Aku kahwin sebab suami kata jatuh cinta pandang pertama tapi lepas kahwin aku bukan ‘isteri’ dia

Aku mula2 tak ada perasaan dekat suami, dia kononnya jatuh cinta pandang pertama. Oleh sebab keluarga aku suka dekat dia, aku terima dengan hati terbuka. 10 tahun kami dikurniakan dengan 5 orang anak tapi aku tersiksa. Aku baru tersedar tujuan dia kahwin dengan aku bukan untuk dijadikan isteri..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Dah berapa hari otak ligat berfikir dan rasa berat sesuatu terbuku di d4da. Aku perlu luahkan dengan harapan dapat melegakan apa yang terpendam, mohon para sahabat dapat meninggaIkan komen yang membantu. Ribuan terima kasih didahuIukan.

Masalah aku ni sebenarnya hanyalah berpunca dari perkara – perkara kecil dan remeh. Mungkin sesetengah orang menganggap aku demand dan tak bersyukur. Namun sungguh, sem4kin lama sem4kin p4rah seumpama b4rah.

Suami aku tak pernah curang, bukan kaki pukuI, bukan pen4gih d4dah. Tapi aku tetap tak bahagia. Aku berkahwin dengan suami 10 tahun yang lalu. Dia jatuh cinta pandang pertama kepada aku. Mulanya aku tak ada perasaan terhadap dia.

Tapi disebabkan keluarga aku sukakan dia, aku berlapang d4da menerima dia. Dia memang ada ciri – ciri menantu idaman. Perwatakan baik lemah lembut dan sejuk mata memandang. Aku pula berasal dari keluarga yang kurang ilmu agama, jadi aku terima dia dengan harapan dapat belajar agama dan menjadi muslimah yang lebih baik.

Setelah berkahwin alhamdulillah dia memang seperti dijangka, sangat menjaga hubungan dengan Allah. Solat tak pernah tinggal, puasa, solat – solat sunat, tahajud, mengaji dan sebagainya memang menjadi amalan dia.

Dia tak pernah mem4ki apatah lagi memukuI. Tak pernah kutuk masakan aku dan tak pernah mengh1na. Nampak baik – baik semuanya kan? Jadi apa yang menjadi masalah pada aku sekarang? Setelah 10 tahun perkahwinan dan dikurniakan 5 orang anak, aku baru faham yang sebenarnya suami aku berkahwin hanya untuk melengkapkan ‘keturunan’ dia.

Dia hanya perIukan seorang isteri dan ibu untuk zuriatnya. Bukannya seorang pendamping dan teman hidup. Bukannya wanita yang untuk dicintai dan disayangi. Kadang – kadang aku fikir apa bezanya aku dengan pengasuh?

Lebih kurang sama. Aku umpama pengasuh yang tinggal di rumahnya menjaga dan mengurus anak – anaknya. Dia tidaklah melayan aku seperti orang gaji, dia masih membantu dalam membuat kerja – kerja rumah dan menguruskan anak – anak.

Tapi hubungan kami tidak lebih dari ibu dan ayah yang berkongsi anak yang sama, seperti housemate. Itu sahaja. Dia cukupkan makan pakai kami anak beranak. Walaupun tak mewah tapi dah lebih dari cukup bagi aku. Aku sangat bersyukur dengan segala kurniaan Allah terutamanya rezeki anak.

Cuma semua itu masih belum dapat mengisi kekosongan dalam hati aku. Suami aku berikan segalanya kecuali CINTA. Tidak ada cinta untuk aku sedangkan aku jatuh cinta pada dia sebaik saja selepas kami menjadi suami isteri.

Beberapa kali dia cakap dia cintakan aku tapi perilakunya tidak seperti yang dia ucapkan. Sudah pasti setiap wanita mahu dicintai dan dibeIai dengan kasih sayang. Tapi hidup aku sepi dari kasih sayang dan perhatian suami. Di sini aku ceritakan kenapa aku rasa aku tak dicintai.

1. Tidur. Selama kahwin tak pernah sekalipun suami nak tidur berdekatan dengan aku, apatah lagi berpeIukan. Dia akan tidur di mana saja dia mahu. Dia suka tidur di ruang tamu. Aku tunggu – tunggu dia masuk ke bilik tapi akhirnya dia tidur sampai ke pagi.

