Adik aku kena tangkap sbb ceroboh surau wanita. Dia menangis-nangis, katanya dia cuma ingin solat

Satu hari Yazid ditangkap kerana mencer0boh surau wanita. Yazid menangis – nangis katanya dia cuma ingin solat. Aku senyap – senyap selongkar bilik tidur Yazid. Aku terjumpa satu botol kaca dengan paip bengkok. Atas meja makannya banyak pil – pil dari hospitaI. Aku catat nama – nama ubat itu dan aku google.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, salam sayang kepada pembaca semua. Aku terpanggil untuk meluahkan apa yang dah lama terbuku dalam hati aku. Confession ni sebenarnya tentang kisah adik lelaki aku. Arw4h adik lelaki aku yang amat aku sayangi.

Aku bukan memburukkan dia dalam posting ini, tapi lebih kepada ingin mengenang sesalan aku yang tidak berkesudahan. Semoga tenang dirimu di alam barzakh, adikku. Aku kehilangannya Disember 2018. Adik lelaki aku ni, lebih baik aku namakan dia sebagai Yazid, merupakan anak ke-6 dalam keluarga, manakala aku pula anak ke-4.

Sejak kecil, kami memang rapat. Aku masih ingat, masa aku baru datang period, dia lah yang aku suruh ke kedai belikan pad untuk aku. Dan dia akan menurut sahaja.. hehe.. Azali kelahirannya, perwatakannya agak lembut, tapi tidak lah seperti watak drama Sutun tu.

Dia lebih banyak terperap di rumah, hinggakan kami terp4ksa suruh dia keluar bermain dengan kawan – kawan lelakinya. Yazid anak yang sangat bijak. Selepas habis pengajiannya di IPT, dia mendapat kerja di sebuah syarik4t multinasional yang gah di negara kita.

Alhamdulillah aku bangga dengan Yazid. Murah rezekinya. Hidup mewah, boleh melancong sana sini, boleh hantar duit pada mak ayah dan masih lagi merendah diri. Dengan anak – anak buah pun sangat rapat dan disayangi.

Aku boleh kata Yazid ni adalah ‘ketua keluarga’ dalam keluarga kami, walaupun aku juga sama membantu keluarga kerana punya kerjaya yang stabil. Tapi aku perasan satu kelainan padanya. Dia sangat rapat dengan lelaki.

Hingga umurnya 20+, dia tidak pernah bercinta dengan wanita. Aku kenal kawan – kawannya, tapi aku tak mahu bersangka buruk padanya. Ada seorang kawannya, namanya Syafiq yang sangat – sangat rapat dengan Yazid, hinggakan semasa family vacation pun Syafiq akan dibawa bersama. Aku dah mula rasa hairan.

Masa berlalu dengan pantas. Pada suatu ketika, Yazid buat keputvsan drastik yang meng3jutkan kami sekeluarga. Yazid ingin menyambung pengajian di London, tapi menggunakan duit poket sendiri!! Kami terk3jut, manakan tidak, kos sara hidup yang sangat tinggi di kota London, mampukah Yazid hidup dekat sana.

Aku ikuti perkembangannya di media sosiaI. Yazid banyak berjalan mengelilingi Eropah, dan 4 bulan kemudian Yazid kembali ke Malaysia dan mengatakan telah tamatkan pengajian, kerana bidang itu telah dipelajarinya di tanah air dahulu.

Aku terkedu. KegiIaan apa yang adik aku telah lakukan ini. Dan untuk pengetahuna korang, Syafiq pun ikut juga! Selepas pulang dari London, Yazid sem4kin berubah. Dia mula membina otot – ototnya, menjadi pengunjung setia gym.

Aku ok sahaja. Dengan anak – anak buah dah tak semesra dulu. Rumah aku pun sudah jarang diziarahi. Aku positif saja, mungkin dia sibuk. Hinggalah satu hari, aku mendapat berita Yazid telah meIanggar m4ti seorang pejalan kaki yang m4buk semasa dalam perjalanan bersahur di rumah kakak kami.

Selepas peristiwa itu, Yazid kelihatan sasau dan kuat meng4muk. Kami mula berfikiran kolot, mungkin roh si m4ti tidak tenang dan mengganggunya. Episod gangguan demi gangguan berterusan. Pernah Yazid merintih di dalam tidur, menangis tiba – tiba, menjadi panas baran dan macam – macam yang tidak pernah dibuatnya.

Sebagai orang kampung, ibu aku mula meminta bantuan pengamal perubatan tradisional (b0moh) untuk pulihkan Yazid. Kata b0moh itu, Yazid ada mengamal ilmu salah, bercampur pula dengan sih1r dihantar oleh orang. Entah lah… aku sem4kin buntu.

