Saya ni Andartu berumur 48 tahun. 6 tahun lepas saya terjumpa semula dengan cinta pertama saya. Dia minta maaf sebab kahwin masa saya belajar. Sekarang ni saya perIukan bantuan, saya bukan giIakan harta sebab saya pun berduit cuma..
#Foto sekadar hiasan. Thank you admin sebab approve post ni. Saya Zara. Berumur 48 tahun. Andartu. Saya seorang pendidik di sebuah IPTA di Utara Semenanjung. Sebenarnya, nak cerita kat sini pun saya macam tak berapa pandai tapi sebab dah betul – betul buntu dan perIukan pendapat, saya cuba lah juga karang.
Saya ada seorang kakak, dia isteri kedua. Saya perhatikan memang sesetengah orang saja yang boleh jadi isteri kedua ni. Hati kena kering, kena cekal. Abang ipar saya alhamdulillah sangat bertanggungjawab. Mereka berkahwin pun tak ada sorok – sorok. Buat cara betul.
Pergi mahkamah semua, isteri pertama pun hadir masa nikah. Sekarang dah 15 tahun pun rumahtangga kakak saya tapi saya masih dengar jugak kadang – kadang kakak saya mengeluh sebab madu dia buat hal, demand suami balik kampung padahal time tu turn dia balik ke rumah kakak saya.
Hubungan dia dengan madu dia pun on and off, kadang – kadang baik kadang – kadang tidak. Tapi kakak saya ada tiga orang anak yang madu dia sayang dan mereka baik dengan adik beradik yang lain (anak madu kakak saya).
Tapi saya jadi macam anti poIigami sikit lepas saya tengok apa yang kakak saya kena lalui. Malah ada lah jugak prof – prof kat tempat saya bekerja tu ajak saya kahwin jadi isteri kedua tapi saya selalu saja tolak. Sanggup hidup sebagai andartu selagi tak jadi isteri kedua.
Kemain hebat lagi konon saya pert4hankan saya punya prinsip hidup. Sehingga lah Anuar muncul balik dalam hidup saya. Cerita ni bermula kira – kira 30 tahun lalu. Time tu saya ada berkenalan dengan seorang lelaki ni, Azlan.
Azlan ni sebenarnya kawan kakak saya tapi kawan saja, tak lebih dari tu. Sebab time dulu depa selalu buat study group ada sekali sekala Azlan datang ke rumah kami dan dari situ dia kenal saya (beza saya dan kakak dan juga Azlan dalam 2 tahun sahaja).
Nak dijadikan cerita, Azlan mula macam suka kat saya tapi memang saya tak berapa nak layan sebab time tu sekolah lagi. Mak saya pun garang macam singa, arw4h ayah pun, jadi lebih baik tak layan. Lagipun saya macam anggap Azlan ni macam abang saja.
Nak jadi cerita satu hari, selepas lebih kurang 2 tahun kami semua kenal Azlan, dia tiba – tiba buka cerita yang dia ada abang, Anuar namanya dan abang dia ni selama ni belajar kat U.K and dalam beberapa minggu lagi dah habis study dan nak balik Malaysia dah.
Beza umur Anuar dengan Azlan, Anuar tua 3 tahun, jadi beza umur dengan saya 5 tahun. Satu hari lepas Anuar balik ke Malaysia, Azlan ajak dia ke rumah kami. Lama – lama depa selalu datang rumah, masa tu pergaulan semua dipantau oleh mak saya.
Nak pendekkan cerita, Azlan dan Anuar jadi macam tetamu yang datang boleh dik4takan setiap hari sampai mak saya pun dah tak heran sangat. Mak – mak kami pun dah kenal antara satu sama lain dan mak saya macam percaya sikit kat Anuar dan Azlan ni.
Saya, kakak, Anuar dan Azlan selalu gak keluar makan – makan, naik kereta Anuar bila hari sabtu ahad. Masa mula – mula saya nampak Anuar memang dalam hati ada terdetik ‘betul ke ni Abang Azlan’ sebab beza sikit rupa dengan Azlan, Azlan handsome, Anuar tak sangat hahaha tapi sweet lah.
Nak jadikan cerita, sebenarnya masa tu saya pun tengah nak bersedia nak fly ke U.K buat degree. Tapi sebab dah banyak kali Anuar datang ke rumah, kami jadi mesra. Saya banyak lah tanya tentang life jadik student kat U.K.
Kami semua masa tu duduk kat Banting. Tapi sebelum ke U.K, saya buat A levels kat KL. Kebetulan tak lama lepas tu, Anuar dapat kerja kat KL jugak. Saya duduk rumah sewa masa buat A levels tu, ada la telefon. Tiap jumaat Anuar akan call rumah sewa tu tanya nak balik Banting tak?
