Untuk kedua kalinya doctor tu scan dengan waktu yang lama, kekiri, kekanan, kebawah dengan dahi yang berkerut. Terdengar sedikit keluhan di hujungnya. Saya ingat doktor tu ada tanya, pernah makan acid folic tak??
#Foto sekadar hiasan. Hai semua Assalamualaikum bagi yang beragama islam, dan salam sejahtera bagi yang non muslim. Sebenarnya agak berat saya nak share kisah saya ni sebab saya takut saya tak dapat terima komen negatif sekiranya ianya ada.
Tapi saya juga sangat memerIukan kata – kata positif dari ibu – ibu, tuan puan, adik kakak sekalian. Sebelum tu saya nak beritahu yang apa saya nak sampaikan ni teramatlah panjang. Maaf jika ayat saya terabur ye. Saya seorang wanita.
Sudah berkahwin. Usia perkahwinan baru 4 tahun. Apa yang saya nak share ialah peristiwa anak saya dijemput ilahi akibat komplikasi kesihatan iaini “anenc3phaly”. Mungkin ada antara pembaca yang tak tahu apa itu anenc3phaly.
Masalah pada bayi yang tiada tempurung kepala. Pada mulanya, semuanya biasa – biasa sahaja. Tiada apa masalah. Biasalah awal kandungan, pembentukan baby belum ketara. Punyalah saya happy sebab saya bakal bergelar ibu.
Kandungan menjangkau usia 4 bulan, pergi kIinik kesihatan (kk) doktor scan macam biasa. Saya lihat kerutan di dahinya. Lama juga dia scan. Dalam hati saya, apa yang dia cari ye sampai lama sekali. Sebelum – sebelum ni sekejap je dia scan.
Lepas tu, doktor pon selesai. Tiada apa yang dik4takan kepada saya. Jadi saya anggap memang tiada apalah. Masuk usia 5 bulan, saya checkup lagi sekali dan scan perut. Untuk kedua kalinya doctor tu scan dengan waktu yang lama, ke kiri, ke kanan, ke bawah dengan dahi yang berkerut.
Terdengar sedikit keluhan di hujungnya. Allah. Kenapa hati aku tak sedap. Tapi aku positif kan juga. Tak lama tu, dia tanya saya tiba – tiba “family puan ada d0wn syndr0me ke? Atau ada sejarah keluarga yang ada masalah apa – apa?” terk3jut.
Saya, “tiada doktor” doktor pun selesai buat scan dan panggil saya untuk berbicara. “macam ni, saya tak jumpa kepala anak puan, puan ada pergi scan kat kIinik swasta tak?”
“takde”
“okay. Tadi saya scan lama, saya nak cari kepala anak puan, kaki tangan semuanya okay cuma kepala saje saya tak dapat. Saya bagi surat untuk puan refer ke hospitaI pakar. Sekejap, saya call pakar dulu ye”
Allahuakbar. Dugaan apa ini ya Allah. Kepala takde? Takde macam mana? Memang 1 kepala takde ke? Otak saya bercelaru. Macam – macam saya fikir. Saya takut, saya menggigil.
“ok puan, saya dah call pakar. Tapi kena buat appoinment, jadi agak lambat tarikh yang saya dapat. Hampir sebulan. Takpe, nanti tarikh tu puan ke pakar untuk checkup selanjutnya.
2 minggu lagi puan datang sini dulu, nanti next appoinment tu puan tak perlu datang sini, puan terus ke pakar. Okay puan?”
“okay”
Saya keluar dari kk dengan hati yang berat. Saya nak cakap apa dengan suami? Suami marah saya ke? Suami terima ke berita ni? Sampai je kereta, saya terus cerita semuanya. Alhamdulillah, suami saya tenang. Kami sepakat untuk buat scan di kIinik Asia dulu.
Nak tunggu appoinment government tu lambat lagi, kami tak senang duduk dah ni. Berita yang berat kami terima juga dari kIinik tu. “puan, saya minta maaf, saya tak jumpa tempurung kepala anak puan. Kalau masalah ini, ianya dinamakan anenc3phaly. Takde tempurung, otak terus nampak”
Saya dan suami tak puas hati. Kami decide untuk ke pakar s4kit puan swasta. Kat situ, saya diberitahu segala – galanya. Dan keputvsan yang muktamad. Anak saya memang tiada tempurung kepala. Doktor Lim tunjuk diskrin kepala anak saya, tangan, kaki, kemaIuannya. Baby girl.
Sangat jelas pembentukan kepala anak saya, saya tak mampu nak tahan sedih, saya tak kuat. Saya menggigil. Ya Allah, ujian apa kau beri pada aku.
