Sepanjang saya hidup, tak ada lelaki yang nak dekat saya mungkin sebab saya tak cantik. Kawan baik tolong rekemen dengan sorang laki yang katanya ‘baik’. Hanya jumpa beberapa kali kami terus tunang dan kahwin. Sebelum kahwin, kak ipar ada tanya boleh ke terima adik dia? Lepas kahwin aku dikejar..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua, nama saya Anisah (bukan nama sebenar), tujuan saya menulis di sini bukanlah dengan niat nak tulis panjang lebar, sekadar ingatan kepada kaum hawa dan kaum Adam. Saya mulakan sedikit intro diri saya.
Saya berusia lingkungan 30 an dan merupakan seorang wanita bekerjaya. Saya mendirikan rumah tangga pada penghujung usia 20 an dan dikurniakan seorang cahaya mata. Suami saya bukanlah lelaki yang saya minati dan cintai.
Saya mengenali beliau melalui kawan baik saya. Kisahnya lebih kurang begini. Saya selalu kecewa dan tidak pernah di dekati mana – mana lelaki. Seingat saya sepanjang saya hidup sebagai seorang perempuan tak pernah ada lelaki betul – betul nak kat saya, kalau pun berkenalan, tak lama, bila dah jumpa.. Mesti akan senyap.
Saya pun tak tahu kenapa, mungkin sebab kekurangan paras rupa saya. Setelah bertahun – tahun saya mencari pasangan hidup dan hanya ditadah kekecewaan, akhirnya kawan baik saya memperkenalkan saya kepada rakannya.
Bersungguh – sungguh kawan saya perkenalkan dia kepada saya. Kawan saya kata dia baik, pemalu dan pendiam. Saya pada awalnya segan dan malu juga tapi saya nekad juga untuk bertemu lelaki tersebut, iaitu suami saya sekarang untuk kenal dan lihat depan mata.
Kami tak kenal lama, hanya beberapa bulan dan terus bertunang. Memandangkan kami tinggal di negeri berbeza, kami sangat jarang berjumpa. Boleh kata dalam tempoh 5 bulan kenal sebelum bertunang hanya jumpa 2 kali, dalam tempoh bertunang iaitu 6 bulan sebelum kahwin langsung tak jumpa.
Suami saya ni dia berkerja dengan keluarga dia dan saya pun tak pernah tanya pendapatan dia atau income dia berapa walau di asak – asak kawan baik saya tu supaya bertanya, masa ni saya cakap kat kawan saya, “Sebelum kau rekemen aku, takkan lah kau tak siasat latar belakang dia? Sepatutnya kau siasat dulu, baru rekemen dekat aku, nama pun proposal, sekarang aku pulak kena korek sendiri?”
Kawan saya tu gelak aje time tu. Tapi saya tak berani nak bertanya, saya takut lebih – lebih lagi saya fikir itu privacy. Betul, sebelum kahwin saya tak pernah tanya pasal kewangan dia, dia pun tak pernah cerita. Saya tau dia ada kereta sebijik dan motor.
Bagi saya oklah tu, saya pun bukan kerja hebat sangat. Tapi yang membuat saya terkelu dan kecewa adalah kebenaran yang saya tahu selepas kahwin, yang dia rahsiakan. Dia sebenarnya muflis, tak ada apa – apa termasuk kereta.
Itu kereta ayah dia. Malah keluarga dia tak pernah bagitahu saya apa – apa pasal dia. Cuma kakak dia pernah bertanya, boleh ke terima Anuar (bukan nama sebenar) sebab dia kerja biasa – biasa je. Saya jawab tak pe… itu pun kerja jugak.
Ye.. suami saya ni rajin berkerja tapi keadaan dia menyukarkan dia untuk memperolehi pekerjaan baik, sudahnya dia bekerja sendiri. Awal perkahwinan hingga sekarang boleh kata 90% saya sediakan semua lengkapan dalam rumah.
Tapi saya fikir tak apa lah. Lagi pun ini semua akan jadi harta saya, dia pun bab barang dapur, hal – hal anak, bil – bil. Dia yang bayar.. Ok la tu kan? Belanja lain kami share. Cuma saya terkilan, dia tak bagitahu dan berterus terang dengan saya berkenaan status diri dia yang muflis.
Kerap saya diganggu pengutip hutang. Sekejap dari bank. Sekejap dari agensi. Saya jadi down dan tak boleh bayangkan kalau mak ayah saya tahu. Sebab pada mak ayah saya, sayalah satu – satunya anak dia yang tak ada masalah dalam perkahwinan, itu kerana saya banyak tutup kelemahan dan aib suami saya.
Saya belikan dia kereta second, supaya orang tak nampak dia guna kereta saya, saya belikan barang kemas, bila orang tanya saya cakap suami beli. Bila beli apa – apa balik kampung saya cakap suami yang beli. Saya redha dan terima kalau dia tak berduit, sebab saya tahu ramai je orang muflis berduit bila berniaga, siap boleh beli rumah cash.