Saya pun happy lah, ada Grab percuma. Jadi setiap hujung minggu, dia lah yang drive balik ke Banting. Mak ayah pun happy, tak payah pi KL ambik saya. Sejak dari tu Anuar dengan saya jadik sangat rapat. Kadang – kadang bila hujung minggu Anuar ajak saya keluar tengok wayang ke, jalan – jalan kat mall ke.
Tapi Anuar sangat – sangat baik, tak ada pegang – pegang dan bila sampai waktu solat dia cari surau. Dan dia memang tanya dulu ada nak kena buat assignment ke, study ke. If ada memang kami tak keluar. Lama – lama saya jatuh hati kat Anuar. Sebab dia baik dan matang, tak macam Azlan.
Tapi masa ni saya rasa Azlan pun dah move on sebab saya tak berapa nak layan. Tapi lama – lama saya sedar gak yang hari – hari saya nak fly ke U.K m4kin dekat. Lupa gak nak bagitahu, saya ada juga beberapa kali Anuar bawa balik ke rumah dia, terutama kalau hari Jumaat tu, kadan g- kadang singgah dulu rumah dia untuk dia mandi dan kami makan baru dia hantar saya balik ke rumah saya.
Jadi, sebenarnya mak dia pun macam okay saja dengan saya. Memang masa tu life was simple and fun. Okay lama – lama kami memang rapat. Anuar pun macam bagi hint lah suka kat saya tapi kami berdua tahu yang tak lama saya nak fly dah.
Zaman dulu tak macam sekarang ada Whatsapp, video call lah, face time lah. Zaman dulu yang ada mainly surat jer ya. Jadi kalau nak fly ke U.K tu memang akan terjejas lah jugak hubungan. Akhirnya hari saya fly ke U.K tiba jugak.
Azlan dan Anuar ada jugak masa pergi airport hantar saya. Sedih lah jugak masa tu tapi dah nak buat macam mana, saya pergi pun atas biasiswa kerajaan. Mana boleh tiba – tiba tak nak pergi. Jadi, dalam berat hati saya pergi juga.
Masa kat U.K ada gak kami berhubung sama sendiri. Anuar rajin jugak tulis surat. Kadang – kadang tu sampai 6 muka surat pun ada. Hati saya berbunga jer bila dapat surat dari Anuar. Tapi lama – lama surat m4kin jarang sampai.
Tapi sebab saya pun sibuk study tak lah saya fikirkan sangat. Sehinggalah saya balik ke Malaysia masa cuti musim panas. Lepas saya sampai rumah, kakak saya bagitau yang Anuar dah bertunang dan akan kahwin dalam masa beberapa bulan.
Masa tu saya tahan cuba tak tunjuk reaksi tapi bila masuk bilik air saya nangis sekuat hati. Saya ingat lagi, bukak shower kuat – kuat dan menangis. R3muk redam hati, macam tu lah bila first love kita tak menjadi. Tapi saya control gak sebab tak nak mata b3ngkak atau keluarga saya tahu saya ada hati kat Anuar, sebab ya lah, kami tak ada pun declare apa – apa pun.
Nak jadikan cerita, kakak saya kata mak Anuar s4kit dan nak dia kahwin cepat – cepat. Saya pun okay jer lah, takkan nak Iawan takdir tapi saya dapat rasa kakak saya tahu saya sedih. Cumanya kami tak bincang apa – apa tentang ni secara berdepan..
So okaylah, dipendekkan cerita sikit. Saya pun dapat kerja lepas habis study. Ada lah jatuh cinta lagi selepas tu tapi Anuar tu tetap dalam hati. Memang orang akan kata b0dohnya dok harap kat orang yang dah jadi suami orang tapi bila saya kata dalam hati tu tak adalah maknanya saya angau pergi kacau rumahtangga dia ke macam cerita Melayu zaman sekarang. Saya okay jer teruskan kehidupan.
Dan kakak saya dan saya masih jugak berkawan dengan Azlan. Saya dengan Anuar, lepas dia kahwin, memang saya tak call, tak contact pun. Masa wedding dia dulu pun saya tak pergi sebab dah fly balik ke u.k. Jadi macam mana rupa wife dia pun saya tak tahu. Yang saya tahu dia kawan sekerja Anuar.
Banyak tahun berlalu, saya ada jugak dengar cerita Anuar dari Azlan, anak dah tiga dan duduk kat KL dan sebagainya. Kadang – kadang dia kata Anuar kirim salam kat saya. Kadang – kadang Azlan buat kenduri akikah ke apa ke, saya pergi jugak tapi selalu berdoa janganlah Anuar ada. Rasa macam tak strong kalau jumpa dia.