“puan, puan ada makan folic acid tak sebelum rancang mengandung”
“takde doktor”
“kalau masalah ini terjadi, biasanya disebabkan ibu tak amalkan folic acid sebab tu baby ade komplikasi macam ni. Takpe, I faham perasaan u, I tahu u sedih, sudah ramai ibu zaman sekarang yang mengalami macam ni. Cuma apa yang i boleh katakan, anak u tak akan boleh surv1ve.
Sama ada u nak gugurkan kandungan u atau u nak tunggu juga sampai tarikh bersalin. U jangan risau, kalau u mengandung lepas ni, tak akan jadi lagi macam ni.” Punyalah baik hati dan lembut bicara doktor Lim. Saya tak dapat nak ungkap sepatah kata disebabkan suara saya yang hilang dengan tiba – tiba.
Hanya mampu angguk angguk dan angguk. Doktor Lim buat surat untuk diberikan kepada pakar gomen. Even saya nak keluar dari bilik khas tu pun, dia beri lagi kata – kata semangat pada saya. Ucapan terima kasih yang saya ungkap pun tak kedengaran.
Keluar je dari bilik scan, saya menangis semahunya. Saya tak dapat nak kawal em0si saya yang saya tahan di depan doktor. Semua mata melirik ke arah saya mungkin tertanya apa yang terjadi kepada saya. Saya berjalan laju ke kereta. Saya tak kuat.
Tibalah tarikh appoinment hospitaI kerajaan. Dia scan saya dari bawah. Macam – macam doktor datang check saya. Saya dan suami dipanggil mengadap. “okay tuan dan puan, t/p pun dah dapat keputvsan dari pakar swasta mengenai baby puan.
So sekarang ni, keputvsan di tangan kamu. Samaada nak teruskan kandungan atau nak TOP (terminate of pregnancy), sebab baby puan takkan boleh surv1ve. Paling lama dalam sejarah 21 hari sahaja baby pernah hidup, paling cepat tak sampai sejam baby dah pergi.
Lagi satu, tak semestinya puan masuk wad puan terus bersalin, disebabkan baby takde tempurung, jadi agak must4hil untuk baby tolak. Jadi kami akan induce puan mengikut kesihatan puan lah ye, ada yang ibu sampai berbulan di hospitaI sebab bukaan lambat buka. Kami tak boleh jamin berapa lama puan akan di sini. Jadi, kami bagi masa hingga khamis ni, khamis ni puan datang lagi ye”
“takpe, saya dah bincang dengan suami dan keluarga. Kami sepakat untuk TOP je”
“okay baiklah, kalau gitu, hari khamis puan datang dan tunjukkan surat ni di kaunter kec3masan ye.”
3 hari sebelum saya dimasukkan ke ward. Seluruh keluarga saya pulang ke kampung, saya decide untuk bersalin di kampung. Terima kasih ya Allah hadirkan keluarga yang sangat memahami apa yang saya rasa. Mereka ajak saya bercuti untuk hilangkan kegusaran saya.
Saya rasa tenang bila mereka semua ada. Tarikh yang dinanti dengan hati yang berat. Saya diwardedkan hampir 2 minggu. 4 hari warded, doktor izinkan saya pulang 3 hari. Lepas tu saya masuk balik. Sepanjang warded, saya diinduce sebanyak 7x.
Ubat yang ke 6 bukaan masih 2 cm. Doktor kata bukaan saya kena 6 cm baru boleh tolak ke LR (labourroom). Masa ni saya dah down, saya menangis call suami. Suami tak dapat masuk disebabkan ko0v1id yang melanda.
Setiap kali solat, saya usap perut. Anak saya masih aktif di dalam. “nakk, ibu minta maaf tak dapat jaga kamu dengan sebaiknya, ibu tak amalkan apa yang perlu hingga kamu terp4ksa jadi macam ni. Bantu ibu nak, bantu ibu untuk keluarkan kamu.
Keluarlah dengan cepat ye, ibu tak kuat. Ibu s4kit hari – hari kena seluk dengan berbagai doktor. Setiap kali ibu kena seluk, kamu akan mengeras dengan kuat. Ibu s4kit nak. Bantu ibu nak”
Lepas induce yang ke 7 (ubat prostin) ubat ni lebih kuat berbanding 6 ubat sebelum ni. Saya mengalami contraction yang agak kuat. Bila cek bukaan, masih 2 cm. Saya menangis call mak, saya mintak ampun pada mak, pada suami, pada keluarga saya.
