Ibu ada mengadu dekat ayah nak pindah rumah sebab nenek selalu marah, h1na ibu sebab miskin tapi ayah tak percaya. Satu hari ayah terdengar nenek marah ibu dengan kuat. Memang muka ayah terk3jut. Ingatkan selepas kejadian tu ayah nak pindah rumah tapi tak. Sehinggalah ibu dah tak tahan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. S4kit hati bila baca confession pasal suami ajak bini duduk dengan mertua ni. Begitu jugalah d3rita ibu saya yang tinggal dengan nenek. Keluarga saya dulu memang sangat susah. Ayah kerja tidak menentu dengan gaji yang sangat rendah.
Pada mulanya ibu dan ayah merantau ke luar negeri. Namun disebabkan ayah kesiankan nenek kerana takde siapa boleh jaga, maka ayah ajak ibu tinggal dengan nenek. Sebab kata ayah, nenek tinggal seorang diri. Jadi ayah nak berbakti kepada ibunya juga (nenek saya).
Dalam masa sama, ayah tidaklah terbeban dengan sewa rumah. Nenek saya ni di hadapan ayah sangat lemah lembut. Pijak semut tak m4ti. Pada mulanya, nampak nenek sangat bahagia menerima kedatangan keluarga kami ke rumahnya.
Saya sebagai cucu pun bahagia sebab akhirnya dapat tinggal bersama dengan nenek di kampung. Namun selepas beberapa bulan, nenek sudah mula tunjuk taring. Ibu saya tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Ibu saya bukan tak nak bekerja, tapi sebab ada 5 orang adik kecil bawah saya yang perIukan jagaan ibu. Nak hantar ke nursery pun tak mampu sebab gaji ayah sangat kecil. Ibu pula belajar SPM je jadi kalau bekerja pun gaji sangat murah, kend3raan nak pergi kerja pun tiada.
Keluarga kami cuma ada sebuah moto sahaja. Itu pun ayah guna. Menantu nenek yang lain semuanya berkerjaya. Ada yang berpangkat tinggi, ada guru sehinggalah ada yang bekerja di bahagian korporat. Tapi ibu, satu – satunya menantu yang tidak bekerja dan tak belajar tinggi.
Saya pun mula perasan, walaupun ketika itu saya baru berumur 5 tahun, tapi saya sudah boleh berfikiran dengan matang. Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri betapa ibu sering diherdik dan dimarahi oleh nenek sebaik sahaja ayah pergi kerja.
Ibu ni sangat sopan orangnya, jenis yang tak pandai menjawab. Senang kata macam lurus lah. Nenek marah pun ibu diam je. Nenek terlupa letak barang kemas dia kat mana, pastu nenek suka tuduh ibu yang curi. Kesiannya ibu saya, selalu dimarahi nenek.
Walaupun saya baru 5 tahun, tapi saya sangat tidak suka melihat ibu saya dimarahi. Ada sekali tu saya marah nenek saya balik sebab nenek suka tengking – tengking ibu. Tapi nenek marah saya balik sambil cakap, “Kau dengan mak kau sama je, dasar miskin. Ada je barang aku hilang sejak kau dengan mak kau tu duduk sini”.
Sedihnya saya. Berair mata bila nenek sendiri cakap macam tu. Ibu pula diam aje bila kena tuduh mencuri. Nenek ingat kami ni hadap sangat barang kemas dia tu. Padahal dia sendiri yang lupa letak mana. Akhirnya bila dia dah jumpa barang dia balik, sikit pun dia takde minta maaf kat ibu.
Banyak tahun juga kami tinggal dengan nenek. Sampailah saya darjah lima pun masih bertahan di situ. Ada suatu hari tu ayah pinjam kereta bapak saud4ra saya untuk bawa kami sekeluarga jalan – jalan. Kami takde kereta, jadi kalau nak jalan – jalan tu, ayah memang akan pinjam kereta adik beradiknya.
Dalam kereta, ibu akhirnya bersuara. “Bang kalau kita pindah rumah lain boleh tak. Rumah kecil pun takpe. Janji rumah sendiri”. Ayah bantah. Ayah naik angin sikit. Ayah cakap “Awak kalau nak cakap boleh tak fikir dulu?
