Company melayu, bos yang sangat aku kagumi dan hormat seperti ayah aku sendiri tapi bila saat aku susah dia tak mengerti. Paling aku kecewa dia siap sebarkan gambar ‘aib’ aku dekat rakan sekerja lain. Dia terus buat sampai satu hari abang aku pergi ser4ng dia dekat pejabat..
#Foto sekadar hiasan. Aku gadis berusia 28 tahun. Di penghujung usia 28 tahun yang tak memiliki apa – apa yang boleh dibanggakan dalam hidup. Di saat perempuan seusia dengan aku dah memiliki pasangan, disaat wanita seusia dengan aku sedang bahagia membesarkan anak – anak, tiap tahun tambah bilangan anak,
Dan tak kurang juga gadis – gadis seusia aku yang belum berkahwin tapi dah memiliki aset dan simpanan yang sangat membanggakan walaupun tak berkahwin tapi rata – ratanya hidup mewah. Tapi aku tak. Aku tak ada apa – apa. L0ser!
Pertama sekali, aku nak bagitau yang cerita aku ni panjang. Aku cuma nak ameluah saja, terasa terlalu berat untuk aku tanggung sorang. Tapi kalau korang baca dan nasihat aku serta mendoakan aku. Bahagianya aku rasa.
Dapatlah menghilangkan sedikit kesedihan aku. Malas aku nak buat banyak part jadi aku tulis semua dalam 1 confession. Hidup aku teruji bermula setahun yang lalu di mana pada 1 malam aku dapat berita meng3jut yang ibu aku jatuh di tandas.
TuIang pinggul patah. Mak dikejarkan ke hospitaI dan terp4ksa melakukan pembedahan menukar tuIang dengan besi. Beberapa malam di icu dan bila keadaan agak stabil mak dapat pulang ke rumah. Bermulalah episod aku berulang alik dari KL ke Utara setiap minggu.
Ada waktunya aku terp4ksa cuti, giliran sampai untuk menjaga ibu aku dengan kakak – kakak dan abang – abang aku. Selang beberapa bulan, pada tahun yang sama ayah aku pula jatuh s4kit. Strok di otak. Hanya dapat minum susu melalui tiub di hidung.
Susu yang perlu diberi selang beberapa jam. Ada waktu pagi buta salah seorang kena bangun untuk beri susu. Dan susu itu pon susu yang dikhaskan untuk peny4kit ayah aku. Susu yang sangat mahal. Sebulan mencecal 1+++.
Ayah aku juga tak mampu berjalan dan tak mampu bercakap. Allah, jatuh terduduk aku rasa saat itu. Aku syak ayah risaukan mak. Ayah susah hati melihat mak s4kit. Jadi ayah pon jatuh s4kit. Pada masa tu kedua – duanya memerIukan perhatian yang sangat rapi.
Tapi kami adik beradik terima ujian ni dengan hati yang terbuka. Masing – masing mengambil peranan masing – masing. Tipu lah kalau aku cakap semuanya sempurna, ada juga part terasa hati dengan adik beradik yang kurang memberi peranan.
Abang – abang lah selalunya sebab lelaki kan kurang common sense. Kena ketuk baru jalan. Tapi bila ketuk okay saja jalan. Sebab tu aku cakap kurang comman sense. Bukannya teruk. kadang – kadang salah seorang terem0si dalam group whatsapp sebab terlalu penat, tapi semuanya bagi aku masih boleh di control.
Sekejap sahaja em0si, lepas tu okay semula. Bercakap semula, berbaik semula. Memang Allah sengaja menguji keutuhan hati kami. Kami adik beradik yang baik. Dari anak sampai ke menantu baik – baik belaka. Tak pernah meIawan cakap ibu ayah kami.
Sesama kami pon jarang bergaduh dan bermasam muka. Pada masa tu orang – orang kampung dan mak dan bapa saud4ra banyak memuji kami anak – anak ni pandai menjaga ibu bapa. Walaupun ramai yang bekerja jauh tapi kerap balik menjaga. Alhamdulillah.
Sikit – sikit kekurangan itu biasalah. Manusia tak ada yang sempurna. Cukup kami sahaja yang tahu. Masa tu mak dalam proses penyembuhan. Panggil fisioterapis datang ke rumah, belajar jalan semula. Tapi mak aku ni yang aku kenal orang yang sangat lembut, manja dan tak tahan s4kit.
