Mak sibuk kenenkan aku dengan lelaki berharta tapi aku tak sanggup ‘curang’ dengan suami

Aku dah banyak kali cakap dengan mak yang aku tak nak dekat lelaki tu. Aku tahu dia bujang, berharta dan baik tapi aku tak mampu nak curang dekat suami. Aku dah lama sabar dengan mak, kemuncaknya hari ini. Bila aku balik rumah dengan anak – anak, aku tengok laki tu ada dekat rumah. Aku masuk bilik tapi mak marah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Pertama sekali, aku nak kenalkan diri aku dulu ok.. Aku seorang balu kem4tian suami 4 tahun yang lepas. Alhamdulillah, aku dikurniakan 2 anak yatim sebagai amanah untuk dibesarkan.

Alhamdulillah jugak dikurniakan keluarga mertua yang sangat baik. Walaupun selepas ketiadaan anak mereka tetap aku dilayan dengan baik. Setiap bulan aku akan cuba bawa anak – anak aku untuk balik ke kampung arw4h suami kerana aku tak nak hubungan mereka dengan anak – anak terputvs.

Untuk sekarang, aku tinggal bersama kedua orang tua aku memandangkan adik – adik aku semuanya telah berkahwin (aku anak sulung). Niat di hati aku nak berbakti kepada mak dan abah. Rumah arw4h suami aku, aku sewakan.

Boleh jugak sedikit sebanyak menambah pendapatan aku untuk membesarkan anak – anak aku. Aku bekerja di dalam bidang sales, jadi kerja aku banyak bergerak dari dalam rumah. Masa aku dengan anak – anak memang sentiasa ada dan alhamdulillah jugak rezeki anak – anak dan aku seperti air yang mengalir.

Tak pernah kering, tak banyak tapi cukup untuk kami hidup bahagia dengan cara kami. Setahun dua kebelakangan ini, boleh dikatakan ramai yang nakkan aku tapi aku tolak dengan cara baik. Aku chinese look. Apa yang aku nak luahkan di sini, ada seorang lelaki, seorang teruna yang sebaya aku dan agak berharta nakkan aku.

Pada mulanya aku cuba beri peluang untuk dia tapi aku rasa aku seolah – olah tak boleh serasi dengan dia. Dia baik alhamdulillah, cumanya bagi aku, aku mencari suami yang mampu menjadi kawan untuk aku bercerita A-Z.

Tetapi dengan dia, aku tak mampu dan aku rasa kekok untuk bercerita sebab dia sentiasa tak faham apa yang aku sampaikan sedangkan aku nak suami yang aku boleh berkongsi segala – galanya. Seperti arw4h suami aku dulu, yang banyak memahami aku dan yang sentiasa faham apa isi hati aku.

Dan paling bermasalah untuk aku, aku rasa seolah – olah aku ni curang dengan arw4h suami. Mungkin aku masih tak boleh terima lelaki lain dalam hidup aku sebab sayang dan cinta aku untuk arw4h suami masih kuat seperti dulu.

Aku rasa suami aku masih ada di sini dengan aku dan anak – anak. Masalah sekarang ni ialah mak aku. Mak aku yang hari – hari bila depan aku selalu sangat memuji si lelaki yang nakkan aku tu. Aku diam walau aku tak suka sebab aku taknak nanti g4duh dengan mak sebab dia.

Dan selalu juga mak aku suruh aku text dengan dia. Pernah juga kadang – kadang aku g4duh dengan mak sebab mak suruh aku keluar dengan lelaki tu tapi aku tak nak. Hampir setahun perkara ni berlaku. Dan kemuncaknya sebentar tadi bila aku sampai di rumah dengan anak aku.

Aku nampak lelaki tu ada di rumah. Aku diam tak kata apa walaupun aku tak suka sebab aku fikir ni rumah mak,  aku tak da hak nak halang sesiapa dari datang rumah mak. Aku masuk bilik aku tanpa sepatah kata. 5 minit kemudian mak masuk bilik aku marah aku sebab aku buat tak tahu dan tak layan lelaki tu.

Aku tak nak besarkan cerita dan aku nak elak dari berg4duh dengan mak. Aku keluar dari rumah drive tanpa hala tuju, puas aku menangis dan aku fikir kenapa semua ni aku yang perlu tanggung. Mak text aku suruh aku berbaik dengan lelaki tu.

Mak cakap mak tak p4ksa aku kahwin dengan dia cuma mak suruh terima lelaki tu sebagai kawan. Masalahnya aku dah anggap dia sebagai kawan at the first place tapi dia cakap aku bagi harapan dekat dia. Dan sebab tu aku terus buat tak tahu dekat dia tapi dia..

