Semua keluarga aku dah ‘takde’, tapi setiap kali balik rumah aku akan kemas rumah macam mereka masih wujud

Bila tiba hari Raya, aku akan masak lauk yang biasa mak masak. Selalunya ramai kawan atau jiran – jiran datang nak beraya, bagi lauk. Tapi aku lebih rela tutup semua lampu dan buat macam aku tak ada dekat rumah..

#Foto sekadar hiasan. Sekadar berkongsi sebab aku tahu ramai je dari kita yang sebenarnya kehilangan ahli keluarga dan orang yang kita sayang waktu kita hidup. Hakik4tnya nak langkah kaki untuk harungi hidup tanpa insan yang tercinta memang teramat payah.

Tambah lagi bagi kisah aku, bukan satu, bukan dua, malah tiga orang ahli keluarga yang telah pergi. Aku ada 4 orang ahli keluarga termasuk aku, umur 19 tahun aku hilang ibu ayah dan adik. Jadi pada umur 19 tahun aku yang tengah sambung belajar teruskan kehidupan tanpa mak ayah dan adik aku. Perit, pedih rasanya.

Aku ni pula hidup memang tak ada saud4ra mara langsung sebab ibu dan ayah aku pun memang sebatang kara. Cuma aku agak bernasib baik rumah ni memang dah dibeli cash dan ibu dan ayah aku ada simpanan. Jadi aku pun boleh hiduo dengan simpanan mereka, untuk teruskan hidup.

Rumah aku dekat Johor, tapi aku masih belajar dekat Selangor. Aku pun hari demi hari, bulan demi bulan, setiap kali cuti aku sentiasa berharap sangat yang semua ni mimpi. Tapi hakik4tnya bila balik rumah kosong, tak ada orang.

Ayah tak ada, ibu tak ada, adik aku pun tak ada. Yang ada basikal adik aku, motor ayah aku dan ampaian yang mak aku selalu jemur baju. Setiap kali balik aku cuma mampu baring dekat tengah ruang tamu menangis. Bila dah puas menangis baru aku boleh bangun.

Setiap kali balik , aku akan susun balik semua barang dekat rumah dari baju mak ayah dan adik aku, mainan adik aku. Jadi semua barang setiap kali aku balik aku akan alih. Dari sofa, tv, meja dapur, kadang – kadang tu aku cat ruang rumah aku.

Bagi aku benda ni yang bagi aku mampu terus hidup dan dalam masa yang sama nak bagi aku rasa ada “proof of existence”. Aku akan rasa kewujudan mereka sentiasa ada dengan aku. Bila mak ayah dan adik beradik kau tak ada, kau memang akan hilang satu part yang terus terang ikut sekali dengan pemergiaan mereka.

Separuh dari kau memang tak akan datang balik dan separuh lagi kau bawa sampai nafas terakhir. Aku terp4ksa terima hakik4t bahawa sejak dari hari tu, tak ada yang akan telefon dan tanya kau balik atau sihat ke tidak, tak ada yang tunggu kau dekat rumah dan tak ada yang kau boleh throwback balik zaman kanak – kanak kau.

Tak ada dah adik yang kau boleh bawa bergurau, bawa dia pergi jalan, t3ndang bola depan rumah dan hantar dia pergi sekolah. Kiranya macam dah kehilangan segala – galanya dan nak tak nak kau terp4ksa teruskan hidup.

Sambung belajar, cuti balik rumah. Benda ni aku repeat sampai habis degree. Bila raya aku pun masak lauk yang biasa mak aku masak. Duduk tengah ruang tamu makan, selalu sangat kawan mak /ayah atau jiran aku datang nak beraya atau kasi lauk.

Tapi entah kenapa aku kalau boleh nak sorang. Jadi selalu aku akan tutup lampu semua dan buat macam aku tak ada dekat rumah. Bila tengok gambar balik memang must4hil tak menangis. Setiap kali menangis dan tertidur setiap kali itu juga aku akan mohon sangat benda ni mimpi.

Tapi tidak tahun demi tahun, aku masih terp4ksa melangkah seorang diri. Terp4ksa cuba bertahan. Tahun ni dah hampir 30 tahun. Masih bertahan dan masih terus berjalan. Setiap kali aku baca berita hilang ahli keluarga sebab kemaIangan dan cuma tinggal seorang diri.

Umur pula kecik lagi 5, 6 tahun 10, 11 tahun 16, 17 tahun. Aku memang rasa sedih sangat, hidup sorang diri memang payah. TerIampau payah. Kau boleh ketawa gembira depan kawan kau dan dalam masa yang sama kau akan terfikir hidup kau.