Jika tengah berg4duh lagiIah dia suka sebab aku takkan panggil dia masuk, tak kacau hidup dia. Berminggu – minggulah kami tidur berasingan. Sedangkan dalam Islam, tidur berasingan adalah salah satu cara nak hukvm isteri jika buat salah sebab isteri akan rasa tersiksa jika dipulaukan suami.

Tapi itulah yang aku kena hadap selama 10 tahun. Kalau aku panggil dia masuk bilik kadang – kadang dia masuk tapi dia tidur kat bawah. Aku bagi macam – macam alasan supaya dia tidur kat atas dengan aku, kalau dia tidur di atas pula dia takkan tidur sebeIah aku.

Kalau aku di hujung kanan, dia akan ke hujung kiri dan biar anak di tengah – tengah. Dia tak pernah ajar anak – anak tidur berasingan, akulah yang berusaha ajar anak – anak dan akulah juga yang terhegeh – hegeh nak tidur dekat dengan dia.

Kadang – kadang dia tidur melintang di bawah kaki aku, apa sajaIah yang penting tak dekat dengan aku. Alasan panas walaupun cuaca sejuk dan pasang aircond. Sekali pun dia tak pernah nak tidur sebeIah aku, nak civm dan peIuk sebelum tidur apatah lagi.

Semua tu akulah yang usahakan. Dari mula kahwin aku anggap dia tak r0mantik sebab tak pernah bercinta. Jadi aku ajar dia berkasih sayang, bercinta dan bermanja, tapi semua tu kekal takat fasa honeymoon saja.

Beberapa bulan lepas tu hilang. Lebih lagi lepas dah ada anak. Jangan hairan kenapa kami boleh ada ramai anak, dia datang dekat aku bila perlu sahaja. Aku pula jenis yang subur, rezeki anak Allah bagi mudah.

2. Makan. Suami aku seorang yang sangat berdikari. Kalau dia nak makan selalunya dia buat sendiri. Cedok nasi dan lauk sendiri. Kadang – kadang dia masak sendiri. Dia kata taknak susahkan aku tapi bila g4duh dia ungkit kata aku tak layan dia, sedangkan dia yang tak bagi peluang untuk aku layan dia.

Kadang – kadang aku dah siap masak dia masih buat kerja. Jadi aku pun buatlah kerja lain, anak 5 orang semuanya kecik – kecik lagi, mestilah banyak benda nak buat kan. Tiba – tiba tengok dia dah siap makan. Sedangkan aku tak makan tunggu dia siap buat kerja.

Dia tak pernah nak makan sama – sama dengan aku. Tak kiralah lauk tu aku masak atau dia masak ataupun beli, dia takkan panggil aku makan sekali. Paling – paling pun dia cakap abang ada beli sup. Itu saja pastu dia makanlah sorang – sorang, terpulanglah aku nak join ke tidak.

Tak pernah dengar dia cakap “jomlah makan sama2”. Paling s4kit hati bila aku ajak makan dia tak datang, bila aku dah siap dan masuk bilik terus dia meluru ke dapur nak makan. Aku dapat rasa dia tak suka aku dekat dengan dia, mungkin dia rimas. Dia nak masa dia sendiri. Kalau aku di utara dia ke selatan. Kalau aku di timur dia ke barat. Begitulah sebaliknya.

3. Masa. Masa dia tak ada untuk aku. Aku surirumah sepenuh masa. Tiap hari fokus urus rumahtangga sahaja. Jadi aku tak boleh alihkan fikiran aku ke tempat lain. Tiap masa aku fikirkan tentang keluarga. Ada juga aku join usrah dan kelas – kelas agama tapi kejap – kejap saja habis kelas sambung balik fikir macam mana nak perbaiki hubungan dengan suami.

Itu saja lah di otak aku tiap hari. Penat. Dia sibuk kerja, aku sibuk jaga anak. Seharian aku tunggu dia untuk luangkan masa untuk aku. Banyak cerita nak kongsi dengan dia. Tapi bila dia dah free, di tangan sentiasa handphone, tak pernah lekang, makan pun sambil tengok hp, nak tidur pun tengok hp.

Bila aku bercakap mata dan tangan dia masih lagi kat hp. Tak pernahlah nak letak dan fokus pada cerita aku. Kadang – kadang dia dah tengok hp berjam – jam, main Whatsapp, facebook, pastu aku datang baru nak buka cerita tiba – tiba saja dia letak fon dan terus tidur.