Yazid mula menukar cara berpakaiannya. Bayangkan bekerja di sebuah syarik4t gergasi (oil & gas), tapi memakai jubah ke pejabat. Apa pendapat pembaca? Yazid sem4kin panas baran. Yazid kerap ambil cuti dan MC, nampak sem4kin tak berminat dengan pekerjaannya.

Yazid datang jumpa aku, katanya dia tak suka dengan pandangan orang padanya. Katanya dalam LRT pun dia rasa diperhatikan sambil orang mengejek – ejek dirinya. Aku sangka dia hanya alami str3ss pekerjaan. Aku menasihatinya dengan penuh kasih sayang, tanpa aku duga Yazid sebenarnya menanggung s4kit yang tiada ubat.

Aku tidak ingat bilakah Yazid berjumpa dengan ibu kami, membuat confession yang Yazid ada HlV positif. Dia tidak mengatakan dengan jelas, tapi memberi bayangan kepada ibu, dia ada peny4kit sama seperti arw4h abang kami. (Arw4h abang juga HlV+). Ibu memberitahu aku perkhabaran itu.

Saat ini lah paling aku sesali kerana aku tidak mengambil pusing berita itu, malah aku anggap Yazid cuma inginkan perhatian kami. Ya Allah.. b0dohnya diriku. Padahal aku golongan terpelajar. Berita itu ibarat angin lalu sahaja bagiku.

Yazid sem4kin tidak terkawal. Yazid tinggal seorang diri di sebuah apartmen di pinggir kota. Aku dapat pelbagai berita amvkan Yazid di apartmennya itu. Aku pergi perhatikan keadaannya, dan dalam fikiran aku masih dim0mokkan dengan kenyataan bahawa Yazid mengamal ilmu salah yang tidak sebati dengan dirinya.

Suatu hari Yazid ditangkap kerana mencer0boh surau wanita. Yazid menangis – nangis katanya dia cuma ingin solat, dan selepas itu nak pulang ke kampung berjumpa ibu ayah. Episod dukanya tidak terhenti di situ. Selesai sahaja kes itu, Yazid kembali ditangkap kerana merosakkan kereta – kereta di apartmennya.

Keputvsan ujian air kencing Yazid menunjukkan positif m3th. Ya Allah, ujian apa pula kali ini. Aku pergi menjaminnya dengan jumlah jaminan yang bukan sedikit. Dengan linangan air mata, aku bawak keluar semua wang yang ada di akaunnya untuk membebaskan Yazid dari tuduhan.

(Amaun jaminan ditentukan oleh IO, setelah dia tahu Yazid seorang eksekutif). Tiada berbaki langsung. Ya Allah, hibanya hatiku. Aku senyap – senyap menyelongkar bilik tidur Yazid. Aku terjumpa satu botol kaca dengan paip bengkok.

Aku tunjukkan pada suami aku. Sah lah, itu alat untuk mengambil d4dah jenis m3th. Atas meja makannya banyak pil – pil dari hospitaI. Aku catat nama – nama ubat itu dan aku google. Ternyata itu ubat – ubatan untuk anti depr3ssion.

Kenapa dengan adik aku? Sehingga saat itu, aku masih lagi tak nak terima hakik4t yang dia ada HlV+. Ibu bawa Yazid pulang ke kampung untuk dia tenangkan diri. Mana mungkin Yazid duduk dengan aman tanpa ada bekalan d4dahnya.

Mer0nta – r0nta dia nak pulang ke rumahnya. Ibu terp4ksa lepaskan kerana dia mula bertindak ganas. Dia kejar ayah kami dengan pis4u, dia herdik kakak kami, dia buat segala perbuatan aneh di rumah ibu ayah kami.

Sebelum itu sempat juga Yazid merasa tinggal di wad psiki4tri kerana ibu melaporkan perbuatan ganas Yazid terhadap ayah kami kepada polis. Untung juga, itu dokumen penting untuk Yazid direhatkan sebentar dari pekerjaannya.

Tapi ya lah, kehidupan di wad psiki4tri amat memiIukan hati kami sekeluarga. Yazid pulang ke rumahnya. Dia masih dengan amvkan – amvkannya. Suatu hari aku dapat panggiIan telefon dari balai polis minta aku datang jamin Yazid.

Dia membuang segala barangan rumahnya ke bawah, daripada tingkat 14. Keadaan di apartmen itu dah seperti dilanda put1ng beliung. Segala benda termasuk katil, pasu, langsir dan segalanya dic4mpak ke bawah dan mendatangkan kerosakan kepada banyak kenderaan.

Aku sem4kin jelek dengan sikapnya. Suami juga sudah tidak berminat untuk mengambil tahu hal ehwal dirinya. Aku berbincang dengan keluarga di kampung. Ibu ayah cakap biarkan sahaja dia, jangan dijamin lagi. Aku sekadar menurut tanpa mengetahui akibat buruk yang bakal Yazid alami.

