Anak buah aku jenis ‘lampi’ tp nak kahwin. Aku terpana tgk duit simpanan ASB dia

Anak sulung abang aku nama dia Amir. Dia budak lembap, kau ajarlah dia macam mana pun memang dia tak pandai, SPM semua subjek gagal. Dia sedih bila mak kandung lari tinggalkan mereka adik beradik ikut jantan lain masa dia darjah 6. Baru2 ni Amir cakap ibu kandungnya datang minta duit..

#Foto sekadar hiasan. Hai pembaca. Bila tengok tajuk, nama lelaki mesti korang pikir aku nak cerita pasal boyfriend atau suami kan? Actually NO. Aku nak cerita pasal Amir, Anak buah aku. Aku ni maksu dia. Jarak umur kami hanya 7 tahun.

Ibarat kakak dengan adik. Tapi maklumlah abang ngah aku gatal merenyam, jadi umur 21 tahun dah heboh nak berbini. Amir anak sulung dari 3 orang adik beradik. Aku nak start cerita ni pon aku dah sedih. Amir lahir prem. Jadi, dia agak lembab sikit dalam pelajaran.

Kau ajar lah dia macam mana pon, semua benda susah nak paham. Ok start dengan cerita sedih Amir. Waktu Amir darjah 6, lagi 2 bulan nak UPSR, ibu Amir tinggalkan ayah dan adik beradik Amir sebab lari dengan jantan lain. Waktu tu, aku baru 19 tahun.

Bila Amir tahu ibu dia lari dari rumah. Dia senyap dan termenung. Aku rasa marah, marah dengan kakak ipar aku. Apa kau tak tengok ke muka anak – anak yang kau tinggalkan ni? Apa kau tak ada langsung ke rasa simpati kat anak – anak kau ni?

Apa naluri kau sebagai ibu dah m4ti? Aku yang belum kahwin waktu tu pon sedih giIer bila pandang muka anak – anak buah aku yang kene tinggal dengan ibu dia ni. Nasib mak dan ayah aku ada lagi. Jadi boleh jaga cucu – cucu dia ni.

Ayah Amir pulak macam hilang arah. Asyik kata apa salah dia sampai bini dia tinggalkan dia sebab ikut jantan lain. Macam mana kami tau kakak ipar aku lari dengan jantan lain? Ayah jantan tu datang rumah mintak maaf. Dia tak tau yang anak dia bawak tu bini orang.

Yang lagi kelakar, jantan tu dah ade dua bini. Kalau jadi dia kahwin dengan kakak ipar aku, maknanya kakak ipar aku bini yang ketiga. Macam lawak tapi itu realitinya. Jadi, bermulalah kehidupan Amir kat rumah mak ayah aku. Kadang – kadang bila adik – adik dia buat salah, ayah aku selalu marah – marah.

Aku pernah dengar Amir cakap “Korang jangan buat atuk marah, kite ni menumpang rumah orang. Nanti abang dah besar, kita cari rumah lain ya.” Meleleh aku dengar Amir cakap gitu kat adik – adik dia. Masa tu dia baru 15 tahun.

Dari situ aku dah nampak kem4tangan dia. Masa umur dia 17 tahun, perkara yang aku tak akan lupa dan tak boleh lupa, Amir dengan sorang lagi anak buah aku dah terlambat nak pergi sekolah sebab hujan. Masa tu aku dah pandai bawak kereta.

Jadi, Amir k3jut aku mintak tolong hantarkan dia ke sekolah. Aku t3ngking dia, aku kata “Kau pergi lah sendiri jalan kaki”. Aku pon tak pasti kenapa aku k3jam sangat dengan anak – anak buah aku. Akibatnya, sampai ke hari ni aku masih rasa bersalah dengan Amir.

Raya tahun lepas aku dah minyak maaf kat dia. Dia kata, maksu tak salah apa – apa pon dengan Amir. Menangis aku bila dia cakap macam tu. Baiknya hati kau wahai anak. Setiap kali raya, Amir tak pernah mintak beli baju baru. Kata Amir, biarlah dia tak ada baju baru asalkan adik – adik dia boleh pakai baju baru.

Bila tengok sepupu – sepupu datang dengan mak ayah dorang, setiap kali ri4k wajah Amir berubah. Aku paham apa yang dia rasa. Ayah Amir setiap bulan bagi mak ayah aku duit untuk belanja anak – anak dia. Tapi kadang – kadang tak cukup sebab mak ayah aku pon dah pencen.

Ayah aku kerja pula jadi nelayan untuk sara cucu – cucu. Aku pula masa tu sambung degree lepas STPM. Jadi aku nak bantu dari segi kewangan pon tak dapat. Result SPM Amir semua gagal. Something yang aku dah tahu sebab sebelum ni pon semua matapalajaran gagal setiap kali exam.

Bila anak buah aku yang lagi sorang sebaya Amir dapat masuk universiti untuk diploma, Amir macam sedih. Jangankan nak ambil diploma, nak masuk kemahiran pon tak dapat. Jadi sementara tu, Amir kerja kedai makan. Satu hari berborak dengan sorang pakcik ni, borak punya borak tiba – tiba aku terbukak cerita pasal Amir dan pakcik tu nak tolong masukkan Amir untuk dapatkan sijil kemahiran.

Alhamdulillah ade sinar baru untuk Amir. Lepas sijil Amir kerja kilang. dia bantu ayah dia sara adik – adik yang masih belajar. Hutang ayah dia pon, dia tolong settle kan. Pergi kerja, dia akan bawak bekal hari – hari. Nak jimat katanya.

