Pelik mak dan abah selalu duduk luar dalam gelap, aku dengar suara abah marah mak

Setiap malam lepas makan, mak abah akan duduk bersama dalam gelap malam dekat beranda. Mak pulak ada ins0mnia tak boleh tidur malam. Baru je mak nak tidur dalam pukuI 2 pagi, abah dah k3jut mak balik. Pintu bilik kami pun akan diketuk – ketuk oleh abah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. dulu pernah hantar confession ni, untuk minta doakan mak abah. Waktu tu abah tak sihat dah. Tapi abah tetap berjuang sehinggalah 1 mac 2022, abah menghembuskan nafasnya dalam keadaan sangat tenang.

Dulu cerita tentang abah dan kitorang. Kali ni terasa nak cerita lebih pasal abah dan emak. Kalau sudi bacalah, kalau tak ia akan menjadi memori saya. Bismillahirrahmanirrahim.. Sebabkan dari zaman sekolah dah duduk dengan dorang di rumah, dan sekarang selepas dapat tukar tempat kerja di kampung, saya dan suami Allah izinkan duduk bersama serumah mak abah.

Konon niat nak jaga mereka. Tapi.. rasanya macam terbalik. Nanti saya cerita. Ramai yang kata tak elok duduk bersama dengan mak abah. Saya pun setuju. Tapi kami buat keputvsan untuk duduk bersama sebab ‘per4ngai’ mak abah.

Mula dulu dah cari rumah sewa, tapi abah bertegas ajak duduk bersama. Nak kawan dengan anak saya katanya. Abah masa tu, dah ada heart failure. Jantung abah patut operate masa umur dia 62 tahun, tapi kami tak sampai hati.

So pada umur 75, jantung abah da ‘dilate’, tak dapat pam d4rah dengan baik. Jadi abah akan semput walaupun nak ambil wuduk. Sejak duduk bersama mak abah, baru perasan ade rutin yang best antara dorang. Setiap malam lepas makan, dorang akan duduk bersama sambil pegang tasbih, sambil melihat kegelapan malam di beranda.

Habis zikir, dorang akan berborak tentang siang tadi. Mostly pasal keletah anak saya, apa yang mak masak dan kenangan lama mereka. Selalunya mak yang cerita, abah dengar saja sebab abah tak larat cakap banyak. Tapi akhirnya, abah akan termarah mak sebab abah kena ulang apa yang dia cakap sebab ada masa mak tak berapa jelas dengar.

Tapi mak tak kecik hati. Esok dorang ulang balik rutin dan cerita yang sama, tanpa bosan. Nampak rutin ini lebih menyeronokkan daripada tengok tv, sebab abah tak suka tengok tv. Mak ada insomnia, susah tidur malam.

Kadang – kadang pukuI 2 baru tertidur. Tapi tanpa gagal abah akan k3jutkan mak jugak pukuI 4.30 pagi untuk qiyam. Mak pulak tak pernah tolak walau mengantuk. Sebelum subuh abah habiskan beberapa helai quran, setiap 2 bulan abah akan khatam.

Pagi – pagi pintu bilik kami pasti dik3tuk 3 kali untuk k3jut subuh. Lepas subuh abah akan tidur sekejap atau dengan gigihnya pergi beli sarapan untuk kami di warung. Abah ni jalan ke depan rumah pun semput tapi sempat belikan sarapan sebab takut kami pergi kerja dengan perut kosong.

Saya puas cari pembantu rumah, untuk senangkan mak. Tapi musim pkp hari tu memang susah nak dapat. Saya belikan vacuum robot, dryer, pressure cooker untuk senangkan kerja rumah supaya mak tak susah. Tapi masih terbiasa dengan rutin buat semua benda sendiri.

Dryer tak nak guna sebab nak jimat elektrik. Robot tak guna sangat sebab dia kata kalau pakai penyapu lagi bersih. Orang selalu takut hilang privacy sebab duduk dengan mak ayah. Tapi mak abah tak pernah campur urusan seharian atau keputvsan kitaorang.

Plan weekend, malam keluar balik lewat, malah tentang duit mak abah tak pernah tanya atau minta. Kalau dorang terdesak ada barang dah habis, dorang akan minta belikan tapi mesti siap dengan duit. Itupun dah banyak kali dorang keluar sendiri beli barang basah sebab suka makan barang fresh.