Kata ngantuk sangat, tadi masa tengok hp tak ngantuk pula. Dengar saja suara aku terus ngantuk. Lagi satu, dia suka sangat buat tak dengar bila aku bercakap. Kalau aku ajak sembang dia senyap buat macam angin.

Balik dari luar aku tegur suruh mandi salin baju dia buat tak tahu saja, anak – anak pula datang dekat dan peluk – pelukdia. Geram rasa. Aku rasa macam cakap dengan dinding, tiada respon. Kecik sangat hati. Rasa terabai sangat. Rasa tak disukai.

4. Komunikasi. Komunikasi antara kami sangat teruk. Dia nak keluar sesuka hati, balik sesuka hati. Susah sangat nak inform bila keluar dan bila nak pulang. Kadang – kadang tercari – cari keliling rumah rupanya dah keluar.

Kadang – kadang belum siap masak tengok – tengok dah sampai rumah. Kadang – kadang dah siap masak rupanya balik lewat dan dah makan kat luar. Hp yang sentiasa di tangan tu langsung taknak guna untuk isteri. Contact bila ada perlu saja.

Kalau nak solat dia bersiap sorang – sorang tak bagitau awal – awal supaya aku sempat berwuduk dan bertelekung, kadang – kadang aku masih kat toilet dia dah start, kelam kabutlah aku berlari – lari capai telekung. Paling geram bila subuh, dia bangun solat sunat dan subuh sorang – sorang tanpa k3jut aku.

Nasib akulah kalau terjaga atau tak. Kalau tak jaga, dia biar saja aku tidur sampai pagi. Agaknya dia nak masuk syurga sorang – sorang . Ni lah yang paling sedih sekali. Kalau aku cakap kenapa tak k3jut, dia jawab aku yang susah sangat nak bangun kalau k3jut pun takkan bangun.

Memanglah aku susah nak bangun, aku tidur pukuI 1 – 2 pagi, anak – anak aku lasak susah sangat nak tidur awal. Bila dah tidur pula tengah malam aku akan bangun susukan baby. Sedangkan suami aku letak saja kepala terus tidur, tinggalkan aku terkapai – kapai struggIe tidurkan anak – anak. Bila subuh dia bangun fresh saja, aku pula mamai – mamai sebab kurang tidur, kadang – kadang terlajak terus sampai pagi.

5. Shopping. Dia beli sesuatu untuk aku sebab dia nak support bisnes kawan dia, bukan untuk gembirakan aku. Kalau kawan – kawan jual baju, telekung ke dia belikanlah untuk aku. Tapi kalau kami jalan sama – sama, sekali pun dia tak pernah cakap “sayang nak beli apa, ambiklah abang belanja”.

Dia tau aku takde duit tapi dia tak hulur. Lepas tu bila aku nak singgah kedai laju betul dia jalan, bukannya nak bagi peluang aku tengok. Sebab tu aku rasa dia beli sesuatu bukan untuk gembirakan aku tapi untuk gembirakan kawan dia tu.

Dia tak kisah pun tentang perasaan aku. Harijadi aku dia tak pernah belikan kek sedangkan dia tau aku h4ntu kek, bila birthday anak sanggup beli kek harga seratus lebih. Sangatlah tak penting aku ni bagi dia. Kalau aku merajuk sekalipun tak pernah pujuk.

Kalau aku senyap dia lagi senyap. Sanggup tahan eg0 sampai sebulan taknak bercakap walaupun aku merajuk sebab salah dia. Sampailah aku yang mengalah dan minta maaf dulu, dia buat salah aku juga yang kena minta maaf.

Sekalipun tak pernah tanya, “sayang kenapa senyap, marah ke, abang ada buat salah ke?” Tak pernah. Dia tak pernah ambik tau tentang apa yang aku rasa. Kalau aku diam dia lagi diam buat tak kisah dan teruskan hidup macam biasa.

Cukuplah takat tu. Sebenarnya banyak lagi tapi panjang sangat nak taip takut korang malas nak baca. Orang kata cinta saja tidak cukup. Tapi kalau hidup tanpa cinta, segalanya jadi tidak bermakna. Kami bukan tak pernah berbincang.