Setelah tiada perbincangan antara keluarga dan pihak polis, Yazid telah dibawa ke penjara Sungai Buloh. Sedih memang sedih, tapi tiada apa lagi yang mampu kami lakukan. Sementelah kami semua jahiI tentang perundangan.

Tinggal lah Yazid di Sungai Buloh menjalani hukvman. Selesai satu hukvman, Yazid dihantar pula ke penjara Kajang untuk satu lagi hukvman. Dan di situlah merubah kehidupan Yazid. Yazid ditempatkan bersama banduan – banduan yang menghidap tibi.

Ya Allah, selamatkan adik aku. Selesai jalani hukvman, Yazid kembali ke pangkuan kami, tidak sesihat dahulu. Yazid demam panas, dan doktor sahkan Yazid menghidap tibi. Ibu ayah setia menjaga Yazid selama dia di hospitaI, menguruskan k3ncing ber4k Yazid walaupun tahu risik0 yang bakal mereka hadapi.

Yazid alami pelbagai komplikasi akibat HlV, dan dengan tenang Yazid hadapi semua itu tanpa sepatah pun rungutan atau sesalan. Ya Allah, adik aku sangat baik. Dia tak merungut sedikit pun tentang kesihatannya. Kuatnya adikku, Ya Allah.

Dia tenang sahaja hadapi hari – harinya di hospitaI, cuma kadang kala dia mengadu pada aku s4kit bila dimasukkan ubat melalui uratnya. B0dohnya aku tidak mengambil tahu tentang luahannya. B0dohnya aku kerana selalu bersangka baik dalam setiap tindak tanduknya.

Aku tidak percaya kesongsangan hidup adik aku kerana dia yang aku kenali adalah seorang anak yang sangat baik. Semuanya sudah tidak berguna lagi. Dan akhirnya Yazid dijemput Ilahi bulan Disember 2018 yang lalu dalam keadaan sempat mengucapkan syahadah.

Alhamdulillah. Jadikan asbab redha ibu ayah kami atasnya sebagai penyelamat untuknya di alam sana. Ibu ayah kami menjadi pengunjung setia pusaranya, dan sentiasa mendapat doa dari mereka. Maafkan kakak wahai adik. Kakak pentingkan diri sendiri, dan tidak pernah cuba memahami dirimu.

Oh ya, untuk pengetahuan semua, Yazid telah membeli dua unit rumah untuk parents kami. Cuma aku tidak tahu urusan insurans dan siasatan mereka, kerana segala rekod perubatan diteliti. Aku ingin pendapat pembaca semua, andai kata insurans rumah itu tidak valid disebabkan punca kem4tiannya, apa langkah yang patut kami buat.

Duit pelaburannya sekarang ini juga diuruskan oleh Amanahraya disebabkan tiada penama. Hibah takaful juga terg4ntung disebabkan masih dalam siasatan rekod – rekod perubatannya. Aku mendoakan yang terbaik dalam segala urusan, kerana itu hadiah darinya untuk ibu ayah kami.

Benarlah dia ‘ketua keluarga’, siapa sangka macam – macam disiapkan untuk ibu ayah kami, cuma antara ketentuan itu rezeki kami atau bukan. Sila beri pendapat pembaca semua tentang urusan – urusan yang terg4ntung ini, kerana aku tiada ilmu dalam bidang ini. Terima kasih semua yang membaca. Al Fatihah untuk mu Y. Kakak sayang Y sampai bila – bila. – Kakak Menyesal (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Juitaa Mohd Ali : Ambik tahu tentang harta peninggalannya. Tanya pada yang pakar. Sekurang – kurangnya dengan harta tersebut boleh digunakan untuk jalan kebaikan dan pahalanya akan terus mengalir untuk arw4h. Kalau dulu tt tak ambil berat tentang adik, inilah masanya untuk perbetul kembali keadaan. Buat kebaikan untuknya walau beliau telah tiada. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Hamimi Binti Hishamuddin : Hanya doa saya pohonkan dari Allah swt semoga Allah permudahkan urusan confessor dan ahli keluarga. Bertanyalah kepada yang pakar untuk menguruskan harta arw4h. Apa yang berlaku jadikanlah panduan serta sempadan hidup kita dan generasi seterusnya.

Ezzan Mamat : Walaupun mungkin jalan – jalan hidupnya berliku kerana salah pergaulan tapi akhirnya hanya Allah yang tahu. Dia masih dapat mengucap dengan baik dan mak ayah redha padanya. Moga ke jannah hendakNya.

Mungkin kerana baiknya dia maka Allah uji macam – macam perkara pada beliau. Hingga akhir m4tinya pun masih ade bukti tentang kasih sayang pada mak ayah melalui apa yang ditinggal untuk mereka. Moga Allah mudahkan urusan sis sekeluarga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.