Memang abah seorang yaang sangat bertanggungjawab pada anak – anak, tapi berbeza dengan cara layanan abah pada ibu. Bayangkan hanya kerana sebab ibu terlupa tekan rice cooker masak nasi, abah akan h1na ibu sampai seluruh keturunan ibu. Cuba kalau dia atau anak – anak yang buat salah, dia boleh je terima. Kami pernah cakap kat ibu, kalau ibu tak tahan dengan abah, kami faham tapi jawapan ibu buat aku tersentak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Wawa, umur 24, berasal dari Pantai Timur.
Tujuan saya menulis luahan ini bukanlah kerana ingin menga1bkan diri sendiri dan keluarga tapi sebagai kesed4ran buat orang ramai bahawa wujudnya golongan NPD (Narc1ssitic Pers0nality Dis0rder) di dalam kalangan kita. Semoga ianya menjadi pengajaran buat pembaca – pembaca semua.
Mengikut pemahaman aku, Narcissist ni adalah merupakan seseorang yang sering menunjukkan kekaguman yang berlebihan terhadap diri sendiri, merasakan dirinya sentiasa penting, sentiasa mahukan perhatian dan kekurangan empati terhadap orang lain.
Ringkasnya, jika confessor tersebut hampir menjadi pasangan kepada seorang NARCISSIST, saya pulak ditakdirkan Allah swt untuk menjadi anak kepada seorang NARCISSIST.
Hebat bukan. Sungguhpun begitu, jangan fikir kehidupan saya akan merana, maksudnya dari kecil sampai besar did3ra mentaI dan fizikaI. Bukan!! Seperti mana yang kita tahu, individu NPD lazimnya cenderung akan meny4kiti pasangan, iaitu ibu aku.
Jadi kita tolak ke tepi mengenai tanggungjawab seorang bapa sebab abah saya ni kalau dinilai secara mata kasar, sungguh dia rela m4ti untuk anak – anak. Tapi apakan daya, ia tidak cukup untuk mengatasi kebencian atas apa yang telah dia lakukan buat ibu aku!
Saya anak ke 5 dari 6 orang adik beradik. Dulu, semasa kami masih kecil, kami sudah ‘aware’ dengan perangai abah yang suka membangga diri tak tentu hala. Konon orang – orang yang kerja buat jalan, tukang sapu tepi jalan tu sebab dia tak nak belajar.
Percaya atau tidak, abah saya selalu je kata kat aku. “Ha tu tengok tu orang buat jalan, belajar tak pandai la tu..” ayat yang kononnya nak me’motivasi’kan anaknya ini.
Tapi masa tu saya masih kecik, masih tak tahu realiti kehidupan. Once kami adik beradik memasuki kehidupan sebenar, barulah kami sedar yang dunia ni bukanlah seperti yang sering dimomokkan oleh abah. Jadi saya pun cubalah untuk explain pada abah.
Responnya agak tragis, pernah tau abah berg4duh mulut dengan abang saya sebab abang saya cuba sangkal ayat dia. Ceritanya bila kami satu keluarga tengah bincang – bincang pasal apa yang patut saya apply lepas SPM.
So abang saya suggest untuk saya apply jugak SPA. Abah saya ape lagi, marahlah sebab dia kata SPA tak sesuai untuk saya yang dapat banyak A. SPA untuk yang budak – budak fail, apply nurse, basuh b3rak orang. Fuh ayat memang pedih! Dan banyak lagi la isu yang terjadi. Kami anak – anak terbiasa dengan ‘bantahan’ abah di setiap keputvsan.
Kalau membantah, abah akan gunakan kuasa veto untuk ‘ik4t’ kami mengikut apa yang dia nak. Kalau ketika kecil, antara ayat yang abah guna, “Kalau nak buat, jangan jadi anak abah lagi.. Tukar binti”. Sungguh kami adik beradik sangat makan hati.
Impaknya, kami sudah ajar otak kami untuk tidak bagitahu abah tentang sesuatu perkara itu. Apa guna bagitahu kalau semua benda tak kena di mata abah. Jadi kami ambil tindakan sendiri, kalau perlu bagitahu abah pun, hanya bagitahu benda basic sahaja, tak terangkan dari A to Z.
Sebab masing – masing tak sanggup dah terima setiap ‘ayat pedas’ dari abah. Selesai sedikit sebanyak pasal hubungan saya adik beradik dengan abah. Sekarang saya nak cerita pasal abah dan ibu pulak which is benda yang patut saya highlightkan dekat sini.
