Suami cakap dia malu nak balik raya sebab setiap kali balik orang akan tanya bila nak dapat anak. Keluarga mentua sekarang dah sampai tahap menghasut suami untuk berkahwin lagi. Bila saya ajak suami buat pemeriksaan doktor, dia marah dan kata dalam keturunan mereka tak ada sorang lagi tak subur..
#Foto sekadar hiasan. Setiap pasangan yang berkahwin pasti sahaja mahukan zuriat. Anak adalah anugerah yang terindah daripada yang Allah s.w.t. Anak itu seperti penyeri dalam keluarga. Namun, pasti ada hikmahnya jika sehingga kini anda masih tidak mempunyai zuriat. Seorang isteri berkongsi kisahnya yang tertekan apabila suami dan keluarga mentua yang sering menekannya yang tidak dapat berikan zuriat dalam keturunan mereka.
Saya dah lama kahwin dan masih tak dapat zuriat. Adik ipar akan berkahwin selepas raya tahun depan. Saya terdengar keluarga mertua cakap mereka mengharap sangat dan pasti yang adik ipar saya boleh memberikan mereka cucu sebab mereka tak boleh mengharapkan saya. Mereka siap cuba menghasut suami saya untuk berkahwin lagi dengan anak kepada kawan ayah mertua saya agar suami boleh mendapatkan zuriat.
Pada mulanya, suami tidak mempedulikan itu semua. Tapi lama kelamaan, suami sudah termakan pula hasutan mereka.
“Malu saya masa raya nak balik ke kampung. Orang asyik bertanya tentang anak sahaja. Awak ni bilalah agaknya nak mengandung? Susah sangat, kalau sebelum raya tahun depan awak masih tak mengandung juga, tak payahlah awak ikut saya balik ke kampung. Awak balik ke kampung awak, saya balik ke kampung saya. Kita cerai saja,” kata suami.
Alangkah sedihnya hati saya bila mendengar dia berkata begitu.
Adik ipar pula banyak kali mempersendakan saya dengan meIemparkan kata – kata yang tidak sepatutnya.
“Aku rasa nak cepatkan tarikh kahwinlah.” katanya.
“Kenapa?” soal saya.
“Sebab mak nak cucu. Aku nak cepat bagi mak cucu,” sindirnya tak bertapis lagi membuatkan hati saya terasa sedih.
Saya pernah cuba mahu mendapatkan rawatan. Tetapi bila saya pergi ke klinik atau hospitaI, doktor suruh saya datang bersama suami. Doktor tidak akan meneruskan rawatan jika saya datang seorang diri atau suami datang seorang. Doktor mahu kedua – duanya hadir agar mereka boleh mengenalpasti siapa yang tidak subur.
Tetapi bila saya beritahu suami, dia marah saya.
“Apa pasal pula saya yang kena buat rawatan bagai ni? Keturunan saya belum ada lagi yang manduI. Awak pergiIah check seorang diri. Awak yang bermasalah, bukannya saya,” bentaknya.
Saya sangat – sangat tertekan dan terdesak. Tak tahu di mana lagi saya perlu meminta bantuan yang mana membolehkan saya mendapatkan rawatan tanpa memerlukan suami hadir bersama. Saya tak banyak masa, sebelum raya tahun hadapan saya perlu mengandung
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Tidak dapat dinafikan kaum wanita ataupun isteri sering disalahkan apabila timbul isu tentang manduI atau sukar untuk mengandung. Padahal zaman sekarang perkara ini dapat dibantu dengan pelbagai kemudahan seperti berjumpa doktor pakar untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah yang dihadapi.
Mengapakah si suami perlu bersikap eg0 dalam hal ini, sedangkan hanya sebeIah pihak saja yang cuba berusaha untuk mendapatkan zuriat. Setiap pasangan yang berkahwin pasti sahaja mahukan zuriat. Anak adalah anugerah yang terindah daripada yang Allah s.w.t. Anak itu seperti penyeri dalam keluarga. Namun, pasti ada hikmahnya jika sehingga kini anda lambat atau masih tidak mempunyai zuriat.
Komen Warganet :
Nur Eryn : Kesian tau perempuan yang berhadapan dengan situasi macam ni. Hidup dalam keadaan tertekan. Kadang – kadang bukan mertua je yang mulut puaka, ada juga ipar duai yang sound tepat kata ‘kau manduI ek?’ Sedih memang sedih sangat.
Walaupun saya tak mengaIami tapi sayu hati bila ada kawan luahkan perasaan dia. Bukan kehendak dia pun semua tu, semua ketentuan Allah.
Najihah Manas : Kisah di atas tak seteruk kisah kawan saya. Husband ada kanser otak stage 2, buat kemo lepastu isteri bertahan tak nak ada anak sebab nak support dan jaga suami yang tengah s4kit. Selepas 10 tahun akhirnya suami dia disahkan bebas kanser. Tapi bila pulih selepas tu asyik salahkan isteri katanya manduI tak ada zuriat. Terus kahwin baru. Sudahlah kawan saya tu cantik sangat orangnya tapi rezeki Allah nak bagi, dia dapat baby girl pada usianya 40 tahun. Dia stay ngn husband dia sebab dia sayang sangat.
Rokiah Radzi : Jangan sedih wahai wanita. Relakan suamimu pergi kerana kau akan lebih mer4na jika hidup lebih lama bersamanya. Sikap yang tidak dapat mempertahan isteri dan eg0 amat menyusahkan kehidupanmu. Lebih baik teruskan kehidupan sendirian. Mungkin tuhan ingin menggantikan yang lebih baik. Sila bangun jangan kerana seorang lelaki kita musn4hkan kehidupan kita.
Chaq Idah : Lelaki kurang ilmu memang macam ni, baik cerai saja dan dua – dua kahwin lain. Kalau dia rasa hebat sangat, tengok, sapa yang mandoI. Kalau kahwin semata – mata mau anak, patutnya pergi buat medicaI check-up dulu sebelum kahwin. Tak reti menghargai dan bersyukur atas pemberian Allah. Tak percaya kepada qada dan qadar, rezeki maut itu Allah yang tentukan. yang penting, manusia kena usaha cara yang terbaik. Agaknya bini dia tu, mesin photostat! Aku pun suka jugak nak tau result, orang – orang yang cakap hebat ni.
Ezan Dean : Ko serah pada Allah. Anak ni pemberian Allah, bukan kita yang buat dik oi. Rezeki belum nak ada, belum sampai masa yang sesuai. Allah nak dug4 keluarga mentua tu. Mengadu pada Allah, jangan tens1on dik. Relax je. Ko kena sihat yang penting. Jika di nak ceraikan takdir terima, Allah nak bagi kebaikan dari kesabaran.