang itu kawan dia yang ambil. Tumpang letak di rumah sebab takut hilang diambil kawan yang sama jenis. Jadi, aku meng4muk suruh pulangkan balik sedangkan aku tahu, kalau bukan pengguna takkan sengaja bawa balik ke rumah.
Selepas peristiwa demi peristiwa berlaku, perkahwinan kami pun terkesan. Aku tak tahu nak buat apa, jadi aku luahkan pada salah seorang kakak ipar yang agak rapat dengan dia untuk minta tolong pujukkan dia untuk pergi kaunseling keluarga.
Pada tahap ini, mesti korang pelik kenapa aku masih tak minta cerai lagi kan? Sebenarnya, kami ada seorang anak yang masih kecil dan aku tak pernah sangka, rumahtangga aku ni akan gagal disebabkan benda terlarang ni.
Pada akak itu aku ceritakan masalah kami. Masa tulah kakak keluarkan macam – macam cerita. Dari wang hantaran kami dari duit menang nombor sebanyak rm40k sampailah perkara – perkara yang dibuat di tempat kerja. Dia juga syak yang suami mungkin ada ambil barang.
Sy4bu atau ice. Rasa macam batu hempap di kepala. Aku terus Google apa itu sy4bu, ice. Macam mana penggunaan dan simptom orang yang ambil benda tu. Aku tengok YouTube macam mana nak hisap, macam mana nak buat alat dia sampailah, “is it ok to leave my add1cted husband”.
Selepas beberapa hari keluarga mertua aku pun datang ke rumah kononnya nak menyelesaikan masalah. Malam mereka sampai, abang ipar aku jumpa batang straw yang dipotong pendek dan ada kesan terbakar. Ada bekas lilin dan lighter di dalam bilik air belakang yang memang suami aku je yang guna.
Aku tak perasan langsung sebab aku guna toilet dalam master bedroom. Masa tu terus teringat patut pun dia akan duduk dalam toilet lama, bila keluar memang ada bau. Aku ingatkan sebab dia hisap r0kok dalam toilet. Lepas keluar toilet, dia akan jadi rajin mengemas satu rumah.
Siapa yang tak suka suami ringan tuIang kan. Aku ceritakan pada ibu mertua tentang wang hantaran (menang nombor ekor) tu dan dia boleh jawab, “itu ma tahu”. Masa tu aku rasa diani4ya sangat! Selama ni dia tahu tapi tak buat apa – apa, sampai jadi macam ni aku yang kena tanggung.
Tapi aku pendam dulu untuk selesaikan masalah. So aku bincang dengan mak mertua, aku nak bawa anak dia ke pusat pemulihan. Mulanya dia nak pujuk je tapi aku yakinkan dia yang kami perIukan professional help.
Akhirnya dia pun setuju. Jadi, aku call AADK dan cakap, “saya syak suami saya ada ambil sy4bu. Saya ada search yang kalau sy4bu, simptomnya sekian – sekian.. Betul ke tuan? “. Pegawai tu pun jawab, “ikut apa yang puan ceritakan, macam betul dia ambil d4dah jenis 0piat”.
Kemudian pegawai itu terangkan apa perlu buat dan sebagainya. Puas kami pujuk untuk cuba buat test air k3ncing voluntarily tapi dia kata dia tak ambil dan dia tak s4kit kenapa nak buat test pulak. Yang paling best bila aku cakap dengan dia depan – depan, dia boleh bagitahu aku, “saya tak ambil barang, saya minum air ketum je”.
Aku jawab balik, pegawai AADK cakap yang air ketum ni bukan macam orang dulu – dulu buat. Mereka rebus tanpa urat daun, so memang jadi ubat. Tapi kalau direbus dengan urat, kesannya memang makan dalam. Jadi, aku pun ke AADK untuk buat report dan AADK kata akan datang around tahun baru cina.
Bayangkan cuti CNY 4 hari, aku duduk dengan penuh debaran. Masa tu in-laws aku balik dan family aku pulak datang. Berbalik pulak pada awal cerita tadi, tempoh masa aku minta tolong dengan akak tu sehingga AADK datang ambil suami aku ialah 2 minggu.
Sejak dapat tahu yang dia ambil d4dah, aku tak berani nak dekat dan tidur sekatil dengan dia. Aku tidur dengan family aku sahaja. Ada beberapa hari yang dia datang dan ajak ‘tidur’ sekali aku tolak. Sampailah pada pagi hari Jumaat tu dia nak baIas perbuatan aku, dia masukkan baju anak aku dalam beg dan bawa anak aku keluar naik kereta.
Aku dan family tak sempat nak buat apa – apa. Aku jadi tak senang duduk, aku terus solat zuhur sambil menangis – menangis dalam solat. Aku sujud sampai menggigil minta Allah selamatkan anak aku. Selesai bagi salam je, dengar bunyi kereta.
Ya Allah, Dia je yang tahu betapa leganya hati aku. Bila ditanya, memang suami aku ada niat nak larikan anak aku masa tu sebab aku tolak ajakan dia. Nasib road tax m4ti, kalau tak dia dah sampai kampung dia dah.
Dipendekkan cerita, orang AADK datang ambil suami aku semasa dia tengah tidur. Pilu hati tengok suami sendiri digari di depan mata. Tapi aku buat keputvsan ini sebab aku nak elakkan anak aku nampak ayah dia dalam keadaan teruk.
Aku juga harap yang dia betul – betul dapat berubah dan dapat tunjukkan sisi terbaik kepada anak aku. Aku juga percaya yang redha dengan dugaan bukan bermaksud aku tak perlu buat apa – apa untuk menyelamatkan diri.
Aku juga berpegang pada kata – kata, “if you wanna make other people happy, you must be happy 1st.” Iaitu kalau aku nak anak aku bahagia, ibunya perlu bahagia terlebih dahulu. Pada masa itu mungkin aku sedang diuji dengan dugaan yang paling hebat dalam hidup, tapi pengalaman Allah makbulkan setiap doa dan permintaan aku adalah paling best.
Terasa Allah tu sangat dekat dengan aku. Setiap malam aku bangun buat solat sunat, meremang rasa di urat tengkuk bila kau menyerah diri secara total pada-Nya. Even dalam masalah besar, aku diberi ketenangan yang tak pernah aku rasa.
Seriously, kadang – kadang nak balik semula pada moment itu sebab seronok sangat perasaan dekatnya dengan Dia. Kita selalu dengar orang cerita pengalaman Haji atau umrah, mereka teringin sangat nak balik ke sana sebab perasaan rindu.
Honestly, u can get the same feeling anywhere on earth sebab Allah tu dekat sangat. Jadi untuk sesiapa yang ada masalah, pergi ambil wudhuk, bentang sejadah dan hadaplah Dia. Menangislah semahunya pada Dia sebab Dia lah yang beri masalah, Dia juga akan beri jalan. Kita tiada upaya, hanya Dia semata – mata. لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة اِلاَّبِاللّهِ – Eka
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.