Waktu Alif aziz, Afifah nasir kantoi curang, aku lah antara netizen yang kutuk bella yang cakap “Alah tinggal jela laki tak guna tu, dah curang buat apa nak simpan lagi, kalau aku dah lama angkat kaki”. Bongkaknya aku masa tu dan Allah telah uji aku dengan kata kata ku.
#Foto sekadar hiasan. Hai semua, semua nama dalam cerita ni bukan nama sebenar ya. Nak cerita masalah aku. Namaku Siti, umur 32, dah berkahwin dan mempunyai cahaya mata 2 orang. Aku dan suami aku, Ahmad, sama umur berkenalan ketika di universiti.
Selepas 4 tahun bekenalan kami bernikah. Selepas nikah kami duduk berasingan kerana kerja. Aku di KL, Ahmad di selatan tanah air. Tetapi kami tetap berjumpa pada setiap hujung minggu. Selepas setahun bernikah aku akhirnya hamil.
Melahirkan anak perempuan secara pembedahan. Ahmad dapat cuti 1 minggu ketika itu untuk tolong aku berpantang. Selepas itu dia bekerja seperti biasa. Aku berpantang di rumah ibu aku di selatan tanah air. Ketika pantang aku rasa lain macam, mungkin Allah nak tunjuk.
Ahmad kantoi dengan aku yang dia curang dengan nurse nama Hazwani di selatan tanah air. Alasannya dia kata sebab aku pantang jadi dia tak tahan godaan sy4itan. Aku masa tu mer0yan dan ketika itu aku ada di rumah ibu mertua aku.
Kiranya hanya aku, ahmad dan mertua aku sahaja yang tahu. Ahmad mintak peluang kedua, dia bersump4h depan mak dia yang dia takde tidur dengan Hazwani, cuma mesej Iucah je, ada plan nak jumpa di hotel tapi tak sempat.
Aku siap jumpa lagi resit hotelnya. Aku tak tahu nak percaya atau tak, tapi mertua aku minta aku maafkan anaknya. Suruh aku pikir apa nasib anak perempuan aku kalau kami bercerai. Sejak peristiwa tu, aku dah macam tak betul, aku asyik mimpi Ahmad curang dengan aku.
Bagi aku curang ni maksudnya bila mesej dengan berlainan jantina sebab niat lain, bukan urusan kerja. Mungkin aku ni kolot sebab aku sebelum ni tak pernah bercinta sebab aku ni hitam orangnya. Tak de orang nak. Start dari hari kant0i aku dah tak percaya Ahmad ni.
Aku asyik mer0yan call Ahmad marah – marah. Hilang rasa hormat dekat suami sendiri. Aku selalu berg4duh baling – baling barang sebab teringat mesej Iucah Ahmad dengan Hazwani. H4ncur hati aku time tu. Aku asyik mintak cerai tapi Ahmad tak nak sebab dia kata dia sayang aku.
Hubungan kami dah h4mbar, dah takde lagi hormat dekat suami sendiri. Aku rasa aku ni tak kan jejak kaki kat syurga sebab derh4ka kat suami. Tinggikan suara, menc4rut dekat suami. Tiap hari time solat aku doa mintak Allah tunjuk kan kat aku kalau Ahmad curang.
2 tahun berlalu, Ahmad aku tengok macam ada perubahan sikit. Sebelum ni dia macam jenis lelaki eg0, lepas peristiwa hitam tu dia ada berubah, dia cuba nak jaga hati aku kot. Mungkin rezeki anak, aku dapat pindah tempat kerja dekat dengan Ahmad.
Jadi kami hidup sebumbung. Perlahan – lahan aku cuba lupakan kisah hitam, kerana aku dah kenal Ahmad lama, jadi aku macam dah selesa hidup dengan dia. Kami dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki. Ye aku tau, mesti korang yang tengah baca ni pikir, “Wah tengah g4duh – g4duh pon sempat tambah anak”.
Nak buat macam mana aku ni kesian tengok Ahmad buat muka seposen dekat aku malam malam. Lagi pon dia masih suami aku. Aku risau kalau tak bagi nanti dia cari perempuan lain. Sejujurnya aku sayangkan Ahmad. Cinta pertama aku, lelaki pertama yang pik4t aku jadi macam susah nak move on.
Pada masa yang sama aku takut jadi janda, aku takut apa orang pikir. Aku ni takde keyakinan diri. Aku ni memang jenis risau apa yang orang pikir. Aku telah diuji dengan kata – kata aku. Waktu Alif Aziz, Afifah Nasir kant0i curang aku lah antara netizen yang kutuk bella yang cakap “Alah tinggal jela laki tak guna tu, dah curang buat apa nak simpan lagi, kalau aku dah lama angkat kaki”.
Bongkaknya aku masa tu dan Allah telah uji aku dengan kata – kata aku. Kini aku hidup dah tak macam biasa, aku rasa aku depr3ss, aku fobia tengok nurse, kalau nampak nurse mesti aku nak tengok nama dia Hazwani ke?