Mak saya pun menangis cakap sabar nakk, sabar, mengucap nak. Mak suruh Mohd hantarkan air zam zam ye. Sebelum minum tu selawat, mintak dipermudahkan urusan kamu. Mak sentiasa doakan anak – anak mak. Zikir jangan pernah berhenti.
Allah lah yang akan bantu kamu nak. Masa ni saya tak dapat nak fikir apa, zikir ke mana apa ke mana. Yang saya tahu saya dah tak tahan lagi. Suami pun pecut hantarkan air zamzam pada saya. Suami dibenarkan naik keatas untuk jumpa dengan saya tapi hanya sekejap saje.
Saya lihat air mata suami bergenang di kelopak mata. Saya tahu dia tak kuat tengok saya. Saya mintak ampun pada dia, saya civm tangannya. Saya rasa berat hati nak lepaskan dia. Memandang kan pengalaman bersalin ini yang pertama kali, dengan keadaan di mana saya terp4ksa melahirkan anak yang baru 7 bulan yang tak akan mampu bertahan lama tanpa ditemani suami d isisi. Kuatkah aku? 🙁
Suami pun pulang ke rumah. Selang 15 minit, saya mengalami contraction 3x lebih s4kit. Saya panggil kawan katil sebeIah suruh dia panggilkan misi. Saya diarah ke bilik khas untuk diseluk. Berjalan pun dah tak mampu.
Saya rasa kemaIuan seperti dir0bek. S4kit yang tak pernah saya rasakan selama ini. Kangkang je kaki, terus misi kata “ohhh. Ni nak sampai ni” gelabah misi panggil misi yang lain untuk tolakkan saya ke lr. Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan anak syurga saya yang masih dalam rumahnya lagi(kantung).
Tapi sejurus baby lahir, baby sudah tidak bernyawa. Saya tak dapat dengar tangisan nya. Saya angkat kepala untuk tengok anak saya tapi doktor kepung. Dia taknak saya nampak kepala anak saya, lepas dia dah bungkus kepala baru saya dapat lihat arw4h.
Masa tu pun saya dalam keadaan khayal disebabkan ubat tahan s4kit yang tak berkesan sewaktu contraction datang. Bila selamat je lahir, saya lalok. Doktor kata saya menyanyi, humming. Saya separuh sedar. Saya tertidur 3 jam di lr.
Terjaga lepas misi k3jut untuk makan bagi ada tenaga. Allah ambil saya untuk diuji sebab Allah tahu saya ibu yang kuat. Setelah terjaga, hati saya tenang. Kes4kitan pun hilang, saya tak menangis. Mungkin sebab saya dah puas menangis, meratap dan berdoa pada Allah untuk diberikan kekuatan yang berpanjangan, diberi kesabaran untuk hari – hari yang mendatang.
Itulah doa saya setiap hari tanpa jemu. Selesai alas perut. Saya ditolakan ke wad biasa. Misi – misi di sana semua baik. Mereka asingkan saya di wad khas, hanya 2 katil sahaja dalam 1 bilik tapi cuma saya sahaja di tempatkan di situ.
Saya dengar misi cakap dengan kawannya “puan ni anak dia anenc3phaly, kita letak dia kat wad Bunga Raya lah, kalau letak dengan ibu yang ada anak takut dia sedih pulak. Em0si dia kita kena jaga.” Terharu sungguh saya dengar.
Seolah mereka faham apa yang tengah saya fikirkan. Keesokan paginya, anak saya akan dikebvmikan sebelum tengah hari. Dalam pukuI 8 doktor datang cek saya. Saya minta keizinan untuk pulang awal namun hampa, doktor tak izin.
Menangis saya sebab saya nak lihat anak saya untuk kali yang terakhir. Kalau saya tak boleh pulang, saya tak dapat tengok dia. Masa ni, arw4h dah dimandikan dan dik4pankan oleh ustazah taman perumahan saya dan akan dibawa pulang pagi tu juga bersama suami.
Ubat tahan s4kit sangat kuat menyebabkan saya mengantuk teramat sangat. Sebelum saya terlelap, saya berdoa pada Allah. Ya Allah, aku nak tengok arw4h, bantu aku ya Allah. Aku nak balik. Semua tunggu aku. Tolong aku…. Tak lama tu saya terlelap.
Jam 10.30 pagi saya dik3jutkan oleh suami. Di sisinya ada wheelchair. Suami, “sayang, cepat tukar baju, Alhamdulillah doktor bagi awak balik, tapi esok abang kena datang balik sini sebab amek ubat awak.” Alhamdulillah ya Allah, kau dengar keluhanku. Kau tolong aku..
Suami, “abang dah tengok arw4h”
“iye? Abang ok?”
