Suami aku sound adik dia sebab kuIikan mama, tapi lepastu mama menangis sebab kena marah dgn adik ipar

Hidup mama sekarang 24 jam dengan cucu. Bayangkan kalau kami nak bawa mama pergi jalan2 atau kenduri, mama kena minta ‘izin’, minta cuti dekat adik ipar. Hujung minggu pun hantar anak alasan tak sihat. Aku tulis ni sebab suami aku tengah frust menonggeng, adik dia rupanya dah marah mama..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih kalau share confession ni. Aku harap mana – mana pasangan yang nak berkahwin boleh baca dan hadam. Aku cuma nak luahkan perasaan yang terbuku. Kisah adik ipar dan mak mertua yang aku panggil mama. Adik ipar aku Elin.

Laki aku dah pernah berterus terang, tegur Elin. Tapi kesudahannya tak ada penyudah. Nanti aku cerita kenapa. Aku dan berkahwin 4 tahun. Anak ada satu umur setahun lebih. Elin plak dah berkahwin 3 tahun. Anak dah dua tahun.

Aku lambat mengandung atas sebab aku dan suami merancang. Kami nak kukuhkan ekonomi sebelum ada anak. Nak bagi hidup kurang huru hara. Alhamdulillah bila dah sedia Allah permudahkan. Anak itu rezeki dan amanah yang Allah beri.

Pampers pakai duit. Medical attention pakai duit. Susu pakai duit. Selaku orang yang selalu plan perbelanjaan, bagi aku ekonomi yang stabil penting untuk ada anak. Elin pula memang nak anak secepat mungkin. Sebab dia ada t4rget, bila umur 25 tahun nak ada anak.

Alhamdulilah juga Allah permudahkan untuk dia. Anak Elin memang mama yang jaga. Sejak hari pertama Elin pantang sampai lah anak dah umur dua tahun. Bagi aku tak ada masalah dan tak ada isu cemburu pun sebab aku memang mahu besarkan anak aku sendiri.

Tanpa berg4ntung dengan sesiapa. Anak aku anak asuhan taska. Sebelum tu aku nak bagitahu siap – siap, aku tak anti orang yang hantar anak untuk dijaga ibu bapa. Sebab memang ada ibu bapa yang berkeras nak jaga cucu.

Ada juga sebab ekonomi anak dan parents rasa nak membantu. Bagi aku tak salah. Tapi ada batasnya. Ada hadnya. Aku dan suami tinggal sendiri. Jadi tak nampak sangat per4ngai Elin macam mana. Sampailah masa aku mengandung dan suami suruh aku duduk di rumah mama atau mak aku kalau dia outstation.

Mak aku, mama dan kami tinggal berdekatan. 20km – 30km apart. Mama memang sporting dan mak mertua yang baik. Aku selesa duduk dengan mama. Jadi memang akan bergilir antara rumah mak dan mama. Selama aku duduk dengan mama, aku perhatikan Elin.

Bila balik kerja, cium anak. Main – main sikit. Naik atas mandi dan tak turun sampailah dia dan laki dia lapar nak makan. Anak masih dengan mama. Lepas makan tengok TV. Sampai masa tidur, barulah ambil anak bawa naik atas.

Tak pun mama tidurkan dan bawa masuk bilik dia. Mula – mula aku ingat dia ni memang letih kerja. Dan kadang – kadang sahaja buat macam tu. Tapi tiap kali rutin tak pernah berubah. Laki bini sama. Terperuk dalam bilik lepas kerja.

Anak biar dengan mama. Kalau aku ada di rumah mama boleh la tolong – tolong lipat baju, sapu sampah dan kemas dapur. Mama masak tengahari. Bila balik kerja semua dah siap. Pandai sendiri lah buat apa yang patut. Baju laki kau.

Makan minum laki kau. Kenapa mama nak uruskan? Laki kau pun tak reti ke nak tolong sapu luar ke. Buang sampah. Layankan penat. Semua orang pun penat. Aku kesian dengan mama. Mama aktif pergi surau, kelas mengaji, ceramah agama dan jalan – jalan dengan kawan macam masa sebelum Elin ada anak.

