Lepas suami ceraikan isteri dia, kami terus berkahwin, lepas setahun aku nampak bekas isteri mesej suami

Bekas isteri suami sengaja muatnaik status makanan kegemaran suami, gambar lama bersama mertua aku dengan ayat meny4kitkan hati. Bila aku tanya suami secara berdepan, dia mengaku dia nak poIigami tapi aku tak sanggup bermadu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan para pembaca. Terima kasih admin sekiranya sudi post confession aku. Aku minta maaf sekiranya penulisan aku bercampur – campur. Panggil sahaja aku, Lea. Aku bekerja sebagai penjawat awam bergred 44.

Suami aku juga penjawat awam bergred 30++ tetapi dia lebih lama berkhidmat dari aku dan dia mempunyai sebuah perniagaan kecil – kecilan. Ya, suami aku tua daripada aku lebih 10 tahun. Kami berkenalan ketika di tempat kerja yang sama.

Memang silap aku kerana ketika itu, dia masih suami orang. Aku hanyut dengan pujuk rayu dan janji manisnya. Pada mulanya aku setuju untuk berpoIigami (isteri kedua, perkahwinan ketiga. Isteri pertama telah bercerai).

Namun, setelah beberapa ketika mengenali ‘bakal madu’ aku waktu itu, aku tidak sanggup. Pelbagai aib, buruk suami aku dibukanya satu persatu. Sehingga hal dari atas katil sehingga lah ke hal nafkah. Suami  aku mempunyai anak pada perkahwinan pertama tetapi tidak mempunyai anak pada perkahwinan kedua.

Katanya dia menceritakan semua itu supaya aku berfikir balik dan tak menyesal serta tersiksa sebagaimana dia semasa berkahwin dengan suami dulu. Pelbagai video agama dan artikel yang menasihati mengenai mer4mpas hak orang, meruntuhkan rumah tangga, pihak ketiga dan sebagainya yang dikongsi kan kepada aku.

Ketika itu, aku sudah bersedia untuk undur diri tetapi suami memujuk aku dengan menyakinkan aku bahawa apa pun terjadi, dia akan tetap memilih aku dan dia juga terus mengadu tentang isterinya ketika itu yang tidak hormat pada dirinya, pernah menghalaunya keluar dari rumah, tidak boleh ditegur dan sebagainya.

Dipendekkan cerita, mereka akhirnya berpisah dengan suami aku yang memfailkan penceraian. Ketika kami mahu membuat permohonan perkahwinan, pun timbul masalah dari pihak sana yang mengatakan dia belum habis eddah sedangkan dia dah 4 kali suci.

Setelah pejabat agama masuk campur, barulah dia berterus terang dengan alasan, ‘salah kira’. 1 tahun telah berlalu dengan kami melayari bahtera berkeluarga yang sama seperti orang lain. Satu hari, dengan izin Allah, aku terbaca perbualan suami dan bekas isterinya itu di dalam messenger. Sangat mesra.

Suami nak belikan emas dan akan bayar balik katanya. Aku terus berdepan dan tanyakan hal itu. Dia mengaku yang dia inginkan poIigami. Aku tergamam. Aku tak mampu. Sebab aku dah terlalu kenal perempuan macam mana bekas isterinya itu.

Oh ya. Lupa aku  ceritakan yang mereka lebih kurang sebaya. Dulu bekas isterinya itu pernah menuduh aku menyih1r suaminya sebab itu lah suaminya nak kat aku (Nauzubillah). Selepas kant0i, secara ter4ngan, bekas isterinya tu akan ‘like’ dan seringkali menghadiahkan ‘love’ pada posting – posting suami aku di Facebook.

Page – page kerja suami juga dia buat yang sama sedangkan dia tau, rakan sekerja suami aku mengenali diri aku. Dia juga sering memuatnaik status yang menyindir suami, menyindir aku, yang konon – konon menasihati aku.

Dia juga memuatnaik status masakan dengan caption ‘kegemaran si dia’, throwback gambar bersama mertua aku (emak suami) dengan caption yang dia tau, akan meny4kitkan hati aku. Dalam masa yang sama, suami masih block bekas isterinya di whatsapp.

Mereka cuma berhubung di messenger. Dulu, bekas isterinya block facebook suami setelah suami tegur posting – posting menyindir yang dia siarkan. Dia juga block facebook aku tapi ada seketika, dia unblock mungkin untuk lihat kehidupan aku dan kini, dia block kembali tapi aku tau, dia ada buat facebook baru kerana posting – posting aku semuanya aku setkan sebagai public.

Aku memang tak suka berselindung sebab bagi aku, tak ada apa yang perlu aku rahsia kan. Kalau nak rahsia, tak perlu post di facebook. Mudah. Baru – baru ni, kami ke mahkamah syariah sebab suami masih berkeras nak berpoIigami.

