Macam nak kiam4t bila mertua tahu aku beli emas. Dia ungkit yg dia gadai brg kemas utk besarkan anak2

Anak – anak lelaki dalam keluarga mertua bukan sahaja kena sara mak ayah mertua tapi sekali dengan adik – adik perempuan. Masalahnya mereka pun dah kahwin tapi laki dorang tak kerja. Rasa nak ajak biras – biras tampal slip gaji anak depa dekat dinding. Pendidikan tak ada lah tinggi mana, ingat gaji 10k sebulan ke?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera buat pembaca budiman. Aku seorang menantu yang bekerjaya. Pendapatan bulanan lebih tinggi daripada suami. Berpangkat dalam sebuah syarik4t swasta.

Bukan nak bangga atau nak riak sebab semua rezeki itu kurniaan Allah. Kita sebagai h4mba kena sentiasa berusaha. Suami aku seorang yang dikira baik memandangkan pada masa kini bukan senang nak dapat suami macam drama melayu TV tu.

Suami jenis anak yang taat. Seorang anak lelaki yang baik terhadap adik beradik. Ibu mertua telah memahat kata – kata keramat, “Syurga di telapak kaki ibu” dan “tanggungjawab anak lelaki sangat besar pada ibu bapa dan saud4ra – saud4ra perempuan”.

Dua kalimah ini sentiasa diguna oleh anak – anak lelaki mertua kepada menantu. Pesanan mertua, menantu tidak boleh menyusahkan suami. Menantu kena rajin bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Jangan sesekali meminta – minta dengan suami.

Sudah banyak kali mertua cakap macam tu dekat aku. Sampai aku rasa menyampah. Ada biras aku buat 2 kerja sebab nak tolong ringankan perbelajaan keluarga. Mengambil upah menjahit pakaian dan juga berniaga online.

Tapi, di belakang bermacam – macam perkataan yang kurang enak adik beradik suami kutuk biras. Dik4tanya kedekut, berkira dan macam – macam lagi. Mertua seperti tidak puas hati dengan menantu – menantu perempuan.

Ibarat tidak redha anak lelaki kena menyara hidup anak perempuan orang lain yakni isteri kepada si anak. Tapi mertua tidak sedar. Sikap mengongkong dia tu, menyebabkan anak – anak lelaki lebih mengutamakan perbelanjaan mertua dan adik beradik melebihi isteri dan anak.

Kami menantu – menantu perempuan dalam keluarga ni perlu berdikari. Pernah mertua sound biras aku lagi sorang yang bekerja di sektor kerajaan, suruh bangun masak pagi – pagi. Jangan makan kat kedai. Nanti kesian suami nak bayar.

Dia tidak sedar, yang menantu – menantu dia makan kat kedai bayar duit gaji sendiri. Bukan pakai duit gaji suami iaitu anak – anak lelaki dia. Sungguh pelik, tidak cukup duit poket anak lelaki sendiri. Poket menantu perempuan nak ambil peduli.

Kalau datang rumah anak menantu, semua barang dalam rumah dik4ta anak lelaki yang beli. Rumah milik isteri yang isteri bayar bulan – bulan dik4takan hak milik anak lelakinya. Walau telah diterangkan berkali – kali. Kalau menantu beli rantai emas, alamat macam nak terbalik dunia.

Katanya, barang kemas beliau telah habis digadai untuk sekolahkan anak – anak. Dah tua, duit tak ada nak beli barang kemas. Sepatutnya, anak – anak lelaki la pakat – pakat beli. Sudah la duit belanja bulanan mertua dan adik beradik perempuan dalam rumah anak lelaki kena tanggung.

Lagi nak minta belikan barang kemas. Rasa nak ajak biras – biras tampal slip gaji anak depa dekat dinding. Pendidikan tak ada lah tinggi mana. Tapi depa rasa macam anak lelaki depa makan gaji 10k sebulan. Pendek kata, dalam family ni menantu – menantu depa semua tak elok.

Kami menantu – menantu ni diam bukan sebab b0doh. Tapi sebab tak nak g4duh dengan orang tua. Tak nak g4duh laki bini. Sudah – sudah la ganggu rumah tangga anak menantu. Cuba h4ng pi bukak kitab Al Quran dan Hadis, dari segi nafkah siapa yang patut lelaki utamakan.