Mama suri rumah yang ramai kawan dan ada kehidupan sosiaI. Anak – anak dah besarkan. Sekarang hidup dia memang 24 jam dengan cucu. Mujur abah dah pencen dan tolong juga buat kerja rumah. Laki aku m4kin panas hati bila Elin bercuti tinggalkan anak dengan mama.

Bila ada kenduri kend4ra pun sama. Anak hanya dibawa bila mama ikut sekali. Atau balik rumah mertua. Mama macam kena minta cuti dari Elin kalau nak keluar dengan abah atau kami. Tiap kali nak ajak keluar, mama pasti bagi alasan tak dapat keluar sebab Elin tak sihat tak boleh jaga anak.

Elin nak pergi kenduri. Elin nak keluar. Elin itu. Elin ini. Laki aku dah la jenis sekurang – kurangnya sebulan sekali nak bawa mama jalan – jalan. Hari biasa jaga cucu. Hujung minggu pun sama? Eh. Taska pun reti cuti. Kalau ambil lambat kena OT.

Bila banyak kali tak dapat keluar dengan mama, laki aku sound Elin. Last – last laki aku kena sound balik dengan mama. Mama pesan jangan nak tegur Elin lagi sebab Elin ugvt nak hantar anak dia balik kampung mertua.

Nenek mana tak sayang cucu? Mama takut dia hilang cucu dan anak. Menangis orang tua tu cakap ngan laki aku. Dalam hati aku. “Bagus… tak de lah mama kena jaga anak kau..Balik lah kampung please!” Tapi tak boleh. Aku tak boleh masuk campur sangat.

Biarlah mereka anak beranak uruskan. Masa page – page lain tunjuk cerita tak best pasal taska, dia sibuk share link dekat whatsapp group. “Ini sebabnya Elin tak nak hantar taska.. Entah siapa – siapa jaga. Entah apa – apa dia bagi.”

Hmmmm macam lah anak tu dia yang jaga. Mama yang jaga okay. Sampailah hari ni anak aku dah setahun setengah, Elin tetap Elin. Mama aku yang baik sangat tu biarkan diri dibuIi anak sendiri. Mujur lah laki aku tak pemalas dan lepas tangan macam Elin.

Kalau tak pengsan akak dik non oi! Aku tengok adik beradik Elin yang lain OK je. Dia ni ‘special case’ sikit. Aku terdetik nak tulis sebab, laki aku tengah frust menonggeng. Nak bawak mama abah dan adik – adik makan luar weekend ni.

Tapi, macam biasalah Big Boss Elin ada hal penting. Mama kena jaga cucu lagi. Jadi kita beli KFC makan di rumah mama ja lah yang oi. Macam biasa. Aku nak pesan. Sesiapa yang anak dia mak bapak jaga, minta tolong ada hati perut.

Bila balik kerja tolong la take over jaga anak. Tolong apa patut. Mereka pun perlu rehat. Perlu beribadat. Perlu bersosiaI. Nak harap kau letih kerja? Malu lah sikit. Mereka dah tua. Kudrat dah kurang. Orang lain pun kerja juga.

Weekend berilah mereka rehat. Kalau anak kau asyik dengan mereka, bila dia nak bonding dengan kau? Macam anak Elin. Semua nak uwan. Kau selaku mak tak rasa sedih ke anak tak nak kat kau? Sebab usaha kau untuk bond dengan anak tu sangat lahhhh kurang.

Tolong hulur duit. Sekurang – kurangnya setimpal dengan bayaran taska. Jangan pandang atas sambil bersiul sebab itu mak bapak korang. Elin aku tak pasti hulur ke tak. Tak tanya sampai situ. Kalau kau baca ni Elin. Aku cuma nak cakap kesian lah kat mama.

Dia perIukan rehat. Dia dah m4kin tua. Dah 3 tahun kahwin. Tiba masanya untuk kau berdikari. Tak pun belajar la jaga anak sendiri. Aku mintak waktu weekend cukuplah. Adik – adik. Jangan tiru per4ngai Elin. Kesian mak bapak korang. – Kak Ipar Hangin

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.