Dipendekkan lagi, kira – kira 6 tahun lalu, saya ternampak gambar Anuar kat FB kawan saya, Tasha. Rupanya Tasha satu group basikal ngan Anuar. Dari cerita Tasha ni, Anuar ni memang diminati ramai perempuan sebab dia baik dan selalu bagi coaching lah kat geng basikal ni.
Pastu Tasha cerita yang ramai minah – minah muda nak cuba pik4t Anuar sebab dia kaya dan baik tapi dia tak layan. Kemudian ada satu hari Tasha cerita yang Anuar pernah confess kat kawan baik dia yang isteri dia bukanlah true love dia.
Dia kata ada seorang minah ni tapi dia pergi study kat u.k dan mak dia masa tu nak dia kahwin cepat. Jadi dia terp4ksa lupakan true love dia tu. Saya senyum jer dengar cerita Tasha. Itu sajaIah mampu nak buat. Kemudian satu hari Tasha kata Anuar nampak yang kami (Tasha dan saya kawan dekat FB) dan dia tanya macam mana boleh kenal. (Tasha batchmate saya masa uni).
Tasha kata Anuar nak jumpa, dinner. Saya pun setuju sebab ada Tasha sekali. Kalau tak memang saya tak pergiIah. Setelah sekian lama kami jumpa balik akhirnya. Anuar memang bergaya habis (dia dapat kerja yang gaji memang besar) tapi dia masih sama lah dari segi personality.
Memang kami macam happy lah jumpa balik. Tapi tak ada apa pun jadi lepas tu, mungkin masing – masing tak berani atau tak mahu complicate our lives. Kami hanya berkawan macam biasa. Ada gak whatsapp semua tapi tak ada lah lebih – lebih.
Mungkin sebab logistically pun memang tak logic lah nak ada apa – apa sangat. Dia kat KL dan saya kat Utara. Dan jujurnya, saya rasa memang dia yang patahkan hati saya sebelum ni, jadi rasanya nak kembali bersama dia macam cari peny4kit.
Dan saya tanamkan dalam hati, dia suami orang, jangan kacau. Hinggalah tahun lepas bulan 10 lepas pkp dah dilonggarkan. Anuar dapat kerja /projek kat utara yang menuntut dia ulang alik ke tempat yang dekat jugak tempat saya duduk dan kerja.
Start dari situ dia ajak saya keluar makan. Kadang – kadang saya terima, kadang – kadang tak. Tak tu sebab malas dan banyak kerja. Tapi selalunya sebab apa yang saya takutkan akan terjadi and memang pun terjadi. Selepas banyak kali juga jumpa akhirnya Anuar kata dia sebenarnya masih sayangkan saya.
Dari dulu lagi, zaman sebelum saya fly. Dia kata masa pertama kali nampak saya dia jatuh cinta. Dia minta maaf sebab kahwin masa saya belajar. Dia nak bagitahu tapi dia takut pelajaran saya terganggu (habis, macam lah kakak saya takkan bagitahu).
Saya dengar sambil angguk – angguk dan menangis. Rasa terharu pun ada sebab saya taklah secantik dulu, dah gemuk tapi masih okay kot kat mata dia. Last – last dia ajak kahwin. Dia kata dia percayakan saya saja sebab saya kenal dia dari tak ada apa – apa sampai sekarang dan dari dulu (sejak jumpa balik 6 tahun dulu) sampai sekarang saya macam tak heran dia banyak duit dan paling utama kata dia saya tak berubah (personality).
Saya memang masa tu menangis saja. Sampai habis tisu dalam handbag. Segala perit 30 tahun terkeluar jugak. Runtvh semua prinsip taknak jadi isteri kedua. Tapi lepas bertenang, saya kata saya perIukan masa. Sebab saya kata kita hidup ni dah tak lama, saya dah 48 tahun, dia 53.
Mungkin memang kita berjodoh, mungkin tidak. Maybe lepas kahwin hidup saya yang sebenarnya taklah teruk sangat ni akan jadi teruk, jadi apa gunanya kan? Saya mintak masa 2 bulan untuk fikirkan. Ibu saya pun macam dapat tangkap dah apa terjadi and macam tak ada halangan sebab dia kenal dan suka Anuar dari dulu (dia tahu Anuar ulang alik ke Utara dan selalu keluar dengan saya).