Aku mohon untuk dilepaskan jika suami nak berpoIigami sebab aku nampak per4ngai suami dah tak adil walaupun belum berpoIigami. Dia akan jadi cepat baran bila aku menyebut tentang bekas isterinya itu. Dia juga pernah menumbvk aku di bahagian kaki ketika di dalam kereta kerana kami berg4duh mulut tentang hal ini.

Suami sangat cemburu sampai boleh berg4duh bila aku sebut tentang lelaki lain (walaupun rakan sekerja shj) tetapi dia boleh sengeh – sengeh pula bila ceritakan tentang bekas isterinya itu. Aku sangat pelik sebenarnya bila mana mereka berdua seolah – olah lupa persengketaan dan aib masing – masing yang mereka sendiri buka dan ceritakan pada aku dulu.

Bukan aku nak merendahkan bekas isterinya tetapi dia hanya lah lulusan SPM dengan gaji RM2500++. Dulu dia nasihatkan aku, aku ni muda lagi, carilah yang bujang, jangan nanti menyesal macam dia sebab dia sendiri pun semasa berkawan dengan suami aku, suami aku masih suami orang pada perkahwinan pertamanya.

Mereka berpisah selepas isteri pertamanya mengetahui tentang hubungan mereka. Jadi aku sangat yakin bahawa dia hanya mahukan suami aku atas sebab duit. Dulu, masa sebelum kami berkahwin dan sebelum mereka berpisah, bekas isterinya pernah berkata pada aku dia tak kesah kalau giliran sumi aku 5 hari dan dengan dia 2 hari saja sebab dia boleh berehat dari tugas dia.

Berbalik kepada mahkamah syariah tadi. Pada mulanya aku memang berkeras tidak bersetuju. Tetapi setelah pegawai agama tersebut menyatakan akan ada lebih banyak perbicaraan jika aku tak setuju dan aku juga tau aku akan disusahkan (suami sendiri yang sebut akan menyusahkan aku sebab aku menyusahkan dia dalam urusan poIigami ni),

Akhirnya dengan berat hati, aku setuju. Aku sempat failkan pembelaan kerana tak setuju dan itu pun turut dimarahi oleh suami kerana katanya aku membuka aib diri dia. Sidang mahkamah yang seterusnya akan diadakan sebulan lagi dengan kehadiran bakal isterinya, wali nya, aku dan juga suami.

Aku mohon untuk duduk berasingan dan ingin memfailkan perceraian tetapi suami tidak membenarkan. Aku mempunyai kekangan kenderaan kerana aku baru sahaja menjual kereta aku dan kereta gantian masih belum diterima.

Aku  buntu apa yang perlu dilakukan sekarang. Aku  masih sayangkan suami tetapi aku tidak boleh menerima perempuan itu sebagai madu. Jika wanita lain, mungkin aku masih boleh cuba untuk buka hati. Tetapi bukan dia.

Mohon semua pembaca doakan yang terbaik untuk kami dan mohon Allah kuatkan hati aku untuk menerima semua ini. – Azilea (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurna NaFiz : First wife dari awal tak setuju bermadu. Dia cerita yang buruk – buruk supaya awak tinggalkan suami dia. Tapi awak tak dapat hadam niatnya lalu nak jugak teruskan. Bagi lelaki tu mungkin ok la dapat seorang penjawat awam kumpulan pengurusan dan professional yang gajinya lebih tinggi dari dia dan mampu tanggung diri sendiri.

Soal finance kira hampir selesai la. Kalau awak ok teruskan je la. Saya kira sebelum awak berkahwin tentu dah habis fikir tentang kemampuan suami. Sekarang mungkin masa untuk fikirkan semula. Semoga berbahagia

Sakinah Sulaiman : Saya dapat rasakan puan sekarang sedang play v1ctim. Akhirnya baru puan tahu yang yang tak kan pernah bahagia orang yg membina rumah tangga atas tangisan orang lain. Sebenarnya ex bini suami puan tu dah bagi red flag and hint awal – awal tentang per4ngai suami puan.

Tapi puan dok pikir isteri dia tu yang jahat dan dia membuka aibkan, tambah pulak suami puan pun nak simpati puan macam – macam la dia cerita keburukan isteri dia supaya isteri tu nampak jahat di mata puan. Orang laki puan, camtulah bila nak menambah isteri.

Dia akan cakap dia m4ngsa, isteri yang serba serbi teruk. So tanggunglah balasan atas kesalahan puan sendiri yang rasa tak bersalah pun masa exwife tu diceraikan sebab suami nak memperisterikan puan. Sekarang tuhan tunjuk ex wife tu mungkin lagi bagus dari puan, kalau tak, takde la suami puan tu kemaruk nak semula ex dia tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.