Baru setahun kahwin, suami kena p0tong kaki jadi 0KU tapi lagi terk3jut dia disahkan positiF HlV

Setahun bernikah, anak pun dah masuk 3 bulan suami telah kehilangan kakinya. Kakinya rosak sebab dia selalu suntik di bahagian peha. Dia overd0se tapi tak m4ti dan sejak dari itu sikap suami berubah dan saya mengandung anak kedua..

#Foto sekadar hiasan. Wanita, sesungguhnya ujian hidup ini memang sangat hebat. Oleh itu, harungiIah hidup ini dengan semangat dan jiwa yang kental. Ujian hidup setiap insan berbeza. Tidak sama antara satu sama lain.

Ada yang perjalanan hidupnya mudah. Ada yang perjalanan hidupnya penuh onak duri. Seolah – olah tidak ada gambaran bahagia. Oleh yang demikian, kita perlu sayangi diri kita dahulu sebelum kita berk0rban segala – galanya untuk orang lain.

Che Haneem namaku. Usia sekarang di awal 50-an. Melalui perjalanan hidup yang aku rasakan terlalu panjang. Sejak usia kecil telah melalui sejarah hitam. Pernah menjadi m4ngsa cabuI dan r0g0I diusia seawal 6 tahun.

Mula bekerja secara sambilan sejak di awal usia remaja. Mencari duit poket sendiri untuk sambung persekolahan di sekolah menengah. Tamat sekolah menengah dengan keputvsan yang baik tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti atas faktor kewangan.

Ditakdirkan berkahwin pada awal usia 20 tahun. Disangka panas hingga ke petang, rupanya ribut petir di tengah hari. Selepas berkahwin baru tahu bahawa sisuami adalah pen4gih d4dah. Namun, apakan daya dengan usia yang terlalu muda.

Aku hadap sahaja kehidupan dan ujian perkahwinan itu. Bagi aku yang penting adalah sayangi diri aku. Walaupun berkahwin dengan pen4gih d4dah, kugagahi perju4ngan hidup bersamanya. Setahun perkahwinan, kami dikurniakan seorang anak.

Melihat anak sem4kin membesar, aku berusaha untuk keluarga kecil kami. Aku bekerja, sambil bekerja aku sambung belajar. Sehinggalah melahirkan anak ke dua. Baru tamat Diploma. Rumahtangga kami pasang surut. Al-maklum sahaja, suami pen4gih d4dah.

Walaupun begitu, suami masih bekerja. Setelah lahir anak kedua, suami berubah. Alhamdulillah. Aku masih fokus kepada kerja, belajar dan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Tahun demi tahun aku lalui kehidupan ini.

Pelbagai ujian dan c4baran telah aku lalui. Ketika melalui saat yang paling sukar, aku perbanyakkan mengadu kepada Allah. Aku bangkit kuatkan semangat diri kerana prinsip hidup aku adalah walau apapun jua, hidup ini mesti aku teruskan dengan semangat dan jiwa yang kental.

Jika aku tidak bangkit untuk diri aku siapa lagi yang akan tolong hulurkan tangan untuk aku. Aku kena SAYANG DIRIKU. ALLAH sentiasa melihat dan bersamaku. Aku kena terus kuat dan berusaha. Begitulah hidup aku tahun demi tahun.

Aku lalui bersama keluarga kecilku. Suami yang pada mulanya men4gih d4dah sehinggalah dia berhenti men4gih d4dah. Bersama – sama kami membesarkan anak – anak kami. Aku pula dari diploma, ijazah dan master sambil bekerja aku sambung belajar secara PJJ.

Sekarang umur aku 50 tahun, aku masih lagi sambung belajar PHD. Semua ini aku lakukan kerana aku sayang diri aku. Hidup ini memang penuh dengan ujian. Aku melaluinya sejak aku kecil. Kini, aku sudah merasa puas dengan kehidupan ini.

Anak – anak sudah dewasa. Masing – masing ada kehidupan sendiri. Suami aku sudah 3 tahun kembali menghadap ALLAH. Semoga dia tenang di sana. Semoga kita dapat bersama lagi di sana nanti. Walau siapapun dia, aku berterima kasih kerana dia sudi mengambil aku sebagai isterinya walau pun tahu kisah silam aku.

Dia juga sentiasa ada memberikan sokongan moral ketika aku menyatakan aku hendak sambung belajar secara PJJ. Terima kasih atas segalanya. Wanita, SAYANGI DIRIMU. Kejayaan dan kebahagiaan pasti akan engkau rasai.