Tolong cuci otak anak – anak lelaki h4ng pa tu. Ye, anak lelaki kena jaga kebajikan mak ayah melebihi isteri. Tapi dari segi nafkah urutannya ialah diri sendiri, Isteri, Anak, Bapa, Ibu, Cucu, Datuk, Saud4ra dan ahli – ahli keluarga yang lain.

Aku rasa nak nasihat kat diorang ni bawa – bawa la rujuk ustaz. Kalau anak lelaki tu kene tanggung mak ayah tu aku boleh terima, kalau pakej dengan adik beradik tu aku tak berapa nak terima. Tambah lagi adik beradik perempuan yang dah berumahtangga.

Alasan menantu lelaki tak kerja. Menantu lelaki tak kerja, tak nak pulak tegur. Alasan tak elok campurtangan rumahtangga anak perempuan. Pelik – pelik. Caca marba sungguh family ni. Panjang kalau nak ceghita memang tak habis.

Cuma jadikan pengajaran. Sesiapa yang bujang, kalau nak kahwin pergi la tengok family bakal suami tu. Doa pada Allah kurniakan suami yang baik, family mertua yang baik, ipar dan biras yang baik. Tidak perlu terlalu sempurna.

Cukuplah masing – masing tau hormat hak peribadi antara satu sama lain. Jangan diganggu rumahtangga anak menantu. Menantu yang kahwin dengan anak lelaki kamu tu anak perempuan orang lain. Penat orang tu bela, bagi makan, bagi belajar tinggi – tinggi.

Bila dah kahwin kena tanggung keluarga sebab mertua dan ipar dok kacau. Semua orang impikan rumahtangga yang bahagia. Jangan disebabkan lelaki tu anak anda dan dalam ISLAM “Syurga di telapak kaki ibu” , anda musn4hkan dan porak perandakan rumahtangga anak menantu.

Okay. Dah la. Aku harap penulisan ini dibaca oleh mertua – mertua. Kalau tak pun, ipar duai aku baca. Kepada biras – biras perempuan ku. Ingatlah, doa orang terani4ya Allah makbulkan. Kita sama – sama doakan mereka dapat hidayah. Kita sama – sama doakan Tuhan berkati rumahtangga kita dan Iindungi dari kejahatan manusia.

Komen Warganet :

Merah Jingga : Bah4ya betul in law ko ni. Contoh kalau laki ko m4ti. Mesti harta – harta difaraid. Walaupun layak untuk dia. Dia mesti menuntut. Sebab jenis dia. Mana ada ingat menantu dan cucu dia sebahagian family dia. Jadi beringatlah sikit. Harap laki ko panjang umur lah. Lepas tu. Cakap kat laki ko. Mertua ko tu. Yang buat laki ko ke ner4ka. Sebab mengabaikan nafkah zahir dan batin untuk wife dan anak – anak.

Puan Jue : Suami belanja dan tanggung isteri guna duit gaji suami, mak mertua , kakak ipar dan biras perempuan busy body. Isteri memang wajib suami tanggung, mak kalau masih ada ayah atau ada wang pencen, kakak ipar apatah lagi biras tak ada kena mengena dengan duit gaji tu.

Tapi ramai yang sengaja carik d0sa hitung duit anak menantu. Paling menakutkan terima menantu perempuan dengan harapan boleh dijadikan h4mba kewangan dan kudrat dalam kehidupan. Nauzubillah.

Awatif Imtiyaz Uzma : Aku depan – depan mertua tiap kali ada emas baru ditangan aku cerita aku beli sendiri. Bukan apa nak habaq yang menantu ni pun pandai hasilkan duit. Dan orang luar selalu menilai asal barang kemas bertambah di tangan bini.

“Botak la laki. Asyik ikut kehendak bini” hakik4t zaman la ni bini mampu beli emas guna duit sendiri. Aku ni bukan menantu yang baik sangat. Tapi aku hanya mampu hormat mertua selagi aku mampu. Kalau lebih – lebih rupa mertua sis ni boleh hilang hormat juga dibuatnya. Mau tempek slip gaji kat dahi mertua tu. Takpun cara hormat sikit buat – buat la tertinggal slip gaji laki bini dekat rumah mertua.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.