Kalau dulu, saya dan adik beradik masih kecil, tapi sekarang, masing – masing dah besar, jadi kami tahu ada benda yang ‘tak kena’ dengan hubungan abah dan ibu. Nak tanya, sebagai seorang wanita, jika suami kita sendiri benci, h1na, p1jak lumat maru4h mak abah kita, adakah patut kita gelarkan dia seorang “syurga”?
Ya, itulah berlaku pada ibu saya selama ni. Hidup ibu disirami kata – kata abah yang sering mengungkit, mengh1na dan mencemuh keturunan ibu saya terutamanya arw4h atuk, iaitu abah ibu. Kesalahan ibu apa? Lupa tekan nasi, salah letak lada dalam telur, sup tawar.. bla.. bla.. bla…
Kau sebagai anak, what you expect? Tengok ibu kau kena marah, kena tengking? Kalau masih kecil, mungkin saya akan buat tak tahu, dengan alasan sebab saya tak faham dengan semua benda. Tapi umur dah 24, kalau kau abaikan, buat – buat b0do dengan semua ni maksudnya kau bod0h betullah kan?
Masalahnya abah saya ni okay je kalau dia sendiri buat kesalahan. Contohnya, pasal telur tu. Kalau dia sendiri atau saya adik beradik buat, letak satu pokok lada pun tak dak hal.
Tapi kalau ibu? MashaAllah, mulut dia kaw – kaw punya bagi kat ibu. So nampak tak masalah dia? T0xic kan. Dengan setiap apa perbuatan abah pada ibu, sedikit demi sedikit menimbulkan titik – titik dend4m dalam hati aku. Bila balik rumah, saya akan cuba untuk tak jumpa ayah, maksudnya, kalau abah kat dapur, saya rela duduk je dalam bilik.
Abah masuk bilik, saya keluar la. Sebab saya marah, saya geram dengan dia. Saya takut saya tak boleh kawal perasaan bila hadap abah. Kakak, adik saya ada je tegur aku, tapi entahlah. Bagi aku, daripada saya “ter”kurang ajar dengan seorang bapa, baik saya ‘lari’ siap-siap.
Saya pun tak sekuat adik beradik saya yang lain, sejenis ‘direct’ person, kalau nak marah, saya marah je, jenis cakap lepas. KIimaks cerita ni bila nenek kami s4kit. Nenek demam meng3jut. Masa tu semua ahli keluarga besar beIah ibu saya berkumpul kat rumah kami.
Tentunya yang paling tak selesa dengan suasana tu adalah ayah! Sebab dia lama dah ‘terasing’ dari adik beradik ibu. Individu NPD ni Allah swt beri kelebihan pada mereka, kalau kita jumpa sekali, memang kita akan cepat selesa, cepat sayang tapi once kita buat something yang dia tak suka, NPD akan jadikan kita musvh.
Macam ayah, kesnya simple sahaja, dah abah jenis tak boleh masuk dengan orang, semua benda abah tak setuju, last – last semua orang abaikan, malas layan perangai abah. Bila kumpul satu family, semua orang buat tak tahu, tak ajak abah makan, tapi abah ‘0ver’ berdend4m, tak move – on dan keep on mengungkit benda tu walau benda tu dah berlaku dah lebih 20 tahun.
Masa nenek s4kit tu berlakulah sedikit konfIik antara abah dan adik ibu. Kesnya kecik je, abah nak keluarkan nenek dari bilik, dengan alasan nak bagi pengud4raan yang baik. Sebab pada tafsiran ayah, nenek sedang menunggu ajaI. Kalau nenek pergi, senang kerja nak mandikan sebab dah ada kat luar.
Allahuakbar! Menangis saya dengar tu. Semudah itu abah give-up pada nenek. Hebatnya abah boleh tahu bila ajaI nenek. Kami tak setuju tapi apa boleh buat, kami masih budak. Tapi adik ibu, berani kata TIDAK! SaIute giIa!
Dengan penuh perjelasan yang sangat bernas dan logic, adik ibu berjaya ‘patah’kan cadangan abah. Korang ingat NPD akan terima dan mengakui kesalahan? Tidak gaiss tidak.. NPD akan man1puIate situasi tersebut mengikut tafsiran hati dia.