Sambungan.. Pada asalnya, saya tidak berniat untuk menyambung penulisan saya. Namun, setelah saya membaca komen ada di kalangan pembaca yang hendak tahu bagaimana suami boleh berhenti men4gih d4dah. Maka saya sambung cerita agar dapat menjadi sumber inspirasi kepada wanita lain.

Saya akui, bukan mudah untuk hidup bersama seorang pen4gih d4dah. Setelah berkahwin baru tahu, dengan usia saya yang masih terlalu muda ketika itu. Saya teruskan sahaja kehidupan bersamanya kerana walaupun dia pen4gih d4dah, dia bukan seorang yang mend3ra fizikal saya.

Hanya sedikit gangguan mentaI dan em0si sahaja. Ini kerana kehidupan saya sejak kecil sehinggalah saya remaja saya sudah biasa dengan pen4gih d4dah. Jiran saya pen4gih d4dah, abang saya juga pen4gih d4dah. Apabila dapat suami pen4gih d4dah, saya sudah lali.

Suami saya sebenarnya seorang yang profesional. Dia seorang yang berpelajaran tinggi. Dia memiliki degree. Sewaktu perkenalan kami, dia adalah majikan di tempat saya bekerja. Setelah keputvsan SPM keluar dan saya tidak dapat sambung belajar atas faktor kewangan dan kemiskinan.

Maka saya bekerja, di tempat kerja itulah bermulanya perkenalan kami. Tidak mengambil masa yang lama selepas itu kami menikah. Selepas menikah baru tahu bahawa suami sebenarnya pengguna d4dah. Dia mengguna d4dah sejak di alam universiti lagi.

Zaman itu tahun 1980 an, r0kok, alk0hoI dan her0in itulah d4dah yang popular. Dipendekkan cerita selepas setahun kami menikah, kami dikurniakan seorang anak. Semasa anak berusia tiga bulan suami saya telah kehilangan kakinya.

Kakinya hilang akibat menyuntik d4dah di saraf celah peha (urat besar di bahagian kaki). Dia overd0se tapi tidak m4ti hanya kehilangan kaki sahaja. Waktu itu, doktor pakar telah mengesahkan bahawa dia pembawa kuman HlV.

Tiada kata – kata yang dapat saya ungkapkan waktu itu. Anak masih terlalu kecil, saya pula seorang sahaja hidup bersamanya. Hanya kepada ALLAH sahajaIah tempat saya mengadu, berg4ntung harap dan berserah takdir hidup.

Selepas kakinya dip0tong dan dia disahkan menghidap HlV positif, itulah turning point dia berubah. Dia sebenarnya hampir putvs asa untuk hidup. Apabila dia kehilangan kakinya dan disahkan HlV positif, dia juga kehilangan pekerjaan waktu itu.

Saya pula masih setia bersamanya bersama anak kami. Melihat anak kami sem4kin membesar sihat dan comel. Di situ menjadi semangat kepada suami untuk meneruskan hidup dan berhenti dari men4gih d4dah jenis her0in.

Saya dan anak diwajibkan menjalani ujian d4rah juga. Alhamdulillah saya dan anak negatif dan tidak menghidap HlV. Selepas setahun suami 0KU, dia mula mendapat pekerjaan semula. Selepas itulah saya mula sambung belajar dengan sokongan dari suami.

Rezeki kami di tahun ke–3 perkahwinan, saya disahkan mengandung anak ke dua. Waktu itu, memang saya takut. Takut sekiranya ujian d4rah saya positif HlV. Namun, kuasa ALLAH itu mengatasi segalanya. Alhamdulillah ujian d4rah saya disahkan negatif HlV.

Oleh kerana saya mengandung, suami pula HlV +ve. Maka setiap bulan saya wajib menjalani ujian d4rah. Sungguh saya bersyukur, sehingga saya selamat bersalin anak ke dua, saya dan anak negatif HlV. Rutin kami menjalani ujian d4rah setiap 6 bulan sekali sehingga anak saya berusia dua tahun.

Manakala saya pula menjalani ujian d4rah setiap 6 bulan sekali selagi ada hayat saya. Tapi saya menjalani ujian d4rah tersebut sehingga suami saya meninggaI dunia sahaja. Turning point suami saya berhenti men4gih d4dah adalah asbab saya dan anak – anak.

Saya tetap setia berada bersamanya meneruskan hidup. Selama 26 tahun kami hidup bersama kisah dia men4gih d4dah hanya dalam tempoh setahun sahaja. Selepas itu, c4baran hidup kami adalah dia sebagai seorang 0KU dan juga penghidap HlV.

