Doktor kata aku tak boleh mengandung kena cucuk depo, tahun ke-4 aku sengaja skip ubat dan aku mengandung

Awal2 kahwin lagi aku tak dibenarkan mengandung, kena cucuk depo 3 bulan sekali. Sampai tahun ke-4 aku senyap2 skip tak bagitahu suami. Aku berjaya mengandung dan apa yang aku dapat bila bagitahu dekat suami dan keluarga? Mereka marah aku bila tahu aku mengandung..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Aku, wanita yang telah 5 tahun berkahwin dan masih belum mempunyai zuriat. Siapa kahwin tak nak anak kan?? Begitu jugak aku dan suami. Aku kesian kat suami aku yang sangat ingin zuriat.

Tapi dia tak pernah bersuara hal zuriat sebab tak nak aku tertekan. Aku tahu semuanya berpunca daripada aku. Aku tak mampu memberikan zuriat pada suami sebab peny4kit yang aku d3ritai iaitu SLE. Terasa tidak sempurna diri ini, bukan saja mempunyai peny4kit yang tiada ubat penyembuh, terp4ksa berg4ntung pada ubat dan lebih menyedihkan aku masih tak mampu memberikan zuriat pada suami aku.

SLE adalah peny4kit kr0nik “aut0immune” di mana antib0di seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pes4kit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru – paru, sistem saraf, atau organ – organ lain di dalam badan.

Untuk kes aku, aut0immune aku serang d4rah, hati dan kulit aku. D4rah aku sentiasa berkurang dan penah hb aku lebih rendah dari 5. Tahun pertama kena peny4kit ni, setiap 2 minggu atau sebulan aku mesti masuk warded dan setiap kali warded mesti kena masuk 2 p4in d4rah.

Aku kena peny4kit ni ketika aku baru berusia 23 tahun, baru mula berkerja selepas menamatkan pengajian. Waktu tu aku belum berkahwin. Aku kerap keluar masuk hospitaI dan sebab tu jugak aku dibuang kerja. Aku pun paham la, company mane boleh tahan kalau staff asyik mc je. MC plak bukan sekejap.

Kereta aku tertunggak lebih 3 bulan dan hampir kena tarik. Badan aku pun mengembang sebab ubat – ubatan yang aku terp4ksa aku makan esp ster0id. Badan aku naik dari 45kg to 65kg. Time tu aku str3ss giIer, aku baru nak mula hidup, aku dah diuji dengan ujian yang berat camni.

Aku mula mempersoalkan apa salah aku sampai kena uji macam ni. Kenapa aku yang diberi peny4kit ni, kena tak orang lain. Mula – mula s4kit dulu, aku pikir s4kit ni satu musibah untuk aku. Dunia ni dah berakhir dan aku pikir nak m4ti je.

Aku pernah ditahan di zone merah di bahagian kec3masan. Dipasangkan oksigen, X-tray dan ECG semua dibuat di atas katil, aku dah macam orang yang tak bernyawa pasrah atas semua tindakan nurse dan doktor. Melihat nurse membuka pakaian aku untuk jalani semua prosedur yang dijalankan sebab aku tak mampu menggerakkan tubuh badan aku sendiri.

Betapa lemahnya aku ketika tu. Alhamdulillah, nyawa aku masih panjang keadaan aku kembali stabil dan dipindahkan ke wad. Lepas beberapa hari aku dalam wad, anggota badan aku mula naik ruam. Seluruh badan aku merah dengan bebiji air memenuhi tubuh aku.

Aku jadi rendah diri, malu nak jumpe dengan orang. Aku tak bagi kawan – kawan dan saud4ra mara melawat aku. Tapi Bf (suami aku sekarang) tetap datang melawat aku. Aku menangis, aku tunjukkan pada dia keadaan diri aku.

Aku selak baju aku hingga menampakkan paha, lengan dan juga belakang aku. Semua dipenuhi ruam. Time tu aku dah tak pikir lagi pasal aur4t. Lantak, biar die tengok sendiri keadaan aku. Aku dah tak lagi cam dulu. Kulit aku menggerutu dah macam katak puru.

Aku cakap kat dia, “saya berpeny4kit. Doktor cakap peny4kit ni tak ade ubat penyembuh. Ubat yang diberikan hanya untuk mengurangkan tindakan baIas aut0immune dan saya perlu berg4ntung pada ubat – ubatan selamanya. Awak dah tengok sendiri keadaan saya, andai awak nak tinggalkan saya, saya redha dan saya terima.”