Sape nak jaga mak saya kalau kita pindah rumah lain? Saya ni anak lelaki, kena jaga mak sendiri. Syurga saya bawah tapak kaki mak saya. Awak bersabar ajelah duduk situ. Mak saya okay je layan awak. Kenapa nak pindah pulak?”.
Ibu saya diam. Lalu ibu buka mulut, “Depan awak memanglah okay. Tapi bila awak pergi je kerja, dia tengking saya dari bawah rumah sampai semua jiran – jiran dengar. Dia tuduh saya curi barang dia. Saya masak je mesti ada je tak kena. Tak sedaplah. Tak pandai masaklah. Semua serba serbi tak kena. Setiap hari saya hadap semua tu. Awak mana nampak sebab awak sepanjang hari keluar kerja.”
Ayah saya tak percaya. “Awak jangan nak buat cerita nak tuduh mak saya bukan – bukan pulak.” Panjang jugak lah ibu dengan ayah saya bertekak. Sampai pergi jalan – jalan pun dua – dua muncung aje muka. Sampai berhari jugak ayah merajuk dengan ibu sebab burukkan nenek saya.
Satu hari tu, ayah pergi kerja. Tapi tiba – tiba ayah patah balik rumah sebab ayah cirit – birit. Masa tu memang on point, sebab nenek tengah menjerkah ibu saya dari atas rumah sebab dia kata ibu saya yang rosakkan pokok – pokok dia.
Padahal ibu saya tak pernah usik pun pokok dia. Ayah saya yang sampai rumah masa tu terdengarlah nenek saya jerkah ibu saya. Ayah saya terk3jut beruk wak. Dia sendiri tak pernah dengar emaknya sendiri naikkan suara sampai sebegitu rupa.
Sebab selama ni dia sangka emaknya itu jenis yang slow dan lemah lembut je. Rupanya maknya itu mertua dari ner4ka. Saya yang melihat muka terk3kut ayah terus menambah, “Macam gitulah ibu kena herdik hari – hari ayah.. Saya pun selalu kena marah dengan nenek sebab dik4takan menghabiskan beras dia. Padahal beras ayah yang beli”.
Ayah dah mula faham kenapa ibu tak suka duduk dengan nenek. Tapi ayah cakap, ibu kenalah bersabar. Nenek tu kan dah tua. Jadi janganlah ambil hati. Tapi ibu saya kehilangan kata – kata. Kadang – kadang ibu pernah mengadu kat saya rasa nak minta cerai je dari ayah.
Sebab mentaI ibu dah teruk sangat. Ibu sampai diam berhari – hari sebab kemurungan. Kasihan ibu saya. Saya pun berair mata tengok nasib ibu yang selalu dim4ki. Kalau sepupu saya singgah ke rumah nenek, nenek kemain peIuk cucu – cucu lain.
Menantunya pun dipeIuk erat. Menantu lain kalau balik mesti bawa hadiah mahal. Handbag branded, hadiah gelang emas atau cincin emas. Nenek of course lah suka sebab nenek ni mata duitan. Nenek selalu bagi duit dan hadiah dekat cucunya yang lain.
Sedangkan kami cucu – cucunya yang duduk serumah bertahun – tahun ni tak pernah dapat satu sen pun duit dari nenek, apatah lagi hadiah. Antara 2 darjat. Begitulah realitinya dan hakik4t pedih mengapa nenek layan kami dengan teruk.
Nenek kalau marah ibu selalu nenek bebel, “Kenapalah anak aku kahwin dengan perempuan miskin macam kau. Dasar orang kampung. Bukannya boleh beri kesenangan kepada aku. M4kin menyusahkan adalah.” Ibu ni taktaulah banyak mana dah tergur1s hati dia.
Bayangkan ibu dah lama bersabar sampai satu hari ibu meng4muk dekat rumah nenek. Ibu betul – betul minta cerai dekat ayah sebab dah tak tahan dengan nenek. Akhirnya ayah pun tekad keluar pindah ke rumah sewa lain.