Sebab menanggung s4kit yang terlalu lama dan mungkin di luar ketahanan dia, mak menghidap peny4kit MDD. Maj0r Depr3ssive Dis0rder. Masa ni cukup aku cakap yang Allah sedang menguji kami adik beradik di tahap yang paling tertinggi.
Jaga mak masa lepas operation dan menjaga ayah masa str0k tak sesusah menjaga mak saat menghidap MDD. Mak jadi manusia yang paling asing. Tak seperti mak yang aku kenal selama ni. Bila nak bawa mak pergi check up setiap bulan di HospitaI sangat lah susah.
Kami kena berper4ng beramai – ramai dari mandikan mak sampai la berjaya naik ke kereta sebab mak akan bergelut tak nak pergi HospitaI. Bila tengok macam kena rasuk. Selain HospitaI kami juga ada panggil ustaz – ustaz datang berubat.
Takut jugak ada gangguan. Moden cuba, traditional pon cuba. Selain tu mak tak suka makan. Ubat apatah lagi, berper4ng pulak kami nak bagi mak makan ubat. Dari anak sampai ke menantu lelaki usaha untuk bagi mak makan.
Dari cara memujuk sampai cara mem4ksa. Allah. Bertapa hebat ujian Mu tapi kami terima dengan lapang d4da. Selain tu mak tak suka orang luar selain anak menantunya datang ke rumah. Dia akan halau balik. Muka sentiasa dalam ketakutan. Tak tahu takutkan apa.
Bulan ni genap setahun mak menghidap peny4kit MDD. Alhamdulillah lepas makan ubat dengan konsisten mak dah banyak perubahan. M4kin sembuh. Dah mau bersembang, dah mau makan, dah mau tersenyum. Makan ubat pon tak perlu p4ksa – p4ksa dan dah mula melakukan aktiviti – aktiviti yang dia lakukan sebelum s4kit.
Macam dengar ceramah, baca al-quran, dengar mengaji. Kalau dulu tak boleh langsung pasang zikir dalam rumah, mak akan serabut. Cepat – cepat pergi tutup radio tu. Alhamdulillah. Cuma seharian dia hanya menghabiskan masa di dalam bilik. Hanya keluar untuk makan dan ke toilet sahaja.
Ayah pula dah pandai berjalan pakai tongkat, dah boleh makan dan minum macam biasa. Dah boleh mandi sendiri cuma setiap waktu memakai pampers sebab pergerakan lambat takut tak sempat nak ke toilet. Bercakap boleh la sikit – sikit. 1 atau 2 patah perkataan.
Kuat semangat ayah meIawan s4kit. Sedangkan masa ayah mula jadi dulu doktor cakap ayah akan pakai tiub selama – lamanya. Tapi ayah buktikan yang ayah mampu sembuh semula. Alhamdulillah syukur. Tapi 9 jenis ubat ayah kena makan hari – hari. Tak boleh miss walau sehari.
Dan bulan ni juga genap setahun aku diberhentikan kerja. Sebab PKP dan selalu ambil cuti jaga mak ayah s4kit aku diberhentikan kerja di tempat yang dah 7 tahun aku bekerja. Company melayu, bos yang sangat aku kagumi dan hormat seperti ayah aku sendiri tapi ternyata saat aku susah dia tak mengerti dan tak pernah cuba untuk mengerti berada di tempat aku.
Tak apa, aku faham dia taknak menanggung rugi. Tapi tak pernahkah dia appreciate aku yang dah 7 tahun bekerja dengan dia siang dan malam. Sabtu dan ahad. Disebabkan aku masih bujang. Akulah selalunya menjadi m4ngsa kerja sampai ke pagi bila ada tender perlu disubmit keesokan harinya.
Tak pernah ke dia terfikir aku ada kereta yang tak sampai setahun aku beli. Setiap bulan aku perlu menanggung 5++ untuk membayarnya. Aku kecewa sebab aku langsung tak dihargai. Ternyata benar ada pepatah yang mengatakan, bekerja lah berpada – pada sebab bila kita m4ti.