Apa jawapan yang aku dapat dari dia. “GiIa! saya akan tetap sayang dan saya takkan tinggalkan awak.” Allahuakbar terkedu aku, terharu. Aku pikirkan dia akan tinggalkan aku. Tak ade manusia yang sanggup terima orang yang s4kit.

Lepas beberapa ketika, aku kena transfer ke hospitaI untuk dapatkan rawatan daripada pakar SLE. Alhamdulillah lepas refer to pakar, aku tak perlu lagi warded dan tak payah masuk d4rah la. Tapi aku masih kena follow up setiap bulan.

Nampak menyusahkan kena jumpa doktor setiap bulan tapi aku bersyukur sebab aku sem4kin sihat dan paling penting aku tak payah tido kat ward lagi. Bila keadaan sem4kin ok, aku mula bekerja balik, Alhamdulillah ade company yang sudi terima pes4kit macam aku.

Lepas dah bekerja, Bf aku ajak kahwin. Kahwin?? Biar betul? boleh ke aku?? Aku tak percaya dengan kemampuan diri aku. Ye sekarang aku nampak sihat tapi bila – bila masa aku boleh s4kit balik. Aku bagitau doktor dan doktor mintak jumpa bf aku.

BF aku pergi jumpa doktor. Doktor jelaskan semua keadaan aku, risik0 yang mungkin akan terjadi dan ciri – ciri kalau aut0immune mula meny3rang. Yang paling doktor tekankan adalah zuriat. Jangan meletakkan harapan yang tinggi untuk mempunyai zuriat.

Pesa4it SLE mempunyai risik0 lebih tinggi untuk mengalami keguguran dan kehamilan boleh membah4yakan diri pes4kit. Pes4kit hanya dibenarkan hamil setelah kedaan pes4kit benar – benar stabil. Alhamdulillah BF boleh terima semua tu.

Akhirnya kami berkahwin, dari awal perkahwinan aku kena amek perancang kehamilan iaitu cucuk depo setiap 3 bulan. Family member suami tahun keadaan aku. Sekarang dah 5 tahun perkahwinan, pernah 2 kali warded tapi Alhamdulillah suami menjaga aku dengan baik.

Kami masih seperti dulu masih belum mempunyai zuriat. Masih berdua dan sentiasa dalam fasa honeymoon. Sehingga ke hari ni, s4kit aku tak penah stabil, sentiasa turun dan naik dan masih tak dibenarkan hamil. Aku pernah ingkar arahan doktor, tahun ke-4 perkahwinan aku stop ambik pencegah kehamilan dan aku tak bagitau suami aku dan aku berjaya hamil.

Mula – mula dapat tahu aku hamil, kami terk3jut, gembira, takut semua ada tapi bila doktor bagitau risik0 yang bakal terjadi pada baby, suami mula risau. Baby berisik0 untuk mengalami sumbang disebabkan ibu makan ster0id.

Banyak d4rah yang doktor amek untuk check untuk pastikan dan berharap antibodi negatif (Anti-Ro dan Anti-La) yang boleh menggangu jantung bayi yang boleh menghentikan jantung baby. Tapi berita gembira kehamilan tu hanya bertahan seminggu dan aku mengalami keguguran.

Antara sebab berlakunya keguguran adalah disebabkan d4rah aku membeku dan tak sampai ke janin (disebabkan peny4kit aku). Teruk aku kena marah dengan doktor. Bukan doktor sengaja tak bagi tapi dalam keadaan hamil, lebih mudah aut0immune meny3rang buah pinggang aku.

Sebab tu doktor kena mengawal dan memastikan semuanya selamat sebelum membenarkan pes4kit hamil. Sedih, memang la aku sedih tapi aku tak pernah menyesal, sekurang – kurangnya kami pernah diberi peluang untuk merasai kehamilan walaupun sekejap.

Semua orang marah aku termasuk keluarga aku, dan suami. Dorang marah sebab dorang sayangkan aku. Masih aku ingat macam mana menggelabahnya semua orang, bila aku menangis sebab s4kit perut dan d4rah berketul – ketul keluar. Terus kami ke hopital dan doktor check aku dah total miscarriage.

Sedih, menangis suami. “Saya boleh terima kehilangan baby tapi saya takut kehilangan awak.” Ya Allah nikmat apa lagi yang aku dustai. Seorang suami sanggup ketepikan keinginan dia untuk memiliki zuriat kerana sayangnya pada isteri.

Lepas keguguran, suami aku upah orang untuk urut, tungku dan sauna cam orang berpantang cumanye takde baby. Alhamdulillah suami aku sangat membantu aku. Setiap pagi aku bangun sediakan br3akfast je, yang lain semua suami aku buat.