Kitorang pulak rasa dorang yang menjaga kitorang. Dulu mak selalu bising, suruh abah bergaul petang – petang, minum teh dengan orang kampung. Sebab mak takut abah bosan. Hakik4tnya abah seronok dekat rumah. Pagi – pagi masa abah sihat dulu… sapu sampah, mop lantai. Lepas dhuha baca quran.

Lepas tu tidur jap, sebelum tengahari tolong beli barang untuk mak masak. Masa mak masak, dia akan duduk tepi layan mak berleter banyak barang salah lah, tersikit la. Tapi tak pernah dengar dorang cerita pasal orang lain.

Selalu wonder macam mana abah dan mak ade sifat – sifat yang baik sedangkan abah bukan la orang alim, ustaz atau pernah belajar agama. Abang cerita, dulu masa abah keje jadi ahli bomba biasa kat selangor, ade masjid kat depan bomba.

Setiap kali masuk waktu abah akan pergi solat, lepas solat abah akan borak dengan imam masjid tu sampai jadi rapat. Mana – mana pengajian ceramah imam tu abah pergi, walaupun ceramah ustaz lain pun. Balik dari ceramah abah cerita kat mak dan amalkan apa yang baru dipelajari walaupun sikit.

Masa tu abah dalam awal 30-an. Lepas beberapa tahun, imam tu lantik abah jadi bilal masjid. Menarik jadi bilal ni, sebab dia orang terawal akan datang masjid dan akan sentiasa solat jamaah. Abah tak pernah miss kecuali ada hal kec3masan.

20 tahun lebih abah jadi bilal, dan ramai yang kenal dengan abah. Tapi abah masih tak biasa lepak kedai minum dan borak pasal orang lain. Rutin tu berterusan walaupun abah dah s4kit. Masih lagi bangun pukuI 4, qiyam dan mengaji walaupun semput.

Hikmah mencari kebaikan dan bergaul dengan orang yang baik. Kebaikan itu akan mengekori. Bila dikenangkan kitorang adik beradik ada jugak buat salah dan nakal. Dan untuk membesarkan saya di usia yang orang dah pencen ni menc4bar.

Patutnya bole rehat ni nak kena fikir sekolah, dengan sape saya berkawan, sediakan makan minum etc. Tapi sangat jarang saya nampak dorang marah, cakap lepas atau bermalasan. Saya yakin benda ni memerIukan kekuatan, dan kekuatan tu datang dari kuatnya dorang bangun qiyam dan mengaji setiap hari.

Bila jadi mak ni, saya baru perasan bukan senang rupanya. Yang senang ialah naik marah, hilang sabar dan penat. Kagum dengan dorang boleh tahan sampai umur menginjak 80 tahun. Sampai kitorang malu kalau terlepas marah depan anak – anak.

Sekarang ni yang bestnye anak saya terikut per4ngai atuk neneknya. Suka mengemas dan membersih. Pantang disuruh rajin menolong. Azan saja, dia yang suruh kitorang solat, walapun baru 4 tahun. Ok last sekali.. Sampai la detik yang saya takut.

Abah mengadu s4kit d4da beberapa kali. Lepas makan ubat bawah lidah (ubat heart att4ck), abah kata dah ok sikit. Nak dibawak ke hospitaI tak nak, dia nak kalau apa jadi bersama keluarga. Kalau kat hospitaI takde siapa.

Sehinggalah hari ketiga abah menahan s4kit, kami adik beradik paks4kan jugak sewa ambulan bawak abah ke IJN. Abah setuju. Rupanya keadaan abah memang teruk dan doktor minta bersedia. Disebabkan SOP ketat, saya dengan mak balik kampung, 2 orang abang akan gilir tengok dia petang – petang kat ccu (limit 15 min seorang saja sehari).

Alhamdulillah abah bertahan 4 hari, dapatla bervideo call. Cumanya malam hari terakhir tu mak macam boleh rasa, dia kata boleh tak malam ni mak pergi KL tengok abah. Saya pun dah risau, cakap dengan mak, lusa abang cuti ambil mak.

