Aku dah penat tunggu nak dapat zuriat keturunan aku. Tapi aku tak sanggup nak poIigami, menduakan isteri. Aku rasa cerai jalan terbaik dan hantar isteri balik rumah keluarganya dengan baik. Balik je rumah, aku nampak kotak isteri tinggalkan. Aku terk3jut dalam tu penuh dengan baju baby yang dia kait sendiri..
#Foto sekadar hiasan. Aku masih ingat jelas peristiwa malam itu. Isteri mencedukkan nasi ke pinggan aku. Kami masing – masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa. Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu. Dingin. Tegang.
Tapi hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai – renyai menambahkan kedinginan. Dingin dalam dua hati. “Hari ni, hari last kita makan sama – sama.” Aku berhenti makan. Basuh tangan. “Sebab?” Isteri aku berkerut kening. “Hari ini, abang lepaskan kamu dengan taIak satu.”
Nampak jelas wajah isteri yang terus kelu. Baru saja dijamahnya sedikit nasi. Suku pinggan pun belum. Dari tadi dia menanti aku pulang dari kerja. Lewat pula tu sebab ada hal yang perlu diselesaikan di pejabat tapi lebih kepada mahu menjauhkan diri dengan isteri.
“Dah lima tahun kita kahwin. Awak faham dengan jelas, kita masih tak ada anak. Abang dah bosan. Bosan menanti. Awak asyik s4kit perut, senggugut kuat, masalah dalam peranakan dan macam – macam lagi. Sampai bila nak berubat?
Abang dah give up. Abang tak nak poIigami. Jadi, ini adalah keputvsan terbaik untuk kita berdua.” Dia yang sudah jadi bekas isteri dalam sekali lafaz hanya terkedu. Menitiskan air mata. “Abang, terima kasih atas segalanya.
Terima kasih sudi sayang saya selama kita bersama. Jaga saya dengan baik. Maafkan saya tak mampu bahagiakan abang dengan zuriat. Maafkan saya, tak sempat pun nak salam tangan abang buat kali terakhir sebagai isteri yang sah.”
Tak mampu dihabiskan kata – kata. Diganti dengan deraian air mata. Keesokan hari, aku hantar bekas isteri pulang ke rumah keluarganya. Bekas mertua aku menanti dengan tenang. Tidak marah sedikit pun. Dibiarkan saja aku berlalu pergi dari penglihatannya. Rasa pelik juga tapi biarlah.
“Jangan sedih. Ayah masih ada. Seandainya semua lelaki dalam dunia ini tak dapat jaga kamu, ayah tetap akan bela kamu sampai ke akhir nyawa. Meski kamu s4kit pedih, c4cat cela, buruk h0doh sekalipun, ayah tidak akan merasa jijik sedikit atau terbeban langsung dengan kamu.
Ini ujian kehidupan. Masa kamu remaja dulu, kamu fikir hidup berumahtangga itulah suatu kebahagiaan abadi. Namun, sekarang kamu mengerti. Rumahtangga itu penuh ujian. Mereka yang tidak berumahtangga tidak akan memahami sehinggalah mereka melalui.
Ayah percaya, kamu sekarang lebih matang menilai kehidupan. Akhirat jualah bahagia berkekalan.” Ayah mertua aku itu berkata – kata perlahan. Walau dia tahu, kata – katanya tidak mampu meredakan seluruh kecamuk perasaan.
Bekas isteri aku cuma mampu memeIuk ayah tuanya penuh tangis dan sendu. Dalam dunia yang penuh k3jam, ayah sendiri jua yang masih punya hati. Aku dengar jelas walau hanya berbisik. Aku tiba di rumah malam tu. Rasa kosong. Sunyi.
Tiada lagi wajah yang selalu aku marah, h1na, perIi tiap ketika. Entah apa yang tak kena sejak akhir ni m4kin kerap aku rasa marah dan benci dengan isteri. Mungkin sebab cemburu dengan keluarga orang lain yang jauh lagi sempurna.
Sedangkan kami masih berdua. Aku buka pintu bilik. Ada kotak di atas katil kami. Label, “Untuk suami tercinta.” Aku bukak daun kotak. Diteliti satu persatu isi kotak. Air mata aku mengalir sendiri. Tak mampu ditahan lagi.
Dalam kotak, terisi penuh baju bayi. Stoking tangan dan kaki. Sweater. Penutup kepala. Memang sengaja dia menduga aku. “Abang, sejak awal kita nikah sampailah tahun ni, saya kaitkan semua ini untuk anak kita. Meski tak pasti bila saatnya tapi saya percaya Allah akan makbulkan jua. Jika bukan di dunia, pasti di akhir4t sana.
Abang, Setahun yang lalu, saya dengan tidak sengaja membelek fon abang. Masa tu abang tengah tidur. Allah gerakkan hati saya untuk melihat ke Whatsapp abang. Masa tu, hati saya h4ncur. Bila tahu, bila lihat, abang mencari yang lain.
Bukan itu saja, abang tidak mengaku saya sebagai isteri. Abang bilang abang tidak pernah cintai diri ini. Malahan, pelbagai kata yang tidak baik abang lemparkan pada saya. Sedangkan demi Tuhan, saya sanjung abang sebagai suami sikit pun tidak terusik hati ini untuk tidak setia. Untuk tidak hargai abang.