Dah puas bincang dan luahkan. Tapi kejap saja dia baik, lama – lama nanti dia abaikan aku semula. Dah 3 kali aku minta dia lepaskan aku kalau dia rasa tak perIukan aku dalam hidup dia. Tapi dia cakap dia sayang aku. Aku bukan tak kesiankan anak – anak tapi jiwa aku tersiksa.

Sekarang ni aku betul – betul putvs asa. Tak tau nak buat apa lagi untuk pik4t suami aku, macam mana nak buat dia sayang dan rasa perIukan aku. Aku dah bosan berusaha untuk eratkan kasih sayang kami suami isteri. Tapi tetap aku sorang yang terhegeh – terhegeh terkejar – terkejarkan suami aku sampai aku dah penat.

Sekarang aku ikut cara dia. Aku bercakap bila perlu sahaja. Aku dah tak berkongsi cerita dan rasa. Aku dah tak kejar – kejar nak spend time dengan dia. Kalau dia lari ke dapur aku hidang, siap makan aku buat keja aku. Kalau dia lari ke bilik aku biarkan, aku duk kat luar kemas rumah.

Kalau dia main hp aku pun main hp. Subuh aku bangun dan solat sendiri, tak k3jut dia macam dulu. Aku kunci mulut dan bercakap bila perlu sahaja. Aku layan anak – anak macam biasa tapi sabar aku dah kurang, cepat marah sebab jiwa tak bahagia.

Aku rasa tidak diperIukan, disisihkan dan diabaikan suami. Aku nak bercinta ke hujung nyawa, aku nak teman hidup, pendamping aku, orang yang sayang aku, pegang tangan aku, pimpin ku ke syurga, tatap mata aku dengan pandangan kasih sayang. Bukan sekadar seorang suami.

Dia memang seorang h4mba Allah yang taat beramal soleh, seorang ayah yang bertanggungjawab pada anak – anak tapi dia bukan suami yang baik terhadap isterinya. Doakan aku temui jalan bahagia bersama suami. – Unwanted (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nabilah Atirah : Ya Allah.. di waktu mustajab doa ini.. aku berdoa semoga suami puan ini hatinya dipenuhi kasih sayang dan beIas kasihan terhadap isterinya, dia mengikut teladan dan sunnah nabi juga dia mampu memahami bagaimana sikap nabi dalam melayani isteri – isterinya. Amin ya rabb..

Nur Adlina Badarudin : Carilah kegembiraan sendiri contoh join kelab memasak ke, riadah ke melancung ke, buat biz atau kerja part time ke asal boleh keluar daripada kepompong yang sama. Dan ada kawan – kawan yang positif sebagai teman berborak.

Kena ada me time. Nak harapkan suami tu memang tak la dia takkan berubah. Bak kata orang tua – tua dah mada dah keras kematu takleh ubah dah. Surirumah WAJIB ada SAVING sendiri pandai – pandailah menyimpan nafkah yang diberi dan cari pasif income.

Sebab jangan nampak sangat keberg4ntungan kita pada suami tapi tidak bermakna kita perlu tanggung nafkah urusan rumahtangga at least lepas untuk diri sendiri pun sudah memadai.

Padin Razal : Cari duit dulu. Belajar meniaga kecil – kecilan. Dah 10 tahun takde income sendiri kan. Pelan – pelan cari income sendiri. Bangkit kalau rasa dipijak. Kalau sabar semudah menaip S.A.B.A.R kat komen FB, semua orang boleh sabar.

Tapi realitinya tak. Manusia ada had dan tahapnya. Kesihatan mentaI kita pun kena jaga. Apapun, cari duit sendiri dulu dan serahkan semua kepada Allah. Insya-Allah lepas tu tahu la nak buat ape.

Mizie Zul : Kadang – kadang kita nampak salah orang saja, salah kita tak nampak. Panjang – panjang cerita ni hanya pandangan dia saja. Tak cuba lagi kaunseling, tak cuba lagi berubat. Lagipun suami tu bukannya ada m4ki atau naik tangan.

Kerja rumah dia buat, solat dia tak tinggal. Ada yang tak kena, kena cuba cari. Jangan compare dengan hidup orang lain. Komen – komen pu4ka dalam fb ni memang banyak. Ada masalah sikit, suruh tinggal terus. Terhegeh la, apa la. Tu suami dia kot. Dia nak setia, itu hak dia. Kenapa nak hasut yang bukan – bukan?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.