Belum sempat kita ditanam, tempat kita sudah ada pengganti. Lebih kurang lah, aku pon tak ingat pepatah tu. Nasib baik aku ada sikit simpanan plus aku keluarkan kwsp dan ada family aku bagi jugak. Jadi dapatlah aku bayar kereta aku tapi m4kin lama susut jugak lah simpanan aku.
Kalau aku tahu nak jadi macamni, aku keluarkan kereta axia saja, murah sikit. Ada sebijik kereta company yang namanya nama aku. Sebab sebelum aku beli kereta aku pakai kereta company. Kerja aku banyak outstation jadi aku memerIukan kereta.
Hujung tahun lepas baru selesaikan tukar nama semua. Dan duit refund untuk roadtax pon aku dah transfer semula ke company. Nama aku tukar kepada nama adik bos. Adik bos cakap, “kenapa awak tak larikan saja kereta tu. Kan nama awak.”
Aku bukan orangnya macam tu. Aku tak ambil hak orang. Walau aku susah macam mana pon aku tak akan makan duit h4ram. Tapi lepas dah selesai aku tukar nama kereta. Masa tu new year bos ‘hadiahkan’ aku dengan terminate nombor talifon aku.
Ya, aku pakai no phone company, aku memang nak pulangkan semula tapi bagi la aku masa untuk selesaikan satu per satu. Tapi dia terminate tanpa bagitau aku. Yang tu aku tak kisah sangat yang aku kisah dia back up semula message – message aku.
Memang dapatlah semua gambar dan message – message aku dan dia viralkan. Dia hantar gambar aku dating dekat kawan – kawan kerja aku, kakak aku dan group whatsapp aku dengan cousin – cousin aku. Selain dari tu aku taktahu dia sent ke sapa lagi.
Yang mana tahu nombor baru aku boleh lah report bagitahu aku, yang mana tak tahu nombor baru aku tak dapat la nak bagitau aku. Aku malu tak tahu nak cakap. Aku down teruk masa tu. Sebab aku rasa orang sebarkan aib aku.
Ye memang lah cuma gambar dating. Bukan gambar bukan – bukan tapi aku tak pernah tunjuk gambar dating aku dekat siapa – siapa. Tu pon sebab aku sent dekat boyfriend aku. Bila ex bos aku back up, dia dapat la gambar tu.
Dia viral gambar tu sebab kes marah dekat aku, aku update status cakap aku diberhentikan kerja masa aku dalam kesusahan. Dia malu la ramai orang baca dan tau per4ngai sebenar dia. tapi benda betul kan. Tak kan aku nk mengaku aku berhenti sendiri kot.
Dahla tak bagi pamp4san. Coii menyesal selama ni aku anggap dia sebagai ayah. Dia keep viralkan gambar aku tuuuuu sampai lah abang aku meng4muk. Abang aku pergi cari dia dekat office tapi dia outstation. Takpe abang aku cakap, kalau dia buat sekali lagi abang aku akan call dia.
Yes dia buat lagi, kadang – kadang fikir tak matang langsung lelaki usia 5+ buat kerja macam budak – budak perempuan berg4duh dengan bff. Abang aku call dia. Haaa tergagap – gagap dia cakap. Dengan aku berani sangat kan.
Dahla kau buang aku. Pastu bukak aib aku lagi. Tak faham apa yang dia nak sebenarnya dari aku. Abang aku cakap sekali lagi h4ng buat aku pi cari h4ng dekat office. Hari tu aku dah pi tapi nasib h4ng baik sebab h4ng outstation.
Kalau dak memang h4ng m4ti. Memang lepas tu dia tak berani dah buat. Dia dah bertaubat haha. Aku ni spesis manusia tak suka bermusvh dengan orang. Bulan 2 aku whatsapp dia aku minta maaf selama aku bekerja dengan dia.
Of course dalam buruk dia, dia pernah jadi bos yang baik juga untuk aku (mungkin masa tu aku bagi manfaat untuk company dia kan) jadi dengan rela hati aku. Benda ni aku tak cakap dekat dia. Aku tak nak bermusvh dengan dia jadi aku maafkan dia.
Korang tau tak? Dia block aku weyyy. Haha sapa yang salah sebenarnya ni? Tapi takpelah. Aku maafkan dan aku nak hidup dengan tenang. Ujian aku yang seterusnya, bulan 2 tu juga aku putvs cinta. Aku dapat tau boyfriend aku yang aku cinta nak m4ti tu bertunang dengan orang lain.
