Adik mengandung anak luar nikah, mak rancang suruh adik kahwin dgn bekas suami

Dulu mak paling sokong adik nak bercerai, mak benci betul dengan suami adik. Tak lama lepas tu aku dapat tahu mak suruh adik kahwin semula sebab adik mengandung anak luar nikah. Mak dan adik rancang untuk bin kan anak tersebut dengan nama bekas suami. Paling terk3jut, abah kata anak tu nanti halal sebab..

#Foto sekadar hiasan. Salam warga FB. Terima kasih admin sekiranya post ini dapat disiarkan. Aku kenalkan diri aku sebagai Milah. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kisah ini aku harap dapat memberi teladan dan pengajaran buat kawan – kawan di luar sana.

Ini kisah mengenai adik aku. Aku ada seorang saja adik, adik aku perempuan, aku namakan dia Patimah. Ayah aku seorang yang kuat agamanya. Dari ayah aku muda sampai sekarang, ayah aku selalu ke masjid untuk solat jemaah.

Dari kecil sampai besar tak pernah lekang pasal nasihat yang baik – baik untuk kami anak – anaknya. Jadi, aku nak bagitahu dekat korang yang ayah aku jenis alim, tapi tak pernah nak mengongkong keputvsan anak – anak, yang mana baik dia ok, yang mana buruk dia akan nasihat supaya kami tak salah langkah.

Adik aku berkahwin pada usia yang sangat muda, berumur 19 tahun sudah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang berumur 49 tahun masa tu. Dari sekolah adik aku banyak belajar hal – hal agama, usia 10 tahun sudah khatam lebih 5 kali.

Sejak adik aku berusia 15 tahun (remaja kan) hidup dia terus berubah, dari seorang yang petah hal agama, bertukar menjadi sosiaI. Dengan lakonan dia yang bertudung w4rak, dapat menutup kerja – kerja maksi4t dia. Dia mula berz1na dengan rakan – rakan sekolah.

Masa umur 16 tahun, aku godek hp dia, ada perbualan dia dengan rakan – rakan dia, di mana dia cakap yang dia mengandung! Yaa, aku sangat terk3jut, sebab aku seorang kakak yang freehair, tapi aku tak sangka adik aku yang sangat w4rak itu mengandung.

Besoknya aku sekadar sembang – sembang dengan mak, aku cakap adik mengandung, mak aku terus longlai. Aku cakap lagi, “mak diam – diam dah la, adik cakap dengan kawan – kawan dia nak pergi gugurkan kandungan sebab tak tau siapa bapak budak tu.”

Selepas tu aku tak pasti apa yang jadi, sebab aku tinggal bersama kakak aku di KL, cuma lepas tu, mak ayah aku hantar tinggal dengan mak angkat di pantai timur. Sangkaan kami meleset, dengan harapan adik akan berubah sebab tahun itu dia tingkatan 5.

Dia teruskan s3ks rambang dengan rakan – rakan sekolah dan ditangkap oleh cikgu yang membuat rondaan masa tu. Mak ayah tak dapat nak tanggung malu, mereka ambik semula adik tinggal balik dengan dorang. Walaupun adik aku digelar w4rak dengan bertudung, tapi dia tak pernah solat. Sekali pun tak pernah!

Selepas dia berkahwin, kami semua ok sebab suami dia seorang yang alim jugak, solat puasa sunat tak pernah tinggal. Tapi sayang sekali, suami dia tak dapat nak didik isteri menjadi isteri yang baik. Bila berkahwin diusia muda, kepuasan adik untuk enjoy terhad.

Apa yang kawan – kawan buat seperti melepak, dating, tengok wayang, adik aku tak dapat buat. Dia mula keluar malam, balik lewat malam. Katanya lepak. Suami redha dengan syarat balik jugak malam tu, jangan overnight mana – mana.

Macam – macam cerita buruk pasal suami adik canang kat kawan – kawan dan family. Mak jadi sangat benci kat suami adik. Masa tu aku belum berkahwin, jadinya aku seorang yang suka melepak dengan kawan – kawan. Ofkos la cerita pasal aku pun dia canang!