Mak lega tapi barang – barang semua dah disiapkan. Rupanya lepas subuh, doktor call bagitau abah dah n4zak. Mak terus pergi KL. Abang cakap bila tengok abah pagi tu n4zak sangat, dah mencungap. Patutnya mak tak boleh masuk sebab abang dah masuk sebelumnya, tapi alhamdulillah nurse benarkan 5 minit saja.

Masa mak jumpa abah, mak kata abah tersenyum, nampak tenang dan tanya siapa ada. Mak bagitau semua ada. Abah nampak lega dan mak sempat ucapkan syahadah. Sampai mak kata abah macam sihat saja. Tak sampai 40 min mak turun, nurse call abang bagitau abah dah takde.

Huhu.. rasa macam terharu Allah bagi peluang untuk mak jumpa dan borak dengan abah. Selalu orang n4zak susah cakap, tapi Allah beri rezeki abah bercakap seperti dorang selalu borak sebelum ni supaya mak tak risau.

Abah sangat sayang mak dan mak pun sayang abah dan kecintaan mereka berdua pada Allah, mengutuhkan lagi cinta dorang sampai akhir nyawa. Cemburu pulak saya rasa. Sebab bukan senang nak pertahan cinta. Tapi, betullah kan..

Lagi dekat cinta kita pada Allah,

Lagi Allah dekatkan cinta manusia pada kita.

Lagi kita jaga Allah

Lagi Allah jaga kita.

Bila abah meninggaI, ibarat tiada apa untuk diuruskan.

2 bulan lepas, duit bank abah dah masukkan ke bank mak,

Tanah dah serah nama pada anak – anak,

Sebulan lepas, abah siap minta tolong adik mak kerja pagi – pagi kat rumah kitorang untuk temankan mak.

Duit khairat kem4tian kampung pun cukup untuk urusan pengebvmian,

Van jen4zah dari IJN ke kampung pun dapat yang free.

MasyaAllah. Abah sangat menyenangkan dan Allah pun menyenangkan semua urusan abah walaupun dah meninggaI. Cerita ni untuk saya terutamanya, dalam kesibukan umur muda, kena terus mengejar benda yang penting dalam hidup. Allah.

Masalah akan sentiasa ada. Walau sesiapa pun kita, ustaz ke tak, kaya ke miskin, teruslah mencari ilmu dan kebaikan. Di zaman fitnah ni lagi lah kena kuat. Walaupun amal kecil, istiqamahlah, nescaya Allah akan jaga. Terima kasih semua doakan. Maaf panjang. Al-fatihah untuk arw4h abah. – Anak abah (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Nora Osman : Cerita ni untuk saya terutamanya, dalam kesibukan umur muda, kena terus mengejar benda yang penting dalam hidup. Allah. Masalah akan sentiasa ada. Walau sesiapa pun kita, ustaz ke tak, kaya ke miskin, teruslah mencari ilmu dan kebaikan.

Di zaman fitnah ni lagi lah kena kuat. Walaupun amal kecil, istiqamahlah, nescaya Allah akan jaga. Terima kasih kongsi kisah yang sangat bermanfaat dan menyentuh kalbu. Moga r0h arw4h ayahanda bersama para solihin.

Rainbow Sunshine : Alhamdulillah.. innalillahiwainnailaihiraajiun.. Dari cara hidup.. kita boleh rasa ketenangan abadi di sana. Cara m4ti pula, dalam keredhaan dan syahadah. Diambil nyawa dengan mudah… Allahu Akhbar, husnul khatimah yang didambakan.

Teladan di sini. Jangan sibuk bicara hal orang, namun luangkan masa bermesra dengan keluarga. Berbicaralah dengan Allah, pasti Allah lapangkan segala urusan dan diberkati. Jika kita senang bicara hal orang, umpat atau marah.

Tiada pahala malah buang masa. Silap – silap jadi sengketa dan s4kit hati fikir orang lain. Hati yang baik akan terzahir pada kata dan kelakuan. Al Fatihah.

Bai Zure : Cerita yang menghidupkan. Arw4h ayah yang sangat baik. Alhamdulillah ayah saya pun masih ada. Selalu ada dalam setiap masalah anak – anak perempuan. Semoga syurga lah tempat ibu dan ayah kita allahumma amin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.