Abah c0ver rasa ‘tergugat’ tu dengan asingkan diri sendiri. Means, dia berkurung dalam bilik, tarik muka dan jadikan semua orang musvh masa tu. Yang lawaknya, cerita tersebut diubah 100% bila ianya keluar dari mulut abah. Kalau nak tahu, NPD ni kalau bercerita, memang akan sentiasa play vict1m, dan dia akan man1puIate cerita tu untuk buat orang lain nampak yang dia langsung tidak bersalah.
Pendek kata, dia MENIPU! Masa tu saya mula lihat perubahan pada raut wajah ibu. Letih, penat.. entahlah sukar saya nak tafsirkan. Nenek mulai sembuh, berkat doa dan usaha yang tak putvs dari cucu – cucu lelakinya. Terbukti, abah bukan Tuhan!
Bukan main kata Nenek dah nak ‘pergi’, tengok Allah SWT tunjuk kuasa melebihi tafsiran abah. Kes lagi hangat bila majlis bertunang kakak aku. Calon kakak saya ni kira macam bukan type abah saya nak lah. Pelajaran tak ada, kerja tak best. Macam tak sekufu la. Jadi abah memang ketatkan syarat untuk kakak saya kahwin.
Kakak kena kerja dulu, boleh pegang duit sendiri. Masalahnya kakak saya ni nak masuk 3 series dah weh. Pastu kakak saya pun bukannya duduk rumah goyang kaki, kerja sana sini. Tapi semua benda tu tak valid sebab definisi kerja bagi abah adalah “kerja kerajaan, ada slip gaji, gaji ikut kelayakan”.
Korang ingat dalam 10 rakyat Malaysia, berapa je bernasib baik lepas grad terus dapat kerja sesuai dengan kelayakan?? Dipendekkan cerita, keluarga beIah lelaki nak datang bawak cincin. Mereka semua datang jauh – jauh, takkan datang tangan kosong. Ibu cuba explain dekat abah tapi macam saya cerita kat tadi, apa saja benda, kalaulah ianya datang dari ibu, seelok manapun benda tu, akan jadi telur busuk jugak di pandangan mata abah.
Demi nak tunjuk eg0 dia, sesuka hati dia tetapkan “MAJLIS TU TAKYAH CINCIN2, DATANG MAKAN PASTU BALIK”. Amboi bang aji, kau ingat yang datang tu sed4ra mara beIah kau ke? Sesuka hati. Tiba hari kejadian, fuhh panas beb!
Korang pernah tengok drama antara dua darjat secara live? Yesszaaa, saya berpeluang menyaksikan segalanya di depan mata. Mulut abah saya boleh tahan wei, kaw2 dia bagi kat keluarga beIah lelaki.
“Anak saya ni ada Master”
“Saya nak anak saya kerja kerajaan. Nak rasa nikmat pelajaran dia dulu”
“Nanti pandai – pandailah kau cari kerja kat sini ye”
Depan – depan semua orang weh. Saya ni tunggu je salah sorang beIah lelaki tu bangun, amik sirih cincin tu, sumbat mulut abah pastu blah! Yang paling best, adik beradik ayah, sengaja ibu panggil untuk join majlis tu, boleh buat ‘derk’ je, takde inisiatif nak ‘p0tong’ masa abah cakap.
Ibu tanya, boleh pulak diorang kata, “Alah biasala tu, memang perangai dia sejak dari dulu” Hakkk tuihhhhhh, hampeh punya manusia! Silap ibu saya ni sebab dia terIampau percaya pada orang, especially pada adik beradik abah.
Sedangkan saya adik beradik ni memang dah faham sangat perangai diorang, taIam bermuka – muka. Depan – depan puji, belakang.. kata ibu saya isteri tak reti bersyukurlah sebab tak hargai abah aku.. Depa tak sedar perangai adik depa macam hangsuang! Abah saya pulak, dan nama pun peny4kit NPD. Memang ‘makanan’ dia la puji – pujian ni.
Sebab tu abah sangat agungkan adik beradik dia. Sampai dia letak level adik beradik dia lebih tinggi dari level kami anak-anak dia ni. Tapi saat dia j4tuh, saat dia s4kit, belum pernah lagi mata saya ni tengok adik beradik dia datang tolong, yang ada, IBU dan aku.
Tapi majlis tu tetap berjalan sebagai majlis tunang. Kakak keluar bilik dan cincin selama disarungkan. Lepas tu, keadaan rumah mak1n panas. Abah ignore ibu, tak makan sekali. Ibu pulak, untuk kes kali ni, saya nampak dia sangat ‘lain’.
