Lagi pelik ayah juga hantar SMS kepada saya. Jantung saya bagai nak gugur ketika itu, saya rasa bagai nak terbang segera mendapatkan ibu. Kerana ketika itu saya sedang belajar di KL. Saya terus telefon ayah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, saya Khairil. Walaupun saya masih menuntut, tetapi saya merasa amat sedih dengan perceraian yang berlaku berleluasa di sana sini. Baik kalangan artis yang masih muda mahupun di kalangan wanita biasa yang sudah berusia dan telah bercucu macam ayah saya.
Sebagai anak kami sayang ibu dan ayah, tetapi kami tidak boleh membantu kerana tidak tahu bagaimana membantu orang yang kita amat sayang ketika mereka menghadapi kemelut dalam menjalani hidup berumah tangga.
Namun saya lihat ibu lebih bersemangat sesudah ayah menceraikannya, tapi saya yang sedih kerana ayah bertindak tergesa – gesa tanpa berfikir panjang. Ibu dari awal beritahu ayah, dia tidak mahu diceraikan, malah ibu sanggup dimadukan, kerana ibu sangat sayangkan ayah dan tidak mahu kami tidak dapat bermanja dengan ayah jika bercerai.
Kata ibu sejak saat dia diijab kabul tidak pernah terlintas dalam hatinya akan bercerai, tambah – tambah kami anak – anak telah dewasa, biarlah ayah kahwin asalkan dia bahagia, dan ibu sanggup berk0rban segalanya, kerana ibu juga sangat sayangkan kami, ibu takut kami tidak mempunyai ayah kalau mereka bercerai.
Lagipun kata ibu ayah dah tua, siapa akan jaga dia bila dia s4kit pening nanti, lagi pun isterinya berkerja, tentu tidak ada masa layan ayah. Tetapi ayah tetap dengan keputvsan mahu cerai ibu. Kata ibu banyak masalah bila bercerai, kami pasti tidak dapat jumpa ayah, kerana pasti ayah tinggal berasingan bersama isteri barunya, dan ayah tidak akan diizinkan berjumpa kami lagi.
Tetapi apakan daya ibu diceraikan melalui SMS ketika itu. Lagi pelik ayah juga hantar SMS kepada saya berbunyi, “Hingga di sinilah jodoh ayah dengan ibu mu, ayah tak boleh bersama dia lagi!” Jantung saya bagai nak gugur ketika itu, saya rasa bagai nak terbang segera mendapatkan ibu. Kerana ketika itu saya sedang belajar di KL.
Saya menangis sepuas hati, kerana saya terlalu kasihankan ibu, saya kenal ibu, dia terlalu lembut dan sabar. Saya jadi keliru, siapa ayah saya sebenarnya, saya tak nampak perwatakannya yang k3jam sebelum ini, ayah seorang yang baik. Ayah sayangkan kami.
Saya jadi lebih terk3jut bila saya telefon ayah, saya bertanya keadaan sebenar, saya nak tahu apa kesalahan ibu. Ibu.. ayah beritahu, ibu tak salah apa pun cuma kini ayah sudah tidak serasi lagi untuk hidup dengan ibu. Oh Tuhan! mengapa jadi begini, selepas 28 tahun berkahwin ayah boleh kata dia tidak serasi hidup bersama ibu.
Dan secara tidak sengaja ayah beritahu dia akan berkahwin lagi. Saya jadi lagi pelik, baru semalam bercerai sudah ada perempuan lain yang ayah nak kahwin minggu depan, tentu ayah sudah lama kenal dengan wanita itu, tentu ayah sudah lama bercinta berasmara dana tanpa pengetahuan ibu.
Dan pasti kejadian itu berlaku ketika ayah masih dalam ik4tan perkahwinan. Kami pasti ayah sudah lama curang pada ibu. Aduh! K3jamnya ayah sanggup menipu ibu hidup – hidup. Hati jantan saya tersentuh juga, saya menangis sepuas – puasnya kerana terlalu sedih dengan nasib ibu.
Namun ayah berjanji akan menyara kami tiga beradik, sayangnya janji tinggal janji, kami dibiarkan hidup sendiri kerana wang yang diberi tidak pernah cukup. Mana janji ayah? Bila kami telefon ayah nak minta duit kami sentiasa dimarah, ayah tuduh ibu dan kami boros berbelanja.
Mengapa dulu tak jadi macam ini, mengapa selepas berkahwin, ayah menyekat makan minum kami, kami tak pernah minta lebih, malah kami berjimat, kerana itulah ajaran ibu sejak dulu lagi. Ayah kini benar – benar dah berubah.
Malah adik langsung tak mahu telefon ayah kerana takut terlalu marah. Apa yang menyedihkan saya tak nampak kepincangan dalam kehidupan ibu dan ayah. Ibu isteri yang baik, sopan dan menjaga akhlaknya dengan cara pakaiannya yang jelas muslimah dan terlalu sayang ayah.