Caranya pakai nama bini atau anak. Saya tau tu tapi tidak suami saya dan saya pun tak pernah guna nama saya untuk buat apa – apa loan bagi pihak dia, sebab saya tak percaya dia mampu bayar dan akan bertanggungjawab untuk bayar.
Jenuh saya nasihatkan dia, bayarlah hutang dengan insolvensi tu. RM100 sebulan ke dah lama sikit, pergi jumpa insolvensi tanya macam mana nak settlekan hutang bukan banyak pun RM50k je pun, kalau bayar sikit – sikit dari dulu dah nak habis dah.
Sekarang kerap benar agensi hutang cari dia melalui saya, sedangkan hutang – hutang dia adalah sebelum kahwin dan sebelum kami kenal. Saya jadi str3ss dan murung hingga ke tempat kerja agensi ni call saya. Saya pun tak tahu dari mana diorang dapat contact number saya.
Saya nak bertanya boleh ke saya buat aduan ke pihak berkuasa? Sebab saya rasa mereka ni dah Ianggar Data Privacy? Ada apa – apa effect tak? Boleh ke saya lapor ke pihak berkuasa? Sebab yang hutang dia bukan saya.
Sekarang saya str3ss dan murung. Cuma saya nak nasihat kepada yang belum kahwin, check la pasangan anda. Check samada dia muflis ke tidak, sebab ini penting untuk ketenteraman hidup kita selepas kahwin dan kepada lelaki atau perempuan yang ada masalah macam ni,
Terus terang lah dengan pasangan anda status diri awak. Kalau dia nak. Dia terima. Kalau dia tak nak. Awak boleh tawakal cari lain. Sudahnya awak buat pasangan awak kecewa dan curiga entah apa rahsia lagi yang awak tak bagitahu.
Tolonglah jangan jadi macam saya, dah la nak dapat j0doh payah. Dah dapat diuji pula begini. Walaupun itu rekemen dari kawan – kawan atau sed4ra mara, selidik lah betul – betul, dah kena menyesal tak guna. Sekian… – Anisah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Puan Risa Yusof : Sian puan. Betul tu takkan la nak tanya gaji sebelom kawen. Yang kite fikirkan asalkan lelaki tu ade keje. Dalam masa sama dah betul da puan selalu ingatkan suami tu bayar sikit – sikit pon jadila. Mudah – mudahan Allah permudahkan kehidupan puan. Cuma j0doh ni bukan sebab kurang paras rupa atau apa. Yang lawa pon kadang – kadang belum j0dohnya. Suami puan tu bertuah dapat isteri macam puan.
Azumi Kaneshiro : Kalau suami ada hutang kad kredit / loan bank, boleh daftarkan dia dengan AKPK. Under AKPK, semua pihak bank tak dibenarkan ganggu penghutang. AKPK akan tentukan berapa jumlah bulanan yang perlu dibayar selepas mengambilkira baki pendapatan yang ada, setelah menolak semua perbelanjaan bulanan.
Tapi pembayaran kena konsisten la. Kalau kejap bayar kejap tak, memang kena tendang keluar dari AKPK. Once dah kena tendang keluar, sampai bila – bila tak boleh masuk balik.
NurAz Wan : Saya percaya orang yang desperate sangat nak kahwin, memang akan bias bila buat pertimbangan. Maaf, saya tidak faham kenapa orang yang ada kerja yang stabil, ada parents yang sporting, mesti desperate nak kahwin.
Pada saya, kalau anak saya, tak kira lelaki @ prempuan sudah ada kerja yang baik, saya tidak akan desak malahan tidak akan tanya – tanya kenapa dia tak kahwin kerana tahu sekarang susah nak jumpa j0doh yang serasi.
Biar lmbat kahwin, janji tidak mnyesal dan tersalah pilih, terutama perempuan, sekali tersilap, seribu kali kena fikir, kalau nak bercerai pun. Tidak semudah yang kita sebut.
Faris Syawal : Pelik la tt salahkan proposal kawan. Saya kahwin pun kawan yang rekemen bagi nama je tapi latar belakangnya, pengurusan kewangannya, keluarganya semua saya selidik sendiri, alhamdulillah elok je kejadian, sendiri tak usaha keras dan terdesak nak kahwin, jangan la salahkan orang lain.
Kahwin ni bukan boleh main – main serkap jarang je. Saya pun pernah juga kenalkan kawan lelaki kepada kawan perempuan, tergesa – gesa sangat nak kahwin, akhirnya macam ni la. Saya kahwin atas rekemen kawan. Kawan saya kahwin atas rekemen saya. Tapi dua – dua hasil tak sama, kenapa?
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.