Kalau dulu, teruk manalah abah kata, ibu tetap akan act like biasa, jemput makan, tegur bila balik rumah. Tapi kali ni, saya nampak ibu seolah sangat – sangat tak ada reaction. Saya yakin pasti ada perkataan yang keluar dari mulut abah yang ibu tak tahan.
Tapi ibu saya ni, sangat perahsia orangnya. Kami kena try hard untuk k0rek baru dia bukak mulut. Abah saya pulak macam orang ‘tak betul’, cerita sana sini kata ibu saya tipu dia, tak cerita yang keluarga sana datang bawak cincin. Menjatuhkan maru4h dia lah!
Dan of course, dia ungkit, ungkit, ungkit dan ungkit segala benda “kesalahan/kesilapan’ yang ibu buat dulu. “Abah kau (arw4h atuk) jatuhkan maru4h aku. H1na saya sebab keturunan saya tak ada duit” antara ayat abah.
Yang pasti segala cerita yang dia ungkit tu sangatlah menyimpang dengan situasi sebenar. Macam saya cerita tadi, dia akan man1puIate cerita tu mengikut tafsiran diri dia sendiri.
“Sampai m4ti saya takkan maafkan kesalahan abah kau, takkan lupakan apa yang adik beradik kau buat dekat aku.
“Saya takkan maafkan abang (abang ibu) dekat aku.”
Sungguh kalau korang tengoklah ‘life’ abah aku, dengan sembahyang full 5 waktu, mengaji, berzikir, memang tak akan expect perkataan – perkataan tu takkan keluar dari mulut dia, Tapi sebab abah seorang NPD, benda tu la yang menyekat ‘hati’ dia untuk terima segala benda dengan hati terbuka. NPD ni seolah – olah dia tak berdamai dengan hati sendiri.
Paling kami adik beradik tak boleh terima, abah kata dia menyesal kahwin dengan ibu, tak boleh tengok muka ibu, muka ibu macam ber0k. Allahuakbar, luluhnya hati kami. Abang sulung saya pernah kata, andai orang yang kata ibu kita macam tu adalah bukan ayah, pasti itulah hari terakhir orang tu bernyawa atas muka bumi ni!
S4kit gaiss, berp3rang dengan hati dan perasaan. Kalau d3ra fizikaI, orang boleh nampak Iebam sana – sini, tapi ni mentaI, kita cerita pun belum tentu orang percaya. Status hubungan abah dan ibu sekarang? Masih mendatar. Maksudnya, kat rumah tu, masing – masing buat hal sendiri.
Tak makan sekali. Abah buat ibu macam orang asing. Kami adik beradik? Mestilah rasa sangat tak best dengan keadaan tu. Pernah abang-abang saya konon – konon cuba ‘slow-talk’ dengan ayah, tapi abah saya NPD gais. Abang saya niat nak menasihati, tapi abah saya tafsir, ibu saya yang hasut anak – anak untuk benci dia.
CompIicated kan??? Even kalau kita rujuk pakar pun, takkan boleh sembuh sepenuhnya.. dia sejenis mentaI dis0rder. Tapi masyarakat sukar nak terima peny4kit ni. Masyarakat hanya terima ia sebagai “Perangai, perangai, perangai.. dan perangai” . Abang saya banyak kali sebut “ Ibu, kalau ibu tak tahan, bagitahu abang. Kami adik beradik faham”
Dan ibu pernah suarakan hal tu.
Abang saya pun dah prepare untuk suruh ibu rujuk pejabat agama. Just untuk bagi w4rning pada abah. Sebab mengikut apa yang kami baca, individu NPD akan ‘tunduk’ bila tengok pasangannya mintak cerai. Tapi ibu saya baik, sungguh baik! Rezeki abah dapat ibu kami sebagai isteri.
Dalam pada hatinya Iumat dis1at suami sendiri, masih fikirkan a1b abah. Ibu risau abah yang malu nanti. Ibu kata biarlah abah yang lepaskan dia. Dengan cara itu, nampaklah yang ibu yang salah, bukan abah. Korang rasa NPD akan reIa lepaskan pasangan begitu saja? Tidak gaisss…
Kalau dengarlah ayat abah aku, sungguh korang akan cakap “ Kalau dah begitu teruklah isteri kau, ceraikanlah dia..” Tapi respon ayah, seperti yang dijangkakan, NPD akan menggeIabah tapi dalam masa yang sama akan tetap teruskan mengagumi dirinya.