Bukan aku tak cuba untuk nasihat adik menjadi isteri yang baik, tapi dia akan salahkan aku balik, katanya aku belum berkahwin, aku tak tau apa – apa pasal hal rumahtangga. Bukan aku tak tau langsung, kawan – kawan aku ramai yang dah kahwin, mestilah aku tau jugak.

Takkan hal – hal macam tu pun aku dungu kan! Disebabkan adik aku jenis ketegaq nak m4mpuih, apa saja nasihat dari kakak – kakak dan abang – abang dia abaikan, dengan alasan dia sudah bersuami, mak ayah tak boleh campur hal dia.

Okla, kitorang kakak abang malas ambik tau hal dia. Suatu hari tu adik call mak, dia cakap nak pakai 3k. Alasan dia nak bukak bisnes. Mak aku punya sayang adik, bagi je 3k tu kat dia. Tak cukup lagi, dia minta pulak kat abang 3k.

Aku jadi was – was jugak la, dah kenapa nak pakai duit banyak sangat. Oh ya, sebelum aku terlupa, adik aku ni panjang tangan. Aku tak pasti samada duit dia minta kat mak dan abang tu mungkin nak ganti semula duit kat tempat kerja dia, atau dia kena tangkap khalwat.

Sampai sekarang dia belum bayar duit tu kat abang aku. Okla, kitaorang teruskan kehidupan seperti biasa. Selepas beberapa tahun kahwin, adik belum dikurnikan rezeki anak. Alasannya, di rumah suami dia, ada mak mertua dia.

Mak mertua dia s4kit tua. Setiap bulan adik aku akan cakap, dia keguguran sebab h4ntu mak mertua dia dok makan baby dalam perut. Aku taktau laa nak gelak ke nak sedih. Lapar betul h4ntu sampai makan janin adik aku je, takkan tak makan pulut kuning, telur mentan langsung.

Bukan kami tak percaya wujudnya alam ghaib ni, wajib percaya. Tapi cerita adik aku ni tak logik langsung. Dalam dua tahun dia jaga mak mertua dia, mak mertua dia meninggaI dunia. Dan selepas tu aku tak dengar dah adik aku mengandung.

Haa.. sebab tu aku tak percaya yang dia mengandung sebelum ni. Dalam 5 tahun, adik aku m4kin ligat keluar lepak malam, sampai abaikan suami. Akhirnya adik aku minta cerai dan mak aku paling sokong. Mak aku cakap suami dia tu tak layak jadi suami adik aku.

Padahal aku tengok suami dia ni, bagus betul. Kerja pun bagus, ada rumah sendiri, kereta sendiri, ada superbike lagi. Katanya adik aku ada kawan dengan seorang mamat ni sebab tu adik aku nak cerai. Suami dia pun aku agak dah malas nak ambil tau dah hal adik aku yang memang ketegaq ni, dorang pun teruskan untuk bercerai.

Oh, dalam masa beberapa tahun dorang kahwin, adik aku ni suka cari pasal dengan suami dia, sampai satu tahap adik aku meng4mok pecahkan habis semua barang – barang rumah. Bila tanya kenapa, dia cakap suami tak ada duit nak bawak keluar jalan – jalan.

Satu hal aku, kakak, abang pergi balai polis nak jamin adik aku sebab suami dia buat report yang adik aku ni dah macam orang giIa pecahkan barang – barang. Tapi mak aku sokong apa adik aku buat. Semasa proses dorang nak becerai (bukan sekejap ye nak becerai, makan bulan jugak la) adik aku bawak jumpa teman lelaki dia kat family kitorang.

Aku tengok je laki tu, aku dah boleh agak dia mat rempit, umur pun baru 20 tahun, tak ada apa – apa kend3raan (pergi mana – mana harapkan motor adik aku je, tu pun suami dia yang bagi motor tu) tapi adik aku cakap teman lelaki dia engineer.

