2 tahun kami tunggu untuk dapat zuriat. Bila dapat keputusan positif hamil, terus buat k3jutan dekat suami, dia menangis bila dapat tahu saya mengandung. Tapi saya pelik sikap suami suka masuk tandas dan handphone disorok dalam sarung bantal..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya kini sedang mengandung anak pertama setelah hampir 2 tahun menunggu bersama suami. Akhirnya Allah makbulkan doa-doa saya.
Alhamdulillah sekarang dah masuk 10 minggu. Walaupun saya mennghadapi alahan yang sangat teruk saya tetap gembira dan seronok melalui pengalaman manis ni. Sebab saya tahu masih ramai lagi yang menanti rezeki seperti ini.
Hari Raya yang lalu adalah tarikh keramat untuk saya. Ketika takbir raya aidiladha saya dapat keputusan positif. Memang tak percaya. Ketika saya dah tak mengharap apa – apa Allah beri saya rezeki ni.
Kandungan dah pun berusia 5 minggu ketika itu. Bahagia bukan kepaIang. Saya ingat nak buat surpr1se untuk suami. Saya letak note dekat cermin “I can’t wait to see u daddy!” Dan letak UPT double line dekat situ.
Saya buat – buat tidur. Husband balik kerja biasanya memang akan terus ke cermin tu. Tiba – tiba saya dengar suara teresak-esak jer. Rupanya suami menangis sebab terlalu gembira. Saya pun nangis dalam peIukan suami. Bahagia!!
2 minggu selepas hari yang paling bahagia, saya tak sedap hati. Terjaga pukuI 4 pagi. Terasa nak tengok fon suami. Sebab selalunya suami akan letak dekat meja tepi katil. Tapi kalini tak ada, suami sorok dalam sarung bantal.
Mungkin Allah nak tolong. Saya dapat buka password, dapat ambil fon tanpa suami terjaga. Alangkah terk3jutnya saya jumpa wasap suami dengan perempuan lain. Gambar mereka berdua pun ada.
Menggigil tangan ni. Kenapa suami buat macam ni. Ketika saya sedang mengandung anak dia. Saya mula syak sebab suami selalu keluar lepak, balik pukuI 2 3 pagi. Sedangkan dia tahu saya hamil. Tinggal seorang diri dan suami selalu masuk tandas.
Bile kant0i curang suami tak ade jelaskan apa – apa pun pada saya. Tapi suami keluar dari rumah keIamin dan tinggalkan saya sorang – sorang. Saya masih tertanya – tanya apa yang sedang berlaku.
Saya dah pun rujuk dengan keluarga mertua agar dapat selesaikan masalah kami. Namun hingga kini mereka pon diam membisu. Saya berdiam diri. Mungkin saya dan suami perlukan masa.
Setiap hari saya buat solat istikharah minta petunjuk. 3 minggu berlalu, tak ada langsung dia bertanya khabar, tak ada call. tak ada wasap, tak balik tengok saya langsung. Saya wasap kekasih suami. Saya gelarkan dia AINA.
Tanya samada suami masih cari dia atau tidak. Allah!! Allah uji saya lagi, rupanya suami masih berhubung dengan AINA. Merayu dan pujuk AINA sebab tak bagitau yang suami saya dah kahwin.
Siap hantar bunga, pergi jumpa AINA menangis merayu agar AINA maafkan suami.
Saya berpakat dengan AINA. Sebab suami saya banyak berbohong dengan kami. Alangkah sedihnye suami lafaz cerai pada saya. Dia bersumpah atas nama Allah dia sayangkan AINA dan sanggup ceraikan saya sedang membawa amanah Allah.
Saya wanita kuat yang Allah pilih untuk hadapi ujian ni. Saya telah pergi ke pejabat agama untuk pengesahan lafaz cerai. Dan cerai telah pon berlaku. Esok saya akan ke mahkamah syariah.
Saya mohon doa pembaca semua. Doakan saya tabah dan kuat dalam menghadapi har i- hari akan datang. Allah hadiahkan saya anugerah yang tidak ternilai di waktu yang tepat. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Saya redha dan ikhlas terima ujian ni. Doakan bayi dalam kandungan saya juga sihat dan kuat macam mommy dia.
Komen Warganet :
Zaza Rahman : Bertabahlah sayang. Mgkin Allah sayangkan awak nak awak keluar dari masalah ini yang mungkin akan membawa kepada masalah – masalah lain di kemudian hari.. PergiIah sayang.. pergiIah mencari bahagia.
Sis doakan awak sentiasa tabah, berfikiran positif, jaga anugerah Allah itu dengan penuh kasih sayang. Semoga urusan awak dipermudahkan.
Jerry TheTikus : Sabar kak, kak kena kuat untuk baby tu, pasti ada hikmah atas apa yang jadi. Tabahkan dan kuatkan hati. Saya percaya kak akan bahagia nanti, semoga baby dan akak sihat dan baby jadi anak yang soleh nanti. Allah tak akan uji kak kalau akak tak kuat. Mungkin DIA nak bagi akak yang terbaik nanti.
Raja Emma : Doa orang yang teran1aya Allah swt makbulkn tanpa hisab. Semoga awak terus kuat demi anak dalam kandungan tu. Pedulikan bekas suami awak dengan betina tu kalau andai kata si jantan tu merayu – rayu satu hari nanti.
Jangan pandang belakang, orang macam tu walaupun dia insan yang pernah awak sayang tapi dalam keadaan awak yang tengah mengandung ni dia buat awak macam tu memang tak akan seIamat hidupnya dunia akh1rat. Kuatkan semangat ye.
Lynda Roslan : Kenapa pelangi muncul selepas hujan? Sebab Allah nak bagi tahu, ada bahagia selepas tangisan dan kesedihan. Sesungguhnya orang yang di uji itu adalah orang yang mendapat perhatian dan kasih sayang dari Allah. Aaminn
Che Flora : Saya dapat bayangkan perasaan sis. Memang s4kit bila kita tengah kandungkan anak suami yang kita cinta tapi dia senang – senang ja berpaling tadah. Memang s4kit memang pedih memang terIuka sangat – sangat.
Tapi tak apa, pend3ritaan ni yang akan menjadikan kita kuat. Hanya satu kita kena ingat kita boleh hidup tanpa dia. Kita boleh hidup tanpa suami macam tu yang tak tahu nak menghargai pasangan. Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk kita.
Percaya la, tanpa dia pun sis boleh bahagia. Jangan sesekali sis bersedih kehilangan suami sis. Sis perlu brsyukur Allah buka mata sis dan tunjukkn siapa sebenarnya suami sis.