Aku cerita satu – satu kenapa muka Iebam berd4rah. Abah meng4muk, tapi abah tak pergi ser4ng cikgu, dia tulis surat aduan kepada kementerian. Tapi aku dipulau oleh semua cikgu, konon solidariti. Aku dihalau dari kelas bila mereka nak mengajar. ‘Saya tak nak mula mengajar selagi budak tu ada dalam kelas saya!’
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku kat sini nak kongsi pasal isu cikgu tak boleh sentuh murid. Sekarangkan dah buat undang – undang cikgu tak boleh sentuh murid, baru – baru ni ada plak ibubapa tak puas hati cikgu p0tong rambut anak – anak dorang.
Bila berkenaan cikgu ni, aku cuma nak ceritakan pengalaman pahit aku masa sekolah rendah yang aku tak mungkin akan lupa sampai bila – bila. Aku bersekolah di sebuah sekolah rendah di negeri Perak, masa tu aku darjah enam.
Aku boleh katakan kat sini yang aku dulu budak yang baik, aku tak pernah meIawan cikgu ape lagi nak menghidu gam. Aku pernah jaga mak aku yang s4kit k4nser d4rah, seawal usia aku 8 tahun. Aku bagitahu ni sebab nak membayangkan kat korang betapa aku dah galas tanggungjawab besar masa tu dan aku memang bukan budak liar yang selayaknya dimarah oleh seorang cikgu.
Kat sekolah tu masa tu ada seorang guru bahasa inggeris namanya teacher A.R. Teacher AR ni seorang perempuan gempal yang memang terkenal dengan sifat bengisnya, dia juga pakai perfume yang baunye dari jarak 100 meter dah mampu menggerunkan setiap murid, dia juga adalah seorang cikgu disiplin.
Satu hari tu aku tak sempat siapkan correction english homework yang dia bagi, jadi aku tinggalkan muka surat untuk correction tu kosong dan teruskan dengan homework seterusnya di muka surat lain. Teacher AR panggil aku depan kelas, tanya kenapa page kosong, aku jawab yang aku belum buat correction.
Tanpa tanya apa – apa lagi aku terus diIempang. Dia Iempang pipi kanan aku, aku terc4mpak ke blackboard, aku bangun dan pipi kiri aku pula diIempang sampai aku terjatuh ke meja murid lain, aku berdiri balik dan muka aku dipegang sambil kiri kanan muka aku terus diIempang sampai cukup tujuh kali.
Lepas kena Iempang kiri kanan, pipi aku dua – dua beIah b3ngkak, kebas, telinga aku perit berdesing. Dia gulung buku latihan, sondol dalam mulut aku, dan p4ksa aku berdiri di luar kelas. Semua itu hanyalah kerana aku tak buat correction.
Aku masih ingat budak – budak perempuan dalam kelas tu masa tu autom4tik menangis tengok kejadian macam tu berlaku depan mata mereka. Dan aku masih ingat d4rah yang berbekas kat buku latihan tu. Itu baru cerita tentang kejadian Iempang, yang lebih berbekas pada aku adalah kejadian – kejadian selepas itu.
Aku balik rumah, abah tanya kenapa dan apa yang jadi, aku cerita satu – satu. Abah meng4muk, tapi abah tak pergi ser4ng cikgu, abah tulis surat aduan kepada kementerian pendidikan malaysia. Kesannya? Aku dipulau oleh semua cikgu termasuk yang tak terlibat.
Aku tak paham kenapa. Solidarity begitu kuat sampai nak menyokong sesuatu yang terang – terang salah?? Aku dihalau dari kelas sewaktu mereka mengajar. ‘Saya tak nak mula mengajar selagi budak tu ada dalam kelas saya!’
Kawan – kawan aku terp4ksa minta aku keluar kelas. Tahun tu kami kena UPSR. Abah tak bagi pergi join kelas malam, sebab abah takde duit nak bayar cikgu. Abah ajar aku kat rumah, setiap malam. Setiap hari abah akan ajar aku, semua subjek.
Aku cuma seorang budak lelaki 12 tahun dan aku kena hadapi semua itu. Rasa takut dan malu nak ke sekolah setiap hari, rasa tersisih dengan cikgu dan kawan – kawan, rasa tertekan dengan semua orang. Hanya kerana tak siapkan pembetulan yang cikgu suruh!
Sampai ke hari aku UPSR, aku dipulau oleh semua cikgu. Sehinggalah keputvsan UPSR keluar, aku merupakan orang pertama yang diumumkan nama dapat 5A. Masa tu ada 24 orang je sekolah aku yang dapat 5A. Alhamdulillah.
Biasalah lepas tahu result semua murid berpusu – pusu ke bilik guru, cari cikgu untuk ucap terima kasih dan untuk menerima ucapan tahniah, aku pun ikut sekali. Aku cari teacher AR, tapi dia tak nak jumpa aku. Dia tolak untuk jumpa aku
Selepas beberapa minggu, abah bagitau pihak sekolah ada call dia, aku dapat tawaran ke sebuah sekolah berasrama penuh elit di Perak. Abah yang pergi ambil surat tu, tapi semua cikgu tak tegur abah, semua diam je. Aku nak cerita pasal impak dari kejadian tu masih banyak lagi.
Setiap hari kat sekolah asrama masa tingkatan satu dulu dormmate aku kena tolong titiskan ubat kat telinga aku, dan aku tak dapat nak suka subjek english sampai ke sekolah menengah. Ada semacam rasa tr4uma melekat kat aku disebabkan apa yang teacher AR buat kat aku.
Bukan tr4uma yang membawa aku kepada kejayaan ye. Aku tak dapat nak cakap macam orang lain, ‘Aku dulu selambe je kena Iempang ngn cikgu aku, ahh manja betul budak – budak zaman sekarang!’. Tak, aku tak mampu nak ungkapkan dengan bangga.
Aku benci sangat. Malah dekat bini aku pun lepas kahwin baru aku cerita semua ni. Teacher AR, kalau teacher baca ni, saya nak bagitau yang saya teringin sangat sangat nak jumpa teacher balik. Janganlah pura – pura tak kenal saya macam masa terjumpa kat mall Bukit Mertajam beberapa tahun lalu ya.
Saya sekarang seorang arkitek, alhamdulillah dah mendirikan rumahtangga dengan seorang doktor. Kami dikurniakan tiga orang anak. Arw4h abah pula akan sentiasa kekal jadi her0 kat hati saya, sebab abah lah saya kat mana saya sekarang. Bukan sebab org lain. Saya sangat rindukan abah.
Kepada orang – orang yang menyokong kuat solidarity mereka yang meIempang budak untuk mendisiplinkan budak, minta maaf, saya tetap dengan pendirian saya bahawa kekerasan bukan satu – satunya cara. Kekerasan hanyalah menggambarkan tahap kesabaran dan keimanan anda sebagai seorang Pendidik anak bangsa. Sekian luahan. – MN
Komen Warganet :
Azwan Zakri : Allah, teruk sangat tu sampai Iebam, berd4rah. Kalau zaman sekarang dah kena report polis dan saman cikgu macam tu. Itu bukan untuk mengajar. Semoga perkara macam ni tak berlaku pada anak – anak kita atau sesiapa sahaja. Mungkin nampak sikit tapi kesan tr4umanya sampai ke besar. Agak – agak kalau cikgu tu baca, nak tak dia minta maaf dekat penulis ye.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.