“Eh tak ada sampai tahap macam tu”
“Dia mana boleh hidup tanpa aku”
Ha kau rasa? NPD ni eg0nya tinggi melangit. Hanya satu cara sahaja, ibu kena rujuk orang yang sepatutnya. Kalau setakat kami bagi nasihat, abah akan tafsir benda lain. Kalau ibu rujuk pejabat agama, setidaknya boleh ‘tunduk’kan sedikit dan seolah bagi amaran pada abah yang bini dia bukan calang – calang.
Kami adik beradik pernah juga merancang untuk sama – sama berdepan dengan abah. Bagitahu segala isi hati kami. Explain kenapa kami ‘ign0re’/ marah abah selama ni. Tapi abah seorang NPD. NPD akan lari bila kita ajak berdepan. Sebab itulah titik kelemahan dia.
NPD dikurniakan nikmat percakapan yang lancar. Maksudnya bila dia bukak mulut, dia ada kelebihan untuk mendiamkan orang lain. Jadi dia akan terus bercerita dan bercerita tentang ‘penipuan’ dan cerita rekaan sendiri demi menampakkan dia sahaja yang betul.
Tapi abah berani cakap belakang je. Maksudnya, kalau ada kes dengan pak sed4ra aku, dia akan cerita dekat orang kampong atau mana – mana individu yang sudi dengar ‘penipuan’ dia. Yang peliknya lepas tu, abah sendiri yang akan asingkan diri dari pak sed4ra aku. Kalau jumpa, abah akan lari.
Saya pelik, kalau dah betul sangat abah dian1ayai oleh pak sed4ra saya seperti yang dia duk UPkan, maksudnya pak sed4ra saya lah yang patut lari, kenapa abah yang ‘teran1ayai’ pulak yang susah – susah nak cabut? So nampak tak individu NPD ni macam mana?
Dia berani cakap belakang je, sebab dia tahu dia menipu. Kalau betul, dia takkan takut. Nak takut ape kalau kita betul. Pendek kata, NPD ni memang seorang PENGECUT! Abang – abang saya cakap, kalau betul ibu nak minta fasakh, biarlah ibu saja yang beritahu abah.
Yang ni memang saya tak setuju. Come on, abah definitely akan lari! Tapi ye lah, isu tu senyap begitu saja. Hingga kini ibu lebih memilih untuk menelan segala – galanya. Saya hormat dan tak pernah salahkan ibu. 30 tahun lebih hidup berpasangan bersama seorang NPD.
Dari awal perkahwinan otak ibu sudah di’train’ untuk mengalah dengan alasan “tak ape dah biasa… memang perangai suami saya macam tu. Saya sebagai isteri kena terima”. Jadi bila dah berlaku macam ni pun tetap ibu kata “Tak apa, dah biasa, dulu kena lebih teruk”. Dengan penuh linangan air mata, ibu pesan
“Kalau la ibu pergi dulu, tolong jaga ayah, tolong jaga ayah… adik beradik dia tak akan jaga. Jadi anak – anak dia la yang kena jaga. Teruk mana pun ayah, s4kit hati macam mana pun, jangan pernah give up, jangan tinggalkan abah. Jagalah dia.. andai ibu pergi dulu.”
“Apa yang berlaku antara ibu dan ayah, anak – anak jadikanlah ia sebagai iktibar, jangan risau, ibu okay. Allah ada. Ibu okay…” Sungguh ujian ini buat kami sekeluarga jatuh terduduk.
Kalau orang luar nilai ‘life’ aku, pasti diorang ingat saya ni serba serbi sempurna. Keluarga senang, pelajaran ada, keluarga bahagia tapi hakikatnya sungguh kelat untuk kami telan. Tapi kami adik beradik yakin besar lagi rahmat dan kuasa Allah swt. Doa saya hanya satu, semoga Allah swt tentukan yang terbaik untuk ibu dan abah dan jadikan saya seorang anak perempuan abah yang baik.
Semoga Allah kirimkan kekuatan buat saya dan adik beradik agar tetap terus berpegang pada nasihat ibu walau apa pun yang berlaku. Buat yang masih mencari pasangan, satu je pesan aku. Kenali pasangan anda betul – betul.