Hampir setiap hari benda ni jadi dekat kau. Sebab itu aku selalu kemas rumah ni sebab bagi aku rumah dan barang dalam ni satu – satunya saksi dan bukti yang aku masih di sini. Dekat sini juga saksi yang aku membesar dengan ayah ibu dan adik aku. Kalau rumah ni tak ada dan barang dalam ni tak ada secara jujurnya memang aku tak akan mampu teruskan. – Ali (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Nukilan Untuk Ali.. Assalamualaikum pembaca semua. Nukilan ini aku tulis khas buat Ali. Aku perkenalkan diri aku, Alia. Umur sebaya Ali. Dah bekerja tetap dan bakal berkahwin tak lama lagi. Doakan semoga semuanya berjalan lancar ya untuk majlis aku nanti.

Aku pun dah kehilangan mak ayah sama macam Ali, tapi Alhamdulillah aku masih punya adik beradik. Alhamdulillah. Aku faham perasaan Ali. Tersangatlah faham sebab aku pun pernah alami perkara yang sama macam Ali lalui.

Ali hilang family dia waktu umur 19 tahun, tengah sambung study. Aku hilang mak ayah aku masa aku semester 5, seminggu nak exam mak aku meninggaI. Aku balik kampus lepas selesai semua, tak lama lepas tu exam. Masa exam tu aku mengelamun, aku pandang dinding.

Aku tak leh nak fokus. Aku tengok kiri kanan orang duk menjawab. Allahu.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tengah study aku mengelamun, roommate aku k3jutkan aku dari lamunan untuk ingatkan aku fokus balik.

Bagusnya kawan – kawan aku masa tu, mereka faham keadaan aku dan tak pernah tinggalkan aku sebab aku macam tak siuman gitu. Macam tu kot orang mer0yan. Pendekkan cerita, keluar result, aku dekan. Adik beradik aku lah orang paling bahagia masa tu.

Hebatnya Allah, walaupun keadaan aku macam tu Dia masih gembirakan aku dengan cara Dia. Bila Ali cerita yang setiap kali dia balik rumah dia akan susun balik semua barang yang ada dekat rumah, pakaian dan mainan adik dia.

Aku pun buat benda yang sama. Al kisahnya dekat rumah mak aku kalau sembahyang, dia akan salin pakaian. Jadi pakaian yang dia bawa sembahyang tu memang khas untuk sembahyang sahaja. Usai solat dia akan g4ntung pakaian tu kat belakang pintu bilik dia.

Mak aku dah meninggaI dekat 2 tahun masa tu, setiap kali aku balik. Aku buka pintu rumah aku akan bagi salam. Assalamualaikum mak, adik ada balik ni. Aku terus buka pintu bilik mak aku, aku tengok baju – baju tu masih elok terg4ntung.

Dan mak aku takde for sure lah. Dan aku cakap dekat diri aku mak pergi sembahyang kat surau kot. Haha Nampak macam giIa but tu je cara sedapkan hati kau. Ali, kalau kau baca ni, aku nak kau tahu yang apa yang kau buat tu normal, kau bukannya tak boleh terima kenyataan atau tak move on.

Kita normal, and its okay untuk pujuk diri sendiri dengan cara macam tu. Masuk bab raya, mengusik jiwa tu memang tak boleh nak sangkal. Korang rasa sedih kan PKP 2 tahun tak boleh balik raya. Percayalah kami yang takde mak ayah ni tak tahu nak describe macam mana rasa kosong bila menjelang hari raya tu.

Aku dulu – dulu setiap kali pagi hari raya, memang wajib membonceng naik motosikal pergi masjid sembahyang raya dengan mak aku. Bila mak aku takde kan, aku balik kampung still pergi masjid yang sama. Cuma beza aku dah keje aku dah beli kereta so aku pergi ngan kereta.

Aku pijak tangga masjid yang sama, dan bersama – sama itu juga memori kembali dan mata aku berair sambil meneruskan langkah. Jadi aku pun kadang – kadang macam Ali jugak, hari raya adalah hari pintu rumah tertutup.

Raya jugak, sekejap pagi tu ziarah sed4ra mara yang masih ada tapi tu je lah. Usai ziarah semua aku balik dan tidur. Kalau part nangis sorang – sorang bila terkenang tu memang biasa sangat bila kau kehilangan orang yang kau sayang ni.

