Disaat aku nak bertaubat dan insaf, tiba2 dapat tahu yg aku mengandung. Aku yakin ni anak suami tapi

Hari – hari aku menangis, merayu, memohon ampun dari suami dan juga solat taubat. Suami turut nangis sampai berat badannya susut. Tapi saat aku dah berjanji nak berubah dan insaf, tiba – tiba dapat tahu aku mengandung. Suami dah mula curiga status anak aku tapi aku yakin..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt semua… Kisah aku ni nak dik4takan berat ke tidak, tak tahu lah. Cuma aku tak tahu pada siapa aku boleh mengadu dan bercerita. Ia tentang aib sendiri tapi hati macam nak pecah untuk bercerita.

Kisah berlaku 3 bulan lalu bila mana kisah aku curang (aku isteri) dengan lelaki lain kant0i dengan suami sendiri. Kecurangan aku bukan sekadar bermadah mesra, tapi sehingga aku terIanjur. Aku tahu semua itu memang salah aku, aku tak mampu sorok dari pengetahuan suami sehingga aku mengaku telah terIanjur dengan lelaki bujang tersebut.

Kami tidak bercinta, tetapi lebih kepada ‘test market’. Aku hampir 40 tetapi mungkin seorang yang petite dan berperwatakan lebih muda menyebabkan lelaki tersebut cuba – cuba untuk ‘test market’. Ya, dia bujang dan awal 30-an.

Aku tahu dia ada girlfriend, tapi pada aku, tak kisah lah. Aku bukan nak serious pun dengan dia. Dia selalu kacau – kacau aku di tempat kerja sehingga kami berani berjumpa di luar. Walaupun aku selalu ingatkan dia yang aku dah tua, dia kerap cakap aku tak seperti itu pun.

Ya, itu semua ayat sy4itan yang menghasut. Aku hanyut dengan pujian. Di rumah, aku miliki 3 orang anak, seorang suami yang setia walaupun sedikit baran. Tidak romantik, selalu meninggikan suara, sukar di bawa berbincang.

Kami telah kenal lama sebelum berkahwin dan perkahwinan kami cecah 10 tahun. Walaupun suami aku bukan lah suami idaman wanita di luar sana kerana dia tidak pandai memujuk malah kita yang sering memujuk hati sendiri, tapi dia seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab.

Terlalu sayangkan anak – anak sehingga sanggup apa saje demi anak. Tidak tahu di mana silapnya bila aku terjebak dengan kecurangan. Walaupun aku dan suami sering tidak sependapat, mungkin dari situ aku mencari kebahagian di luar.

Yelah, ada orang memuji, ada orang memujuk. Itu semua cara sy4itan untuk menyucuk. Suami tetap begitu, mudah melenting, walaupun hanya perkara kecil. Aku sudah lali, sehingga kadang – kadang mengalah sebab selalu dijadikan alasan untuk tidak menjadi isteri derh4ka (tapi dalam diam aku menjadi nusyuz di belakangnya).

Okay berbalik pada kisah aku kant0i, mula aku cuba menidakkannya tapi setelah didesak aku mengaku dan merayu untuk tidak memperbesarkan hal ini. Maksudnya, aku tak nak suami beIasah lelaki tersebut kerana bukan salah dia seorang (salah aku jugak) dan tak nak aib aku tersebar dan menyebabkan em0si aku dan anak – anak terganggu.

Di saat itu, hari – hari aku menangis, merayu, memohon ampun dari suami dan juga solat taubat. Suami turut nangis berhari – hari, em0si terganggu tambah – tambah dia ada event penting ketika itu, berat badannya susut teruk, aku pun terpalit sama.

Em0si terganggu teruk, mata bengkak berhari – hari. Aku betul – betul insaf dengan perkara ini. Nak dijadikan cerita, ketika dan saat itu, aku dapat tahu diri aku mengandung. Aku yakin ia adalah anak suami aku walaupun mula – mula suami ragu.

Tapi aku yakin sebab aku memang tak benarkan lelaki itu ‘buang dalam’. Lelaki berkenaan juga sedar atas kesilapannya mengganggu isteri orang dan takut dengan ugvtan suami. Saat itu kami betul – betul putvs hubungan walapun 1 tempat kerja.

