Bila anak nangis dia akan marah anak dan m4ki – m4ki. Tambah lagi kalau anak yang sulung tu dia akan marah dan tumbvk bila k3ncing bocor atas katil atau tilam. Pernah sekali suami tinggalkan saya dan anak – anak dekat mall biarkan kami balik sendiri…
#Foto sekadar hiasan.. Hi.. tolong hide kan profile saya.
Saya seorg isteri dan mempunyai 2 orang anak perempuan. Masalah saya adalah saya dah mula tak ada perasaan pada suami saya lagi. Kisah sedih saya bermula dari mulanya saya mengandung anak pertama. Kami mendirikan rumah tangga atas dasar suka sama suka tapi suami saya lebih suka mendesak untuk berkahwin cepat, masa tu saya baru sahaja tamat pengajian dan baru sahaja mula kerja. Saya mengambil masa yang lama untuk bersetuju dengan perkahwinan tersebut dan akhirnya saya bersetuju juga dan beranggapan mungkin dah sampai jod0h.
Kami pun mendirikan rumahtangga sama seperti org lain dan dengan majlis yang sangat meriah. Setelah beberapa bulan kami mendirikan rumah tangga, saya pun mengandung. Saya sangat gembira dengan berita ni tapi berbeza dengan suami, dia sedikit pun tidak hiraukan berita gembira ni sebaliknya salahkan saya kenapa mengandung begitu cepat.
H4ncur luIuh hati saya bila tengok respond negatif dari suami tapi saya berjaya bertahan kerana saya masih mempunyai emak dan ayah yang sentiasa memberi sokongan pada saya sepanjang saya mengandung. Hari berganti hari, kandungan saya mulai besar dan badan saya mulai berat. Alhamdulillah saya tiada sebarang morning s1ckness sepanjang tempoh kehamilan.
Tugas saya sebagai seorang pendidik membuatkan saya cepat penat dan letih sepanjang tempoh kehamilan tambah pula saya terp4ksa berkerja sehingga malam. Ketika inilah suami saya tidak pernah ambil tahu langsung keadaan saya yang tengah sarat mengandung anak sulung kami. Suami lebih suka tido dari bertanyakan khabar kandungan saya walaupun kami duduk serumah (rumah mertua).
Dia sanggup MC kerana letih bekerja katanya dari teman saya untuk pemeriksaan bulanan. Dia juga merupakan seorang kakitangan awam yang mempunyai tugas yang tidak berat. Saya terp4ksa pergi sendiri dengan menggunakan pengangkutan awam dari tempat kerja ke kIinik kesihatan. Dalam keadaan yang sangat sarat saya terp4ksa berasak – asak masuk ke dalam keretapi komuter untuk pergi ke kIinik bagi mendapatkan pemeriksaan untuk kandungan saya.
Suami tidak pernah ambil tahu langsung kandungan saya sehinggalah satu hari saya merajuk dan balik ke rumah mak saya selepas habis pemeriksaan bulanan untuk kandungan saya. Sepanjang saya di rumah mak saya dia sedikit pun tidak hiraukan saya termasuklah tiada langsung call saya untuk pujuk. Sampailah ayah saya suruh saya pulang ke rumah mertua, suami masih lagi tidak hiraukan diri saya.
Saya hanya pujuk diri sendiri pada ketika itu, lagipun emak saya selalu berpesan ketika mengandung jangan terlalu sedih nanti takut akan beri kesan pada kandungan dan ayah saya juga selalu berpesan supaya sntiasa bersabar kerana sabar adalah jalan terbaik bagi semua ujian. Jadi saya berpegang pada pesan mak dan abah saya. Dalam keadaan macam tu suami saya masih tidak berubah. Saya cuti awal 2 minggu dari tarikh dijangkakan bersalin dan sepanjang tempoh ini saya balik ke rumah mak saya di hantar oleh suami saya. Suami seolah – olah tiada respond dan tiada perasaan.
Dia hantar saya dengan tangan kosong tanpa wang belanja dan nafkah. Suami suka habiskan masa dia dengan tengok tv sampai lewat malam dan tengok cerita %*&(*& sehinggalah sekarang. Bila tiba masa nak bersalin mak saya hantar ke hospitaI dan masa tuh saya dlm keadaan yang sangat s4kit nak bersalin tapi belum boleh masuk Iabour room lagi. Suami dan mertua saya datang ke hospitaI dengan keadaan dan muka yang marah. Mertua s0und saya yang sedang s4kit contr4ction dengan mengatakan siapa nak bayar bil hospitaI nanti depan mak dan adik saya.