Selalu memuji ayah dan minta kami jaga nama baik ayah. Saya masih mencari – cari apakah penyebab perceraian ini. Alasan yang ayah beri amat kabur tak releven. Saya boleh kata ayah ‘you are out of your mind.’ Apa yang menyedihkan adik setiap kali kami mahu bercakap dengan ayah, tetapi ayah berikan hp ayah pada perempuan itu.
Ayah, maaf kami tak mahu cakap dengannya. Kami nak berbual dengan ayah. Kerana kami anggap dia per4mpas kebahagiaan kami. Ayah, ibu seorang yang tinggi akhlaknya. Tak pernah m4ki hamun perempuan itu, sebaliknya perempuan itu setiap hari telephone ayah tak kira siang atau malam, yang ayah kata setiausaha ayah.
Kami tahu ayah, tapi ibu tetap sabar dengan perlakuan ayah. Ibu cuma kata dia tak boleh nasihati ayah kerana ayah sudah lupa diri. Ibu tak pernah marah atau m4ki hamun ayah, walaupun ayah sentiasa diganggu oleh perempuan itu.
Lebih kami kesal perempuan itu pulak sering mem4ki hamun ibu. Dulu ibu bekerja, tapi terp4ksa berhenti kerana nak jaga anak, tambahan pula tugas ayah sentiasa berpindah randah. Semasa ayah sambung belajar 2 kali ibulah yang menjaga kami, tak pernah ayah dengar ibu buat sumbang, kerana dia menyerahkan jiwa raganya pada ayah.
Ayah mengkhi4nati ibu kerana tinggalkan dia begitu saja. Mana hati perut ayah? Hidup ayah tak pernah susah, ayah tak pernah mengurus kami sejak kecil, apa lagi duduk sama mengajar kami ketika bersekolah, ayah tak pernah belikan kami permainan, ibu yang beli, walaupun terp4ksa k0rbankan kehendaknya sendiri.
Apa yang ayah pandang pada perempuan itu. Dia langsung tidak berk0rban untuk ayah seperti ibu lakukan. Perbuatan ayah menghukvm kami anak – anak d4rah daging ayah sendiri. Sedihnya ibu minta kami jangan derh4ka kepada ayah. Apa yang berlaku ketentuan Allah jua.
Kalau perempuan itu Muslimah mengapa tak pernah meninjau kehidupan kami? Abang pernah bercakap dengan dia, katanya ayah yang giIakan dia dan dia yang menyara kami sekeluarga. Dia betul – betul perempuan penipu, sedangkan dia baru setahun kenal ayah berani cakap macam tu.
Ayah pergi tanpa pesanan. Ironinya ayah minta abang jaga ibu dan kami. Mana tanggungjawab ayah? Tapi abang bertanggungjawab. Dia jalankan tugas itu dengan amanah. Saya sebak melihat peng0rbanan abang hingga dia k0rbankan masa dan usia mudanya.
Sebaliknya kata ayah hidupnya aman dan gembira dengan isteri barunya, kerana dia telah melepaskan tugasnya ke bahu orang lain. Sanggup ayah k0rbankan anaknya demi mencari kebahagian dirinya sendiri. Kami kecil hati dengan ayah dia ambil mudah tentang hidup kami.
Bagaimanapun biarlah saya doakan kami sekeluarga sentiasa dilindungi Allah. Biarlah Allah menjaga iman kami dan menghabiskan riwayat kami dengan baik. Pada ibu, kami doakan kesejateraannya. Percayalah ibu, kami akan menjaga ibu selagi hayat dikandung badan. Kami tahu hati ibu terIuka dengan perbuatan ayah. Percayalah kami sayang dan tidak akan sia – siakan hidup ibu.
Komen Warganet :
Sarry Sarymah : Inilah sebenarnya episod poIigami yang ada pada saat dan masa ini kerakusan nafsu seorg bapa seorang lelaki yang menyandarkan hasrat gejolak nafsu yang tak pernah habis hanya dengan kata mudah, ‘tak serasi lagi UNTUK teruskan hidup bersama isteri yang selama ini bersamanya’ .
Terlalu mudah menyalahkan takdir semuanya sudah takdir, tapi hakik4tnya sudah ada yang lagi baik dan lagi muda. Anak – anak m4ngsa poIigami tunggulah ayah kamu s4kit tengok siapa yang kutip ayah kamu.
KSIT : Kalau dah tertulis rezeki takat itu saja, biarlah mereka – mereka yang pernah hadir dalam hidup kita pergi jika sudah bertuhankan nafsu. Tak usah dirayu pada yang tak sudi.. Bersyukur.. Allah dah tolong tapis manusia yang layak sahaja berada dalam hidup kita.
Ida Ida : Di dunia mereka terlepas di akhir4t kelak mereka dipersoalkan. Mahkamah tuhan. Dulu mereka abaikan. Leka.. Eg0.. D3ndam.. Insyallah bila anak dah berjaya. Berkerjaya.. jangan esok – esok terhegeh – hegeh. Meronta – ronta. Mencari insan yan dia abaikan. Selama ini tak gitu admin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.