Setiap hari text aku wish morning, jangan lupa makan, aku tak reply. Adik aku pujuk aku suruh aku balik. Aku bukan nak lari dari rumah. Aku cuma nak mengelak dari terus bertekak dengan mak. Aku sedih sebab mak aku lebih kesiankan lelaki tu berbanding aku.

Mak yang sepatutnya lebih faham keadaan aku dan isi hati aku tapi jadi sebaliknya. Pada mak, aku tak boleh kahwin dengan orang luar dari negeri kami tinggal. Itu tak boleh and ini tak boleh. Seolah – olah mak yang nak tentukan dengan siapa jodoh aku.

Sejak aku putvskan untuk tak melayan lelaki tu. Aku nak keluar bekerja pon masalah, mak macam fikir aku keluar dengan lelaki lain. Tapi kenapa dengan lelaki tu mak beria ia sangat suruh aku keluar. Ish tak faham lah.. Sebab dia hidup aku jadi kelam kabut.

Hidup aku selama arw4h suami dah takde, aku tak pernah susahkan orang. Aku ada masalah atau takde masalah aku pendamkan sorang – sorang. Aku tak pernah meminjam duit dengan orang, aku hidup dengan anak – anak aku tanpa sedikit pon bantuan orang.

Malah aku menanggung mak dan abah. Aku cuma nak mak faham aku. Aku nak mak biar aku buat keputvsan untuk hidup aku sendiri. Aku dah 38 tahun. Aku ada hidup aku sendiri. Aku jugak nak mak support aku dari segi semua benda.

Tapi tak.. Aku tak dapat semua tu. Aku dah la kem4tian suami. Dengan siapa lagi aku nak menumpang kasih kalau bukan dengan mak sendiri. Siapa lagi nak faham aku macam arw4h suami faham aku kalau bukan mak aku sendiri.

Aku letih hidup macam ni. Macam – macam aku dah lalui sejak arw4h suami meninggaI. Aku tahan aku sabar tapi hari ni.. Sabar aku sem4kin menipis. Sebab lelaki tu.. Hubungan aku dengan mak menjadi keruh. Aku jadi marah dan sem4kin lama aku rasa macam benci dekat dia.

Sebab h4ng lah, aku tak ok dengan mak aku. Kenapa perlu lagi nak bagi macam – macam dekat mak aku walaupun dah tahu aku tak nak dekat dia. Aku dah terus terang aku tak nak tapi dia cakap nak usaha. Masalahnya usaha dia buat aku sem4kin bermasalah.

Kenapa perlu mem4ksa aku? Kenapa tak boleh biarkan aku hidup happy dengan anak – anak aku. Kalau tak nak membantu, biarkan kami hidup dengan cara kami sendiri. Kalau betul sayangkan aku seperti yang dikatakan, doakan aku bahagia.

Sayang dan cinta tak semestinya memiliki. Please korang.. Doakan aku kuat dan sem4kin kuat untuk besarkan anak – anak yatim aku. – Rara (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sarah Abdul : Maaf puan. Saya cadangkan puan berbincang dengan adik beradik. Lihat mereka di pihak mana. Sekiranya pihak puan. Boleh minta sokongan dari mereka dan buat perbincangan semuka lelaki tu, mak ayah dan adik beradik.

Terangkan puan belum sedia untuk berkahwin lagi dan masih mampu. Puan, puan jangan str3ss. Mungkin kesedihan dan kesunyian di air muka puan buat mak rasa yang puan perlu berkahwin. Dia tak faham sedih puan puncanya yang lain.

Puan gembirakan hati, pergi bercuti dan segala pertemuan, arahan untuk contact lelaki tu puan abaikan macam angin lalu. Bergembira supaya mak puan sedar, puan dah gembira dengan keadaan sekarang. Semoga dipermudahkan urusan puan.

Noor Afidah Alias : Bila puan pergi kerja siapa yang jaga anak – anak ye? Hantar pengasuh ke? Ke mak yang jaga kan? Kalau mak yang jaga kan, ada sebab kenapa mak minta puan kahwin lagi. Tapi kalau pengasuh yang jaga kan, tak de sebab pun mak p4ksa puan kahwin lagi. Bincang la baik – baik dengan mak puan.

Noor Asikin : Kesian kat puan. Memang betul nak cari yang ke-2 kena extra berhati – hati. Sebab teringat dulu seorang kawan kawin kali ke-2 sebab kena pujuk dengan kawan – kawan yang lain, dia pun ikut lerr cakap mereka. Tengok – tengok dapat yang baran, nangis tak berlagu kawan tu sebab dia kata arw4h suami pertama dia dulu sangat lembut dan prihatin tak reti nak marah – marah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.