Dia dah jadi macam rutin weh.. Aku pun kadang – kadang lahai kau tahu penat sangat bila all out nangis tu sampai kau tetido. Tapi kau tetap akan nangis bila kau rasa tetiba sebak dan nak nangis. Pernah aku tengah cuci kuali kat dapur.

Lepas tu aku teringat mak aku dulu pesan “jangan sental kuali tu guna berus besi, kuali tu tak boleh guna berus beli, kene guna sponge. Nah kau, dia punya memori tu datang sendiri dengan tetibe. Padahal aku tengah cuci kuali besi bukannya non stick punya kuali.

Mula tu tergelak sebab yela teringat sebab kisah tu lucu. Mak mak kan, bila anak – anak hadiahkan barang mahal sikit dibebelnya. Tapi dalam hati berbunga sampai pesan berkali – bila bila guna kuali mahal dia tu jangan sental guna berus besi.

Tapi tu laa, lepas tergelak sorang – sorang tu, dia autom4tik nangis slow – slow lepas tu m4kin rancakkk. Kau mampu. Ada sekali tu, aku nak pergi interview. Ha ni lagi satu kesedihan yang aku akan ingat sampai bila – bila.

Sebab temuduga ni adalah penting dalam hidup aku. Umur aku dah meningkat dan seiring tu jugak aku harap aku dapat stable job. Temuduga aku tu sesi pagi. Jadi aku pun bangun awal – awal pagi dan bersiap – siap. Tengah bersiap – siap depan cermin tu aku sempat lagi monolog “mak, adik ada temuduga hari ni. Mak doakan adik taw. Doakan adik berjaya.”

Wehh mak aku takde kat situ, dan mak aku memang dah takde. Sambil bersiap sambil kesat air mata hahahaha. Pagi – pagi lagi aku turun drive kereta. Along the way tu aku sebak sebab aku nak mintak restu tapi aku takde mak ayah macam orang lain.

Korang boleh rasa tak perasaan aku masa tu. Lepas tu aku decide untuk singgah rumah kawan mak aku. Pagi – pagi hari aku ketuk pintuk rumah orang, kawan mak aku buka pintu dan sapa aku masuk. Aku cakap tak nak masuk dah.

Sebenarnya nak pergi temuduga ni, Alia datang nak mintak restu. Sebak masa tu tak payah cakap. Kau takkan mampu tahan sebab keadaan tu pun pelik. Aku datang semata – mata nak mintak restu. Ya Allah masa tu aku rasa macam hilang arah, awkward.

Kawan mak terus datang dekat aku, peIuk aku dan cakap camni “Allah ada, Allah ada. Inshaa Allah berjaya.” Alhamdulillah aku berjaya, aku lulus temuduga tu. Allah Maha baik, dan Dia yang terbaik. Dua tahun lepas, tahun 2020 aku sambung belajar.

Lebih kurang macam kursus lah gitu. Syarat wajib untuk posting, kene kursus dulu. Jadi hari pertama pendaftaran tu, kawan aku hantarkan aku. Sebabnya kene duduk asrama kan. Kawan baik aku hantarkan aku, so that aku tak rasa lonely or sendu hahahha wehh korang faham tak keadaan tu.

Aku tahu mendalam kenapa kawan baik aku beria nak hantarkan aku. Sebab dia taknak aku sedih. At least ada orang hantarkan aku walaupun bukan parents or spouse macam orang lain. Sebab orang lain semua family mak ayah and pasangan yang hantarkan.

Mesti korang terfikir kenapa adik beradik aku tak hantarkan aku. FYI aku masa tu dah 28 tahun. Dan aku bukan sambung belajar macam degree or master. Its just sort of kursus for period of time. So aku takde lah macam terasa ke apa bila adik beradik aku tak hantarkan.

Sebab aku dah besar dan tua dah pon haha. Tapi yela, tipu kalau kau tak terasa tengok kiri kanan kau semua family hantarkan. Dia rasa macam aku ni incomplete like tak macam orang lain dan aku ni pelik. Haa gitu. Tapi since memang takdir kau dah macam tu kau kene belajar terima laa dan buat macam benda tu normal.

Dah alang – alang bercerita ni kan, kita masuk bab nasihat lah pulak. Korang yang masih punya mak ayah. Ciptalah memori banyak – banyak. Kalau diorang kuat bebel, kau layankan aje laa. Bukan apa, nanti kalau suatu hari ditakdirkan mereka dah takde, sunyi.

Takde lagi orang nak memekak pagi – pagi kejutkan subuh kau. Sunyi. Aku ni kan, to be honest aku takde sekeping pon gambar sekali dengan mak ayah aku. Uishh terkilan weh. Sampai hari ni aku terkilan. Sebab aku jenis tak suka sangat bergambar.