Mungkin disebabkan aku s4kit, aku dapat kelebihan tu. Suami aku terima aku seadanya. Badan aku penuh dengan parut, selulit disebabkan ster0id. Aku tengok diri sendiri pun aku jijik. Muka aku jadi gelap dan moonface. Tapi suami aku tak pernah pertikaikan semua tu.

Disebabkan ujian s4kit ni, MIL aku tak pernah bertanyakan aku soal zuriat, tak pernah bagi aku tekanan dan sangat – sangat membantu aku. Masa aku keguguran, MIL boleh cakap, “Jangan dipikirkan pasal anak. Tak salah kalau kita tak ada anak, jaga kesihatan diri. Jangan k0rbankan diri sendiri untuk memenuhi kehendak / puaskan hati orang. Mulut orang takkan berhenti bercakap, abaikan. InsyaAllah anak mak redha dan dia terima kamu seadanya dan mak pun tak kisah. Yang penting kamu sihat dan bahagia.”

Allah tu Maha Pengasih, bila Aku redha dan terima dengan ujian Dia, Dia bukakan pintu – pintu rahmah untuk aku. Allah kurniakan aku seorang suami yang sangat – sangat memahami dan yang paling penting terima aku seadanya dalam s4kit dan sihat.

Allah kurniakan keluarga dan mertua yang penyayang. Terima aku dan tak pernah persoalkan hal zuriat. Mereka sangat menjaga. Mertua aku sanggup carikan ubat – ubat tradisional untuk merawat s4kit aku especially yang melibatkan kulit aku.

Kulit aku berbekas dan penuh dengan parut. Macam – macam daun / herba dia cari dan sapukan kat badan aku. Orang – orang di sekeliling aku, jiran – jiran dan sed4ra mara ada bertanyakan aku soal zuriat tapi mereka bertanya dan mereka sendiri yang menjawab “Mungkin ko tak dapat lagi anak sebab ko s4kit”.

Alhamdulillah disebabkan peny4kit itu jugak aku tak terus disoal dan ditekan. Aku diberikan rezeki, peluang pekerjaan. Alhamdullillah.. Apa lagi yang aku mahukan. Allah bagi aku ujian hanya sedikit tapi rahmah dan nikmat lebih besar Dia berikan pada aku.

Aku sentiasa berdoa, “Ya Allah sesungguhnya terima dan redha dengan ujian-Mu. Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Kau adalah sebaik – baik perancang dan perancangan Kau adalah yang terbaik buat kami h4mba yang naif lagi tidak mengetahui ini. Aku bersyukur ke atas segala nikmat yang Kau berikan kepada Aku.” – Lupus W4rrior

Komen Pembaca :

Zai VM : Ada sahabat saya macam ni. Beza peny4kit saja isterinya. Bila isterinya meninggaI. Dia yang bela keluarga perempuan tu kerana isterinya anak sulung. Pak mentua carikan isteri baru pun dia taknak. Dia bela adik beradik arw4h isterinya serta ibu bapa isterinya. Alasannya dia takut isteri baru dia nanti tak bagi berbakti pada bekas mentua.

Nurul Zaihasra Izzati : Semoga sis diberikan kemudahan, kekuatan hati, kesembuhan dan diberikan rezeki zuriat yang soleh dan solehah. Aminn ya mujib. Allah sayang sis dan suami. Sis dengan suami orang baik – baik. Allah pilih untuk Allah uji sebab Allah nak angkat martabat sis dan suami. Semoga sis dan suami tabah.

Norfadzilah Idris : Dulu saya ada kawan satu wad yang SLE. Dari dia pregnent sampai bersalin duduk di hospitaI. Raya pun di hospitaI. Puasa pun sehari aja. Bila janin m4kin membesar doktor pasang stand pada rahim untuk elak bersalin sebelum waktu.

Dan hanya dibenarkan untuk baring rehat sahaja. Tak boleh berjalan – jalan sangat. Kalau berjalan lebih sikit akan turun d4rah. Kesian betul. Dia punya doktor pakar sahaja ada 4 orang berlainan bahagian. Dan baby lahir 36w 6hari.. ceasor.

Alhamdulillah.. dapat baby gurl yan sihat. Masa tengah operator doktor cakap rahim dia berbentuk sebiji macam hati. Dan amik gambar tunjuk kat dia. Memang kuat semangat orang – orang SLE ni. Moga TT pun tabah dah kuat ye.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.