Mungkin mak saya pun risau saya tak ada teman hidup sampai sekarang. Kakak saya dengan tenang kata bagi lah peluang. Tapi saya masih tak pasti. Mungkin dah lama sangat membujang inilah jadinya. Memang kadang – kadang saya rasa sunyi tapi deep down saya tak tahu apa nak kata dah sekarang ni.
Saya memang bukan kejar harta dia. Malah saya pun, lelaki banyak tipu nakkan saya sebab ya lah kerja gomen, gaji boleh lah tahan. Esok nanti ada pencen yang boleh tahan juga. Dengan Anuar saya tahu dia tak peduli semua tu sebab duit dia jauh lagi banyak.
Jadi bab kejar harta bukanlah isu disini. Saya buntu sebab inilah cinta pertama saya. Dia pun sedia maklum kalau kami nikah pun takkan ada anak sebab saya dah tua. Dia kata dia cuma nak jaga saya seikhlas hati. Lagi satu, dia tak sepatah pun burukkan isteri dia.
Ni lebih pada dia memang nak kahwin dengan saya dan macam t3bus ‘kesilapan’ dia dulu. Sekarang ni apa saya patut buat ya? Istikharah tu inshaAllah saya buat tapi masih tak boleh nak buat keputvsan. Ni bukan cerita budak muda nakkkan suami orang.
Ni cerita orang tua dah dan tak ada isu nak kejar kesenangan sebab Alhamdulillah dua – dua senang dah. Cuma sekarang ni nak tanya pendapat. Patut ke saya ambik risik0 kot – kot hidup tak bahagia lepas ni atau go for my first love again? Terima kasih sudi baca cerita panjang berjela ini. – Zara (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Athraa Amad : Saya cuba tak em0si, walaupun kisah begini selalu menjentik hati wanita. Cukup saya kongsikan kisah sahabat saya, lebih kurang saja jalan ceritanya dengan kisah puan. Sahabat saya pilih berundur.. alasan cliche, tak mau Iukakan perasaan wanita lain iaitu isteri lelaki tu.
Tapi saya terharu dengan ayatnya,”aku dah lali hidup single, tak de masalah nak move on. Sedih sekejap saja. Tapi aku takut tak mampu nak maafkan diri sendiri sebab buat hati orang lain terIuka. Pasti anak – anaknya juga terkesan kalau ibu mereka terIuka.
Biarlah aku sorang tahan s4kit sekejap, jangan ramai. Aku masih boleh pujuk hati yg manusia pun berubah, kalau zaman muda menyenangkan hati, hari tua belum tentu serasi.”. Tapi ni sekadar kisah sahabat saya, kasut puan mungkin lain.
Norizan Awang : Aku ada kawan. Masa sekolah dulu couple teruk. Balik sekolah pun jika hujan pakwe yang payungkn. Tapi masing – masing kahwin dengan orang lain. Ditakdirkn selepas kawan aku berpisah dengan suaminya.
Dia terjumpa semula dengan cinta pertama dia tu yang dah bekerjaya hebat ada anak ada isteri. Long short story dia akhirnya kahwin dengan first love dia tu setelah macam – macam halangan juga hingga naik turun mahkamah tapi first love dia tak tinggalkan isteri dan anak – anak.
Ya mereka bermadu.. alasan di lelaki nak t3bus salah dan merasa kasihan walaupun dah berumur. Tapi takdir Allah.. hanya bertahan tak sampai 3 tahun mereka berpisah. Sekarang kawan aku hidup sendiri semula. Moral of the story, kita rasa teruja sebelum dia menjadi milik kita.
Uoll ingat bini kedua tak ada rasa cemburu ke.. haisshh adaaa… ada ya. Hanya yang betul – betul kental sahaja dan sanggup lalui sahaja yang boleh harunginya. Kasut kawan saya dengan sis tak sama. Sis boleh cuba jika yakin ianya bahagia tapi sis boleh teruskn kehidupan yang lebih baik walaupun tentunya kesunyian menyapa. Tetapi jika si isteri dia baik dan boleh menerima tiada salahnya.
Peah Peah : Hidup pada usia kalian berdua 53 dan 48 tahun adalah untuk tenang tenang bukan mengundang huru hara. Both of you can stay friend. Bagi aku ik4tan persahabatan itu lebih indah. Sebab dalam kes ini kalian dah lama kenal sebelum Anuar kahwin.
Untuk meneruskan ik4tan perkahwinan itu, sudah pasti ada pihak yang akan terIuka. Adakah ianya berbaloi? Ditambah dengan contoh depan mata, kakak tt yang menjadi isteri ke 2. Tapi terpulanglah, sebab rasanya kalian berdua dah terlebih matang untuk buat keputvsan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.