Jadinya aku takde sekeping pun gambar dengan diorang. Setiap kali tengok kawan – kawan upload gambar dengan parents diorang kan. Setiap kali tu laa aku terkilan. Terkilan sangat dengan diri sendiri yang tak manfaatkan peluang yang ada dulu – dulu.

Padahal bukan susah pon ambik gambar sekeping kan. Tapi tu laa, nasi dah jadi bubur. Peluang dah tertutup. Banyak sangat kisah kalau nak kongsi sebenarnya. Tapi cukup lah sekadar Ali tahu yang dia tak keseorangan diuji dengan cara macam ni.

Allah mencurahkan kasih sayangNya dengan cara Dia yang tersendiri. Sentiasa berprasangka baik dengan takdir Allah. Macam aku cakap awal – awal tadi. Aku pun tak lama lagi dah nak kahwin. Alhamdulillah bakal keluarga mertua aku baik sangat.

Terima aku dengan hati yang terbuka walaupun aku sentiasa rasa aku tak sempurna. Aku kerja jauh di perantauan. Setiap kali aku balik kampung aku ada masalah tempat tinggal. Aku tak tahu nak balik mana sebab rumah mak aku dulu dah jadi rumah abang aku sekarang.

Dan adik beradik lain dah ada rumah sendiri. Semuanya dah berumah tangga. Kadang – kadang aku rasa aku macam takde tempat nak tuju. Dan benda tu selalu aku cakap dekat tunang aku sekarang. Kekadang aku bergurau jugak aku cakap aku ni gelandangan hahahaha..

Tapi tu laa tunang aku ni sensitif sikit tang tu, dia ambik serius dan dia tak suka aku bergurau macam tu. Now dia cakap lepas kahwin saya harap awak tak kisah kalau kita balik rumah mama papa bila balik kampung. Sebab saya tak nak awak rasa awak belongs to nowhere lagi.

Untuk Ali, ujian ni memang perit. Aku faham persis. Tapi kau kene terus kuat, sentiasa berprasangka baik dengan Allah dan berlapang d4da. Kau mesti rasa benda yang sama macam aku rasa, iaitu Allah jaga kita. Jaga kita daripada benda – benda buruk, daripada fitnah – fitnah yang berleluasa.

Allah memudahkan setiap kerja kita. Allah c4mpakkan rasa kasih kepada orang sekeliling kita untuk mengasihi kita. Allah jaga kita, walaupun Dia ambil balik hakNya yang dipinjamkan iaitu mak ayah kita. Tapi dia tak pernah tinggalkan kita terkontang kanting. Dia jaga kita.

Untuk kesempatan ini juga, aku doakan supaya suatu hari nanti Allah hadiahkan kau sebuah keluarga mertua dan pasangan yang akan menerima kau seikhlas hati dan meminjamkan rasa ‘kekeluargaan’ kepada kau, yang telah lama hilang, yang telah lama kau rindui. Inshaa Allah, aamiin. Wassalam Ali. – Alia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ridzuan Rashid : Salam dik.. abang sungguh bersimpati.. Sungguh berat dugaan Allah. Beginilah, jika adik perIukan seseorg untuk berkongsi cerita.. pm abg. InsyaAllah abg cuba bagi sokongan mana yang termampu. Bukan mudah untuk drive life dalam situasi kita tiada siapa – siapa orang yang lebih dewasa di sisi. Semoga Allah permudahkan segala urusan kerja buat kamu dik.

Junaida Abdul Jalal : Bertabahlah Ali. Sebatang kara hidup di dunia yang penuh c4baran ini memang tidak mudah. Semoga Allah berikan ganjaran yang besar kepada awak dengan syarat awak tetap bersyukur dan redha di atas apa berlaku sebelum ini. Doa semoga cepat bertemu jodoh dengan gadis yang dari keluarga besar.

Nurul Aishah Rais : Saya doakn awak bertemu pasangan ada family mertua dapat menumpang kasih dan dikurniakn zuriat. Moga Allah berikan awak kekuatan. Rasanya Ali Cuba la join NGO pergi ziarah rumah anak – anak yatim. Rumah orang tua untuk isi kekosongan hati awak.

Azie Azem : Menitik dik air mata akak baca, akak cuma hilang suami tahun lepas, anak – anak masih ada pon dah rasa lonely, inikan pula sorang diri, akak doakan adik dikurniakan isteri dan keluarga mertua yang penyayang yang dapat memenuhi kekosongan hati. Semoga tabah ye.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.