Dia block aku, aku block dia. Simple. Tapi suami tetap tak nak lepaskan dia pada mulanya. Kami berdua tidak berhubung langsung selepas itu, tapi aku tidak dapat lari dengan berurusan di tempat kerja cuma tidak kerap kerana tempat kami berlainan laluan.

Jadi kami berhubung atas hal kerja sahaja. Suami dalam masa, lama kelamaan sanggup memaafkan aku, dengan syarat aku berubah dan tidak mengungkit kisah tersebut lagi. Dia tak sanggup menceraikan aku demi kasih sayang dan anak – anak.

Dari hari ke hari berdoa tentang kebaikan suami dan doakan hubungan kami terus erat dan dirahm4ti Allah. Tetapi maIangnya, dalam aku cuba berubah, bila ada dan ketikanya jika kami berg4duh berkenaan hal lain, mesti suami akan menyelit tentang kisah tersebut.

Kadang – kadang aku rasa hilang pedoman sebab seolah dituduh masih berhubung dengan lelaki tersebut. Demi Allah, aku dah bertaubat dan tak pernah lagi ulangi hal itu. Suami seakan – akan mereka – reka cerita tentang kami yang mana mengatakan ada dengar kami berjumpa lah, berhubunglah, dan ugvt ingin bawa aku jumpa dengan lelaki tersebut.

Aku bingung. Aku memang tidak buat lagi dan berjanji dengan diri sendiri untuk berubah. Aku tak tau kenapa dia masih curiga dengan aku. Sedangkan boleh dik4takan di ofis pun aku jarang bercakap, berhubung dengan lelaki tersebut.

Suami pun dah kerap hantar dan jemput aku ke tempat kerja. Aku tak sedikit sorok handphone atau password, jadi mudah untuk suami check senyap – senyap sekali pun. Aku dah tak takut. Tetapi suami masih rahsiakan password sendiri.

Dengan alasan ada urusan dengan informer (lelaki scandaI aku ). Wallahualam, aku cuba berfikiran positif, malas nak panjang – panjang cerita. Aku jadi tertekan, tambah aku tengah berbadan dua. Em0si terlalu sensitif. Suami masih lagi dengan sikap baran.

Kadang – kadang cakap hal simple pun boleh tinggi suara. Puas aku pujuk hati, merajuk pun tak guna sebab tahu takkan dipujuk. Aku mengadu pada Allah sahaja, mohonkan kesabaran yang tinggi dan lapangkan d4da untuk menerima ujian ini.

Suami tetap begitu, bila dia tengok aku sedikit dingin (sebab merajuk kita pun lost topic la kan), tapi kita tetap masak, layan dia makan, tapi nanti dia akan tunjukkan sikap seolah – olah salah kita sebab dingin. Jadi mula la bila nak ke tempat kerja, kita hulur tangan salam pun, dia acuh tak acuh.

Dari biasa k1ss terus tak nak k1ss. Perkara sebegini biasa berlaku di mana, kita yang nak merajuk akhirnya jadi salah kita jugak sebab berd0sa dingin dengan suami. Aku manusia biasa, ada perasaan, aku tak mintak dipujuk beriya – iya dan tak pernah dapat pun.

Aku faham tu sebab dia bukan macam tu orangnya. Tetapi sekurang – kurangnya faham perasaan aku. Aku merajuk, takkan nak tiba – tiba buat ramah mesra borak macam tak de apa – apa. Aku bangun tengah malam menangis meratap dengan Allah je kekuatan aku sekarang.

Bila asal berg4duh aku mula takot, takut akan dipersalahkan. Tak pernah lagi berg4duh suami yang salah, kebanyakan salahnya datang dari aku. Aku la yang derh4ka, aku la nusyuz, aku la isteri berd0sa. Tapi bila dalam keadaan macam ni, nanti suami mula la buat tuduhan tentang ‘lelaki’ yang dulu.