Saya hargai penat lelah peng0rbanan abang selama ini untuk menyara saya yang tak dapat berikan zuriat pada abang. Tapi, mengertilah, bukankah itu kerja Allah? Bukan kemahuan saya tapi kehendak Allah? Sungguh, saya mahu jadi seorang ibu. Sump4h, hati ini lagi sedih melebihi kecewanya hati abang.
Abang tidak cuma s4kiti hati saya tapi abang Iawan takdir Allah. Abang tak terima Qada’ Qadar-Nya. Sedangkan Allah sedang menguji. Bukannya menghukvm. Siapa yang bersyukur, siapa yang sabar, siapa yang cari-Nya, siapa yang nak jadi h4mba-Nya, dan siapa yang nak tuntun tangan isteri bersama – sama ke Syurga.
Apakah tidak bahagia rumahtangga itu andai cuma ada kita berdua? Bagi saya, sudah cukup Allah bagi saya seorang suami. Saya tak layak minta lebih dari Allah. Ini saja sudah cukup membahagiakan hati. Itu yang saya fikir. Itu pendirian saya.
Saya diam sebab saya sayang abang sepenuh hati. Saya tak mengadu pada sesiapa agar abang tidak mempunyai isteri yang nusyuz. Saya tak mengadu di page rumahtangga membuka pekong sendiri, berbuat d0sa. Saya hanya ada Allah di sisi.
Semuanya sudah saya tahu. Tiada apa lagi abang perlu sorokkan atau nafikan. Di sudut hati, berharap abang kembali ke sisi diri. Menunggu cinta tulus abang. Siang dan malam doa yang sama saya panjatkan. Tapi, saya terus dilupa.
Moga abang bahagia dengan pengganti saya. Sikit pun saya tak d3ndam atau s4kit hati lagi. Saya cuba mengerti. Cuba reda sepenuh hati. Kerana selama ini, tugas saya pada abang adalah setia mencintai. Abang bagi saya tempat berteduh dan berlindung, beri saya makan dan pakai, beri saya secebis kasih sayang, semua itu dah lebih dari cukup. Saya tak layak minta lebih dari itu. Salam sayang. Isterimu.”
Aku menahan sebak di d4da. Rasa bersalah menguasai jiwa. Malam tu aku termenung panjang. Esoknya seawal pagi, aku bersiap. Mahu pulang segera ke kampung mertuanya. Di kampung, bekas isteri s4kit kritikaI dalam perut.
Rupanya b4rah rahim. Jadi rahsia selama ini. Antara dia dengan ayahanda tercintanya. Bert4rung dengan nyawanya sendiri. Sudahlah hati r0bek diIukai, s4kit ditanggung tidak terperi. Peng0rbanan demi peng0rbanan hati.
Dilupa dan diIuka jiwa dan raga. Telan walaupun tahu penantiannya tidak berbaIas. Sia – sia. Sudahnya, ayah mertua aku menitiskan air mata di sisi anaknya. Tanpa daya upaya. Dalam penglihatan isteri, dia nampak aku datang dan masih cuba mengukir sebuah senyuman.
Dalam kepayahan, walaupun dikhi4nati dia masih nak senyum pada aku. Namun dia sempat cakap, “Aku doa kau bahagia tanpaku… selamanya.” Sebelum aku riba dia buat kali terakhir, diam membisu. Itulah penyesalan yang tiada bertepi.
Aku nak sangat bertemu dengan dia semula di syurga tapi mampu ke dia jadi bid4dari aku sedangkan dia bukan lagi isteri aku ketika dia masih hidup. Aku banyak tertipu dengan permainan indah di laman sosiaI. Keluarga bahagia yang ditayang bersama suami isteri dan anak – anak yang menyebabkan aku rasa tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku cuba Iawan takdir, salahkan isteri sebab kami masih tiada zuriat. Sedangkan itu adalah ujian buat aku, isteri.
Komen Warganet :
Syai Jue : Percaya pada qada’dan qadar Allah doa yang terani4ya itu diangkat. Percaya adanya Allah SWT dia tidak akan menduga kita di luar kemampuan kita. Dunia ini hanya sementara akhir4t di sana tempat yang abadi pada yang bergelar suami semoga jadi lelaki yang bertanggungjawab dan pegang pada agamamu bukan nafsu sesungguhnya untuk mendapat bid4dari syurga itu tidaklah mudah.
Nadhirah Azahara : Ya Allah sungguh berat ujian ini untuk isteri – isteri. Andai la kau dapat suami yang bersabar. Pasti dia akan terima kekurangan. Aku pun dah lalui 4 tahun tunggu. Akhirnya Allah bagi juga rezeki. Semoga yang tunggu zuriat lama tu.. suami anda menghargai anda apa adanya.
Adli DusunRaja : Ya.. alam rumahtangga tidak selalunya indah seperti yang kita mimpikan. Banyak ranjau dan liku perlu kita t3mpuhi. Sememangnya ik4tan perkahwinan itu suatu ujian Allah untuk kita lebih dekat di sisiNya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.