Dia tak bagitahu aku, tapi aku tahu sendiri dari tunang dia. Bertapa Allah nak tunjuk dekat aku. Kau k3jam mat! Aku ni dahla banyak masalah kau tambahkan lagi masalah aku. Part ni jatuh terduduk jugak la, sebab banyak – banyak ujian dekat atas tu dia ada sentiasa menemani aku harungi semuanya.
Bukan sekali tapi banyak kali tengah – tengah malam aku call dia nangis – nangis. Aku penat, mentaI dan fizikaI aku penat. Masa tu aku jaga mak ayah aku sorang – sorang sebab aku tak bekerja. Dia dengan manyau – manyau tak jemu – jemu memujuk aku.
Sentiasa hulur tangan bila memerIukan tapi aku tak pernah ambil kesempatan untuk minta duit dia walau banyak kali dia nak hulur. Cuma aku dan dia jauh. Lubang – lubang kecurangan itu terbuka luas. Aku tak ada hak untuk p4ksa dia kahwin dengan aku, aku tak ada apa – apa untuk buat dia stay.
Aku tak cantik, aku tak ada kerja yang pernah aku banggakan sebelum ni, aku tak belajar tinggi, aku jauh, aku banyak masalah. Mungkin dia tak mampu nak hidup dengan masalah – masalah aku. Aku dapat tahu dia bertunang dengan staff office dia. Mudah kan? Dekat.
Kerja sekali, perempuan tu tak ada masalah, mak ayah dia sihat walafiat Alhamdulillah, ada degree, cantik orangnya. Dia ada hak untuk memilih yang terbaik. Aku undur diri. Tapi selama aku bergelut dengan masalah aku, aku tak pernah abaikan dia.
Apa yang aku teringin, aku orderkan sekali untuk dia, buat birthday supr1se even aku jauh, belikan dia coklat banyak – banyak sebab dia suka coklat. Aku bahagia bila tengok dia bahagia. Tapi bila fikir dia curang aku s4kit, sump4h aku s4kit.
Apatah lagi fikir dia dah janji nak kahwin dengan aku tahun ni. Tapi end up dia kahwin dengan perempuan lain. Bulan ni dah masuk 4 bulan kami putvs. Entah – entah dia pon dah kahwin. Aku masih dalam proses menyembuhkan hati sendiri.
Tak mudah tapi bukan tak mungkin. Suatu hari nanti aku pasti berjaya lupakan dia. Mood aku pon pasang surut, kadang – kadang aku okay, move on, dapat terima kenyataan dengan baik tapi ada hari i’m not okay. I’m really really not okay. Macam malam ni.
Aku down malam ni sebab tadi aku isi SPA. Tapi aku down sebab aku tau susah nk dapat kerja kerajaan. Pastu plak sijil pmr dan upsr aku hilang. Dalam SPA tu kena isi semua sijil tapi nasib sijil spm dan stpm ada dengan aku.
Hmm punca mood aku hilang malam ni Pastu aku cari – cari lagi kerja kosong yang lain. Memang aku t4rget dekat Penang ja sebab nak jaga mak ayah aku. Aku taknak dah kerja jauh – jauh tinggal dorang. Dulu boleh la dorang sihat lagi tapi susahlah nak cari kerja sekarang.
Aku pon belajar takat stpm ja. Kerja apa sangat aku boleh dapat. Aku tengok mystep. Mystep ni macam satu – satunya harapan yang aku ada tapi kontrak. Pastu umur setakat 35 saja. Kalau masa umur 35 aku tak dapat sambung kontrak aku nak kerja apa saja nanti untuk sara diri sendiri?
Dahla tak ada suami, tak ada kerja pulak. Nak jadi apa saja hidup aku nanti. Sebab tu lah aku tak mengharap umur aku panjang sebab aku takut ke depan depan nanti apa lah nak jadi dengan hidup aku. Aku taknak lah susahkan adik beradik aku nak membela aku.
Tapi aku harap sebelum aku meninggaI aku sempat lah kumpul pahala sebanyak mungkin. Dapat tenang saja berehat dalam kubvr nanti. Sampai masa pulang ke kampung halaman aku iaitu syurga. Indahnya. Sebab tu sekarang ni aku jaga mak ayah aku sungguh – sungguh sebab jaga mak ayah kan dapat kunci ke syurga. InsyaAllah.
