Saya tahu suami tukar nama perempuan tu kepada nama ‘kontraktor’. Saya tak nak anak – anak tahu hubungan curang suami saya yang paling baik di dunia. Saya call perempuan tu, saya tak marah, saya tak m4ki. Saya menyamar jadi kawan sekolah lama dia..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum, admin mohon jangan pamerkan identiti saya. Kisah ini saya kongsikan untuk jadikan sebagai pengajaran dan penguat semangat kepada semua pembaca terutamanya isteri yang menjadi m4ngsa.
Saya seorang isteri yang tidak bekerja tetapi berpelajaran tinggi. Saya meninggaIkan kerjaya setelah kehidupan kami agak stabil demi membesarkan anak – anak. Saya membuat pilihan ini kerana kesiankan anak – anak sebab kerjaya suami dan saya yang sangat sibuk jika kedua – dua bekerja.
Suami merupakan pegawai kerajaan berpangkat dan boleh dik4takan kami tidak pernah diuji dengan masalah kewangan. Suami seorang yang baik, bertanggungjawab, ringan tuIang dan tidak pernah berkira bab kewangan.
Hidup saya sangat bahagia dan saya bersyukur seadanya. Makan pakai suami dan anak semuanya terjaga. Di tempat kerja suami adalah bos yang disegani dan ada karisma tersendiri. Saya sentiasa memberi sokongan dan memahami tuntutan kerjaya suami yang sibuk.
Saya dengan rela menguruskan rumah tangga dengan baik sekali supaya suami tidak risau hal – hal di rumah dan sekolah anak. Ketika suami di rumah jika tiada urusan lain, suami banyak menghabiskan masa dengan telefon atau menonton tv.
Telefon suami memang mempunyai password tetapi suami tidak pernah berahsia mengenai password telefonnya. Saya bebas melayari telefon suami. Suatu hari waktu suami bersihkan diri selepas pulang bekerja saya dapati terdapat whasstapp masuk, daripada seorang perempuan.
Dari paparan skrin tersebut ayat daripada perempuan tu membuat saya berasa bahang dan berdebar – debar. Saya buka mesej tersebut, dengan cepat saya ambil gambar dan maklumat menggunakan telefon saya. Tetapi mesej yang ada hanya sedikit, tiada mesej yang lama kerana sudah dipadam.
Saya tutup semula telefon suami tetapi apabila mesej sudah terbaca suami akan tahu juga. Sengaja saya tidak padam mesej tersebut. Pada malam tersebut saya banyak mendiamkan diri, uruskan anak kecil, dan saya menangis semahu – mahunya.
Malam terasa sangat lama, saya tidak dapat lelapkan mata. Saya tidak peduli suami tahu mengenai mesej tersebut. 3 hari saya diamkan diri, tidak lena tidur dan hilang selera makan. Suami mendekati saya, cuba bertanya seperti tidak bersalah langsung.
Saya cuba tahan em0si sambil mengharapkan penjelasan suami. Akhirnya suami mengaku, perempuan tersebut dikenali di pejabat sewaktu dia menjalani latihan praktikal tetapi hanya baru – baru ini mereka bermesej mesra tetapi sekadar mesej dan tidak berjumpa.
Rupanya perempuan tersebut telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Terk3jut dan beristigfar saya dibuatnya. Suami berjanji tidak mengulangi dan saya mohon suami solat taubat. Saya memaafkan suami. Saya berdoa kes ini selesai dan jalani kehidupan seperti biasa.
Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Selepas kejadian pertama saya curi lihat whatsapp lagi, nama perempuan tersebut ditukar kepada nama kontraktor. Saya curiga tetapi tidak persoalkan lagi sebab saya tidak pernah jumpa lagi mesej mereka.
Hinggalah semasa kami bercuti bersama, hari sepatutnya suami bekerja tetapi cuti. Nama kontraktor tersebut muncul. Jantung saya kembali berdebar, tetapi saya tidak dapat membuka mesej tersebut kerana suami tidak jauh dari saya.
Puas saya berzikir, mohon kekuatan dari Allah. Saya pendam dan diamkan diri sambil berfikir apa tindakan wajar yang perlu diambil dan kemungkinan yang berlaku akibat tindakan saya. Saya merancang STR4TEGI untuk menyelesaikan kes ini.
Jika diikutkan hati yang terbakar, mahu saja dihamburkan semua tetapi saya tunggu sehingga kami pulang ke rumah dengan selamat. Anak – anak sangat gembira dapat bercuti, saya tidak mahu anak – anak melihat perkara tidak sepatutnya.
Akhirnya malam tersebut saya mengajak suami berbincang, saya katakan saya mengetahui semuanya. Saya tipu pada suami yang saya telah pun menghubungi perempuan tersebut dan memer4ngkap perempuan tersebut hingga diberikan bukti dan pengakuan hubungan mereka (padahal saya tipu sahaja).