Suami muka masam dan marah saya bila mertua dan mak saya keluar dari bilik hospitaI tu. Saya tahan sahaja perasaan tu tanpa sepatah kata. Bila bukaan dah buka sepenuhnya saya dibawa masuk ke Iabour room, di situlah rasa sedih dan geram saya pada suami dah tidak boleh dibendung lagi. Semasa saya meneran untuk melahirkan anak, saya mengalami sedikit kesukaran jadi doctor gunakan vacuum tapi sebelum doctor vacuum suami sempat merungut kat saya dan berkata kalau tak teran nanti kene 0peration dan nak bayar lagi mahal.
Sedih tak terhingga masa tuh dan semua bil hospitaI saya ayah saya yang bayar dan suami dan keluarga suami sedikit pun tak ucapkan terima kasih dan tak ambil peduli langsung. Anak saya lahir dengan seIamat dan keesokan harinya saya dan anak pulang ke rumah emak saya. Di sinilah bermulanya kesedihan saya. Sepanjang tempoh berpant4ng mak dan ayah saya yang jaga mertua hanya datang lawat dan mula tanya kat family saya ni cucu siapa.
Soalan tu sangat menyinggung perasaan saya dan family saya hanya menjawab ni cucu mertua dar4h daging dia. Sepanjang tempoh berpant4ng suami tiada langsung jenguk saya, selepas sebulan baru dia datang jenguk padahal rumah mak saya dengan rumah mertua serta tempat kerja suami tak jauh pun dan kalau drive hanya makan masa lebih kurang 35 – 45 minit sahaja. Sepanjang tempoh berpant4ng saya memang rasa tertekan.
Suami datang selepas sebulan itu pun sebab nak hantar hamper pada saya yang opis ayah dia bagi. Bermula dari saya mengandung sampailah anak lahir suami merungut sahaja. Tiada langsung suami tunjuk kasih sayang dia pada anak yang baru lahir. Dia kesah pun tidak pada anak. Keperluan anak dia beli sebab tangungjawab tapi tu pun sambil beli sambil merungut. Saya bersyukur sebab saya bekerja jadi kalau suami tak beli untuk anak, saya yang akan belikan untuk anak termasuklah keperluan anak.
Sepanjang saya berkahwin dengan suami dia tidak pernah langsung bagi duit nafkah pada saya dan kalau saya mintak dia akan cakap duit tak cukup sehinggalah sekarang. Bermula saya berpant4ng sehingga sekarang saya duduk dengan mak dan ayah saya, merekalah yang bagi makan dan pakai untuk saya dan anak. Setelah habis pant4ng saya masih lagi duduk dengan mak dan ayah saya tanpa suami di sisi, saya dengan mak dan ayah saya bersama – sama besarkan anak. Suami hanya datang ambik saya untuk ke pejabat kalau kelas saya pagi, kalau petang saya akan pergi sendiri itu pun akan merungut juga bila hantar saya ke tempat kerja.
Hujung minggu juga saya dan anak tanpa suami, suami tidak mahu ambil kami dengan alasan penat berkerja so dia nak rehat. Saya hanya diam tanpa soalan lagi begitulah rumahtangga kami. Kami hanya berjumpa dan jadi seperti pasangan normal yang lain bila ada jemputan tertentu sahaja tapi itu pun bukan semua event. Kadang – kadang kalau saya cuti seminggu jadi sepanjang semniggu tu lah kami tidak berjumpa langsung, tanpa khabar berita dan kalau saya call suami dia tidak akan jawab call saya.
Bila tinggalkan mesej pun tidak akan dibaIasnya. Jadi saya ambil keputusan untuk berdiam diri dan bersabar. Pernah satu hari saya s4kit dan dimasukkan ke hospitaI saya call suami tapi dia tak angkat dan tak datang langsung tengok saya dekat hospitaI sampailah saya keluar hospitaI. Mak saya call, mesej pun tak dibaIas. Saya sendiri keseorangan dekat hospitaI sebab mak saya terp4ksa jaga anak sulung saya. Saya akui kadang – kadang saya rasa teramat sunyi hidup tak sama macam pasangan yang lain. Paling saya kesian adalah pada anak saya.