Mak ayah aku s4kit, aku diberhetikan kerja dan putvs cinta. Aku rasa ketiga – tiga ni adalah hal terpenting dalam hidup aku tapi aku diuji kesemuanya. Mungkin ada hikmahnya. Tapi kadang – kadang aku rasa dunia ni bukan diciptakan untuk aku.
Dunia ni diciptakan untuk semua orang tapi bukan untuk aku. Mungkin tempat aku di syurga bukan di dunia. Jadi aku bersabar jelah sampai 1 waktu aku ke sana. Waktu – waktu aku down macam ni aku suka solat dalam keadaan gelap, masa sujud terakhir aku minta semoga Allah kurniakan aku ketenangan seperti mana tenangkan air sungai yang mengalir di dalam syurga.
Lepas tu Ya Allah tenangnya aku rasa. Sampai menangis sebab aku rasa tenang. Benda tu aku akan ulang semula bila aku down sebab aku ni jenis cepat down dan overthinking. Kena selalu pujuk hati sendiri. Terima kasih Ya Allah, sebab tak pernah tinggalkan aku. Aku harap 2023 tahun untuk aku bangkit dan bersinar kembali. Doakan aku. – Sya (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Shezz Fawaz : Confessor, umur ni bukan penanda aras apa – apa. I mula serius bekerja demi masa depan umur 26/27. Hujung umur 28 i mula jadi freelancer sepenuhnya, dah tak makan gaji. Sekarang i nak masuk 41 tahun, masih freelancing.
Time kerja fleksibel, tadi siap gi tengok wayang dan lunch dengan kawan. Malam nanti sambung kerja, esok ada deadline. I’m single. Sedih tengok kawan – kawan dan sepupu dah beranak pinak? Tak. I’m happy with my life.
Boleh buat apa – apa I suka, takde nak bertanggungjawab kat sesapa selain Mak dan kucing I sekor. Anytime Mak perIukan I, kakak – kakak perIukan bantuan, I am always available. Itu kan nikmat yang sangat besar?
Jadi, janganlah sedih &dan down. Kita ada Allah. Besar ganjaran menjaga mak ayah tu. Kena selalu ingat, Allah tak zaIim. confessor bukannya diketepikan, bukannya tak murah rezeki etc, cuma mungkin hidup confessor perlahan sikit perjalanannya berbanding orang lain kerana mak ayah perIukan khidmat confessor.
Bertenang, jangan str3ss. Semoga Allah bukakan pintu – pintu rezeki, biar rezeki mengalir masuk tanpa henti untuk confessor. Tak ada apa – apa yang must4hil untuk Allah. Tiba masanya, Allah akan bagi segalanya yang confessor perIukan.
Noorul Izzah Marzuki : Ujian yang berat hanya untuk yang hebat. Moga Allah terus beri sis kekuatan dan bantu permudahkan segala urusan. Allah beri kita kesukaran supaya kita terus menghitung kesyukuran. Rezeki telah dijamin.
Tenang, berusahalah. Hanya syurga belum dijamin, bimbanglah dan gandakan usaha. Yakinlah dengan percaturan Allah.. siapalah kita unku mempertikaikannya. Ingatlah, walau sekuat mana pun ujian yang melanda, jangan sampai kehilangan pedoman.
Kita ini h4mba Allah. Ujian itu sesungguhnya ‘perutusan’ dariNya. Ia adalah satu panggiIan yang membisik ke dalam hati untuk kita kembali kepada-Nya. Bukankah kalimah istirja’ setiap kali ujian menimpa datang dengan peringatan bahawa kita ini milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan. Hiduplah kita sebagai h4mba dengan lebih tenang, percayalah. InshaAllah. Moga sis dan yang senasib terus tabah. Ameen.
Juliana Jasmani : Untuk ex-boss tu, boleh je report pada labour law cakap dia buat public sh4ming sebab itu ada la private data, dia tak ada hak. Anggap rezeki diberhentikan kerja untuk dipermudahkan jaga mak ayah, itu syurga dunia. jaga la, semoga Allah akan berikan rezeki untuk awak suatu tika nanti.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.