Oleh kerana suami adalah seorang yang berpendidikan tinggi (Degree Holder) maka disetiap langkah saya sambung belajar dari Diploma, Ijazah dan Master sememangnya mendapat sokongan dan bantuan penuh dari suami.

Dia juga banyak membantu menjaga anak – anak sepanjang saya belajar dan bekerja. Sehinggalah ke akhir hayatnya, kami puas dengan kehidupan alam perkahwinan kami. Anak – anak juga menghorm4ti ayahnya. Anak – anak tahu ayahnya penghidap HlV sehingga akhir hayat.

Anak – anak cukup matang dan dewasa waktu mengetahui ayahnya s4kit. Kini saya sambung belajar di peringkat Doktor Falsafah, saya sunyi. Suami saya sudah tiada. Anak – anak sudah ada kehidupan sendiri. Saya masih bekerja, jadinya saya ambil keputvsan sambung belajar untuk mengisi masa dan mencapai cita – cita saya untuk belajar hingga ke peringkat PHD.

Sejak awal lagi perkenalan saya dengan suami saya sudah sebut perkara ini. Jika dia masih ada pasti dia juga bangga dengan keputvsan saya sambung belajar ke peringkat PHD. Wanita, apabila kita sayang diri kita, InshaAllah apa jua ujian dan c4baran dalam hidup ini akan dapat kita hadapi.

Kita semua pasti akan m4ti. Selagi masih bernyawa, jangan putvs asa. Teruskan melangkah teruslah bersemangat mengharungi hidup ini. Kita sayang diri kita, kita bersyukur dengan kehidupan anugerah ALLAH. Hidup ini memang tidak sentiasa indah.

Kita kena yakin, hidup ini juga tidak akan selamanya d3rita. Kita berhak untuk bahagia. Jangan bandingkan hidup kita dengan kebahagiaan hidup orang lain. Kita tidak tahu apa yang orang lain hadap dan diuji dalam kehidupannya.

Namun kita tahu setiap insan pasti ada ujian dan c4baran dalam kehidupan. Bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Berusaha selagi mampu untuk bangkit meneruskan kehidupan. ALLAH maha melihat dan maha berkuasa.

Keberg4ntungan hidup kepada ALLAH sumber kekuatan dalaman. Setiap kali tersungkur jangan terus menerus meratap kesedihan. Menangislah sepuashati, setelah itu.. keringkan airmata, bangun semula, kumpulkan semangat dan kekuatan diri.

Teruskan perju4ngan hidup. Hidup ini adalah perju4ngan. Dunia ini memang untuk diuji, di akhir4t sana nanti sedia menanti. Wanita, sayangiIah dirimu. Kebahagiaan pasti akan dirasai. – Che Haneem (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norhayati Sulaiman : Puan, walaupun pelbagai dugaan yang puan telah hadapi tapi dari penceritaan puan, jelas terlihat puan seorang yang tabah, sabar dan tenang. Semoga puan akan terus berjaya dan berbahagia dengan kehidupan puan bersama keluarga, dunia dan akhir4t.

Nicky Kueh Lodeh : Kalau pen4gih her0in takdak masalah. Rawatan terapi gantian dengan methad0ne kan ada. Free ja. Untuk HlV plak pon takda masalah. Just on ubat HA4RT seumur hidup. InsyaAllah pasangan dan anak – anak pon selamat.

Bunga Delisa : Semoga suami saya juga diberi hidayah saya selalu doa tuhan bagi la dia s4kit ke eksiden apa ke yang akan buat dia insaf dari men4gih d4dah kalau s4kit yang boleh bagi dia turning point. Tapi dia panjang umur selalu selamat.

Tuhan biarkan dia begitu kerana mungkin dia tidak pernah berniat untuk meninggaIkan d4dah. Tapi kalau dia s4kit saya taknak jaga saya nak bagi mak dia je jaga sebab saya memang tak boleh terima suami saya pen4gih d4dah.

Saya tunggu dia Iumpuh s4kit sebab kalau masa sekarang dia sihat dia berlagak dengan saya dan taknak ceraikan saya. Dia dah janji nak susahkan saya kalau saya teruskan. Saya doakan kezaIimannya dibaIas waktu dia usia muda.

Azrul Hassan : Tahniah kepada arw4h dan tahniah berganda kepada puan. Puan kena cuba usahakan supaya kisah hidup puan jadi sumber inspirasi kepada semua, tambah – tambah zaman serba sukar dan melekakan ni. GoodLuck.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.