Sebab aku nak tanya Hazwani tu depan depan. Aku tak salahkan perempuan tu, sebab Ahmad yang mulakan dulu. Kalau dia tak gatal miang, takdenya orang ketiga dalam hidup kami. Dia yang buka pintu kepada orang ketiga.
Aku tak tau pasal Hazwani ni sebab Ahmad dah patahkan sim tepon dia awal – awal. Entah la, korang rasa dia dah tidur ke tak dengan perempuan tu? Ahmad pula sekarang walaupun dia dah jaga solat, rajin baca buku agama, kadang – kadang bagi ceramah kat aku tapi aku ni tak boleh lupakan apa yang dia buat belakang aku, aku tak tahu la dia ni ikhlas berubah atau saja wayang depan aku.
Anak – anak kami pon dah besar, aku cuba kurangkan g4duh dengan Ahmad. Sebab aku ni suka mengungkit. Aku suka s4kitkan hati Ahmad dengan kata – kata aku. Setiap minggu kalau tak g4duh aku rasa tak tenang. Aku macam tak boleh nak maafkan dia.
Dah hampir 4 tahun peristiwa ni berlalu dan aku ni hidup tak tenang, rupa – rupanya sebelum kami dapat anak lagi suami aku selalu mesej perempuan kat tinder, bigo, omi etc tu. Aku cuma tahu bila dah ada anak. Nasihat aku kat perempuan di luar sana tu, orang lelaki ni dia pandai.
Kalau dia nak curang tu, macam mana kita nak halang mesti dia ada je jalan nya, pasang la tr4p macam mana pon. Berburuk sangka lah dengan suami anda sebab orang lelaki ni pandai berlakon. Ahmad tak pernah ada password kat henset dia sebab nak butakan aku.
Aku sekarang tengah cuba nak bangun perlahan – lahan setelah jatuh terjelepok hidup dalam fantasi aku yang ingatkan suami aku ni setia. Dia depan perempuan konon malu – malu belakang kita naik tocang. Jangan letak kepercayaaan 100 peratus kat suami. Tengah cuba nak berpisah cara baik ni. Doakan aku ye semua. – Siti (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Noya Za : Suami confessor ni ada issue ins3curity dan lonely (dia seek attention kat perempuan lain yang baru Kenal). Ini bukan isu puan tapi isu suami. Impaknye kat umahtangga puan. Saya sajes ajak suami jumpa pakar dan kenali puncanya.
Memang kita anggap macam pekara mudah sebab ramai lelaki yang buat tapi ada ramai jugak lelaki yang tak buat. Suami boleh bagi alasan tak terIawan nafsu sy4itan (ni sebahagian) yang di cerita kan. Mesti ada habit lain dia / sisi yang puan masih tak kenali.
Haha.. nasihat acah – acah pakar. Puan, keje nak mengubah suami ikut acuan puan, takkan berjaya. Kesed4ran kena datang dari dia dan ini biasanya ditr1gger melalui tr4uma atau pengalaman yang buat dia sentap. Nak carik jalan mudah, pulangkan dia kembali kat famili dia.
Perempuan ni Tuhan cipta dengan kekuatan luar biasa, boleh melahirkan, boleh dimadukan dan sebagainya. Jangan perkecilkan kebolehan sendiri dengan melimitkan segalanya pada “sayang”. Keputvsan di tangan puan, carik la solusi sendiri demi masa depan anak – anak.
Jangan jadikkan suami contoh pada anak – anak yang membesar sebab history will repeat itself. Semoga puan menemui jalan penyelesaian terbaik. Note: (cara lelaki berfikir) memang suami akan cakap dia sayang puan sebab dia dah invest nak berkahwin dulu.
Ade ke orang nak tengok investment rugi?? But that does not mean dia stop kat situ, they can invest in few more! Terpulang pada puan how you want to manage your emotion to accept all this. Good luck!
Ammar Affendy : Puan, berdamailah dengan takdir. Masa akan mengubat Iuka. Namun jika puan masih tetap tak dapat terima dan kerap membuat ulah, amiklah keputvsan untuk pergi dari fasa perkahwinan puan dari terus melakukan d0sa.
Ya betul kerana perbuatan suami menjadikan puan jadi begitu tapi d0sa tetap berjalan puan. Jangan kerana dia, kita pula selalu menanggung d0sa hanya kerana kita tidak percayakan dia lagi dengan membuat pe’el sebagai isteri derh4ka. Puan layak bahagia ada ataupun dia tiada. Moga yang baik – baik saja puan di sana.
Bella Shana Nar : Susah nak lupakan apa yang dah berlaku lagi – lagi d0sa bermaksi4t. Takde isteri yang akan redha perbuatan curang. Kerana doa isteri ada untuk setiap langkah suami mencari rezeki halal untuk keluarga dan juga keberkatan rumahtangga bukan untuk bermaksi4t. Sekiranya suami dah berubah, Alhamdulillah, semoga tak berulang lagi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.