Saya tiada bukti yang banyak kerana mesej dipadam. Saya terangkan pada suami saya redha dan terima qada qadar, saya letih tiada lagi air mata dan mahukan hidup tenang. Saya tipu suami yang perempuan tersebut punya masalah dengan suami dan memang sayangkan suami.
Saya setuju untuk bantu kahwinkan mereka. Suami sangat terk3jut terdiam. Berm4ti – m4tian suami tidak mahu kahwin dengan perempuan tersebut dan buang semua nombor perempuan tu di hadapan saya. Saya maafkan sekali lagi, terasa beban berat di kepala hilang.
Esoknya saya memikirkan mungkin perempuan tersebut akan menghubungi suami lagi. Sekali lagi saya memasang STR4TEGI. Saya call perempuan itu.
Saya : “Assalamualaikum, hi tak bz ke? Boleh cakap ke?
Dia : “Sape ni, biasa la kat tempat kerja.
Saya : “Tak kan tak kenal, kawan lama masa belajar ni. Tapi duduk jauh sikit dari orang takut bos dengar awak ketawa kuat.
Dia : “Ok kejap
Saya : “Dah ke. ok biar saya terus terang jela, saya bini X, orang yang awak duk mesej mesra tu. Saya ada semua bukti dan simpan apa yang awak tulis
(Dia terus letak dan saya hubungi balik)
Saya : “Jangan takut, saya bukan nak m4ki atau marah sebab bukan level saya untuk buat macam tu. Kalau awak sayang sangat suami saya tak pe, saya nak tolong pinang awak, yela dari terus buat d0sa. saya rela, saya redha.
Dia : “Mintak maaf sangat puan, saya cuma mesej dan layan je. Tidak pernah berjumpa. Saya pun nak selesai baik baik sebab kita sama perempuan
Saya : “Eh tau pulak sama perempuan, awak tak sayang suami dan anak ke. Tak pe la jadikan ni pengajaran, taubat dan saya harap awak tak alami apa yang saya rasa. Tapi macam mana saya nak tau awak tak buat lagi
Dia : “Maaf puan, pegang janji dan sump4h saya. Saya akan buang dan blok semua berkaitan suami puan. Terima kasih
Saya : “Ok saya terima tapi kalau saya jumpa lagi bukti awak berhubung saya akan ambil tindakan sepatutnya.
Tamat kisah kecurangan suami. Saya merasai ketenangan dan hilang bebanan yang sangat berat. Saya memohon dan berserah sepenuhnya kepada Allah. Hati suami bukan milik isteri sepenuhnya tapi sebagai isteri kita boleh berdoa kepada pemilik hati iaitu Allah agar ditetapkan hati suami hanya untuk kita tanpa kehadiran peny0ndol.
Jika ada masalah diamkan diri untuk berfikir supaya kita dapat buat tindakan yang betul agar mendapat keputvsan yang baik. Tiada guna kita menyer4ng dan menggunakan kekerasan kerana ianya lebih merugikan. *Setiap orang diuji dengan berlainan cara, penyelesaian juga mungkin akan berbeza. – Lina (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Faranisyah Hakim : I feel you confessor. Suami saya taklah curang tapi jalan cerita kita sama. Lepaskan kerjaya demi untuk family. Suami sibuk outstation jadi urusan rumahtangga memang banyak jatuh ke bahu saya. Urusan anak sekolah, ke pasar, ke bank, bengkel etc.
Takde apa yang kita harapkan selain dari suami yang setia dan bertanggungjawab pada rumahtangga. Bila jadi macam ni, saya faham sangat betapa kecewanya Puan. Puan dah beri kemaafan, semoga tidak berlaku lagi. Saya doakan semoga rumahtangga Puan diIindungi dan diberkati dunia dan akhir4t. Aminnn
Ain Salman Amani Safiyyah : Banyak isteri – isteri yang dicurangi ni tak melatah malah cukup matang dalam membuat sebarang keputvsan. Semoga isteri yang bangga mencurangi suami dan Suami yang merasa hebat mencurangi isteri mendapat kifarah yang setimpal. Memaafkan mungkin tetapi melupakan tidak. Ingat, trust take years to build, seconds to break and forever to repair.
Dilla EizMaira : Kalau suami tu curang dah takde istilah baik dah. Fullstop. Baik ke berhubung dengan perempuan lain diam – diam belakang isteri? Baik ke set nama perempuan pada nama lain untuk kaburi mata isteri?
Baik ke melayan mesra perempuan lain? Memang perempuan yang ada skandaI dengan laki orang ni bila isteri laki tu call or mesej memang dia akan letak or tak balas ye? Sebab apa? Takut kerana salah. Kalau benar dan berani jawab la call.
Balas la sms. Setakat berani dengan suami je tapi dengan isteri buat musvh. Kalau skandal tu bukan isteri orang. Tu ke cara nak mulakn hubungan baik dengan bakal madu? Awal – awal dah nampak sombong. Tak reti nak beradap dah berkawan dengan suami orang. Kalau jadi kahwin memang akan jadi huru hara la. PoIigami kalau dimulakan dengan cara yang salah. Selalu akan pincang perjalanannya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.