Tergelak besar aku, maklum laa adik aku kan suka tipu, nak nampak hebat depan kakak – kakak, abang – abang tapi mak aku punya laa suka kat bf dia ni. Aku dalam hati cakap, aku akan siasat siapa kekasih dia ni. Nasib baik aku ada kawan yang jenis lepak malam ni.

Jadi dorang la reporter aku. Memang sah laki tu sebenarnya mat rempit, takde kerja, memang anak mak. Disebabkan mak aku sayang giIa – giIa kat adik aku, apa adik aku cakap mak aku percaya. Ok takpe, kitorang tengok jela, malas nak cakap apa – apa dengan mak.

Cakap pun tak guna sebab adik yang paling bagus. Mak cakap adik akan kahwin dengan teman lelaki dia nanti lepas habis edah. Oklah, kami tunggu je kan. Dia dah proceed borang nikah semua. Dua minggu sebelum tarikh nikah tu, aku call mak aku tanya, jadi ke tak dorang nak nikah?

Sebab aku nak ambil cuti. Masa tu aku aku dah kahwin dan tengah mengandung. Tapi mak aku senyap, mak aku cakap tak jadi. Aku pun, ohh takpelah cmtu, sebab ingat nak ambil cuti. Dah kata tak jadi, aku gelak jela. Aku cakap dengan mak aku.

Tula, nak sangat menantu mat rempit kan, dah tersepit ke sekarang? Mak aku senyap je, aku tau adik aku ada sebeIah mak aku masa tu, sebab tu mak aku senyap je. Agak lama aku tak ambil tau hal adik aku, sampai aku selamat bersalin, kakak abang datang lawat aku kat rumah.

Tiba – tiba kakak aku cakap adik aku mengandung. Aku macam, aikk? Anak siapa? Kakak aku cakap, anak bf dia. Tapi adik aku rujuk balik suami dia, atas alasan nanti anak tu boleh di bin / binti dengan nama suami. Aku macam, ohh ok.

Mak kan suka bf adik, bencikan suami adik. Kenapa tiba – tiba mak ok pulak? Kakak cakap biar dorang. Tapi kakak aku ada cakap, kalau anak tu lelaki, suami dia nak. Tapi kalau anak tu perempuan, suami dia suruh bagi kat orang.

Tak nak tanggung masa anak tu nak nikah nanti. Kitorang pun malas nak cakap apa – apa. Tengok jela kan apa jadi lepas ni. Lepas pada tu, adik aku pun bersalin dan anak tu anak perempuan, nak tak nak suami dia bela juga, berbintikan nama suami dia.

Aku rasa korang semua tau kot hukvm dia apa kan, sebab tu tuhan dah cakap jauhi maksi4t, jauhi z1na. Jaga aur4t. Mak aku paling sayang kat anak adik aku berbanding anak aku. Mak aku sampai nak bela anak dia. Dan benda yang nampak itu adalah anak teman lelaki dia sebelum ni, muka anak tu sebijik muka laki tu / mak laki tu.  Tak ada langsung muka adik aku.

Jadinya bila ada yang datang melawat, semua bertanya, aku malu. Bila suami dia post gambar anak dalam socmed, kawan – kawan suami dia pun tanya perkara  yang sama. Kami kakak abang jadi pelik, dulu suami dia jenis tegas walaupun adik aku ketegaq, tapi sekarang macam orang b0doh je.

Baru aku tau kenapa, adik aku gunakan sih1r untuk tundukkan suami dia. Adik aku dapat duit dari mak aku, RM500, RM800 semata – mata untuk sih1rkan suami dia. Bukan takat guna – guna, pelaris, macam – macam dia pakai.

Ya, kembali ke cerita ayah aku. Ayah yang dulunya pun tegas, akhirnya ayah pun terkena sih1r adik. Ayah sanggup h1na adik beradik menantu. Ayah sokong segala tindakan adik yang terang – terang salah. Ayah buat kenduri aqiqah untuk anak adik, sedangkan anak tu adalah anak luar nikah, tidak ada hadith atau fatwa untuk buat majlis aqiqah anak luar nikah ni.