Belanja sekolah adik – adik semua dia bagi. Apa yang adik dia nak, dia cuba tunaikan walau gaji dia tak besar. Amir kata dia nak kawen. Dengan orang kampung sebeIah. Aku tanya, kau ade duit ke nak kahwin? Amir kata dia ade simpanan sikit dengan awek dia.

Tiba – tiba dia tunjuk buku ASB dia kat aku. Aku tengok baki, ade RM9k. Banyaknya! Betul – betul ik4t perut ni. Yang bagusnya Amir, semua benda dia akan rujuk dan tanya pendapat aku dulu. Contoh, perlu ke dia beli kereta? Aku cakap kalau tunang dia dah ade kereta, cukup lah dia pakai motor.

Jangan nak ikut trend orang ade kereta, kita pon nak ade kereta. Ukur baju di badan sendiri. Lagi beberapa bulan nak kahwin, Amir dah mampu beli rumah walaupun rumah flat. Alhamdulillah. Mungkin ade hikmah kenapa ibu dia tinggalkan dia dulu.

Amir jadi seorang yang sangat berdikari dan tak menyusahkan orang lain. Amir cerita, ibu dia datang cari dia untuk pinjam duit. Dia pernah nampak ibu dia berniaga nasi lemak tepi jalan. Aku tanya, kau bagi ke? Amir kata dia bagi sebab ibu tetap ibu Amir walau dia pernah tinggalkan kami adik beradik.

Mulia betul hati kau Amir. Sebab aku selalu pesan, syurga anak lelaki tetap bawah kaki seorang ibu walau sejahat mana pon ibu tu. Kejahatan dia tu biar dia dengan Allah je. Kite sebagai anak, jalankan tanggungjawab kita selagi mampu.

Setiap kali aku tengok Amir. Aku belajar sesuatu. Dulu mungkin sudah jatuh dit1mpa tangga, tapi semangat untuk ubah diri dan kehidupan perlu ada. Kadang – kadang kita takkan selalu berada di atas. Allah akan uji keimanan kita pada dia.

Bila jatuh, mungkin ade hikmah yang Allah nak bagi. Bulan 3 tahun depan, Amir dah nak kawen. Tunang dia pon dari keluarga yang baik – baik. Aku berdoa dia bahagia dengan family yang bakal dia bina kelak. Aku juga harap dia dapat bimbing isteri dan anak – anak dia nanti supaya cekal macam dia.

Dia kawen nanti, InsyaAllah aku nak sp0nsor serba sedikit.Rasa bersalah aku pada Amir tak pernah hilang. Sikit sebanyak dapat aku t3bus kesalahan aku dulu. Baru tenang sikit hati ni. Yang buatkan aku lagi bersalah, Amir sangat sayang dengan anak – anak aku.

Setiap kali aku balik kampung, kadang – kadang Amir balik kerja shift malam, dia layan anak – anak aku main kadang – kadang sampai tersengguk – sengguk dia tahan mengantuk. Maksu doa, Allah sentiasa meIindungi Amir, dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahm4ti Allah selalu. InsyaAllah, amin. – Maksu

Komen Warganet :

Nor Noir Terengganu : Tak pandai belajar. Tapi pandai berdikari, pandai jaga adik – adik. Hormat orang tua, tak lupa ibu walaupun pernah diIukai. Payah nak cari manusia macam ni sekarang. Moga bahagia milik Amir sekeluarga.

Alis Gumiho : Teringat kat arw4h abang zul. Pakcik zul dipanggil “abang zul” sebab dia demam panas masa kecil. Tapi bila meningkat dewasa wallahi tak pernah susahkan mak ayah atau adik beradik lain.

Dia berdikari pergi kerja kat kedai makan walau selalu dikenakan orang sebab dia b0doh – b0doh alang. Ada yang suruh kerja tak bagi gaji / upah pon ada. Pon dia tak reti nak marah. Beberapa tahun sebelum dia meningg4I, dia s4kit.

Jadi dia tak boleh urus diri sendiri. Mak teh yang masih bujang masa tu tolong uruskan makan pakai dia. Ajaibnya, ubat atau segala keperluan semasa dia s4kit, tak guna duit sesiapa pon, melainkan simpanan dia sendiri.

Bila abang zul meningg4I, semua duit (selepas ditolak untuk badal haji) dibahagikan kepada adik beradik yang lain sebab abang zul bujang sampai dia meningg4I dunia. Berpuluh ribu simpanan dia.

Lovely Luvleen : Amir.. sama nama anak sulung saya. Sikap juga sama tapi anak saya bukan lembab atau bayi prem. Cumanya dia anak yang sangat m4tang dan sangat mudah dijaga. Di sebalik ujian menjadi ibu tunggal, Allah berikan saya 3 orang anak – anak yang sangat mudah dijaga.

Sangat memahami dan sangat baik. Alhamdulillah syukur sangat pada Allah. Semoga amir dalam luahan confessor berjaya dunia akhirnya. Semoga amir saya juga berjaya dunia akhir4t dan menjadi peju4ng Allah SWT. ~maka nikmat tuhanmu yang mana lagikah yang engkau dustakan..

Myxant Shamsuddin : Tiba – tiba mata masuk habuk. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Amir tak pandai dalam pelajaran tapi dia m4tang. Hatinya penuh dengan kasih sayang pada keluarga. Perlahan – lahan dia cuba ubah untuk kehidupan yang lebih baik. Moga amir sentiasa diIindungiNYA…

Khadijah Suhaimi : Dia bukan tak pandai. Cuma rezeki belum tiba. Tapi sekarang alhamdulillah nikmat rezeki Allah bagi mencurah – curah untuk dia. Semoga berjaya amir dan Semoga rahmat Allah sentiasa dalam keluarga mu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.