Oleh sebab papa orang terkenal sebagai orang agama yang pergi ceramah sana sini. 2 3 hari je tembeIang papa pecah bila ada orang tanya dekat mama tentang papa kahwin lain. Rupa – rupanya mama sendiri yang ‘hantar’ papa pergi nikah. Papa kata nak pergi ceramah tapi dia sebenarnya pergi bernikah lain..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Saya ada terbaca luahan tentang dusta si poIigami. Dan sekarang nak kongsi kisah saya sendiri. Selama ni orang nampak saya ni gembira je macam tak ada masaIah. Tetapi sebenarnya, saya juga salah seorang anak yang ada mak tiri. Faham kan apa yang nak disampaikan?
Papa saya kahwin dua. Tanpa pengetahuan mama saya. Dalam kata lain menipu lah kan? Yang paling sedih dan mengecewakan saya adalah papa saya seorang yang berilmu agama. Ustaz! Siang malam ceramah sin i- sana. Mama saya cikgu biasa – biasa je. Kitorang ada 11 orang adik beradik. Dan saya anak sulong. Papa saya kahwin masa mama saya tengah mengandungkan adik bongsu kitorang. Tak faham kenapa dia sanggup buat macam tu. Hari kejadian, dia bagitau mama saya dia ada ceramah dekat X. Tapi nak ke tempat X ni macam kena transit dulu sebab kereta besar tak boleh lalu.
Jadi mama saya pun pergiIah hantar kan papa saya ke tempat transit ni. And then masa tu mama saya tunggulah sampai papa saya pergi, tapi papa saya suruh mama saya balik, kesian dekat adik kat rumah. Dan ditakdirkan memang masa tu nak hujan dan adik saya ada tengah tidur dalam kereta. Jadi mama saya sebagai isteri yang taat pada suami pun ikutlah apa papa saya cakap. Rupa – rupanya ada orang lain yang datang ambil papa saya untuk dibawa ke tempat akad nikah!
Sebabkan papa saya ni agak terkenal dengan ceramahnya, ramailah orang kenal dengan dia, termasuk kawan – kawan mama saya. Tapi Allah tu Maha Adil. Tak lama 2 – 3 hari pecah tembeIang papa. Ada kawan mama tanya, ‘ustaz kahwin lain ke?’ Berderau dar4h mama dengar. Habis je kelas terus mama saya pergi check status kahwin papa saya dan betul, memang papa saya kahwin lain. Dan sedihnya dia yang ‘hantarkan’ papa saya untuk kahwin tu. Mama saya balik rumah, nangis sampai air mata tak nak keluar dah, ye la perempuan mana yang suka suami dia kahwin lain kan?
Bila papa saya balik, mama terus tanya papa. ‘Abang kahwin lain ke?’ Mama ni memang baik sangat. Sempat lagi berbudi bahasa. Kalau saya terus campak pinggan mangkuk. Pastu boleh pulak papa saya nafikan. ‘Eh mana ada. Buat apa abang cari lain. Sayang dah cukup baik untuk abang’ (Ayat cliche lelaki camni la). Puas mama saya nangis soal tanya semua tu dia tak ngaku! Pastu malam – malam HP papa saya bunyi ada orang call ngan mesej. Selama ni 17 tahun hidup tak Ade pun HP bunyi tengah – tengah tapi sekarang? Logik la sikit sape lah nak call nak mesej malam malam buta time orang tengah tidur unless important kan? Jadi mama saya nangis je sepanjang malam sampai pagi. Bila di tanya papa nafikan.
Mama saya ni jenis perempuan yang akan cari sampai lubang cacing. Jadi mama saya cari maklumat bini papa saya dan lepas tu tanya lagi. ‘Abg kahwin lain ke?’ Dan jawapan yang sama lah papa saya bagi. ‘Sayang isteri abang dunia akhir4t, dah jaga abang baik bla bla bla’ Pastu mama saya pun sebut semua benda pasal bini dia. Nama, tinggal, umur, kerja kat mana etc. Dan masa tu papa saya terkedu. Terk3jut. Diam dia.
Mama saya pun nangis nangis dan nangis. Sayu sangat. ‘Kenapa abg buat saya macam ni. Apa kurangnya saya? Apa salah saya?’ Dan nak tau papa saya jawab apa? Takdir. Takdir katanya. Lepas tu mama saya cakap, sebab papa saya yang memang cari. Memang gataI nak berbini. Memang akan terjadilah. Papa saya pun guna hujah agama dia bagitau mama saya salah tentang konsep tadkir bla bla bla.
Memang dulu, waktu saya kecik, papa saya memang dah gataI nak cari lain. Tapi masa tu Allah bagi mama saya untuk tahu agenda dia. Mama saya tegur dia pastu terus papa tak bertegur dengan mama. Eg0! Dia marah mama pastu lari ke resort mana tah saya lupa. 3 hari tak balik rumah! Semua tempat mama cari. Masa tu maru4h dia dah letak kat tanah. Dia pergi rumah arw4h mertua nangis rayu – rayu dengan arw4h DEPAN adik beradik papa saya. Nasib baik arw4h baik orangnya. Arw4h bagitau dia tak tau papa ke mana.
Papa tak ade datang rumah sepanjang 3 hari tu. Arw4h siap call papa tapi papa tak angkat. Sampai malam mama kat sana tunggu dan lepas tu papa call arw4h bagitau ada kerja kat resort dan TAKDE ape – ape pun yang terjadi antara dia dan mama. Sedihnya mama masa tu. Lepas dapat tau terus malam tu jugak (pukuI 2 pagi) dia dukung saya dan adik saya (masa tu kami bertiga) bawak masuk kereta dan dia drive sampai ke resort tu cari papa. Pastu saya terjaga dan saksikan apa yang berlaku. Masa tu papa tengah borak ngan kawan dia dan mama siap meIutut merayu DEPAN kawan kawan papa untuk mintak maaf.