Aku sedih sangat – sangat. Kenapa ayah, orang yang penuh dengan ilmu agama, tewas macam tu saja? Abang ipar, kakak ipar terasa dengan kata – kata ayah. Sesiapa yang cari pasal dengan adik, adik akan ungkit segala cerita lama, canangkan kat semua orang, termasuk socmed, keluarga mertua dan kawan – kawan.

Sampai satu tahap, abang pergi jumpa seorang ustaz sebab tak tahan dengan sikap adik yang telah sih1rkan mak ayah. Ustaz tu mengaku yang adik memang gunakan sih1r untuk tundukkan suami, mak dan ayah. Barang – barang yang adik pakai bukan calang – calang.

Ayah pesan kat aku, apa pun jadi jangan sesekali buka cerita pasal anak adik. Suaminya akan jadi wali nanti, sebab suami dia dah derma d4rah kat anak tersebut. Jadinya anak tu anak halal, aku terduduk masa ayah cakap tu.

Aku cuma mampu cakap dalam hati, h4ram tetap h4ram, teknologi canggih macam mana sekali pun, h4ram tetap h4ram! Tapi aku tak mampu nak ucap, sebab aku tau mak akan marah aku balik, dan ayah akan tegakkan benang yang basah.

Sedihnya aku ya Allah. Dugaan apakah yang Engkau berikan pada kami adik beradik? Menangis aku type cerita ni bila terkenangkan muka mak ayah, kakak – kakak, abang – abang. Kakak abang bukan nak jaga hati adik, tapi nak jaga hati mak ayah supaya mak ayah tak terasa hati, nanti digelar anak derh4ka.

Sampai saat ni, aku kakak dan abang buntu. Kami dah taktau nak buat apa lagi. Adik cakap selama ni dia yang banyak bantu mak ayah, aku gelak. Rasanya masa ayah s4kit, aku yang tengah sarat mengandung jaga ayah kat hospitaI. Adik??

Tengah enjoy dengan kekasih da. Masa mak kena tahan wad sebab k3ncing manis, aku teman mak. Adik?? Tengah dating. Masa mak ayah perlu duit untuk biaya kos rawatan mak, kakak abang keluarkan duit tabung haji untuk bayar kos rawatan tu. Adik??

Macam biasalah, tengah sedap enjoy dengan jantan, kawan – kawan. Aku tak kisah kalau korang nak komen apa sekali pun, cuma aku minta. Tolong doakan mak ayah aku sedar apa yang dorang buat semua ni salah di sisi agama. Mudah – mudahan tuhan makbul doa kami adik beradik supaya adik sedar apa yang dia buat selama ni salah… tolong doakan kami. Terima kasih admin. – Milah

Komen Warganet :

Arishah Muhasshim : Milah milah, ni nk marah ckit. Bawa la mak bapak dan suami adik ko berubat. Kalau ko tau pastu ko biar kan berd0sa tau. Biar lama – lama lagi p4rah, lagi benda tu susah nak sembuh. Try la buat tanpa pengetahuan adik ko, semasa dan selepas berubat try bawa mak bapak ko duk asing dari adik ko. Doa tu perlu tapi usaha takde tak jalan gak!

Ishmah Musfirah : Since daripada umur dia 15 tahun dah start bibit kerosakan, dan tiada seorang pun berusaha selamatkan dia. For me dalam keluarga ni semua orang bersalah. Bila dah membesar kan melibatkan banyak orang lagi. For now berdoa banyak – banyak, nasihat adik elok – elok (dengan kasih sayang bukan mengh1na) dan dapatkan bantuan dan doa orang – orang alim.

Noor Hafyda : Nak judge pon tak mampu, cuma nanti besar bila mungkin adik kau dah berubah aku bayangkan betapa s4kitnya hati anak adik kau tau kisah dia. Bagi tau, dia tu anak luar nikah supaya tak jadi masalah di masa depan macam ada satu confession tu dulu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.