Perkembangan anak tidak sedikit pun suami ambil tahu. Saya lah yang uruskan tadika mana yang nak masuk, aktiviti sekolah anak dan lain – lain keperluan anak saya, mak dan ayah saya yang uruskan dan kalau saya bagitahu suami dia hanya merungut. Suami jumpa saya dan bawa saya balik ke rumah hanya untuk keperluan nafsu dia sahaja dan kepuasan tu dia sorang je yang nikm4ti saya umpama peIayan nafsu dia lakukan. Saya didapati mengandung anak kedua tapi kali ni sebab jarak anak pertama dengan anak kedua agak jauh jadi suami boleh terima kehamilan kali ni tapi masih juga merungut dan biarkan saya hadapi morning s1ckness sorang – sorang di rumah mak ayah saya. Dia memang tak nak ambil kami dan duduk serumah sebab alasan dia Ieceh dan tak ade sapa nak jaga anak bila kami pergi kerja. Semasa usia kandungan saya 6 bulan saya berhenti kerja kerana kontrak kerja saya tamat.
Saya cuba sehabisnya untuk cari kerja baru tapi tiada rezeki sehinggalah saya melahirkan anak saya. Dan kali ni saya dah bersedia dari segi mentaI kalau suami buat macam sebelum ni saya tak akan sedih macam dulu. Anak kami lahir dan saya berpant4ng di rumah mak saya dan macam biasa mak saya yang jaga dan mertua akan datang lawat dan wat hal lagi tapi kali ni lain pulak halnya. Apa sahaja mertua buat pada keluarga saya, saya tidak pernah bagitahu suami sebab tak nak panjangkan cerita dan ayah saya sentiasa berpesan supaya bersabar. Setelah habis berpant4ng saya sambung usaha untuk cari kerja dan di sini suami murungut lagi sebab saya tak dapat kerja. Bukan saya tak berusaha tapi belum ada rezeki. Dia mula ugvt saya dengan macam – macam masalah yang timbul. Saya bersabar dan dalam masa bersabar rupanya hal saya tidak berkerja dah jadi bualan hangat antara ipar duai dan sed4ra mara sebeIah suami.
Setiap kali saya berjumpa dengan keluarga sebeIah suami untuk Hari Raya semua akan tanya saya soalan yang sama “Dah dapat kerja ke belum?” Saya bertambah tertekan tapi masih lagi bersabar dah lah tak berkerja, orang duk mengata saya, makan minum saya dan anak – anak keluarga saya yang tanggung. Akhirnya doa emak, abah dan saya termakbul, saya dapat kerja tapi walaupun saya gembira sebab dah boleh mula bekerja tapi masalah lain pula yang timbul.
Ayah saya didapati mempunyai s4kit yang sukar untuk diubati. Saya, emak dan adik – adik sangat sedih apatah lagi ayah saya. Tapi kami bersabar dan terima ketentuan dariNYA. Akhirnya ayah saya meninggal dunia awal bulan Nov. Sepanjang ayah saya di hospitaI mak yang jaga ayah dan di sini suami merungut lagi sebab anak tak ada siapa nak jaga dan akhirnya saya dan suami berjaya mencari taska untuk jaga anak-anak dan perbelanjaan taska kami tanggung bersama.
Setiap kali saya pergi melawat ayah di hospitaI suami pasti merungut sebab nanti kena bayar lebih kat taska. Padahal saya lebih banyak keluar duit termasuk bayar duit rumah dari suami. Di sini bermulalah kami duduk satu rumah sama seperti pasangan yang lain. Duduk di rumah sendiri memang seronok tapi saya sangat penat sebab semua benda saya kena buat sendiri tanpa bantuan dari suami. Suami hanya basuh dengan mesin dan sidai tu sahaja tugasnya. Kalau bab sampah kat dapur dia akan tunggu sampai sampah dah keluar ulat baru dia buang. Penat saya ingatkan dia untuk buang dan alasan yang dia bagi sampah belum penuh lagi dalam tong. Malas nak panjangkan cerita saya buang sendiri sampah tu. Saya yang masak, saya yang jaga anak termasuk k3ncing b3rak anak saya yang uruskan. Suami tidak tolong tapi dia merungut.