Arw4h mertua dapat tau benda yang terjadi dia pun cakap dekat papa. Nasihat dekat papa semua. Papa ni baik. Anak yang taat. Dia dengar segala apa yang ibu dia bagitau. Arw4h ibu papa ada pesan kat papa, jangan cari lain. Nanti dapat baIa. Dan lepas tu papa berubah dan mama sangkakan dia memang betul – betul insaf. Dan alhamdulillah rezeki kami sekeluarga semakin bertambah. Papa naik pangkat, duit sentiasa ada. Mungkin dengan nikmat yang Allah bagi ni Allah nak uji kami sekeluarga. Ya, papa rasa dia kaya, dia MAMPU untuk tanggung seorang lagi isteri. Dan tak lama selepas, nenek/ibu kepada papa/mak mertua kepada mama telah kembali ke rahmatullah.
Jadi papa dah tak dengar cakap sapa – sapa dah. Sebab dia rasa dia banyak duit, dia ustaz, dia mampu berlaku adil, dia pun kahwin lagi satu dengan anak dar4 yang 17 tahun lagi muda dari papa. Dengan cara menipu mama. Dia lupa pesan arw4h ibunya. Dan betul lah, sekarang keluarga kami sangat diuji. Duit selalu tak cukup. Duit yang mama selalu guna untuk tampung hidup kami sekeluarga yang dulunya selalu lebih, sekarang selalu tak cukup.
Dah la duit gaji mama dihabiskan untuk belanja rumah, tolong papa dari segi kewangan, nafkah yang wajib papa beri dah lama dia tak dapat. Duit untuk mama belanjakan untuk dia sendiri pun tak ada. Mama dah banyak makan hati ngan papa. Papa langsung tak reti nak gembirakan hati mama. Sedangkan suami salah satu tanggungjawabnya adalah menggembirakan hati isteri.
Tanggungjawab papa memang dah lama diabaikan. Anak – anak dia pun tak ambil kisah. Kalau saya di rumah, sayalah disuruh buat segala benda. Kalau tak ade saya, adik – adik sayalah. Dia tau balik makan, tidur, buka laptop, baca kitab, pergi ceramah. Barang – barang dapur beli semua pakai duit mama. Adik – adik nak duit nak belikan mainan yang RM10 pun cakap membazir. Lumrah lah tu budak – budak memang suka mainan kan? Last – last pakai duit mama jugak.
Duit untuk mama sendiri memang taklah dia nak bagi. Kalau bagi kat mama, kena bagi kat sorang lagi. MAMPU ke macam tu? Adik – adik (termasuk saya sendiri) memang rasa sangat insufficient kasih sayang dari papa kami. Nak suruh teman gi shopping, ajak mama. Nak suruh ajar, suruh mama. Nak tanya nak borak kosong, ajak mama. Papa sibuk. Tak faham la? Sibuk nak upgrade ilmu agama di dad4, tapi keluarga diabaikan?
Hari tu mama gugur, dan dia langsung TAK ambil tahu. Sebab kebetulan saya cuti sem, jadi saya ada kat rumah je. Nasib baik lah saya ada, kalau tak kesianlah ke mama. Mama pergi hospitaI sorang – sorang. Sedih lah mama cakap. Isteri s4kit nak la ada suami di sisi tapi suami? Kata dia SIBUK. Saya nak temankan mama cakap tak payah, suruh saya stay kat rumah jaga adik – adik. Nanti takde orang yang nak ambil adik kat sekolah. Lagipun memang kalau saya balik autom4tically jadi driver tak bertauliah. Tak tau lah eg0 ke ape papa saya ni, lepas mama balik pun tak ada nak tanya sepatah pun pasal mama.
Tak ada nak tanya doktor cakap apa ke. Pastu mama geram sangat, mama pun cakap (tu pun lepas 3 hari mama pergi hospitaI) ‘Abang ni somb0ng kan. Sepanjang saya kat hospitaI dari pagi smpai malam tak ade nak call tanya bila nak balik, macam mana semua ok ke tak. Pastu bila kat rumah tak ade langsung tanya result macam mana, doktor cakap apa’ Pastu papa jawab, “Awak tengok saya ada masa ke nak bercakap hal – hal remeh macam ni?” Dia pun bIah rumah macam tu je ke masjid untuk bagi ceramah. Apa lagi bergegarlah rumah dengan tangisan mama saya. Mama jugak yang dipersalahkan. Seminggu papa tak tegur. Papa tegur balik pun sebab nak mintak duit nak settelkan hutang rumah.
Banyak lagi benda yang saya tak cerita. Cumanya buat apa ilmu agama penuh di dad4 kalau tak apply untuk diri sendiri?
Sibuk nak bermegah tahu banyak tentang agama, tapi diri sendiri entahlah… – Along
Bukan mudah untuk menggaIas tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa apalagi jika mempunyai lebih dari seorang isteri. Suami harus berlaku adil supaya tidak meIukakan hati ahli keluarga kedua – dua beIah pihak. Banyak hati yang perlu dijaga malah anak – anak akan sentiasa menjadi pemerhati apa yang berlaku dalam keluarga. Semoga kisah ini dapat memberikan pengajaran kepada semua.