“comelnya anak kita, putih sangat, hidung mancung macam saya, tinggi, ustazah kata arw4h comel, tinggi dan tegap, mesti maknya suka pergi gym”
Gelak tawa kami memecah suasana. Tapi hanya seketika. Saya melihat setitik air mata suami gugur. Saya tahu dia pendam sedih cuma dia taknak tunjuk pada saya. Selesai tukar pakaian, saya terus gerak ke rumah, mother in law saya yang pegangkan arw4h sepanjang perjalanan, tak henti perkataan comel dari mulutnya.
Saya sedih, kerana saya mama kehilangan cucu 🙁 Dan sepanjang perjalan itu juga, hujan renyai mengiringi kami seolah mengerti perasaan kami. Sampai je d irumah, saya lihat semua berdiri menunggu kepulangan saya. Semua tertumpu pada saya dan arw4h.
Saya dipayungkan dan dipimpinkan oleh abang sulung perlahan – lahan ke dalam. Adik beradik saya, ipar duai saya semua berkumpul dan memapah saya. Ku lihat muka dan hidung mereka yang kemerahan, mata yang bengkak.
Aku tahu korang sedih.. Aku mintak maaf.. Selesai solat jen4zah, doa pun dipanjatkan oleh pakcik saud4raku. Saya lihat suami yang tersedu sedan. Saya lihat adik beradik saya yang mengesat air mata, saya lihat mama dan mak yang menutup muka dengan tudung.
Tiba lah saat menatap arw4h buat kali terakhir. Kucupan penuh kasih dari kami buatmu wahai anak syurga. Ibu ayah sayangmu nak.. Ibu ayah takkan pernah sesekali melupakanmu.. Ibu bersyukur walaupun Allah pinjamkan kamu 7 bulan saja di dalam rahim ibu.
Walaupun Allah tak satukan kita di dunia untuk jangka masa yang panjang, tapi ibu ayah dah ada tiket ke syurga sana. Tarik ibu dan ayah bersama sama ye nanti, jangan lepaskan genggaman tangan ibu dan ayah ye nakkk…Selamanya ibu ayah akan sayang kamu, penghuni pertama dalam rahim ibu. Al-Fatihah. – Ibu (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Noorul Izzah Marzuki : Teruslah bersangka baik dengan Allah kerana Dialah Al-Hikmah yang terunggul. Saya faham apa yang sis rasa. Pastilah saya menangis sambil baca pengalaman ini, sebab pernah merasa melahirkan baby yang dah tak bernyawa lagi dalam perut.
Sempat menatap degupan terakhir sebelum dia pergi selama – lamanya. Saat paling sedih dalam hidup kami. Moga sabar dan tabah ya sis. Teruslah bersangka baik dengan Allah kerana Dia lah Al-Hikmah yang terunggul, hadapilah dengan sabar, sentiasa pesan pada diri ada hikmah dalam ujian, lebih mudah kita melepaskan arw4h apabila benar – benar redha.
Moga ini adalah pinjaman untuk kita yang paling lumayan! Moga mereka menunggu dan melambai – lambai kita, untuk bersama – sama di sana nanti, di hari yang tiada keraguan padanya. May Allah keep them safe and be a pearl in Jannah.. Amin..
Qymaa El Eamiry : Ketika mula – mula janin ada dalam rahim, kita ibu bapa pun tak tahu dia ada, siapa yang mahukan ia ada? ALLAH.. maka ketika Allah mahu mengambilnya semula, jangan menyalahkan diri kerana tak makan asid folik.
Tidak, itu ialah Allah yg mahu mengambilnya. Hidup m4ti s4kit sihat bukan kuasa kita. Paling penting jangan salahkan diri, nanti kena peny4kit tekanan, anx1ety. Puan langsung tak salah dalam hal ni, Allah yang sayangkannya.
Sofia Soo : Saya pun ada anak syurga yang Allah pinjamkan selama 7 bulan di dalam rahim saya, dan 11 hari di dunia. Saya paham sangat – sangat perasaan puan. Bila saya teringat wajah dia yang sangat comel dan putih tu memang rasa s4kit sangat.
Memang rasa dunia ni kelam dan tak bermakna dah. Jadi, apa yang tenangkan saya setiap kali saya tak bole berhenti menangis adalah saya akan beritahu diri saya berulang kali yang anak syurga saya sekarang berada di taman syurga, di nursery yang terbaik yang Allah ciptakan, di bawah jagaan nabi Ibrahim A.S. Semoga kita diberikan yang lebih baik, dan saya doa semoga puan kuat ya. Hugs
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.