Kalau rasa seolah dia sahaja yang sering mend0minasi hubungan, sering menguasai, ada baiknya berundur. Jangan asyik mengalah dengan alasan cinta, jangan asyik mengiyakan dengan harapan dia akan berubah.
Kerana NPD TIDAK AKAN SESEKALI BERUBAH.
Yang berubah adalah kita. Kita akan terbiasa mengalah hingga kita lupa cara untuk meIawan, akhirnya NPD akan menguasai kita dan kita terikat dengannya sampai akhir hayat! Jadikanlah kisah keluarga saya ni sebagai pedoman dan iktibar.
Kami tiada pilihan untuk berpatah balik, kami hanya ada satu pilihan saja. Iaitu dengan meneruskan hidup dengan mulut yang tak berhenti berdoa supaya Allah lapangkan setiap kesuIitan yang akan saya lalui nanti.
– Wawa (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Ayuni Jalilah : Wahai kaum Adam. Tolong faham satu benda. Walaupun korang seorang ayah yang baik, tapi kalau korang layan isteri korang macam h4mba, anak – anak tak akan hormat kat korang. Sebab tu ibu mereka.
Tak ada sapa pun dalam dunia ni suka ibu depa dilayan macam h4mba. Confessor nasihat tolong kenali pasangan anda betul – betul sebelum kahwin. Saya setuju. Tapi tak semudah tu, sebelum kahwin siapa – siapa pun boleh belakon.
Lepas kahwin baru tau wajah sebenar. Tu pun bukan lepas kahwin terus tahu, ntah lepas 5 tahun pun belum tentu kenal pasangan sepenuhnya. Wallahualam.
Wan Nooraihan : Sangat simpati dengan nasib ibu TT have to stay in t0xic marriage for very long years. But we can do nothing since ibu TT sendiri terlalu redha dengan suaminya. Sebagai anak, bahagiakanlah ibu semampu yang boleh.
Kebahagiaan tu dia tak mampu miliki bersama suaminya. Maka jadikan kebahagiaan dia bersama anak – anaknya. Sokong dan dokonglah dia. Untuk ayah, jangan pernah putvs asa untuk doakan dia. Mintak dengan Allah kerana setiap detik hati, setiap gerak dan laku semua berlaku dengan izinNYA.
Norhawani Wani : Kena baca sampai habis. Memang banyak kes macam ni dalam masyarakat. Hidup menyendiri, semua pendapat orang lain tak betul. Yang dia saja betul. Suka kritik orang tapi tak boleh terima kritikan orang. Hmm….. Rezeki masing – masing diuji hebat. Semoga kuat dan dipermudahkan segala urusan.
Anizah Othman : Saya pernah terbaca dalam majalah keluarga @ Jelita sudah lama dah lebih 22 tahun yang lalu zaman belajar di U. Tentang ayah atau suami yang sebegini, d3rita seorang isteri tak tertanggung bila membacanya. Tapi yang membuatkan isteri atau ibu bertahan kerana suami sangat bertanggungjawab terhadap anak – anaknya.
Sangat menyayangi anak – anak. Hidup miskin di dalam kebun getah, anak – anak ramai tapi Allah kurniakan anak – anak yang baik dan bijak. Mereka duduk di asrama. Di akhirnya cerita si penulis menabur beras kuning bila mendapat tahu ibu dan ayahnya berpisah. Ibunya menjalani hidup di hujung usia dengan gembira, ayahnya berkahwin lain. Anak – anak masih menghorm4ti ayahnya. Semoga mereka yang berhadapan dengan ujian Allah ini dikurniakan kesabaran.
Sakinah Zulkefle : Cerita dia sama macam kenalan saya sorang tu. Tak ada beza pun cuma ayah kenalan tu baik sikit daripada confessor ni tak dak la sampai “tukar binti” tapi part dia tak selesa ayah dia ada rumah etc semua sama.
S4kit dan sesak dad4 baca confession macam ni. Sebab kepercayaan boleh hilang buat seorang anak. Sampai kenalan saya fikir “untuk apa pernikahan andai ayah sendiri pun buat perangai macam tu? Wujud ke lelaki yang nak sayang anak dia sedangkan anak dia dah duduk dengan ayah tu dalam keadaan negatif?”
Haaa.. Ayah macam ni boleh lahirkan generasi yang anx1ety, penuh dend4m, mentaI juga. Tapi bukan NPD. MentaI sebab dend4m dan akan rasa nak membunvh orang. ‘Tahniah’ lah buat ayah macam ni.