Alhamdulillah sejak kami tinggal sendiri, kami sangat bahagia. Ibu dah jadi ceria, ibu selalu bergurau dengan ayah. Ibu boleh hias rumah dengan bebas. Ibu boleh tanam pokok dengan bebas. Ibu nak bela kucing pun takde orang halang.
Ibu nak masak macam – macam menu setiap hari pun takde masalah. Ibu betul – betul dah merdeka. Dan nenek, walaupun kami dah pindah. Nenek tetap layan kami macam sampah. Sebab kami kan miskin. Mana lah nenek nak pandang dan sayang kami macam cucu – cucunya yang lain.
Namun suatu hari nenek jatuh s4kit. Saya lah yang menjaga nenek ketika itu. Cucu yang paling dibencinya inilah yang basuh k3ncing dan ber4k nenek. Cucu yang paling miskin inilah yang mandikan nenek dan suap makanan untuk nenek setiap hari.
Mana pergi cucu – cucu nenek yang kaya – kaya tu? Mereka hanya datang pada majlis pengebvmian nenek sahaja. Cerita ini bukanlah untuk memburukkan nenek, tapi untuk dijadikan pengajaran kepada para suami di luar sana supaya tak jadi b0doh macam ayah saya.
Kasihanilah isteri anda, mereka juga berhak untuk bahagia. Untuk arw4h nenek, kami sekeluarga dah lama maafkan nenek. Cuma, Iuka lama tetap berbekas dan sukar untuk hilang. Walau benci macam mana pun nenek terhadap kami, rasa kasih dan sayang kami terhadap nenek tetap ada.
Kalau tidak, takkanlah kami sanggup menjaga nenek sepanjang nenek kaku seperti mayat hidup dan takkanlah kami sanggup mandikan nenek, kafankankan nenek, sedekahkan yasin untuk nenek setiap malam. Kadang – kadang menitis air mata teringatkan kelakuan nenek dahulu.
Tapi dalam masa yang sama, rindukan nenek. Mengapa nenek tidak pernah nak curahkan kasih sayang untuk kami? Saya sangat dahagakan dakapan dan peIukan seorang nenek. Tapi ketika nenek hidup, saya tak sempat merasa itu semua.
Sehingga saya pernah bercita – cita untuk berjaya dam menjadi kaya supaya suatu hari nenek dapat layan kami sama macam nenek layan cucu lain. Tapi akhirnya nenek pergi dulu. Al fatihah untuk nenek. Untuk kalian yang bakal bergelar nenek, jadilah nenek yang penyayang dan jangan pilih kasih.
Cerita ni adalah kisah benar dan bukan rekaan. Ambil lah pengajaran dan kalau nak adaptasi jadi drama / novel pun, silakan. – Bid4dari (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Yahya Osman : Salahnya pada ayah adik, mengapa suka duduk bawah ketiak emaknya walau pun dah kawin dan anak 5, duduk sendiri bersama keluarga walau pun susah, tapi kita pasti akan bahagia, nenek adik tu memang lah mata duitan dan elok lah dia m4ti awal. Ramai menantu yang jadi h4mba dengan mak mertua dari ner4ka, macam nenek adik tu.
Somer Denot : Ahli keluarga tugasnya beri kasih sayang, bukan beri kesenangan. Kita sayang dia sebab dia ahli keluarga, d4rah daging kita. Bila tengah susah / s4kit, tau pulak cari ahli keluarga jaga padahal masa sihat berupaya habis dijerkahnya.
Lashin Rha : Ingat masa arw4h nenek saya masih hidup anak perempuan berebut nak jaga sebab memikirkan hal begini la, takut ada terkeluar pasal sikap mertua dan risau pasal aur4t. Walaupun menantu baik – baik budi belaka dan berbudi bahasa.
Mertua kalau terlepas kata dengan menantu, terasanya lain macam, sungguh pun dalam keadaan s4kit, sama juga bila menantu dengan mertua. Lagi pula menantu perempuan. Biar kita kenang yang baik – baik sahaja, macam mana pun mertua, mertua lahirkan anaknya, macam mana pun menantu, menantu yang lahirkan cucunya. Semua pun pernah merasa s4kit beranak, semua pun pernah bert4rung nyawa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.