Janji tak nak ungkit, tapi mesti terungkit jugak bila berg4duh hal lain. Kadang – kadang aku confuse, kenapa masih tak lepaskan aku kalau rasa tak percaya kan aku lagi, dalam masa yang sama siksa perasaan aku macam ni?

Suami memang dari dulu macam ni. Jika dia yang buat salah, kita jugak yang akan nampak bersalah. Kita jugak akan dituduh nusyuz atau derh4ka. Jadi di mana hak kita sebagai seorang isteri jika tak boleh bersuara dan hati tidak dipelihara.

Kalau dulu mungkin kita banyak memendam. Ingatkan bila hikmah issue kant0i curang ni boleh merubah kami berdua, tapi suami tetap begitu. Aku cuba berdoa agak dia berubah, sentiasa berlembut hati tapi kadang – kadang aku kalah.

Aku rasa ingin berpisah jika terus begini. Rela hidup sendirian sebab daripada terus dilabel isteri derh4ka. Sebab apa sahaja yang aku buat, tidak nampak baiknya di mata dia. Mula la kata dia k3jut aku, aku tak sedar lah, aku tak nak layan dia lah.

Wallahualam. Demi Allah, kalau aku sedar, aku akan bangun. Tapi kalau tak bangun or paling tu, aku berani cakap, memang aku tak sedar. Tapi dia takkan percaya semua tu. Aku tak minta banyak, aku tau aku bukan isteri yang baik, berusaha untuk jadi baik.

Tapi tak bolehkah aku mendapat hak aku sebagai seorang isteri? Bantu lah aku… PerIukah aku berpisah sahaja untuk kebahagiaan diri aku? Bukan sebab lelaki lain, tapi demi untuk tidak terus dilabel derh4ka dan ingin hidup bahagia.. – Zarine (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Khadijah Asshughra Mustaffa Rashidi : Memaafkan bukan melupakan. Kaca yang pecah pun even gam takleh nak kembali bentuk asal. Macam tu la hati suami awak. Takpela memang awak yang kena lebih sabar untuk pujuk hati dia balik.

Usaha ambil hati dia balik. Benda nak ubat hati bukan sehari dua. Berpuluh tahun pun belum tentu boleh sembuh. Apa pun respond dia, kena sabar. Betul, yang paling s4kit sebenarnya suami awak bukan awak.

Dia terp4ksa ambil tindakan untuk stay dengan awak dan terkenang perbuatan awak tu setiap saat. Sabar la yek.. jangan lupa keep doa mintak Allah lembutkan hati dia dan ubatkan hati dia. Keep beli jiwa dia.

Leya Alias :  Saya tak tahu nak komen apa, kesian anak yang dalam kandungan tu. Sis kata sis yakin tu anak suami tapi suami betul – betul yakin ke tak? Kita pandai taknak hidup bermadu, orang laki pun takde perasaan yang sama ke?

Takleh nak salah kat laki kalau dia berubah, sebab awak yang buat kesilapan besar kat sini. Laki awak sebenarnya kecewa, dan awak masih nak sibuk pasal hak seorang isteri. Hak suami macam mana pula? Terus muhasabah diri dan mengadu kat Allah, ujian untuk awak.. semoga bertemu jalan penyelesaian terbaik untuk awak dan suami.

Azie Hussain : 30 tahun pon belum tentu suami akan lupa episod curang ni. Inikan pulak dah sampai ke ranjang. Akak s4kit hati suami tak peduli, “test market” bukan cara nak cari bahagia dan ubat hati yang kosong tu.

Sepatutnya akak pergi je pejabat agama mintak kaunseling awal – awal lagi sebelum nak test market tu. Tapi bila dah terIanjur, memang Allah je boleh bantu akak lepas ni. Sebab hati suami akak tu dah h4ncur sangat – sangat, nak bina balik kepercayaan tu mungkin makan masa sampai akhir hayat dia.

Teruskan berdoa moga Allah terima taubat akak dan dilembutkan hati suami akak. Akak boleh je nak ajak suami pergi kaunseling jugak, maybe masa tu akak dan suami boleh luahkan apa yang terbuku di hati masing – masing. Kalau masing – masing dah tak boleh nak maafkan, fikirlah apa yang terbaik untuk diri masing – masing.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.