Bila anak nangis dia akan marah anak dan m4ki siaI pastu kalau anak yang sulung tu dia akan marah, m4ki dan tumbvk kalau bocor sebab k3ncing dan munt4h atas katil atau semasa kami keluar jalan – jalan. Saya masih bersabar lagi dan saya selalu seIamatkan anak – anak dari kena pukuI dan kalau suami m4ki anak, saya akan marah dan tegur suami. Bila saya tegur suami dia akan buat muka masam dia kat saya dan tak nak tegur saya. Setiap kali dia merungut sebab tak puas hati pasal rumahtangga dia akan tinggalkan saya. Pernah sekali suami pernah tinggalkan saya dekat tepi jalan dan suruh saya balik sendiri ke rumah sebab dia tak nak tengok anak dekat rumah mak saya. Banyak kali suami buat macam ni dekat saya, tinggalkan saya dan anak-anak dekat mall dan tak hiraukan kami.
Saya hanya bersabar dan berdoa supaya dia dapat baIasan suatu hari nanti. Pernah juga saya minta cerai sebab saya dah tak boleh tahan dengan sikap suami yang suka merungut dan buat kami macam ni tapi arw4h ayah saya selalu Iarang dan nasihatkan supaya sabar. Sekarang hidup saya dengan suami hanya lebih pada sehelai kertas sahaja.
Komen Warganet :
Indah Nurani : Sorry lah.. Menyampah aku baca sikap ko yang terlalu baik tapi bod0h tak bertempat sampai dibuIi dih1na pun ko sanggup. Nak tunjuk ko sabar kononnya tapi sampai hilang maru4h diri ko diperlakukan suami dan mentua. Ko yang bermasalah sbenarnya. Tak nak berubah dan tidak menentang kezaIiman orang pada ko dan mak ayah ko.
Siti Nor Aishah : Bahagia itu pilihan, jadi pilihlah untuk bahagia. Kalau semua benda tt yang urus sendiri, elok laa berpisah. Ada suami macam tak ada suami. Move on sis, bincang dengan mak, sampai bila nak bersabar. Dia tak layak bergelar suami mahupun ayah. Tak ade tanggungjawab langsung.
Ady Syira Fara Aira : Saya faham ape yang sis ni rase dan lalui.. Yang tak nak baca atau cakap kenapa bajet baik sangat. Mungkin anda bertuah tak merasai kehidupan seperti sis tu. Sedih sis ni bertahan kerana anak. Saya percaya, sis mampu bangkit dari spesis yang begitu. Beginilah kehidupan, bila diceritakan d1kata – kata. Kalau simpan dan pend4m d1kata bod0h, diluahkan d1kata member0ntak atau kurang ajar. Ditangisi pula d1kata mer0yan. Ape boleh buat kata – kata diluar lebih kej4m. Pesanan saya, sis tau hati sis berada ditahap mana. Jadi kentalkan hati sis untuk keluar dari dunia yang penuh kepalsuan tu.
Anum Azhari : Elok la puan doakan suami puan cepat m4ti. Hidup pun menyusahkan org. Cerai adalah jalan terbaik, dia tak akan sedar selagi tak rasa kehiIangan orang yang dia sayang. Cuba puan hilangkan diri selama sebulan dua. Jangan maklum pada siapa pun. Tengok dia cari puan ke tak, kalau tak cari tu, elok la puan mohon cerai ja..
Nurul Quratu’aini Marzuki : I feel u sis, apa yang awak cerita saya dah lalui. Sebijik jalan cerita yang sis lalui. Ingat sis SUAMI bukan milik kita. Kadang – kadang mereka adalah UJIAN buat kita. Allah adalah tempat yang kita meluahkan perasaan. Hari – hari saya menangis berdoa kurniakanlah SUAMI seperti peribadi KEKASIH HATI RASULULLAH. Saya dah lalui p3rit hidup apa yang sis rasa, sampai 1 masa saya dah tak endahkan apa yang orang cakap. Hanya hormat menghorm4ti ja. Saya tau sis p3rit tapi Allah kurniakan parents kita yang memahami kita. Lantaklah keluarga mertua suka ka dak, bukan kita hadap depa hari – hari kan. Dan mereka pun belum betul – betul kenal dar4h daging mereka. Tak minta disukai or disayangi, apa pun orang buat kat kita, kita redha dan hormat hak mereka. InsyaAllah nanti puan dapat rasa ujian ni 1 kemanisan dalam hidup puan. Tahniah puan sebab mampu lalui ujian yang sukar dan pedih yang membawa kekuatan jiwa hati puan lebih redha..